Shahkang - Secarik Kuras Kehidupan

Laman Web Baru
Setelah sekian lama tidak mengemas kini, insyaAllah selepas ini website ini tidak akan dikemas kini lagi.

Sila ikuti perkembangan di Gelanggang Gelandang -

http://shah-kang.blogspot.com atau http://www.shahkang.com

Laman web ini akan dikekalkan sebagai archive dan rujukan kepada post-post yang lama.

Tak Kisah Kalau Dibuang
Menesuluri kisah Pramoedya Ananta Toer, seorang penulis Indonesia ;  membuatkan saya berkelana dalam pemikiran. Hanyut dalam arus muhasabah  yang menghala ke arah pencarian diri.Pramoedya – dengar namanya sewaktu  ke Palembang oleh teman-teman sepenulis. Pabila kami merayau ke Gramedia  (toko buku), setiap seorang penulis akan mencari karya Pramoedya.  Kecuali saya, yang melihat buku Pramoedya terlalu tebal dan mula membuat  perhitungan berkenaan cara membawanya pulang ke Malaysia.

Siapa Pramoedya? Lebih enak jikalau saya lampirkan terus sumber penceritaan kisah hidupnya dari Wikipedia.

Pramoedya Ananta Toer (EYD:  Pramudya Ananta Tur) (6 February 1925 – 30 April 2006) was an  Indonesian author of novels, short stories, essays, polemic  and  histories of his homeland and its people. His works span the  colonial  period, Indonesia’s struggle for independence, its occupation  by Japan  during the Second World War, as well as the post-colonial authoritarian  regimes of Sukarno and Suharto, and are infused with personal and  national history.

Pramoedya’s writings sometimes  fell out of favor with the colonial and later the authoritarian native  governments in power. Pramoedya faced censorship  in Indonesia during  the pre-reformation era despite the fact that he  was well known outside  Indonesia. During the changeover to the Suharto  regime Pramoedya was  caught up in the shifting tides of political  change and power struggles  in Indonesia. He was seen as a holdover from  the previous regime (even  though he had struggled with the former regime  as well) and was banished for years to Buru island where political prisoners were kept. It was there that he composed his most famous work, the Buru Quartet.  Not permitted access to writing materials, he recited the story orally   to other prisoners before it was written down and smuggled out.

Sumber – http://en.wikipedia.org/wiki/Pramoedya_Ananta_Toer

Oh ya, sebelum mengulas lanjut – apa maksud buang di sini? Bukanlah bermakna dilempar ke tepi seperti seekor binatang jalang. Buang lebih kepada apa sahaja yang mengundang duka dan nestapa. Sepertinya  kegagalan bercinta, disisihkan masyarakat, dianggap sebagai pembawa tahyul dan sebagainya. Itulah maksudnya buang - sekurang-kurangnya dari pandangan seorang Shahkang.

Dibuang  ke Pulau Buru – sampaikan terpaksa menyampaikan karya menggunakan mulut  (oral) sebelum ditulis kemudiannya. Ada juga yang saya dengar,  Pramoedya tidak dibenarkan mendekati langsung sebarang pen dan kertas  untuk menukil karya.

Penulis tidak peduli. Sama ada  dibuang atau dijunjung. Karena cinta pada sebaris aksara lebih mahsyur  dari segala-galanya. Cinta pada selaras kata yang menjulang Yang Esa  ternyata mengatasi apa jua cabaran. Cinta pada setiap siaran idea di  akhbar mahupun majalah meletus, lebih dahsyat daripada pandangan seorang  wanita. Biar ditinggalkan kekasih dan diperap jauh ke pojok belantara  oleh sesiapa sekalipun – cinta itu kekal harum, menggamit nafsu  sebagaimana narwastu syurga.

Syed Qutb juga  menulis Tafsir Fil Zilal ketika di dalam penjara. Meski diperlakukan  demikian namun masih – karya agung dapat dicipta dan digunakan sampai  sekarang. Ternyata, ‘kebuangannya’ tidak mencantas sedikit pun cinta dan  semangat untuk terus menitip kata di atas halaman putih. Seperti juga  Syed Qutb yang punya kegagalan sendiri dalam cintanya dengan wanita –  mana mungkin menghalang Tarsif Fil Zilal daripada terus dikarang!

Tidak  percaya Syed Qutb juga pernah alami masalah ‘dibuang’? Saya cuba  sertakan bersama tulisan mengenai Syed Qutb oleh Anis Matta

Begitu Sayyid Quthub menyaksikan mimpinya hancur berkeping-keping,  sembariberkata, “Apakah kehidupan memang tidak menyediakan gadis  impianku, atauperkawinan pada dasarnya tidak sesuai dengan kondisiku?”  Setelah itu ia berlari meraihtakdirnya; dipenjara 15 tahun, menulis Fi Dzilalil Qur’an, dan mati di tiang gantungan!Sendiri! Hanya sendiri!

(Serial Cinta Tarbawi – Anis Matta)

Sumber: http://www.scribd.com/doc/6692282/Kumpulan-Tulisan-Anis-Mata-Lc

Kadang kala teringat kata-kata Tun mahathir dalam satu videonya. “Nak buang saya buanglah. Saya tak kisah kena buang.”

Sebagai penulis, saya juga tidak kisah kalau dibuang. Asalkan kebenaran terus dipancang!

(Semoga saya dan kita semua dapat teguhkan diri dan menepis segala kebuangan/sampah sarap perasaan yang ada! Amin.)

Shahkang

Manchester, UK

Usah Pandang Tepi!
Prolog

Apabila tersepit ketika menulis sesuatu yang kreatif, saya akan beralih kepada pembacaan mahupun tulisan akademik/artikel. Seperti sekarang, bila cepu kepala pun sudah penuh dengan kepenatan dan kelaparan. Mahu pulang, lagi dahsyat muka tertidur atau bersepak-terajang dengan teman serumah. Jadi baiklah duduk sebentar di perpustakaan lantas menari-nari jari jemari di atas kekunci, menaip apa sahaja penyampaian yang termampu.

