Okay, saya akan menulis sesuatu yang di luar ‘keshahkangan’ buat kali ini dan mungkin ada dua tiga orang teman akan berfikir “betul ke Shahkang ni, pelik je”. Bukan apa, Shahkang jarang sentuh mengenai rasa hati dia dalam blog ni. Selalunya rasa hati anak-anak buahnya – musang, arnab, memerang, lipas, platipus, cengkerik dan papadom

Betul la, ni aku.

Kali ini kita masih bercakap lingkungan yang sama iaitu MIMPI. Okay saya memang ‘tak ada luck’ dalam bab ni kerna sering dihantui oleh MIMPI yang kurang menyenangkan dan menghiburkan. Mungkin betul cakap saudara Farid Wajdi yang saya tak basuh kaki ketika tidur. Malah, tidur saya yang selalunya akibat ‘kes tertidur’ menyebabkan wuduk memang sudah pasti tidak sempat diambil.

Apa mimpi saya sebenarnya?

Jom kita lihat !! (gaya pengacara rancangan terkenal)

Saya akan mengulas menggunakan kata ganti nam ‘aku’, lebih memberi impak

Mimpi dia macam ni la okay, pendek ceritanya:

” Aku bermimpi aku menjadi volunteer di majlis perkahwinan orang yang aku cintai”

ARGH!

Aku tak faham juga mengapa mimpi ni boleh berlaku. Damn dan Damn lagi!

Kenapa aku sign up nak jadi volunteer pula kalau dah tau aku ada hati kat pengantin perempuan tu

Bodoh (tapi apa-apa pun, dah nama pun mimpi. Mainan hidup. Layan ja la)

Bagi pendapat aku, ini antara benda yang mengarut dalam mimpi tu:

1) Pengantin perempuan ni kawan aku, aku tak ada la minat dia sangat cuma ada la rasa sikit-sikit. Tengah cuba mengikis sebenarnya sebab taraf kami yang benar-benar berbeda. Antara dua darjat. Darjat apa? Jangan disoal

2) Aku ingin tahu siapa pengantin lelaki bededah yang dah potong line aku (bodoh, bukan dia potong line tapi sebab anda sendiri yang kebodohan, lembab masuk meminang dan tertunggu-tunggu).

Yang lawaknya, nama budak lelaki tu terpampang jelas di kad jemputan kahwin

Muhammad Ammar Nizar bin Muhammad Hilmi

Woi sapa ni? Bunyi macam Ammar Roslizar je?
(mengapa tiada kelas sekali, senang la nak check. Tapi rasanya ni bukan belajar KMB)

3) Entah macam mana, saya boleh tahu plak blog budak ni. Jadi saya puin layari la dan try cari profailnya untuk dikenal-kenal lelaki ini. Saya tak ingat alamatnya tapi macam za’idin.blogspot.com kot.. (ish, blog sapa pula ni!)

saya dah cubamasuk dan sememangnya laman web itu memang tidak wujud kerana simbol (’) tidak boleh diletakkan dalam alamat sesuatu website. CIS! (oh, aku ditipu mimpi aku!)

4) Dalam mimpi saya jelas terbayang bentuk kad kahwin itu – ringkas, terpampang nama kedua-dua pengantin. Jamuan sehingga jam 11.15 malam (fulamak siap ada suku lagi, memang mantaplah mainan syaitan merangkap mimpi malam ni!)

5) Kisah mimpi saya sebenarnya berkisar “sebelum saya ke majlis tersebut”. Jadi saya hanya bersedih di rumah saya dan memikirkan mengapa la saya jadi volunteer majlis perkahwinan tu?

Jadi saya terbayangkan, gadis itu berjilbab putih dan disolek semongel mungkin. Di situ dia melangkah bersama pasangan sahnya

Aku? Ya aku hanya mengangkat dulang makanan, menjadi tabir yang mendandani latar belakang kebahagiaannya. Kelopak senyumnya berbunga girang dan aku hanya menelan pahit, pahit yang merajai perasaan yang dibumbui bibit-bibit cemburu yang mencengkam. Kuat sekali. Oh (kenapa ayat cerpen picisan pula di sini?)

