Peperangan Kuih Cara

March 6th, 2010 / 7 Comments » / by Shahkang

Lidah mana tak bergetar dan hati mana tak bergolak bila teringatkan kuih cara. Bagai melambung mencium bumbung langit perasaan bila menatap setiap satu kuih cara berlabuh di pinggan. Satu demi satu diam dengan tertib, umpama hamster yang lena di sudut sangkar. Cuma bedanya, hamster ada ombak nafas dan kuih cara hanya mengunci gerakan.

Ada yang menipu si kecil, katanya kuih cara berfizikal seperti ‘belakang kura-kura’. Oh, itu aku tidak nafikan. Sememangnya kelihatan seperti cangkerang kekura yang sememangnya punya kecomelan tersendiri. Bagiku semasa kecil memang larut dalam penipuan abang yang ‘mengapi-apikan’ sentimen ‘cangkerang kekura’.

Apa-apa sahaja. Rasanya tetap manis. Panggillah ia kuih A atau kuih Afif Nawawi sekalipun, rasanya serupa. Kemanisan tetap menjadi mendak dalam keasyikan.

Asyik, betapa serius penangan kuih cara. Serius. Rinduku bagai menujah kotak hati yang sepi.

Kumpulan Cara – Dua Jenis

Adapun sebuah kisah, serupa macam kisah dongeng tiada benar tiada palsu. Terpulang pada penerima untuk menimbang tara mana perlu diambil mana perlu dibuang. Aku tidak memacakkan pembaca pada satu paksi maklumat.

Adapun kisahnya, wujudlah sejenis cara lain iaitu cara berlauk. Tampak fizikalnya jelas sekali berbeza kerana berwarna kuning sedangkan cara bergula @ kekura itu berwarna hijau. Tiada manis, pasti! Cara berlauk dihuni oleh seketul dua serpihan daging dan cili dan bukannya larutan gula seperti cara bergula.

Cara Bergula Vs Cara Berlauk

Adapun cara bergula dan cara berlauk tidak mampu berkata-kata, yang hingar dan bingarnya adalah penjual kuih cara itu sendiri. Hubungan cara berlauk dan cara bergula umpama simbiosis ciptaan Allah yang lain.

Benar, bolehkah kau belai logik akal – apakah kuih cara kuning atau hijau mampu berkata-kata, atau Skype sesama sendiri?

Jika anda mengaku boleh, saya boleh katakan anda berfikiran terlalu jauh atau mungkin anda memikirkan kuih cara adalah nama gadis impian anda (Tiara? Lara? Zara (boleh beli jaket) !).

Tidak, ini adalah kuih cara. Cara berlauk dan Cara bergula. Apa ada Tiara berlauk dan Tiara bergula? Tolong jangan pesongkan penulisan ini (sebenarnya aku sendiri yang sewel!)

Penjual Cara Bergaduh

Saling tidak berpuas hati. Cara bergula tidak dapat menerima kenyataan bahawa ada aliran penyediaan kuih cara yang menyimpang dari resepi asal. Cara berlauk pula tegas. Apa salahnya diubah?

Maka bertengkarlah mereka pada suasana malam yang pekat tanpa kehadiran bulan ataupun lampu.Kedengaran bisik dari satu kawasan melayah ke medan lain. Buu Buu Buu..

“Apa mungkin cara berlauk boleh diterima logik akal!” kata penjual cara bergula.

“Siapa menentukan cara hanya boleh disumbat gula dan bukan daging? Ah, kami akan hadir dengan ’sumbatan’ santan, keropok lekor, papadom dan limau nipis!”

Siapa yang menentukan? Siapa yang menetapkan kaedah penyediaan kuih cara yang sebenar-benarnya @ yang asli?

Kisah Penjual Cara Bergula

Adapun aku ingin menyempitkan skop pada satu pihak, mustahil aku meloncat di kedua-dua belah kerana aku sukar membelah badan (aku bukan Amoeba atau bakteria yang boleh berpecah-pecah). Biarlah aku memilih cara bergula kerana cara berlauk juga mungkin menghadapi masalah yang serupa

(Sebenarnya aku lebih mengidam cara bergula saat dingin berbunga sebegini, maaflah cara berlauk)

Adapun, wujudlah Persatuan Cara Bergula. Didaftarkan oleh penjual-penjual cara bergula sedunia. Bangkit dengan paduan dan panji-panji bercorak, dengan satu seru untuk menumpaskan cara berlauk.