Pengenalan

Saya selalu melihat manusia. Itu memang adalah sikap seorang pengarang dan sikap saya sendiri. Melihat bukan usha, tetapi melihat dengan mata hati. Bukan bermaksud terpikat (aduh), tetapi maksudnya menafsir apa sahaja yang tersirat dari perlakuan.

Selalunya, apabila melihat kelebihan manusia saya akan lekas cemburu. Saya tak tahu apa reaksi sahabat sekalian melihat teman-teman yang memperolehi kelebihan berbanding kita. Acap kali pertanyaan berikut timbul: Adilkah Tuhan menjadikan dia lebih dan aku kurang? Kenapa dia hidup senang tak perlu bersusah payah? Kenapa – kenapa dan terus kenapa (bergantung kepada situasi yang akan kita ulas satu per satu di bawah).

Ah, kusut. Manusia memang kerap merungut. Itu memang sikap manusia, yang sukar sekali hendak bersyukur, seperti dalam ayat surah Al-aaraf ayat ke-10:

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur”.

Jom kita lihat situasi demi situasi. Ini bukanlah semua situasi saya. Mungkin terilham daripada melihat papan tanda di jalan Oxford Road, melihat daun-daun berguguran di Whitwork Park, atau labah-labah kecil di dinding rumah (penulis sangat pelik, abaikan sumber inspirasi ini).

Kisah 1 – Cinta

Sering kali cinta menimbulkan rasa cemburu. Saya juga pernah tampil suatu masa dahulu dengan ayat ‘Cinta itu Membejatkan’. Ya, benar dari satu sudut tapi bukan dari semua hal. Tapi saya tetap percaya, setiap cinta yang terbina pasti ada ‘bejat’ atau masalah yang berlaku kepada orang lain. Contohnya kalau orang berkahwin, akan ada orang lain cemburu kerana tak dapat berkahwin (bejat kerana membuatkan dia sugul dan banyak berfikir). Atau mungkin bekas kekasih akan kecewa dan sebagainya. Tak apa lupakan hal remeh dan temeh tersebut.

Hakikatnya, cemburu selalu terjadi. Ada satu kisah, orang sangat ramai cemburu dengan si fulan. Kenapa? Wah si fulan dapat bernikah awal dan isterinya pula cantik molek dan solehah. Beranak pula, anak yang cerdik, pintar, cerdas (saya teringatkan cerita Pintar Pintas di TV 1). Ish, ideal sungguh cinta si fulan!

Lantaran itu, timbulah cemburu dalam kalangan orang bujang ini. Cemburu bukan biasa, cemburu sampai sugul makan nasi pun tidak berkuah (aku pun biasa buat sebab sedap juga), atau ‘koyak’ sampai dengar lagu-lagu cinta untuk mencari bahagia yang tersembunyi di balik jendela. Atau hilang mood untuk belajar dan berfikir ‘Kenapalah aku begitu loser tak dapat cinta sampai sekarang??!’

Maka hal ini akan mengundang sesuatu yang negatif, walhal melihat cinta orang lain sepatutnya membuatkan kita lebih positif dengan takdir Allah yang insyaAllah memberikan hamba-Nya jodoh yang terbaik dan cocok.

Muhasabah: Benarkah bahagia apabila punya isteri cantik solehah dan anak yang comel? Ops, bukan saya nak menafikan kebahagiaan. Tapi kita tidak pernah tahu menahu apa ujian yang Allah kurniakan kepada mereka. Mungkin, isterinya cantik malam-malam mengigau teruk sampai baling pinggan mangkuk dan akibatnya tak boleh tidur. Okay, mungkin pelik tapi percayalah, akal kita tak sampai pun nak menafsir apa bentuk masalah/ujian yang mereka terima.

Seseorang mungkin akan berkata “Apa lagi dia nak? Mesti gembira. Isteri cantik dan baik, anak comel. Hah, apa lagi?”.

Kerap kali kita bertemu ayat sebegitu.

Kita tak harus pun melihat kebahagiaan orang lain sehingga diri sendiri sugul (cemburu sampai rasa macam diri ini loser). Haruslah kita mencari apa kelebihan dan kenikmatan yang Allah beri pada saat bujang/saat Allah uji diri susah mencari jodoh. Mungkin orang berkahwin itu gembira dengan pasangan, tapi mungkin Allah uji dari aspek pengurusan masa. Tiada lagi main bola (minum air jus selepas main dengan enak), tiada lagi lepak sampai larut malam dan bersembang tentang kehidupan, tiada lagi – banyak!

Bukanlah maksud saya menyuruh orang tidak berkahwin atau mengtidakkan kebahagian lepas kahwin. Bukan. Cuma kalaulah kita sedang dalam keadaan diuji Allah untuk tidak dapat berkahwin lagi, apakah kita perlu menanggung cemburu yang ekstrim (sila highlight ekstrim di situ) dari pasangan lain? Tidakkah kita perlu bersyukur dan bersabar dengan apa yang telah Allah kurniakan sekarang.

Cari kenikmatan itu! Mesti ada!

Kisah 2 – Duit

Alahai, seronok benar melihat manusia lain mendapat wang. Ada dari kemenangan peraduan, atau pemberian sanak saudara atau apa sahaja.Tambah bila raya, sesiapa yang punya sanak saudara yang kaya akan melimpah-ruahlah wang bagaikan coklat mengalir di ladang gandum.

Kita tiada apa. Hanya sekeping not dan baki akaun online yang semakin susut. Ah, kena bayar! Adoi, hilang pula bus pass dan kena bayar denda. Huk, apasal mahal sangat makan di Domino – patut lah aku lupa pakai kupon. Adoi sayang ruginya duit aku. Bermacam-macam dugaan menimpa kita sebelum ini. Duit makin susut.

Kita pun merungut:

“Alahai kalau la ditakdirkan aku ada 500 pound extra macam dia, tentu aku dah beli Ipad, beli kuih -muih (erk?), beli Yogurt Muller (pun erk juga?) beli itu beli ini. Seronoknya!”

Biasa kan dengar keluhan sebegitu? Kalau bukan dari orang lain pun, ayat ini berguguran dari tangkai hati kita sendiri sebagai seorang manusia yang lemah.