6) Majlis akan tamat jam 11.15 malam, dan saya memikirkan untuk pulang kerana jarak perjalanan rumah saya dan dia yang agak jauh. Malam-malam nak drive, ditambah dengan luka di hati. Boleh kemalangan tu (wah, kisah cinta yang menyayat hati. Bolehlah sapa nak tulis cerpen picisan, silakan. Bukan genre aku tapi aku sedang menulis cerpen picisan juga sekarang. Sob)

Lantas aku terjaga, ah! Dia dah kahwin! Oh no!
Oh, mimpi sahaja. Selamat

DSCN8784
Mimpi hanyalah mainan hidup dan masyarakat disaran tidak terpengaruh dengannya – Gambar Hiasan

Post-Mortem Mimpi <– merah, amaran tahap kemengarutan dan kebukanshahkangan yang tinggi

1) Sekarang saya berasa agak lega yang itu hanyalah mimpi. Saya memang tak tahu apa nak kata kalau perkara itu betul, benar terjadi. Sedih yang sangat.

2) Apa perlu saya menyahut cabaran rakan-rakan yang sering menyuruh saya memasuki alam percintaan. Oh, hell no! Memang saya tak akan.
Sampai bila? Sampai jadi macam dalam mimpi tu?
Mungkin, biarlah hati ini berlayar sepi dengan layar duka, bertemankan jelaga yang mengaburi pandangan kemudiku. Sebagaimana hati ini kabur mengenal cinta (ayat cerpen?)

Saya tak akan terperangkap lagi dengan benda-benda mengarut ini. Ingat kata saya – cinta itu membejatkan dan cinta remaja itu adalah sampah.
Tapi bagaimana dengan perkahwinan? Yang diredhai?
Shut up, eh siapa anda bertulisan hijau yang sering menyoal?

3) Saya dengan dia adalah dari darjat berbeza. Pasti dia tidak melihat golongan seperti saya.

Ok, stop!

Kerap kali saya menolak, tak mahu. Tak mahu tak mau tamau tamau tamau tamau tamau tamau!
Sebab?

Cinta itu membejatkan.

Susah nak buang prinsip ni dalam hidup, suatu hari saya akan mengaku juga yang saya perlukan cinta.

dan satu sebab lagi, dua darjat berbeza.

Ok saya rasa , cukuplah kemerapuan

Berbalik kepada Shahkang yang asal (ketika anda membaca ini, lagu bercorak semangat dimainkan perlahan-lahan)

Tadi saya ke hari peladang dan menemui sekumpulan arnab, lebih kurang 10 ekor. Kanak-kanak bermain dan ada yang menarik telinganya yang panjang itu. Oh kasihannya.

Saya terfikir kenapa mereka tidak menggali lubang dan melarikan diri sahaja. Sob2

Esok ada sehari lagi hari peladang, semoga mereka tabah.

Sekian.

Shahkang – 4.30 pagi – 5.45 pagi

(seronok juga mengarang post berkenaan perasaan pada pagi-pagi sebegini)

Oh lupa nak cakap, semasa mengarang ini saya mendengar lagu:

1) Ajai ft Marsha – Sayang
2) Instrumental My Heart (oh, menyentuh hati menaip post bercorak sebegini)
3) Lady Gaga – Poker Face
4) Boria Penang (ada dalam list winamp, layannn)

“Maaf, aku tak dapat bersamamu lagi” – Shahkang

(apa-apa pun, aku nak sambung tidur dan harapnya jangan la mimpi tu bersambung. Kalau dak kena angkat dulang, basuh pinggan. Leceh!)

Sengaja nak memaparkan dialog zaman sekarang yang selalu didengar:

Azam: Bayi perempuan, bayi perempuan dah mamam ke?
Alicia: Bayi lelaki, bayi perempuan belum makan la.. lapar
Azam: Ye ke bayi perempuan?  ala ciannya kat bayi perempuan. Jom la mamam dengan bayi lelaki. Bayi lelaki pun belum mamam
Alicia: Ye sayang awak, awak adalah labu saya.

labu = pumpkin
bayi lelaki = babyboy
bayi perempuan = babygirl

penat gak menyebut bayi ni..haih..
kenapa nak berbayi-bayi ye?
mungkin ada sesiapa boleh jawab. bukan apa, nak tahu sahaja. Aku tak ada kekasih jadi tak pernah memakainya.

(dialog ini dikemukakan oleh seorang sahabat, Mat. Terima kasih membuatkan aku berfikir)

oh ya ini ada satu perdebatan hangat

arnab

Ini merupakan gambar arnab seorang sahabat saya.