“Cara hanya untuk gula, cara bukan untuk lauk”

Maka berligan-liganlah penjual cara bergula yang bersemangat untuk mengembleng tenaga, berpadu suara dan keringat untuk menghapuskan cara berlauk dalam hidup masyarakat. Cara berlauk perlu ditumpaskan, untuk tidak mengacau-bilaukan industri ‘kecaraan’ yang berada bawah naungan Jabatan Makanan Tradisional.

Pak Afif Nawawi: The Hero

Sekalipun bagai hujan monsun menimpa negara pada musim tengkujuh diibaratkan penjual cara yang mahu bernaungan di bawah satu persatuan, Pak Afif tegar. Keras kepala dan dihempuk empat-lima kali pun, sememangnya kedegilannya adalah pada tahap ultimate.

“Aku mahu berseorangan dalam menentang cara berlauk” Pak Afif yang lutut terketar-ketar diserang usia itu mengeluarkan hujah.

Adapun Pak Afif sememangnya kurang senang berpersatuan. Dia kurang biasa. Style orang lama. Lebih suka menyendiri dalam menegakkan hujah.

Serangan Orang Berpersatuan

Sememangnya Pak Afif dikecam, puas dipujuk dirayu namun Pak Afif degil tidak mahu berpersatuan.

“Sayang, tidak mahu berpadu menentang musuh. Dia memang akan menjadi penyebab kegagalan”

“Masuklah Pak Afif, senang kita nak melawan cara berlauk”

“Blah la Pak Afif!”

“Tinggalkan Pak Afif, biar kita terus maju. Biarkan dia gagal. Jangan bagi bantuan langsung kepadanya”

Pak Afif Yang Daif

Sememangnya Pak Afif ada lenggok dan caranya tersendiri untuk menentang cara berlauk. Kaedah yang dirasakan lapuk tapi hasilnya boleh tahan.

Kalau Pak Afif berpersatuan, ibarat anak kucing liar Taman Kangar dilemparkan ke Chow Kit Rud – tiada peluang untuk survive kerana ketidak biasaannya.

Namun sayang, Pak Afif juga mengarut. Bukanlah kesepaduan yang teguh lebih mudah menumpaskan musuh?

dan adakah rakan penjual cara bergula yang lain layak untuk menentukan Pak Afif bukan seorang pejuang kerana kedegilannya menyertai persatuan?

Siapa layak mengatakan Pak Afif bukan seorang pejuang?

(memandangkan jumlah perkataan sudah pun 700 patah (banyak!), saya berhenti merapu sebentar)

Betulkah ini sekadar merapu? Entah!

Nasihat saya, pos ini tanggapannya luas. Jangan sempitkan kepada satu dua perkara, hanya kerana anda mengenali saya dan tahu situasi sekeliling yang anda rasa ‘Shahkang berada dalam situasi itu’.

Jangan pandai-pandai dan kemudian melemparkan tohmahan tidak berketahuan

Sample kuih

cbgl

Cara bergula!

cblk

Cara berlauk!

Sumber gambar: http://gastronomicdiary.wordpress.com/2007/10/

Yang benar,

Shahkang yang lapar kuih Cara – berlauk dan bergula. Maaf kalian menjadi watak dalam pergelutan jiwa ini.
Kepada Afif, maaf dengan nama anda.

Sekali sekala Bergedik

February 22nd, 2010 / 4 Comments » / by Shahkang

Gedik mempunyai pelbagai penafsiran, bergantung pada kefahaman masing-masing. Namun bagi lingkungan penulisan saya di hamparan maya ini, saya suka menggelarkan pos yang mempunyai banyak gambar peribadi sebagai gedik.

Semakin tua semakin banyak pemikiran yang menujah, dan sedang itu hati hangat berbicara mengenai puluhan perkara.

Tapi sayang, hamparan ini masih hambar dengan segala kejanggalan. Janggal kerana hamparan yang selama ini dikemas kini hampir setiap hari kini membungkus sepi.

Sampai bila harus begini? Itu retorik sendiri yang tanpa perlu berjawapan.