Muhasabah: Apakah kita benar-benar kekeringan wang? Tidak, rasanya. Melainkan kita dari kaum keluarga yang susah. Kalau nak dicakapkan tentang pelajar yang berada di UK ini, duit sememangnya melimpah.Sebenarnya kita sendiri yang tak reti nak urus wang – tengok diri balik banyak mana sampah yang telah dibeli. Makan nasi beriani sampai 7-9 pound, kemudian beli gadget baru, kemudian beli pula alat senaman konon nak bagi kurus, beli alat muzik walaupun tak pandai main. Macam-macam.

Dan fikirlah, adakah mempunyai duit 500 pound extra itu menyebabkan kebahagiaan tidak berpihak kepada kita? Tidak semestinya. Dengan ada duit lebih, mungkin tanggungjawab untuk bersedekah/membantu orang itu lebih besar. Amanah makin banyak. Macam-macam hal lagi.

Syukurlah dengan duit yang ada. Kalau Allah bagi tak ada duit sampai kena minum air paip, lagi lah haru. Syukur saja! Carilah bahagia dengan duit yang ada itu.

Adilkah Allah?

Saya pernah berfikir bagaimana Allah menampakkan keadilan-Nya lantas saya cuba membandingkan nasib saya dan seorang sahabat lain. Sukar, sangat sukar untuk mencari hujah mengatakan “Ha, memang tak adil!”. Sukar. Kalau kita cuba analisis, kita akan bertemu dengan kenyataan seperti:

1) Aku ini tak ada duit. Insan bernama Taman Rashidah Utama itu banyak wang (abaikan nama insan itu). Eh kejap, dia banyak wang tapi keluarganya tak berapa nak ikut Islam. Keluarga aku patuh dengan baik. Syukur duit tak melalaikan kami semua.

2) Aku ini dah la belajar tak pandai. Seronoknya dia belajar pandai. Eh, sebentar. Dia ada penyakit migrain lah. Alhamdulilah aku tak ada.

3) Seronoknya dia belajar luar negara. Aku ni belajar di kolej tempatan sahaja. Eh kejap, dia belajar luar negara namun katanya hidup sengsara sebab belajar susah. Ulang berkali-kali dan siap kena repeat year lagi. Alhamdulilah, aku dimudahkan untuk lepas dan lagi dua bulan dah nak grad dan boleh cari kerja.

4) Kalau la aku dapat jadi popular dan kacak macam dia, kan senang. Ramai perempuan nak. Eh kejap, hari itu katanya dia tak dapat nak tumpu pelajaran sebab diganggu pelbagai gosip dan fitnah daripada kawan-kawan. Alhamdulilah aku tak ada sapa kacau dan masih terpelihara maruah.

5) Aku ini tak ada cinta. Seorang. Sunyi. Sepi. Sengsara. Kawan aku si Ali tu ada makwe malam-malam dok bersembang. Seronoknyanya boleh kongsi kisah hidup, ada orang tolong selesaikan masalah kita dan pelbagai lagi. Eh, tapi aku tak payah belapar makan Chipsmore (hm kenapa biskut ini?) hari-hari. Ali tu kena ikat perut sebab hari-hari kena beli top-up. Alhamdulilah.

Kalau…, ah macam-macam lagi! Penat nak menulis semua. Sudah la tengah kesunyian dan menakutkan di tingkat 3 perpustakaan ini (Tinggal saya dan seorang lain yang berdekatan. Sudah larut malam nampaknya!)

Nah, itu baru yang zahir. Kalau yang tersembunyi? Penyakit hati, penyakit organ dalaman, masalah hidup, beban tanggungjawab dan sebagainya. Ada kita tahu apa yang ujian sedang dialami manusia lain sampaikan kita nak mengatakan ‘Orang itu hidupnya baik dan hidup aku tidak’? Nampak sangat hanya mainan hati dan bisikan syaitan.

Ternyata, kita tak akan dapat rungkai keadilan Allah itu dengan akal yang kita yang dangkal dan cetek!

Penutup

Berhenti, buang dan nyahkan! Tidak perlu kita pandang ke tepi untuk melihat kenikmatan orang lain. Sebaliknya lihatlah ke hadapan dan manfaatkan nikmat-nikmat Allah yang melata di mana-mana. Kita harus bijak mencari peluang dengan situasi apa yang kita ada. Kalau kita ini tidak dikurniakan cinta, apakah itu penghalang kejayaan kita? Kalau kita mendapat tidak mendapat lambakan wang, apakah kebahagian akan tercantas? Kalau kita tidak dapat belajar luar negara seperti sahabat lain, apakah bermakna kita tidak berguna?

Peluang kebahagiaan itu di mana-mana. Hanya menanti kita sebagai seorang manusia untuk menjadi kreatif dan memanfaat apa sahaja bentuk nikmat. Usah merungut dan melihat kekurangan tetapi railah kelebihan yang ada walaupun sekelumit.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kata-kata yang sama juga diutarakan oleh ibu saya dan guru Fizik saya di KMB, Puan Adilah. Dewasa ini juga ada gambar-gambar di Facebook yang mengusung erti syukur betul-betul ke hadapan pintu hari kita. Contohnya gambar seorang yang kanak-kanak cacat mengepit sudu pada kakinya untuk menyuap seorang kanak-kanak lain yang sempurna. Jelas dan cukuplah, untuk membuatkan kita mendaki ke puncak kesyukuran.

Syukur, cari peluang untuk raih kebahagiaan dan kejayaan dengan apa yang telah Allah beri! Nikmat Allah itu, sangat banyak. Semaklah tafsir surah Ar-Rahman kalau tak percaya.

Apa-apa pun, terasa berat tanggungjawab dan risau. Semoga diri sendiri dapat sentiasa diingati. Teringat firman Allah dalam surah As-Saaf ayat kedua:

“Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!”

Sama-sama memperingati.

Shahkang

John Ryland Uni Library, Manchester

9.48 malam

12 Oktober 2011

Shahkang: Allegory of Kelab Basikal
Saya telah dicop oleh seorang sahabat sebagai ’suka menjawab dan bertanya soalan’. Benar sekali, saya mempercayai lebih banyak soalan akan membawa kita kebenaran yang nyata. Begitu juga dalam modul Management 1 yang pernah dipelajari, lebih banyak soalan dan kritikan membawa kepada hasil (kejuruteraan, reka bentuk atau apa sahaja) yang lebih bermutu.

