Shahkang - Warna-Warninya Nan Sebu

Kembali
Sabtu dan Ahad yang lepas saya tidak melekat di rumah seperti biasa, tidak berseorangan membungkam bisu di hadapan TV sambil mata dipaksa mengerling ke kedua-dua skrin TV dan laptop.

Saya kembali ke MRSM Langkawi!

Saya ke sana setelah mendapat jemputan daripada pihak ANSARA yang telah banyak membantu kami, Fish For Life 2 (FFL2) ketika berkunjung ke Indonesia,  pertengahan Disember lalu. Saya telah membantu menjayakan program Menuju Puncak yang dianjurkan pihak pentadbiran MRSM Langkawi menerusi slot Bersama ANSARA pada pagi hari ahad.  Rakan KMB lain yang bersama saya adalah Atikah dan Ibnu (juga ahli FFL2) dan Azri (bukan  ahli FFL2)

Jadi kepada kawan-kawan (terutama KMB), jangan ingat saya datang ke sini menjalankan CAS seorang diri dan tidak mengajak anda. Saya pun diajak orang dan pada minit akhir.

Saya tiba di jeti Kuala Perlis jam 5.00 petang. Setelah membeli tiket saya dan Khalil ke restoran nelayan untuk menikmati pasembor.

Feri saya pada jam 5.30 petang, sempat bersolat dahulu sebelum sedikit sebanyak mengingati kembali kenangan lalu di jeti ini:

Di sini beratur dengan beg yang banyak dan berat. Mulai bersembang mengenai tempat yang bakal disinggah sepanjang perjalanan.

a) Di balai pelepasan ini selalunya sedih kerana perlu pulang ke MRSM

b) Di hujung balai pelepasan ini saya dan Jad menunggu feri untuk mengambil keputusan SPM

Kemudian menaiki feri, ternampak seorang budak MRSM. Terbayang mood saya ketika enjin feri mula menderam bingit, betapa tertekan dan sedihnya ketika itu. Hari ini saya gembira - apa nak disedihkan?

Tiba di jeti Langkawi setelah hampir dua tahun saya tidak ke sini (kali terakhir adalah ketika mengambil keputusan SPM). Bergerak ke dalam jet:

a) kastam sudah pun ada pengimbas beg)

b) jeti sudah mempunyai banyak kedai-kedai

c) Banyakrestoran sudah dibuka - kenny rogers, baskin robbin

Kemudian saya bertemu dengan Ibnu, Azri, Atikah, Abg Firdaus dan Kak As yang baru tiba dari Kuala Kedah. Kami menikmati KFC dahulu:

(dulu kat KFC ni dok beli makanan sebelum balik maktab, maklum la malam baru diberi makan)

Kemudian kami mencari van

(ingat lagi dulu mencari-cari rakan MRSM yang memakai baju batik/polo/maktab, puncanya nak cari geng untuk jimat bayaran van)

Masa nak tiba di MRSM - teringat betapa tertekannya bila ternampak ladang getah yang terletak bersebelahan maktab. Bila nampak tu maknanya maktab sudah dekat

Setibanya kami di sana, agar sukar mencari apartment kerana rakan lain yang sudah tiba tidak tahu nama apartment yang mereka duduk. Rupanya adalah apartment Berlian (rumah pak syed, cikgu syamami)

maka kami berkenalan dengan 5 orang abg - Radin, Azmir, Zul, Hilmi dan Nizam) . Atikah dan Kak As pula duduk di rumah sebelah (mereka berdua sahaja di rumah sebesar itu. Menakutkan).  Saya, Ib dan Azri hanya melepak di dalam bilik sebelum keluar sebentar melihat-lihat kawasan:

Pemandangan dari tingkap apartment - mereka di surau. Dulu teringat pula kena marah-marah dan gelak-gelak dengan HEP. Rindu betul

Di sebelah kanan, dahulunya ada meja. Selalu saya buat perjumpaan homeroom di situ. Di dataran ini juga rasa gembira saya ketika mendapat keputusan SPM meluap-luap

Jalan belakang DS - tempat selalu berjoging dahulu (pernah di sini, seluar nak terlondeh ketika berlari)

Bilik bercahaya dua dari kanan - TR29. Di tingkap itu saya sering merenung jauh sambil mendengar Kedah FM dan belajar. Kadang-kadang dapat radio siam.

Saya merenung ke atas - rumah cikgu Yuha dan Hariza di tingkat 4 apartment Mutiara.