Yang pastinya, dahulunya sesi bergedik ini sering saya lakukan. Kini kembali!

Lihatlah gambar-gambar suka-suki ini!

Saya telah melawat Cardiff beberapa minggu lepas. Terima kasih kepada Azizi, Pokcik, EG serumah dan rakan-rakan lain atas layanan anda. Semoga ukhwah yang terjalin menghapuskan sengketa dan perbezaan (ye lah Azizi, kau cerah aku gelap. Kan berbeza tu? haha)

Mukmin itu semuanya bersaudara. Kan kita terjalin dengan seruan yang serupa.

Percutian yang pendek dan mudah dan santai, tiba pada Sabtu (12.01 tengah malam), pulang pada Ahad pagi.

Objektif? Ukhwah yang pertama. Kedua adalah untuk menikmati ayat-ayat Allah dan keagungan-Nya yang diceritakan menerusi selok-belok Cardiff yang tenang, itik di taman dan ragam manusia yang menarik dan mengharu-birukan. Sesungguhnya bumi ciptaan-Nya penuh dengan misteri. Dan kitalah yang akan merungkaikannya.

Sedikit mengenai Cardiff: Cardiff terletak di negara Wales dan berada di bahagian barat England. Perjalanan dari Manchester menaiki tren mengambil masa 3 jam 45 minit. Passport tidak diperlukan kerana Wales adalah sebahagian daripada UK.

car011001
Entah mengapa terlekat pada peta ini. Sekadar mahu menunjukkan yang saya sudah tiba di universiti Cardiff

car011002
Bangunan lama yang mendendangkan lagu-lagu sejarah

car011003
Di tengah bandar Cardiff (aku benar-benar suka membuka mata di bawah sinar matahari)

car011004
Azizi dan Akid

car011005
Di tengah-tengah bandar Cardiff yang dikerumuni ramai orang pada hujung minggu

car011006
Menaiki river cruise untuk ke Cardiff Bay, ini adalah Stadium Milennium (di sungai ini juga banyak itik)

car011007
Hampir tiba di Cardiff Bay. Seman (kiri) mabuk laut?

car011008
Di hadapan tulisan yang saya sendiri kurang mengerti

car011009
Buffet 7 pound – Azizi cakap kalau tak datang sini beerti tidak datang ke Cardiff. Tatau sebabnya

car011010
Senja di tepian Stadium Millenium

Begitu mudah sekali meletakkan gambar, aku begitu malas sekarang.


Suara Orang Telanj*ng

February 12th, 2010 / 7 Comments » / by Shahkang

Untuk mereka yang tidak jumud, dan mampu berfikiran terbuka

(saya akan mengeja telanj*ng sebagai telanjng sehaja, ini kerana saya tidak mahu orang yang menggunakan enjin carian masuk ke dalam web ini dengan mencari kata-kata tidak senonoh itu)

——————————————————

Yang berbaju akan terus tertawa, memang berdekah melihat ketelanjngan yang dipersembahkan.

Yang telanjng terus telanjng, dan mereka yang berbaju akan terus menokok tambah pakaian masing-masing. Dari skaf di leher menjalar sampai ke hujung jari dengan stokin (bukan stokin biasa, stokin tebal!). Dan ditambah dengan jaket berpoket, kot panjang sampai mencecah pangkal paha.

Yang telanjng terus mencari atau mungkin kabur – di mana patut dicari pakaian?

Yang berbaju pula mengelak bertemu dan berhubungan dengan si telanjng, dengan alasan:

1) Kami tidak mahu dilabelkan sebagai orang-orang telanjng
2) Bukan setaraf dan sememangnya si telanjng tidak mungkin berada setaraf dengan kami. (Ah, tak dapat membayangkan si gedempol tidak berbenang itu berjaket, berjubah, dan bersegak-segak sepertiku!)
3) Takut dipengaruhi, nanti aku pula yang bertelanjng. (Oh, gila sememangnya gila! Aku tidak mahu!)

Berbaju akan terus dengan berbaju dan menghina si telanjng. Benar, si telanjng tidak berbaju seperti mereka dan tidak layak untuk apa-apa pun – apatah lagi menjadi pasangan! Wohooo jangan la. Yang berbaju mana boleh campur dengan tak berbaju.