Sebab itu, saya suka mengeluarkan soalan untuk kita sama-sama berfikir dan muhasabah. Berfikir! Sementelah semenjak dua ini saya banyak membaca berkenaan Plato untuk suatu tugasan yang berbeza. Jadi sangat mudah ‘tercucuk’ mahupun tercuit untuk mengemukakan hal-hal yang bermiripkan satu allegory.

Shahkang: Allegory of Kelab Basikal

Katakan adanya sebuah taman perumahan, Taman Perkasa diberi nama. Ditunjangi oleh sebuah rukun tetangga yang sememangnya ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal kawasan tersebut. Acara lazim acap kali dianjurkan – sukaneka kanak-kanak, majlis tilawah kaum ibu, senamrobik wanita dan trip memancing untuk kaum lelaki.

Namun, tidak semua ahli taman perumahan tersebut bersetuju dengan pihak organisasi. Katanya banyak berlaku korupsi dan pilih kasih dalam memberi perkhidmatan. Pak Saman, seorang tua pikun di hujung kampung asyik membantah tindakan pihak pengurusan tidak membenarkan anaknya si Samad untuk menyertai sukaneka. Juga Pak Khalil yang rumahnya berhadapan pokok nangka berbuah lebat, isterinya tidak mendapat peluang menyertai tilawah kerana dikatakan penuh. Walhal kemasukan seolah-olah ditetapkan secara kronisme yang begitu mengjengkelkan.

Adapun mahu dijadikan kisah, Pak Saman dan Pak Khalil merupakan ahli Kelab Berbasikal Nasional. Ahli aktif, setiap hari berbasikal dan kadang kala berungsi sampai ke Teluk Intan untuk berbasikal menyeberangi Sungai Perak. Atau berhempas ke Sungai Dinding, semata-mata mahu cuba merentasi jambatan sungai terpanjang di Malaysia. Ringkasnya, mereka begitu aktif dalam kelab nasional ini sampaikan tidak sempat menjenguk apa yang berlaku dalam struktur organisasi rukun tetangga.

Maka mahu dijadikan cerita, kedua-dua ‘pak’ ini pun berhajat menubuhkan Kelab Basikal cawangan Taman Perkasa. Dengan niat mereka mahu memprotes segala tindakan tidak adil yang dilakukan pihak pengurusan Taman Perkasa. Lantaran itu, mereka pun cuba mengadakan acara atas tiket Kelab Basikal – majlis tilawah Kelab Basikal, peraduan memancing Kelab Basikal dan sebagainya. Majlis ini bersifat terbuka – bukan lagi untuk ahli kelab basikal sahaja tetapi dibuka untuk semua ahli masyarakat Taman Perkasa (di Taman Perkasa hanya Pak Saman dan Pak Khalil adalah ahli kelab basikal). Dengan harapan, masyarakat akan mula mengikut mereka dan meninggalkan rukun tetangga asal Taman Perkasa yang dikatakan penuh korupsi.

Persoalannya sekarang adalah:

Apakah dalam usaha membuat perubahan dalam tetangga, Pak Saman dan Pak Khalil perlu menggunakan Kelab Berbasikal yang ternyata tugas kelab basikal hanya menjaga kebajikan ahli kelab basikal? Atau mereka sepatutnya mengurangkan hal dalam kelab basikal dan cuba menembusi organisasi rukun tetangga Taman Perkasa untuk membuat perubahan?

Pendapat saya:

Pak Seman dan Pak Samad tidak seharusnya membesarkan pengaruh Kelab Basikal hanya untuk menyempurnakan/membersihkan rukun tetangga Taman Perkasa. Sebaliknya kedua-duanya harus tidak’ taksub’ dengan Kelab Basikal dan cuba untuk mengambil tugas rukun tetangga itu sendiri (kerna itulah fungsi utama rukun tetangga). Tindakan Kelab Basikal yang seolah-olah cuba ‘melawan’ acara rukun tetangga bukan sahaja menimbulkan salah faham sesama komuniti, tetapi juga menyebabkan Kelab Basikal itu dipandang serong kerana seolah-olah seperti mahu memecah belahkan masyarakat (walaupun di hati mereka, tidak sama sekali).

Itu pandangan saya. Jawapan anda, bagaimana?

Pesanan: Saya adalah penulis yang bersifat nasional dan saya menulis untuk audiens senegara dan di mana-mana. Harap tidak membabitkan mana-mana kawasan yang tidak berkenaan. Jika ada hanya kebetulan.

Tuhan atau tuan?
Apabila sekeping hati tidak mengenal maksud Tuhan, maka berlegar-legarlah ia menaat pada seorang tuan.

- Shahkang

Apabila seseorang taksub pada tuan, jadilah pencacai apabila amanah digalas di kedua-dua pundaknya. Sepertinya, amanah digunakan untuk kelebihan sendiri. Amanah diperkotak-katik, dengan hasrat bukan kemaslahatan orang yang sepatutnya. Kemaslahatan padanya hanyalah pada seorang tuan. Kerana seorang tuan ada berkata:

“Celakakan amanah yang diberikan kepadamu! Yang mustahak adalah kita berjaya!”

Maka amanah disepak-terajang. Risalah kebenaran dikoyak-rabak. Hanya cebisan yang dirasakan membawa manfaat kepada tuan dan kumpulan diamati semula. Dan manusia sebegini pun berterusan terkedek-kedek memutar belit amanah sehingga hasrat tuannya tercapai. Kata manusia ini, Tuhan tidak bisa ditelaah mata kasar. tuan lebih dekat dengannya. Dan kononnya tuan itu adalah pengikut setia ajaran Tuhan.

Manusia sebegini pun mulai mengajak manusia kepada tuan dan bukan Tuhan. Mengempongpongkan manusia dalam bekas yang tertutup. Tidak apa, yang penting tuan dan kumpulannya berjaya dan manusia lain tunduk pak turut pada arahan tuan. Biar kelompok tuannya menjadi besar dan puas. Lalu dia pun menunggu giliran untuk menjadi tuan setelah selang masa tertentu.

Tanyalah pada kita, apakah kita hamba Tuhan atau hamba tuan?