Rumah cikgu Yuha - kenangan 502

Rumah cikgu Hariza - kenangan Khawarizmi 05

sekarang, kedua-duanya dah pun berpindah dan hanya kenangan manis melekat di situ.

Balik tu tidur dan bersembang-sembang dengan abang-abang yang lain.

ESOKNYA

Pagi itu saya mengintai pelajar rollcall di Dataran Hijau. Sebelum itu memerhati gelagat mereka keluar asrama - semuanya dari tingkap apartment

(ingat dulu kena dengan Pak Hassan kalau lewat, hehe)

Merenung kembali TR dari apartment - segala-galanya di sana.

Jam 8 pagi, kami 11 orang bergerak menuju ke dewan

Yang Terlibat:

1) Abang Firdaus

2) Abang Helmi

3) Abang Nizam

4) Abang Radin

5) Abang Zul

6) Abang Azmir

7) Kak As

Atikah

9) Saya

10) Ibnu

11) Azri

Di sebelah kiri tempat saya ambil gambar adalah tempat saya ambil SPM, dan di kotak pemadam api tu saya melepaskan banner PG untuk kelas 502. Ingat lagi?

Kemudian,  kami 11 orang duduk di atas pentas, perkenalkan diri dan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh pelajar. Saya sempat menjawab dua soalan - tak sangka soalan begitu banyak sekali, sampai tips menjawab geografi pun ditanya!Soalan lain yang ditanya adalah mengenai biasiswa, IB, engineering dan sebagainya. Jumlah soalan saya pun tak pasti berapa.

Abang Firdaus sebagai MC program bercorak forum ini. Yang lain berada di atas pentas termasuk saya.

Ibnu, Atikah dan Kak As dan lengan Azri

Selepas tamat forum ini, ceramah kerjaya diberikan oleh:

1) Bioteknologi: Abang Firdaus

2) Designing: Abang Helmi

3) Kejuruteraan: Abang Azmir

Abang Helmi memberikan penerangan mengenai kerja seorang pereka grafik

Rehat

4)  Perubatan: Abang Zul

5) Biasiswa JPA: Abang Nizam

Sesi seterusnya adalah taklimat lebih mendalam mengenai kursus bioteknologi (di Dewan Kuliah) kejuruteraan (di PSP) dan perubatan (Medic).

Saya bersama dengan Abg Radin, Kak As dan abg Azmir berada di PSP. Hanya mereka bertiga yang bercakap kerana kebamnyakkan soalan yang ditanya pelajar adalah mengenai kehidupan jurutera. Jadi saya kurang idea. Cuma selepas habis program, ada seorang pelajar bertanya secara mendalam mengenai aeronautik kepada saya.

Suasana di PSP

Entah kenapa ambil gambar lantai ni - mungkin sebab teringat di sudut ini saya duduk ketika program terakhir Add Math pada malam SPM.

Setelah makan tengah hari di DS (cawan baru dan bekas nasi baru), saya bersolat di surau (tiada lagi karpet biru, dah ganti dengan tai) sebelum bergerak pulang pada jam 2.30 petang.

Sebelum pulang, saya sempat ambil gambar ini dalam kekalutan:

Di tangga ini selalu berkejaran ke bilik guru dahulu

Kelas yang dicintai,502  kini dah jadi 401. Dulu selalu lepak depan kelas sambil menunggu cikgu datang

Kelas 502 - segalanya tersimpan di sini - SEGALANYA

Begitulah kunjungan sebentar saya ke MRSM Langkawi. Agak seronok sebab datang melakukan aktiviti bersama ANSARA dan pelajar MRSM Langkawi - merangkap junior saya dan Abang Radin (spm 2001 @ batch abang saya iaitu Didi). Kalau nak diikutkan, semua tempat di Langkawi memberi makna yang tersendiri kepada saya. Namun, tidak larat dan terdaya untuk dicoretkan di sini.

Guru yang sempat saya jumpa adalah Cikgu Siti Aishah, Pak Syed, Cikgu Apandi, Cikgu Hashim dan kak Sarah. Yang lain tidak berkesempatan, Saya ke bilik guru jam 1.45 petang, semuanya sudah pulang. Ruginya tidak dapat berjumpa dengan mereka.

Maaflah post yang seperti malas ini, letih masih mengcengkam di seluruh badan.