Tapi, kenapa baju atau tidak berbaju yang menjadi ukuran, dan tidak pada sifat-sifat lain?

——————————————————-

Adapun suatu ketika, si telanjng sudah bertemu selonggok pakaian (mungkin dari dobi atau sekadar cebisan yang bertempiaran di laluan pejalan kaki).

Dan si telanjng mula memakai – tapi sayang! – cuma sekadar pakaian murah – baju round-neck putih dan kain pelikat.

Dan yang berbaju, terus mencari kesilapan si telanjng:

Mana stokin? Mana sarung tangan (sejuk di sini, pastinya PERLU!)? Mana topi cap ASDA?

” Kami hanya mampu takat ini,” kata si telanjng

“Oh tidak tidak! Kena sempurna! Kena ada semuanya. Mana boleh begitu!”

Ya benar, yang berbaju sebenarnya lebih melihat kelemahan yang bertelanjng (iaitu tiada stokin dll), tanpa menghargai bahawa mereka sebenarnya sudah berkain pelikat dan berbaju putih, walaupun nipis.

Sayang, seribu kali sayang. Sang berbaju tidak pernah tahu yang baju yang dipakainya datang dari Siapa

dan dia tidak pernah sedar, yang dia sebenarnya dahulu juga adalah orang-orang telanjng.
dan bila-bila masa, segala pakaian mahal itu boleh terselak dan terbuka juga.

Sayang, apabila persamaan tidak diraikan. Namun perbezaan yang kita buru. Sayang.

—————————————————–

Hakikatnya, kita dapat sendiri melihat. Dan banyak dari kita (termasuk aku), tidak mahu open your eyes dalam kes macam ni.Kita terlalu banyak open our eyes hanya untuk kelebihan sendiri dan kefahaman diri sendiri.

“Usah tertawa pada yang bertelanjng, kerna belum tentu esok kita berbaju” - Shahkang

Aku yang dalam keadaan MARAH. Marah pada diri sendiri. Marah pada berbaju, marah pada bertelanjng. Marah pada SEMUA!

Jaulah Rahsia

February 4th, 2010 / 2 Comments » / by Shahkang

Apa perasaan anda apabila :

Anda sedang sibuk bergelut dengan mekanik dan rupa-bentuk litar elektrik yang menjengkelkan, namun apabila melihat status rakan-rakan, mereka berkata “Kami sedang di Dublin! Seronoknya!” atau mungkin “Kenapa piza di Itali ini tak sesedap pizza 3 for 10 pound di Zain?” atau mungkin “Sekarang aku di kutub, mana penguin yang dijanjikan?”

Apa perasaan anda?

Bag saya, cemburu dan berang (tidaklah berang mana, hiperbola).

Dengan itu, setelah tamatnya peperiksaan pada hari Khamis 28 Jan 2010, saya mempunyai tiga hari untuk bercuti/melompat/bergolek (potong mana yang tidak berkenaan) dengan sepuas-puasnya. Apa tidaknya, kerja sudah langsai, buku sudah boleh terbang ke atas almari/bawah sink/dalam peti ais (potong mana yang anda suka).

Jadi saya dan Chem (atau nama samarannya Kamal Haziq) melakukan siri Jaulah Rahsia

Apa itu Jaulah Rahsia
Jaulah rahsia adalah jaulah secara rahsia (bodo punya definisi)

Kaedah:

1) Beberapa keping kertas yang tertulis nama tempat diletakkan dalam suatu bekas
2) Kertas dicabut
3) Anda terpaksa pergi ke tempat yang dicabut, tiada kompromi

Jadi dengan itu, saya telah menyiapkan beberapa keping kertas untuk dicabut, antara nama-nama tempat yang dicadangkan adalah:

1) Lancaster - sejam menaiki tren dari Manchester, tempat tinggal Safwan dan Aiman dan Syakir
2) Stoke - tiada kawan, tempat pasu. Ada stadium Stoke City
3) Liverpool - ramai kawan, bandar besar dan banyak benda (muzium Beatles, Titanic etc)
4) Preston - ramai pelajar medic (Alwi contohnya)
5) Bolton - stadium Bolton, pekan kecil di pinggir Manchester
6) Manchester (jalan-jalan dalam Manchester sahaja)

Sebenarnya ada dua lagi bandar iaitu Leeds dan Sheffield namun tiketnya melebihi 10 pound, syarat permainan untuk kali ini adalah tiket tidak boleh mengjangkau nilai 10 pound.

bolt01

Maka pagi Jumaat 29/01/2010, tatkala Apip, Peng, Anam, Klon dan dua orang sahabat perempuan lagi bertumbuk di meja exam kira-kira 200 meter dari stesen keretapi, saya dan Chem memulakan operasi.