Setalam Halwa Maskat: Satu Introspeksi
Waktu tidur saya tunggang terbalik akhir Ramadhan ini. Kadang kala pulang tarawikh saya terus lena dan berjaga sekitar jam 2.00 pagi untuk menulis. Kemudian selepas solat Subuh, akan kembali tidur sebentar sehingga jam 9 pagi.

Pagi ini saya tidur seperti biasa. Bangun pagi ada kerlipan pada LCD Blackberry, menandakan ada mesej atau panggilan yang menerpa masuk. Lena yang sedap terus terbuang melihat kemas kini dinding Facebook saya: kak Nisah Haron memberitahu karya saya tersiar di akhbar hari ini. Lekas saya bangun, mengenakan pakaian lantas bergegas ke toko buku untuk mendapatkan akhbar. Setahu saya hanya sebuah puisi dan cerpen yang saya kirimkan sepanjang 3 bulan ini. Mungkin salah satu yang berjaya menembus media.

Dan Alhamdulilah, Allah mengurniakan ruang untuk saya menyampaikan pemikiran menerusi cerpen Setalam Halwa Maskat. Cerpen ini disiarkan di akhbar Berita Minggu bertarikh 28 Ogos 2011 dalam sisipan Rona. Malangnya tiada versi online di portal BH, tak tahu sama ada akan dikemas kini nanti atau memang tiada terus. Tidak mengapalah.

Cerpen ini saya sifatnya sebagai satu introspeksi diri. membetulkan diri sendiri dan dalam masa sama mahu mengajak sahabat pembaca terutama anak muda untuk meneladani apa yang saya cuba sampaikan.

Cerpen ini dihasilkan dengan keperluan (secara paksa) untuk menelaah semula budaya-budaya lama masyarakat Melayu di utara semenanjung yang ditinggalkan: manisan Halwa Maskat, membakar bahulu bakar dengan bantuan sabut, menganyam ketupat palas dan beriang-ria mengunjungi jiran dengan suasana kampung tanpa hiburan elektronik – ah, dan pelbagai lagi!

Hal ini bertambah gamat apabila saya mendengar ruangan sembang-sembang di Perlis FM (yang kebanyakannya disertai golongan veteran). Apa yang dapat diamati, banyak budaya tradisi yang sangat menggamit rindu seorang anak muda. Pengalaman menyiapkan kuih putu kacang dan keletihan mengumpul sabut kering sekadar menempel di cecuping telinga, tanpa ada peluang untuk merasainya. Bila mengacau dodol dan menjengah ke telinga, jiwa bagaikan meronta-ronta kerana tidak diberi peluang untuk hidup dalam tradisi penuh harmoni sedemikian. Apa yang mampu, hanya mengharapkan orang-orang lama untuk bercerita dan kita pula hanya mampu membayangkan. Tambahan mereka yang mendiami rumah taman atau banglo agam di pinggir bandaraya, pastinya sekadar menelan liur untuk merasai semua itu.

Acap kali terfikir, bagaimanalah pula generasi anak-anak nanti? Apakah keriuhan membakar lemang dan merebus ketupat palas sekadar berlegar di papan skrin Ipad atau Galaxy Tab? Atau segalanya sekadar didokumetasikan dan menjadi bahan tontonan di kaca TV (di samping ada penyanyi berbaju raya warna-warni galak mendendangkan suara di tepi)? Atau bahulu bakar ada disediakan, namun di dalam kompleks beli belah bersebelahan pawagam yang menayangkan filem suka ramai sempena Aidilfitri.

Lebih menarik, saya juga mendengar cerita daripada orang lain: ada anak-anak kecil yang membesar di kota berasa pelik dan hairan apabila melihat orang tua bertukar-tukar juadah sempena berbuka puasa. Apalah agaknya maksud itu? Mengapa perlu berasa janggal? Sesuatu yang harus difikirkan secara mendalam.

Budaya murni yang kian lusuh. Siapakah yang bertanggungjawab meneruskannya?

Shahkang

28 Ogos 2011

1.10 pm

Waktu tidur saya tunggang terbalik akhir Ramadhan ini. Kadang kala pulang tarawikh saya terus lena dan berjaga sekitar jam 2.00 pagi untuk menulis dan membuat dua, tiga hal lain. Kemudian selepas solat Subuh, akan kembali tidur sebentar sehingga jam 9.00 pagi.

Pagi ini saya melepaskan lelah seperti biasa. Tejaga sekitar jam 8.15 pagi ada kerlipan merah pada LCD Blackberry, menandakan ada mesej atau panggilan yang menerpa masuk. Lena yang sedap terus terbuang melihat kemas kini dinding Facebook saya: kak Nisah Haron memberitahu karya saya tersiar di akhbar hari ini. Lekas saya bangun, mengenakan pakaian lantas bergegas ke toko buku untuk mendapatkan akhbar. Setahu saya hanya sebuah puisi dan cerpen yang saya kirimkan sepanjang 3 bulan ini. Mungkin salah satu yang berjaya menembus media.

Dan Alhamdulilah, Allah mengurniakan ruang untuk saya menyampaikan pemikiran menerusi cerpen Setalam Halwa Maskat. Cerpen ini disiarkan di akhbar Berita Minggu bertarikh 28 Ogos 2011 dalam sisipan Rona. Malangnya tiada versi online di portal BH, tak tahu sama ada akan dikemas kini nanti atau memang tiada terus. Tidak mengapalah.

Cerpen ini saya sifatnya sebagai satu introspeksi diri, membetulkan diri sendiri dan dalam masa sama mahu mengajak sahabat pembaca terutama anak muda untuk meneladani apa yang saya cuba sampaikan. Walaupun baur-baur protes sosial dilihat dominan, tapi segalanya berbalik kepada muhasabah si penulis juga.

Cerpen ini dihasilkan dengan keperluan (secara paksa) untuk menelaah semula budaya-budaya lama masyarakat Melayu di utara semenanjung yang ditinggalkan: kemanisan halwa maskat, membakar bahulu bakar dengan bantuan sabut, menganyam ketupat palas dan suasana riang ria mengunjungi jiran dengan latar kampung tanpa hiburan elektronik – dan pelbagai lagi!