Salam Tahun Baru
Lebih seminggu saya tidak mengemas kini blog ini. Saya sebenarnya sedang sibuk menjayakan projek buku peribadi saya saya belum diketahui tajuknya. Yang penting, buku ini mengisahkan pahit jerih dan manis melecaih saya ketika di Jogja.

Setiap hari saya perlu menaip lebih kurang 2000 ke 3000 patah perkataan. Rasa macam membuat EE setiap hari. Doakan agar buku ini menjadi realiti, sehingga kini saya sudah menyiapkannnya 50%. Ditambah dengan segala tugasan, projek ini sememangnya sangat mencabar

Oh, pada hari ahad malam ini insyaAllah saya akan menulis satu post blog ekslusif mengenai  aktiviti saya pada hari ini dan esok. Saya rasa menarik untuk ditulis dan dikongsi bersama.

Apa-apa pun, ini ada sedikit cerita akviti saya selama seminggu ini:

Rakaman filem pendek - bersama Acan, Mat, Guu, Leader dan rakannya. Lokasi penggambaran di suatu semak di Jejawi. Agak gerun kerana dialognya mengandungi perkataan ‘hantu’. Di tengah-tengah malam begini, seram sejuk dibuatnya.

Balik cuti ni baru sedar ada tugu n. Saya berada di Kangar!

Rutin mingguan - ke stesen Arau.Ekspress Butterworth - Bangkok memasuki stesen manakala tren ekspress Langkawi sedang berehat di trek kedua. Situasi begini sudah pasti tidak dapat dilihat lagi apabila sudah ada landasar berkembar kelak. rindunya.

Tukar tempat spotting - ke stesen Bukit Ketri. Menarik kerana tren tidak berhenti di stesen lama ini.

Ni ada sedikit video mengenai kunjungan saya ke sana, video pertama saya di Youtube , tapi saya tak faham kenapa agak sukar diletakkan di sini, jadi silalah klik sini . Saya sukakan bunyi honnya!

Makan petang - roti bakar dan lychee Kang. Terbaik

Maksud Fish For Life
Ramai orang bertanyakan kepada saya - apa maksud sebenar Fish For Life?

Dan ramai beranggapan kami ke Jogja atas urusan perikanan atau apa-apa yang berkaitan dengan ikan (mungkin mereka berfikir ke sana memberi makan ikan atau menangkap ikan guppy di longkang seperti zaman kecil dahulu)

Sebenarnya nama Fish for Life ini diberikan oleh senior kami (fish For Life 1), jadi kami tidak tahu menahu terlalu banyak mengenai maksud namanya.

Setelah mendapat kebenaran dari Khalis (ketua FFL 1), saya telah mengambil sedikit maklumat daripada dokumentasi mereka berkenaan dengan maksud Fish For Life (dalam Bahasa Inggeris):

<meta http-equiv="Content-Type" content="text/html; charset=utf-8" /><meta name="ProgId" content="Word.Document" /><meta name="Generator" content="Microsoft Word 11" /><meta name="Originator" content="Microsoft Word 11" />

<link href="file:///C:%5CDOCUME%7E1%5Cfgg%5CLOCALS%7E1%5CTemp%5Cmsohtml1%5C01%5Cclip_filelist.xml" rel="File-List" />

It was the first question raised by the administration. We were on the quest, looking for a catchy name for the project in order to attract sponsors. And we were well aware that the theme for our project was ‘Knowledge’. Until at one time, a close peer mentioned a Chinese proverb regarding to the importance of knowledge; ‘If you feed fish to a man, he will only be able to live for a day, if you teach him how to fish, he will be able to survive forever’. But indeed, the proverb itself was too long. So we shortened it to Fish for Life; three words that successfully drew questions, attention, and inquisitiveness from people upon hearing of the project.

‘Fish for Life’ were three words within the proverb that gave an overall picture of the proverb itself and the importance of knowledge in our daily lives. The word ‘Fish’ refers to knowledge itself, or can also be referred to the skills of gaining knowledge, or sources of knowledge. ‘Life’ in our context, was synonymous to what we do daily, or our future. When combined, it is supposed to bring a message of how important knowledge is nowadays, and how it is vital in ensuring a person’s success.

Knowledge here does not solely refer to academic materials, it also refers to general knowledge and even covers areas of knowledge on current diseases. It is universal. Therefore our programme does not only centralize on providing our locations with academic books, but also general knowledge materials and information on current happenings and diseases. Being a part of the project, ‘Fish for Life’ was not only meant for people of Yogyakarta, it also applies to the whole team, where knowledge comes in the form of learning while observing and while executing our projects.