Tibanya kami di Piccadily Train Station, cabutan diadakan:

bolt02
Berdebar-debar, tak tahu tujuan ke mana. Di stesen baru nak tentukan.

Dan akhirnya…

bolt03
Erkkk…. Bolton (tempat yang paling aku nak elak, sob-sob)

Maka saya dan Chem ke kaunter, membeli tiket – 3 pound return. murah kerana dekat, dalam 20 minit menaiki tren sahaja.

Maka kami pun menaiki tren Trans-pennie Ekpress:

bolt04
Bangunan Renold, kelas kami selalu di situ. Dan selalu juga ‘cemburu’ melihat tren lalu lalang membelah suasana kampus utara ini.

bolt05
Tren – sejurus tiba di Bolton

bolt06
Akhirnya tercapai juga untuk tiba di sini – walaupun tak ramai yang berkeinginan datang

bolt07
Kami datang tanpa pengetahuan dan idea – terpaksa mencumbui peta buat sementara waktu

bolt08
Berlegar-legar tanpa arah tuju. Main teka sahaja.

Jalan punya jalan, bertemu dengan pusat pelancongan yang ada muzium, galeri seni dan akuarium.

bolt09
Lawa.. Kalau tipu saya tengah ada di Greece arau Rome pun mesti orang percaya. Haha.

bolt10
Akuarium di dalam pusat pelancongan itu

Kemudiannya, kami menghabiskan masa melawat muzium Mesir (yang menakutkan), galeri seni.

Ah, mana lagi nak pegi?????

Maka kami pun jalan-jalan bandarnya. Kecil tetapi menarik. Saya lebih suka pekan kecil sebegini untuk dinginapi.

Jom ke Reebok Stadium ! (Bolton Wanderers FC punya gelanggang)

Namun disebabkan terlalu jauh dari bandar dan faktor lain, kami berasa tidak usahlah ke sana. Jadi kami meneruskan saja lawatan ke ‘pasar tani’ Bolton dan diakhiri dengan pembelian screw driver berharga 1.50 pound. haha

Baru berjalan sejam setengah, dah tak tahu menahu apa yang perlu dibuat!

bolt11
Macam jambatan kat Putrajaya pula. Heh.

Dah tak tahu hendak ke mana, maka saya dan Chem memutuskan untuk pulang jam 12 tgh hari.

Walaupun perjalanan ini singkat, namun saya dan Chem sudah mempelajari pelbagai perkara yang menarik. Seronok sebenarnya jika melawat tempat yang orang jarang pergi.

Sebenarnya tertekan juga, ingat nak dapat tempat yang agak jauh. (sapa suruh main cabut-cabut!)

Lagu : Untuk Pasangan Anda

January 15th, 2010 / 7 Comments » / by Shahkang

Entah mengapa, saya sangat menyukai lagu ini.

Malah ada kalanya, saya suka mengatakan lagu ini patut dihayati oleh semua yang bakal berkahwin/bercinta dan sebagainya.

Walaupun anda melihat video ini, sedikti pelik dengan maksud ‘terlanjur’ di situ. Kalau ikut video memang maksudnya adalah berz**** . Namun saya tidak melihat itu perkara pokoknya.

Terlanjur boleh jadi pelbagai. Tafsirlah dengan hati terbuka dan minda yang bercanggah dengan suka-suka kanak-kanak.

“Dan kita adalah insan biasa. Jangan aku gelakkan mereka yang bertelanjang kerana belum pasti esok aku berbaju” – Shahkang

Rasa sedih mendengar bait lagu ini, kerana kebanyakan manusia termasuk saya adalah sukar menerima orang yang berubah. Tambah lagi untuk menjadi pasangan hidup.

SAYA SGT SUKA LAGU INI.