Namun apabila direnung lama-lama, mengapa warnanya seakan-akan tikus Belanda?

(tikus Belanda adalah hamster dan bukannya cencorot rumah)

Jadi saya mula mengesyaki kawan saya menipu dan ini sebenarnya adalah hamster.

Wah!

Tapi kenapa ada telinga yang panjang? <— Err….. (alamak?)

….. (mencari idea untuk berhujah)
Ah aku tak kira!

aku nak kata tu hamster juga! <— sememangnya pendebat yang gagal

Hamster ! Hamster !

(keobsesan kadang-kala membuatkan anda tidak dapat menelan realiti)

Ok semalam saya bermimpi pelik lagi dan mungkin kerana terlalu banyak berfikir dan bersusah hati semalam, maka mimpi tersebut dimainkan di skrin minda saya. Haduh2.

1) Saya bermimpi nak menjawab soalan Math IB kertas satu namun saya terkejut kerana ketiadaan GDC untuk soalan kertas dua, 30 minit setelah kertas satu tamat.

2) Saya dah mulai cuak, nampak junior dan bertanyakan soal GDC – mereka ada ujian juga petang ni

3) Dengan kekalutan tanya cikgu Khuzaimi, dia cakap tak ada GDC lebih!

4) Argh!!

5) Masuk dewan peperiksaan pula, meja tak bersusun lagi (apa hal?). Reading time selama 5 minit dah habis, saya terlewat kerana mencari GDC sebentar tadi

6) Masuk jawab soalan, eh kenapa kertas soalan ni dah dijawab. Rupa-rupanya tu soalan latihan yang sedia ada di atas meja tersebut – entah soalan tahun bila! .

7) Terus saya panggil cikgu (to be precised, cikgu Azizah yang ajar kimia saya), mahunya tak melenting saya – dah la tengah kalut, susah hati GDC tak ada untuk paper seterusnya, soalan pula silap.

8) Untuk menjadikan mimpi lebih merapu, buka2 soalan tengok soalan sejarah + agama. Ada la tanya mengenai hikayat, hukum-hakam dan sebagainya.

lebih mengarut, soalan tu semua dalam buku (maknanya ada la jawapan kat belakang sekali)

9) Yang membingungkan, saya jawab dengan rela hati dan bersungguh-sungguh pula <— tak sedar pun tu bukan soalan Math

Apa kes ?

Mimpi, biasalah.

Maaf dua tiga hari lepas saya tidak mengemas kini laman web kerana terdapat sedikit masalah dengan server.

Jadi, esok merupakan hari pendaftaran pelajar-pelajar baru KMB jadi saya mengucapkan selamat datang ke KMB dan diharap janganlah terlalu nakal ye.

Sebelum itu saya nak minta maaf banyak-banyak kerana tak sempat nak kemas kini mengenai cara hidup di KMB dan beberapa hal lagi. Semoga segala post saya mengenai KMB memberi manfaat kepada anda. Selamat mendaftar esok!

Berikut ada sedikit quotation2 dari senior yang saya kutip menerusi shoutbox dan komen dari post di blog saya, khas untuk para junior sekalian:

Actuary, pelajar misteri A07B
” sebagai seorg yg amek economics HL dan business SL, serius ckp, econ HL lg senang…tp still depends kt dri masg2.mnat bsnes, amek bsnes la.
econ – blaja lg susa dr bsnes, tp exam senang
bsnes – blaja senang, tp exam susa nk jwb ”

Aisyarazak, M07C, hobi: berkenalan

” hair dryer leh bw la. cume x ley gune kat plug dlm bilik. gune kat common room ka..kat para ka…”

” wei shah. jd kaunter pertanyaan pulak blog ko ni. ak pn nk keje cnilah. sapa2 yg nk masuk kmb tu…satu pesanan je la. expect d unexpected ”

 Aishah Ismail, M07G, membela kaktus untuk tujuan keselamatan

” apepon.. to those yg akan mlangkah masuk ke kmb.. insyaAllah may Allah makes everything easy for u guys =) (saje mnumpang kat blog shah) tq shah =p ”

” i forget how do i feel b4 masuk kmb.. what i remember is just the moment i went out from kmb hehe adik2 pe rase nk masuk kmb eh? =) make sure u write in d diary n dah kuar nnt check blk prasaan tu..”