Hal ini bertambah gamat apabila saya mendengar ruangan sembang-sembang di Perlis FM (yang kebanyakannya disertai golongan veteran). Apa yang dapat diamati, banyak budaya tradisi yang sangat menggamit rindu seorang anak muda. Pengalaman menyiapkan kuih putu kacang dan keletihan mengumpul sabut kering sekadar menempel di cecuping telinga, tanpa ada peluang untuk merasainya. Bila mengacau dodol serta meredah hutan mencari buluh lemang dan daun palas menjengah ke telinga, jiwa bagaikan meronta-ronta kerana tidak diberi peluang untuk hidup dalam tradisi penuh ‘harmoni’ sedemikian. Apa yang mampu, hanya mengharapkan orang-orang lama untuk bercerita dan kita pula hanya mampu membayangkan. Tambahan mereka yang mendiami rumah taman atau banglo agam di pinggir bandaraya, pastinya sekadar menelan liur untuk merasai semua itu.

Acap kali terfikir, bagaimanalah pula generasi anak-anak kita nanti? Apakah keriuhan membakar lemang dan merebus ketupat palas sekadar berlegar di papan skrin Ipad atau Galaxy Tab? Atau segalanya sekadar didokumetasikan dan menjadi bahan tontonan di kaca TV (di samping ada penyanyi berbaju raya warna-warni galak mendendangkan suara di tepi)? Atau pengalaman mengayak tepung ada disediakan, namun di dalam kompleks beli belah bersebelahan pawagam yang menayangkan filem suka ramai sempena Aidilfitri.

Lebih menarik, saya juga mendengar cerita daripada seorang kenalan: sebahagian anak kecil yang membesar di kota berasa pelik dan hairan apabila melihat orang tua bertukar-tukar juadah sempena berbuka puasa. Apalah agaknya maksud itu? Mengapa perlu berasa janggal? Sesuatu yang harus difikirkan secara mendalam.

Budaya murni yang diamalkan dalam Islam kian lusuh. Siapakah yang bertanggungjawab meneruskannya?

Shahkang

28 Ogos 2011

1.10 pm

Dialog Suami Isteri: Babak ??
Menjelang Raya ada sesuatu hal perlu ditulis jadi mahu berlatih sebentar di sini.

Isteri datang dari dapur dan membawa suatu di tangan. Suami sedang membaca surat khabar.

Isteri menggerak-gerak objek di tangan di hadapan Suami

Suami: Eh kenapa gerakkan ikan kembung kat depan saya?

Isteri: Kenapa tak ada respon pun?

Suami: Respon apa? (keliru)

Isteri : Selalunya kalau buat macam ni kat kucing, dia akan tangkap. Tapi kenapa awak tak?

Suami: … (terdiam) Saya bukan kucing

Isteri: Tipu.Awak ada misai. Kucing kan ada misai

Suami: Oh, arnab pun ada misai. Memerang pun ada misai. Tak semestinya kucing saja (Ayat untuk melepaskan diri daripada dikacau walaupun jelas akan kebodohan jika diambil secara serius)

Isteri menarik muka. Semacam tertekan. Kemudian dia bergegas menuju ke laptop dan sedang menaip serta membaca sesuatu.

Suami: Lega. Tak habis-habis dengan kucing dia. (Sambil menggeleng-geleng. Terus membaca surat khabar dengan khusyuk dan tenang)

15 minit kemudian, Isteri hadir dengan membawa lobak lalu seperti biasa digerakkan di hadapan Suami

Suami: Eh kenapa lobak pula?

Isteri: Tapi saya baru Doodle (sebenarnya adalah Google, namun disebabkan pelat jadi bunyi Doodle), arnab rupanya makan lobak merah.

Suami: Er saya bukan arnab.

Isteri: Awak ada misai! Awak arnab! Ngaku cepat (suara macam nak menangis)

Suami: Saya manusia lah. Manusia pun ada misai. Apa la awak ni (sedikit tergelak)

Isteri berlalu dengan muka masam mencuka. Kemudian kembali dengan membawa Ipad 2 kepunyaan Suami di tangan kiri, di tangan kanan ada sekotak mancis

Suami: Nak buat apa dengan Ipad saya tu?

Isteri: Baik awak mengaku awak ni kucing atau arnab. Kalau tak saya bakar cermin ni! (Isteri meletakkan Ipad di atas lantai. Sambil menggores mancis)

Suami: Alamak kena ugut. Ye la ye la saya mengaku. Saya kucing. Miau miau.

Isteri: Yea! (Isteri gembira, lalu memeluk suaminya)

Suami: Layan saja la

TAMMAT

Salju Sakinah: Bukan Sekadar Naratif
(ulasan novel ini pernah diterbitkan di Buletin BICARA UK-EIRE)

Oleh: Shahkang

Ditulis 4 Mac 2010

Merenung pada kulit hadapan, segelintir khalayak pembaca mungkin beranggapan tiada beza karya ini dengan novel-novel bernuansa cinta Islamik yang lain. Lenggoknya pasti serupa dan klise. Namun jelas tanggapan tersebut terpesong. Salju Sakinah bukan novel yang menghidangkan angan-angan kosong kepada pembaca dengan pengisian yang sifar. Hakikatnya, ia bukan sekadar naratif tetapi kesepaduan antara ilmu dan aspek kreatif.

Citra wanita yang disampaikan pengarang menerusi watak Sumayyah kelihatan begitu santai dengan garapan bahasa yang mudah dihadam pembaca. Setiap detik cabaran yang dialami Sumayyah dimanfaatkan pengarang sebagai medium dakwah yang berkesan. Dari isu jodoh, perniagaan keluarga sampailah kepada kupasan masalah akidah. Penceritaan bukan hanya naratif kebiasaan yang sering kali dilakukan pengarang novel pop-Islami masa kini. Malah, pengarang telah berjaya menyelitkan penceritaan dengan isu dakwah dan secara tidak langsung mengheret pembaca menghabiskan bacaan dan menikmati intipati Islam dalam masa yang sama. Pujian juga harus diberikan kepada pengarang kerana penerapan bahan-bahan pengajaran tidak bersifat khutbah yang boleh mencacat-celakan nilai kreatif sesebuah karya.

Pengarang juga banyak menampilkan istilah-istilah Arab bagi menyesuaikan latar novel tersebut yang bertempat di Jordan. Istilah-istilah asing ini sedikit sebanyak mampu menokok pengetahuan khalayak pembaca dengan kemudahan glosari di halaman-halaman terakhir. Sebahagian daripada konflik yang dialami Sumayyah turut dihadiahkan pengarang dengan potongan ayat Al-Quran untuk direnungi pembaca. Di samping itu, perwatakan Sumayyah sebagai muslimah ideal yang digambarkan melalui setiap bibit cabaran hidupnya sudah pasti diharapkan untuk menjadi ikutan pembaca. Sudah tidak bersembunyi kenyataan bahawa pengarang ingin menegakkan karya ini sebagai salah satu wahana penyampaian Islam dan pembentukan moral dengan gayanya yang tersendiri.

Pengarang turut sama bijak mengaitkan isu perjuangan dan cabaran wanita dengan nama yang dipilih untuk watak utama – Sumayyah. Kita sedia maklum, Sumayyah dikenali sebagai salah satu tokoh dalam sejarah Islam yang ketabahan dan perjuangannya dihayati saban hari. Oleh yang demikian, nama yang dipilih pengarang seolah-olah berfungsi untuk menjentik kesedaran pembaca bahawa novel ini mengusung erti yang khusus untuk difahami.

Secara keseluruhan, kemapanan Zaid Akhtar dalam menumpahkan idea dan penyampaian risalah Islam dalam kancah bersifat naratif tidak dapat dinafikan lagi. Lewat kejayaannya turun naik pentas Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi sebilangan novel remajanya, pembaca sememangnya tidak akan kecewa dengan method penyampaiannya dakwahnya yang bersahaja. Citra Sumayyah yang dibantu watak-watak lain bukan bertindak sebagai coretan kosong yang biasa. Malah hasrat penulis dilihat ada kaitan dengan penerapan nilai-nilai tertentu untuk santapan pembaca. Lantaran itu, tidak mustahil novel ini dilabelkan sebagai ‘The National bestseller’ dan telah berjaya berlabuh pada tangga ketiga carta jualan laris yang dikeluarkan pihak PTS.

Sumber gambar: http://http://myzaidakhtar.blogspot.com/

Cinta Seorang Penulis
Ianya gila – ramai berkata. Tapi ia sungguh. Kelip-buka-nganga mata berulang kali pun. Ia sungguh. Shahkang bukan berbohong. Shahkang dengar ceritera ini dari seorang penulis. Dan sungguh, kata-kata di bawah bukan dari seorang Shahkang yang kalian kenal. Kata-kata ini dari seorang penulis. Shahkang tahu dia penulis. Tapi Shahkang tak tahu namanya. Dia bicara tentang cinta. Shahkang pun suka sebab Shahkang keseorangan dalam tren menuju utara. Sekali sekala menadah cuping, melebarkan gegendang telinga buat hujah-hujahnya tiada salah pun, kan? Cinta!

Shahkang pun diserang kejelikan. Apa kes secara tiba dia mengungkapkan soal cinta saat tren berolang-aling macam perahu ditempuh ombak. Tapi Shahkang tak peduli. Shahkang dengar juga. Kentang putar yang Shahkang beli di KL Sentral pun sudah habis. Setidak-tidaknya penulis ini tidak meminta untuk tumpang sekaki (mungkinkah dia akan meminta bekas kentang putar untuk digunakan sebagai peletak sabun pembasuh pinggan?)

Begini katanya:

1)       Orang lain bangga mengedar kad perkahwinan, aku berbangga dengan sekeping karyaku di akhbar (kad kahwin audiens  sekadar 1000-2000 orang namun di akhbar, puluhan ribu!). Meriahnya ‘kenduri’ kahwin buat seorang aku! Tak begitu?

2)      Saat orang lain berkasih-kasih dan bersayang-sayang, aku bermadah sendirian. Dan madahku dicedok buat pedoman pasangan-pasangan lain. Nah, dengan berapa juta pasangan aku akan bercinta? (Teringatkan madah cinta Sapardi Djoko Damono dan puisi Kekasih hasil karya Usman Awang).

3)      Saat  percutian orang lain ditemani pasangan, aku suka berseorangan. Mencari semilir yang membahasakan idea kepadaku. Semilir, kalian pun tahu berapa billion molekul yang membinanya. Pasti bisikan semilir lebih enak daripada seorang pasangan! Itu kata aku. Kalian mungkin meradang dengan kenyataan tersebut.

4)      Saat orang lain mengelusi makna malam pertama, aku memilih untuk menikmati detik pertama karya tersiar di media. Lebih asyik dan mengujakan bila aku berlari bersama sebungkus milo ais di tangan buat sarapan pagi. Menggeledah akhbar di toko sambil titis ais melembapkan kertas akhbar yang kekuningan itu. Saat pakcik kedai pun berkata “Tahniah dik karyamu lazat sekali!”

Oh ya, jangan meradang. Itu kata seorang aku.

5)      Saat orang lain mengatakan betapa seronoknya menatap wajah pasangan di hari sandingan, aku berkata “Aku lebih gemar memandang kulit bukuku di toko-toko buku. Meski cuma kekura hijau lembab atau arnab gigi panjang, ianya lebih mengujakan. Biarlah tidak boleh berkelip atau berherot sana-sini, ia lebih menambat perasaan. Disimbah air pada wajah pasangan akan luntur segala make-up, tapi kalau disimbah air pada kulit buku berkulit plastik, tidak akan sirna warnanya.”

Jangan kalian mencebik. Itu kata seorang penulis bernama aku. Bukan Shahkang. Shahkang tak bersalah. Shahkang baru membeli air mineral RM 2.00 di kantin tren. Shahkang nak minum. Shahkang haus. Tapi penulis itu bercakap macam machine gun automatic dengan peluru unlimited.

6)      Saat orang lain menukar status kepada married di Facebook, aku lebih puas dengan menulis berita karyanya tersiar, atau setidak-tidaknya petikan karyaku. Sekurang-kurangnya ada inti berbanding sekadar kenyataan stagnant mengenai pertukaran relationship. Tiada bermakna.

Shahkang pun tak faham dengan penulis seorang ini. Tapi Shahkang layan juga.

7)      Saat orang lain bersuka-ria bersembang bergelak tawa dengan pasangan, aku  terdengar tawa pembaca yang ke-20312 dari awang-awangan ketika membaca cerpen komediku. Belum dicampur sedu-sedan seorang anak raja ternama tika membaca bait-bait puisiku. Belum lagi penat lelah pakcik aiskrim yang terbebas setelah membaca artikel santaiku di akhbar. Juga anak comel bermata bundar yang berhenti menangis kerana membaca biodataku di ruang akhbar bersebelahan cerpen (pelik, namun percaya sajalah). Ya, kepuasan umat manusia lebih menjentik picu girangku berbanding seseorang yang bernama pasangan. Manusia biasa cuma menghiburkan seorang bersama pasangan, tapi aku dengan seantero makhluk jagat!

8)      Saat pasangan bergedik-gedik membeli kelengkapan kahwin, aku lebih gemar memakai pakaian ringkas dan membeli sebatang pen dan kertas kumal dalam secarik dua. Sekurangnya ada idea tertumpah pada kertas dan disaksikan masyarakat. Kalau sirap mahal buat pengunjung walimah tertumpah di atas lantai dewah mewah, pun bagus juga. Boleh sekumpulan semut buat modal perniagaan gula (kemudian semut pun dipijak oleh tetamu majlis kenduri. Oh sadis)

Shahkang pun kurang pasti. Siapakah penulis ini. Sekadar bayangan dari tingkap bukat. Atau bisikan makcik di belakang. Atau teguran kakak ETS. Atau musang yang melintas (jika ada).

Shahkang tidak tahu.

Janganlah marah Shahkang. Shahkang cuma bicara sama seorang penulis! Jangan buat Shahkang nangis ya.

10.20 malam, 25 Julai 2011

Perjalanan KL – Ipoh (tren ETS)

Sampah dari Dublin
Kantuk menyerang. Saya sebenarnya segan untuk menulis catatan sampah sebegini. Masih berbaki berpuluh-puluh halaman novel untuk disempurnakan. Belum campur cerpen Arnab, cerpen Merah. Nah!

Namun, atmosfera malam di pekan kecil Swords, utara Dublin Airport ini mengetuk-ngetuk. Memulas-mulas tombol hati. Menjentik-jentik naluri.

Aku menjadi sampah.

Nah, tipu. Aku hanya di hadapan cermin bersama komputer riba. Walhal puputan manja/buas di luar tingkap tidak aku nikmati walau sekumin pun. Gegendang telinga pun tak tergapai apa-apa maksud alam.

Ah bosan.Antara halaman putih double spacing berjudulkan ‘Bab XX’ aku beralih kepada kuras putih yang kunamakan sebagai ’sampah’

Mengapa sampah? Kerna ianya hanya luahan perasaan. Kecamuk? Dendam? Semuanya dilampiaskan di sini. Pedas, manis segalanya bercaca-merba dalam

Dan aku, masih bosan!

Siang tadi ke Wicklow National Park. Mencabar alam dengan Peugeot 207. Entah ceruk mana ditempuhi. Saya lebih suka Snowdonia di Wales. Mungkin kerna ada salji dan bintik-bintik putih comel yang lebih tidak terkira. Juga ke Bray Head, katanya di sini dinginnya menempelak hati nurani jika berkunjung sewaktu winter. Juga ke Powerscourt Waterfall, yang katanya tertinggi di Ireland (kira-kira 100 m). Juga ke Glendalough setelah dikhabarkan kecantikannya oleh seorang sahabat. Juga menapak di kaki Sugerloaf Mountain, yang mana ibuku katakan lagaknya seperti Bukit Bromo.

Bosan. Aku mahu tidur!

Hari pertama aku di pusat bandar. Menghabiskan 14.60 Euro untuk parkir. Kemudian menikmati ceracak Spire di Connell Street (aku sudah lupa sejarah ‘kesampahan’ objek ini namun tidak apalah). Kemudian di Sungai Liffey dan lokasi serupa merakam kenangan menerusi lensa kamera pada Disember 2009.

Disember. Aku menyumpah deruan angin. Tika itu dingin mencubit tulag; mengeringkan wajah. Tika itu beg York aku masih berfungsi. Kini ia tersadai di atas almari setelah terputus salah satu talinya.

St Moore Shopping Mall. Kami ke buffet. Disember 2009 penuh kenangan di sini. Biarlah ia senyap di hati. Tiada apa. Cuma lauk-pauk India nan pelbagai. Papadom, kari kambing, ayam goreng. Aku hanya melihat sebuah meja di satu sudut. Kemas. Terimbau satu pertemuan.

Jalanannya penuh dengan gerai-gerai buah. Seumpama pasar tani. Di hadapan sebuah kedai. Teringat lagi Disember 2009.

Biarkan. Aku bermain-bermain dengan mainan sejarah.Disember 2009 adalah satu kedukaan yang manis. Aku suka mengingatinya semula.

Kemudian kami memanjangkan langkah. Ke Trinity. Terlihat bangunan lamanya. Ibuku terasa janggal dengan persoalan “Bagaimana orang boleh belajar dalam bangunan sebegini?”. Lupakan.

Berkeliaran sampai ke RCSI. Bangunannya masih hodoh. Cuma papan tanda merah jambunya masih ‘menyala’. Sekadar di luar. Tidak sampai 2 minit kami merakam gambar. Kemudian ke Stephen Green – nah lebih banyak haiwan. Ada itik tertungging, merpati di dahan, anjing melompat. Lebih damai daripada kenangan Disember 2009 yang terus mengusik.

Aku malas dengan usikan. Perlu tamatkan segera sebelum lebih banyak ‘maklumat’ tertumpah di sini. Tak perlu khuatir. Sekadar maklumat suka-suka. Tertumpah di nasi boleh dimakan. Tertumpah di meja bersihkanlah perlahan-lahan.

Shahkang

Dari sebuah pekan bernama Swords, utara Dublin

8.48 pagi waktu Malaysia (oh ya komputer ini masih menggunakan jam Malaysia)