For us, the ‘Fish for Life’ team, the name itself is not just a name. It is a principle, a value that will be the core of our lives; centering ourselves on knowledge.

Jadi begitulah

Ringkasan Fish For Life 2
Alhamdulilah, kini saya sedang berada dalam usaha untuk menulis buku ataupun catatan perjalanan Fish For Life 2 di Jogja pada 8 hingga 18 Disember yang lalu. Buat masa sekarang, prosesnya boleh dikatakan sederhana. Saya baru melakukan catatan untuk 3 hari sebelum ke sana (belum ke Jogja lagi), dan panjangnya sudah mencapai sekitar 4000 patah perkataan. Mungkin saya kena kurangkan ayat dan menambah lebih banyak gambar.

Jadi blog kali ini, saya hadkan hanya dua keping gambar untuk satu hari (dari kamera saya, gambarnya berjumlah kira-kira 1400 gambar!)

Hari Pertama - Isnin 8 Disember 2008

Kami bertolak ke Jogja dan tibanya di sana, sebahagian dari kami melawat rumah anak yatim dan sekolah (SMP Negeri 2 Ngemplak) untuk sedikit tinjauan. Dan paling penting adalah berhari raya di KMB!

Sembahyang raya di KMB - sedihnya.

Di SMP, melakukan sedikit ukuran untuk langsir dan kuantiti cat yang diperlukan.

Hari Kedua - Selasa 9 Disember 2008

Kami masih berada di sekitar pekan Jogja - membeli barang-barang sumbangan dan keperluan projek. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tugas masing-masing. Lokasi adalah di Makro dan Jalan Malioboro

Pembahagian kumpulan dan duit untuk proses pembelian

Bersiar-siar menaiki beca pada waktu malam ke beberapa tempat menarik - wayang kulit,batik, nasi padang

Hari Ketiga - Rabu 10 Disember 2008

Kunjungan kami ke SMP Negeri 2 (sekolah). Membersihkan mini library untuk kerja pengecatan, mengangkat buku teks yang setimbun tinggi, hari matematik bersama pelajar dan proses pembelian buku-buku sumbangan

Bekerjasama mengangkat buku teks yang banyak dari dalam perpustakaan

Hari Matematik

Memasang beberapa perabot yang dibeli semalam

Hari Keempat - Khamis 11 Disember 2008

Menyambung kerja-kerja mengecat di sekolah, penglabelan buku, pembersihan kawasan perpustakaan, pengecatan perabot,mural dan sebagainya

Mengikis cat lama untuk mural

Ida (pelajar INTEC yang turut serta) mengendalikan mural bersama Heni dan Nadia

Proses penglabelan buku yang memeningkan kepala - kata mereka yang melakukannya

Hari Kelima - Jumaat 12 Disember 2008

Saya dan Aqeem ke konti radio Vedaq FM untuk rakaman sebagai tetamu dari Malaysia, hari ni juga merupakan sesi permainan frisbee dan juga perasmian perpustakaan yang telah kami ubah suai. Hari terakhir kami di sekolah.

Di bilik rakaman

Permainan Frisbee - tapi sayangnya mereka memakai baju sekolah

Upacara perasmian perpustakaan dan majlis perpisahan

Hari Keenam - Sabtu 13 Disember 2008

Hari rehat dan kami ke candi Borobudur dan candi Prambanan sebagai destinasi untuk melawat.

FFL2 di Borobudur

Saya berehat sebentar di bawah sinaran mentari terik

Hari Ketujuh - Ahad 14 Disember 2007

Hari pertama lawatan ke rumah anak yatim Darul Yatama. Kerja-kerja mengecat (di beberapa tempat), membersihkan kamar tidur, dapur dan sebagainya. Ada juga sebahagian yang membawa anak-anak membeli kasut dan beberapa barangan lain.

Ibnu dan Syahmi yang bertugas untuk mengecat tandas

Izzal mengecat pintu, bersama saya dan Anwar menguruskan bilik pertemuan pelajar lelaki. Yang perempuan mengecat kamar tidur perempuan.

Hari Kelapan - Isnin 15 Disember 2008

Meneruskan beberapa kerja mengecat dan pembersihan yang belum tamat, membaiki beberapa kerosakan seperti pintu dan sebagainya. Aktiviti matematik dan permainan dalaman diadakan setelah anak-anak pulang dari sekolah.

Memancing

Heni, Nadia dan Danial melukis sedikit mural di dinding

Sesi bermain indoor games

Hari Kesembilan - Selasa 16 Disember 2008

Hari terakhir projek kami berjalan. Melawat pesantren Ar-Robithah untuk memberikan sumbangan, pada waktu malamnya di Darul Yatama diadakan Cultural Night. FFL2 mempersembahkan drama dan tarian manakala pihak Indonesia pula mempamerkan persembahan hadrah kalau tak silap saya. Juga terdapat pembacaan puisi, ucapan dan sesi bergambar ketika majlis penutup.

Di pesantren AR-Robithoh

Persiapan untuk Cultural Night

Salah satu persembahan FFL2, tarian zapin

Persembahan dari pihak Indonesia

Hari Kesepuluh - Rabu 17 Disember 2008

Hari untuk berekreasi dan lawatan sambil belajar - ke Istana Kraton, pantai Parangtritis dan beberapa pusat membeli belah

Di hadapan istana Kraton

Pantai Parangtritis, tidak boleh mandi kerana ombaknya yang menggulung hebat. Apa-apa pun saya tertarik kepada tebing bukit ini

Hari Kesebelas - Khamis 18 Disember 2008

Melawat dan membeli belah sekitar hotel sebelum berangkat pulang pada waktu petang.

Berangkat ke bandar udara Adisujipto untuk pulang ke Malaysia

TAMAT

Jadi begitulah, agak ringkas bukan? Banyak lagi sebenarnya yang hendak diceritakan tapi tunggulah sampai saya menyiapkan buku itu. Saya pun tak tahu sama ada mampu menyiapkan atau tidak.

kerana

cuti saya sudah dipotong separuh kerana ke Jogja, jadi EE dan segala macam hal lagi agak tergantung.

Entahlah. Moga-moga dapat disiapkan

Sebenarnya ia bukanlah buku, tetapi lebih kepada catatan perjalanan. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk mencetaknya dalam bentuk buku.

Kami di Media Internet
Salam. Alhamdulilah akhirnya hari terakhir kami Fish For Life 2 (FFL 2)  di Jojga sudah tiba. Jadi kami akan pulang pada hari ini insyaAllah

Apa-apa pun, persembahan cultural night kami di Darul Yatama dua hari yang lepas telah dilaporkan oleh media internet! Terima kasih kepada mas Sallehudin dari laman web www.melayuonline.com kerana sudi melaporkannya

Untuk membaca, sila klik di sini

Cultural night merupakan salah satu program yang kami anjur dan merupakan persembahan yang ditampilkan  oleh kedua-dua pihak Indonesia dan Malaysia. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar (gambar akan menyusul kelak)

Projek-projek lain yang kami lakukan akan saya laporkan di sini, insyaAllah

Shahkang - Malioboro Street

Baru Betul Fishing!
Hari ini hari yang kelapan pengembaraan Fish For Life 2 di Yogyakarta

jadi pada hari ini, kami betul-betul fishing!

kami memancing ikan di kolam untuk makan tengah hari, di salah sebuah tempat yang kami lawati di daerah Sleman. Ikan keli dan bawal - agak pelik bawal di air tawar, mungkin bagi orang Indonesia gelarannya lain

Ibnu bersama topi yang kubeli di Bali, menunggu ikan dengan sabar

Gambar ni saiznya agak besar (500kb), saya tak tahu bagaimana mahu kecilkan saiznya dengan menggunakan komputer di CC ini

apa-apa pun kadar pengunaannya adalah 4000 rupiah sejam (3000 rupiah = Rm 1)

Jadi murah juga bagi saya.

Shahkang - Jogja

Doakan kami selamat pulang

Malioboro
Sedang menggunakan internet di salah sebuah CC di Yogyakarta

Kunjungan kami Fish For Life 2 di sini tinggal beberapa hari saja lagi

doakan kami berjaya…

aku tak sabar nak balik Malaysia.. banyak hal perlu diselesaikan

UCAS dan sebagainya

rakan - rakan lain yang dah siap, harap anda boleh dedahkan pilihan anda di komen bawah ni

mudah sikit aku nak rujuk. Tapi sebenarnya aku sudah punyai pilihan sendiri

nanti cerita lain

Shah - Malioboro Street

Langsung Dari Lorong Sepi
Jika anda melihat ke arah traffic di bawah sana, mungkin anda dapat melihat bendera Indo terpampang di sana. Itulah saya.

kini sedang sibuk menjalankan tugas-tugas Fish di sini dan alhamdulilah ketika waktu malam agak lengang masanya, bolehlah menjenguk ke skrin LCD buat seketika. Cadangnya mahu menaip laporan sedikit demi sedikit, tapi moodnya ngak bisa diketemukan.

Berhari raya di KMB sangat menarik. InsyaAllah saya bercadang menaip laporan dan dibukukan. Dan kalau dpt izin, dipamerkan di PSP. Itupun kalau melepasi status kelayakkanlah.

Doakan kami semua di sini pulang dengan selamat. Masih banyak yang perlu ditempuhi

Shahkang  - Di lorong sepi

Sejenak
Semalam menjengah sebentar di surau untuk solat Asar. Cikgu Ghazali mengimamkan anak-anaknya bersolat di situ. Kerana terlalu lewat, terpaksalah aku bersolat sendirian.

Sunyi betul, pagar surau pun diselak. Tiada lagi kelibat kawan-kawan berbaring, membaca Al-Quran seperti sebelum-sebelum ni.

Terpandang di pintu surau yang boleh bergelongsor

InsyaAllah saya akan datang esok, nak ke airport jam 8 pagi. Tengok la mcm mana :((

Haih, orang lain sibuk dengan keluarga. Makan ketupat, rendang..

Tak apa, Sabar saja

Apa-apa pun, gymnasium sudah bertukar wajah. Nampak gaya blok akademik pun akan dicat, cuma kurang pasti warnanya.

Aku sedang berkira-kira hendak menulis buku peribadi mengenai perjalanan aku selama hampir 2 minggu ini. Entah jadi entah tidak. Tapi cuba sajalah

Oh ya,ada masalah dengan CBOX, jadi saya terpaksa tutup buat seketika. Hendak memberi komentar, di bahagian entri saja.

Shahkang - sewaktu rehat latihan tari-menari di gymnasium

Berakhirnya SEM TIGA
Apabila tangan menghempaskan pen setelah pengawas peperiksaan mengatakan “stop writing”, maka berakhirlah kertas tiga Mathematics HL, dan juga tamatlah Semester Tiga.

Sedar tak sedar, dah lama aku jadi pelajar KMB sebenarnya

Bila mengamati kembali post ketika menutup tirai Semester satu (setahun yang lepas, masa yang sama), rasa geli hati pula.

Tapi…

Sem kali ini…

Berlainan penutupannya

Aku tidak langsung pulang ke rumah

Sebaliknya berkampung di kolej

Raya pun tak balik

Aku sebenarnya mengikuti program Fish For Life 2, aku rasa jarang aku menyebut nama program ini (kalau sebut pun aku akan menyebutnya sebagai ikan dan aku lebih selesa memanggil projek ini sebagai Ikan Untuk Hidup)

Jadi kami akan ke Yogyakarta, Indonesia selama 10 hari untuk beberapa projek dan kerja amal

Sebarang maklumat lanjut untuk projek ini boleh lawat laman web rasmi kami http://www.fishforlife.info (diuruskan oleh Diana). Pasukan aku adalah Fish For Life 2, manakala Fish For Life 1 adalah pasukan yang terdiri daripada pelajar senior yang lepas.

MAKA CUTIKU HANYA AKAN BERMULA 2 MINGGU LAGI!

Alhamdulilah aku tidak punyai masalah dengan EE dan World Lit dan sebagainya. Maka seronoklah juga.

Dan sudah pasti akan ada laporan perjalanan, kali ini aku akan buat yang paling istimewa. InsyaAllah

Kisah suatu petang Jumaat

Semua orang pulang, aku?

Ibu bapa yang hadir mengambil anak-anak -aku berasa cemburu sekali

Cubaan mengambil gambar sendiri (mesti pakcik di situ berkata “ah apakah orang muda ini lakukan?”)

Aku balik bilik sekejap - wah gelap. Sob sedihnya. Semua dah balik

Rakan-rakanku mesti sedang bergembira bersama keluarga. Beli satay beli ABC. Enjoy.

Concourse - tiada lagi mereka yang belajar di sini.

Buku-buku semua dah tersemat kemas di sudut almari masing-masing di bilik.

Cuti aku di Perlis hanya akan bermula 2 minggu lagi.

MASA UNTUK BERJUANG!

Shahkang yang tiada mood