 Anish, M07C, Hobi: memancing

” nah shah.ko nk sgt aku tlg jawab.haha.dila,kalo pasal biology,basically ape yg IB ajar,ialah detail bagi ape yg F4 n F5 blajar.cuma ade la extra dia.so,belek2 je silibus spm.don worry.senang je.:) ”

Crixerity, M08H, penulis

” aku cadang kepada junior kalau ada lagi yang baca komen ni..
pilihlah external cas ke sk dengkil..eksperiens nya..wadhuh2!! mantop!

:p . no offens
wargh!!rindu sk dengkil..huhu..budak2 dia la great..siapa yang teringin pergi bagi tau..aku nak kem salam kat sorang budak yang comel ”

Erni Bidin, M07N

” haha…ia itgs memang terbaik r…
korang diberi masa lebih setahun nak buat….
secara berperingkat2…
konfem dapat buat projek gempak nyer la…
(kalau rajin la.)
hahaha..mengingatkan itu semua kembali ”

” haha..bestnyer…dok bosan2 kat umah ni membuatkan aku nak balik semula ke kmb… (haha kidding…)..
aku pon pegi pdk telok panglima garang gak…. ”

Jejaka, E07A, Sabahan

” life mn2 pon best.. yg pntng jan lupa tuhan..
btol abg shah?? ”

” cas k sek khas klang ar.. kompom smepoi..
haha yes!! ad gambr aku kat melorians!!
KAMI SAYANG MENTOR KAMI!! ”

Mon, M07A, Kegemaran adalah mengumpul setem 

” btw..untuk memudahkan pergorengan dalam menjawab soalan BMSL, saya mencadangkan anda mendapatkan buku IB Business and Management oleh Paul Hoang..buku ini mengandungi ayat yang mudah dan mudah juga difahami. kadang2 buku ini boleh menghiburkan saya(walaupun tiada unsur lawak dalam buku tersebut).jadikan bedtime story anda, insyaallah, BMSL 7. ”

MusyaJoh, E07B, peminat musang

” IA science subjects ada lagi Group 4 project selain daripada lab reports. Project ni berdasarkan tajuk apa-apa dalam science subject yang diambil.

Business punya IA ialah mencari issue dalam company bersar (contoh: Maxis, Telekom, CCM etc.) dan membuat commentary berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi (primary dan secondary sources). Susah juga sebab nak dapat company besar yang nak cooperate amat susah (kecuali kalau kamu ada orang dalam seperti bapa kamu CEO company ke). ”

Wafi, M07J, MPP bertauliah

” i just want to say that what makes life in kmb great is because of the people – friends, teachers, wardens, mak cik ds, kerani pejabat, abg lrc, akak2 photostat, mak cik kerepek.. so newcomers, if u’re antisocial, get ready for boredom 24/7. it’s been a blast honestly and i’m thankful for every single moment of it :). btw, aku still yakin yang bashu akan rase terharu lagi sekali kalau die tgk post ni…;)”

” btw, econs pon sebenarnye subjek menggoreng cuma masalahnye byk student terlebih/terkurang goreng so, kena pandai manipulate jwpn utk trap examiner bg markah tinggi =) ”

” betol! jgn leka kt ib. jgn main selalu tp makan byk2 takpe. kalau boring, boleh main dgn arnab, kucing, tupai…kalau boring jgk, boleh tangkap gambar kat keliling tempat joging; jadi bawak camera siap2. kalau nak balik tiap2 minggu, sila daftar jadi ahli PBSM”

W@W@, M07C, membela lipas

” jejaka, sk khas klang bes2!
kalo kite tak g ctu mesti ko tak kenal aku, aku tak kenal ko kan3~ ”

 Terima kasih kepada anda semua kerana memberi buah fikiran masing-masing.

Alhamdulilah, setelah sekian lama mencuba akhirnya tertembus juga nama saya (Shahkang) di media menerusi sajak Mengingatimu Mualim di akhbar Berita Harian, hari ini (20 Jun 2009)

Saya akan terus menulis lagi sampai kering segalanya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat GKLN kerana sentiasa memberi tunjuk ajar.

kepada khayalak pembaca, semoga sajak tersebut membawa manfaat pada anda. InsyaAllah.

Sajak tersebut tak boleh dipapar di sini atas sebab copyright.

Sila klik di sini untuk ke laman web Berita Harian (sila skrol bawah sedikit)

Yeah malam ni bola – Perlis lwn Pulau Pinang

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya