Sabtu dan Ahad yang lepas saya tidak melekat di rumah seperti biasa, tidak berseorangan membungkam bisu di hadapan TV sambil mata dipaksa mengerling ke kedua-dua skrin TV dan laptop.
Saya kembali ke MRSM Langkawi!
Saya ke sana setelah mendapat jemputan daripada pihak ANSARA yang telah banyak membantu kami, Fish For Life 2 (FFL2) ketika berkunjung ke Indonesia, pertengahan Disember lalu. Saya telah membantu menjayakan program Menuju Puncak yang dianjurkan pihak pentadbiran MRSM Langkawi menerusi slot Bersama ANSARA pada pagi hari ahad. Rakan KMB lain yang bersama saya adalah Atikah dan Ibnu (juga ahli FFL2) dan Azri (bukan ahli FFL2)
Jadi kepada kawan-kawan (terutama KMB), jangan ingat saya datang ke sini menjalankan CAS seorang diri dan tidak mengajak anda. Saya pun diajak orang dan pada minit akhir.
Saya tiba di jeti Kuala Perlis jam 5.00 petang. Setelah membeli tiket saya dan Khalil ke restoran nelayan untuk menikmati pasembor.
Feri saya pada jam 5.30 petang, sempat bersolat dahulu sebelum sedikit sebanyak mengingati kembali kenangan lalu di jeti ini:
Di sini beratur dengan beg yang banyak dan berat. Mulai bersembang mengenai tempat yang bakal disinggah sepanjang perjalanan.
a) Di balai pelepasan ini selalunya sedih kerana perlu pulang ke MRSM
b) Di hujung balai pelepasan ini saya dan Jad menunggu feri untuk mengambil keputusan SPM
Kemudian menaiki feri, ternampak seorang budak MRSM. Terbayang mood saya ketika enjin feri mula menderam bingit, betapa tertekan dan sedihnya ketika itu. Hari ini saya gembira - apa nak disedihkan?
Tiba di jeti Langkawi setelah hampir dua tahun saya tidak ke sini (kali terakhir adalah ketika mengambil keputusan SPM). Bergerak ke dalam jet:
a) kastam sudah pun ada pengimbas beg)
b) jeti sudah mempunyai banyak kedai-kedai
c) Banyakrestoran sudah dibuka - kenny rogers, baskin robbin
Kemudian saya bertemu dengan Ibnu, Azri, Atikah, Abg Firdaus dan Kak As yang baru tiba dari Kuala Kedah. Kami menikmati KFC dahulu:
(dulu kat KFC ni dok beli makanan sebelum balik maktab, maklum la malam baru diberi makan)
Kemudian kami mencari van
(ingat lagi dulu mencari-cari rakan MRSM yang memakai baju batik/polo/maktab, puncanya nak cari geng untuk jimat bayaran van)
Masa nak tiba di MRSM - teringat betapa tertekannya bila ternampak ladang getah yang terletak bersebelahan maktab. Bila nampak tu maknanya maktab sudah dekat
Setibanya kami di sana, agar sukar mencari apartment kerana rakan lain yang sudah tiba tidak tahu nama apartment yang mereka duduk. Rupanya adalah apartment Berlian (rumah pak syed, cikgu syamami)
maka kami berkenalan dengan 5 orang abg - Radin, Azmir, Zul, Hilmi dan Nizam) . Atikah dan Kak As pula duduk di rumah sebelah (mereka berdua sahaja di rumah sebesar itu. Menakutkan). Saya, Ib dan Azri hanya melepak di dalam bilik sebelum keluar sebentar melihat-lihat kawasan:
Pemandangan dari tingkap apartment - mereka di surau. Dulu teringat pula kena marah-marah dan gelak-gelak dengan HEP. Rindu betul
Di sebelah kanan, dahulunya ada meja. Selalu saya buat perjumpaan homeroom di situ. Di dataran ini juga rasa gembira saya ketika mendapat keputusan SPM meluap-luap
Jalan belakang DS - tempat selalu berjoging dahulu (pernah di sini, seluar nak terlondeh ketika berlari)
Bilik bercahaya dua dari kanan - TR29. Di tingkap itu saya sering merenung jauh sambil mendengar Kedah FM dan belajar. Kadang-kadang dapat radio siam.
Saya merenung ke atas - rumah cikgu Yuha dan Hariza di tingkat 4 apartment Mutiara.
Rumah cikgu Yuha - kenangan 502
Rumah cikgu Hariza - kenangan Khawarizmi 05
sekarang, kedua-duanya dah pun berpindah dan hanya kenangan manis melekat di situ.
Balik tu tidur dan bersembang-sembang dengan abang-abang yang lain.
ESOKNYA
Pagi itu saya mengintai pelajar rollcall di Dataran Hijau. Sebelum itu memerhati gelagat mereka keluar asrama - semuanya dari tingkap apartment
(ingat dulu kena dengan Pak Hassan kalau lewat, hehe)
Merenung kembali TR dari apartment - segala-galanya di sana.
Jam 8 pagi, kami 11 orang bergerak menuju ke dewan
Yang Terlibat:
1) Abang Firdaus
2) Abang Helmi
3) Abang Nizam
4) Abang Radin
5) Abang Zul
6) Abang Azmir
7) Kak As
Atikah
9) Saya
10) Ibnu
11) Azri
Di sebelah kiri tempat saya ambil gambar adalah tempat saya ambil SPM, dan di kotak pemadam api tu saya melepaskan banner PG untuk kelas 502. Ingat lagi?
Kemudian, kami 11 orang duduk di atas pentas, perkenalkan diri dan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh pelajar. Saya sempat menjawab dua soalan - tak sangka soalan begitu banyak sekali, sampai tips menjawab geografi pun ditanya!Soalan lain yang ditanya adalah mengenai biasiswa, IB, engineering dan sebagainya. Jumlah soalan saya pun tak pasti berapa.
Abang Firdaus sebagai MC program bercorak forum ini. Yang lain berada di atas pentas termasuk saya.
Ibnu, Atikah dan Kak As dan lengan Azri
Selepas tamat forum ini, ceramah kerjaya diberikan oleh:
1) Bioteknologi: Abang Firdaus
2) Designing: Abang Helmi
3) Kejuruteraan: Abang Azmir
Abang Helmi memberikan penerangan mengenai kerja seorang pereka grafik
Rehat
4) Perubatan: Abang Zul
5) Biasiswa JPA: Abang Nizam
Sesi seterusnya adalah taklimat lebih mendalam mengenai kursus bioteknologi (di Dewan Kuliah) kejuruteraan (di PSP) dan perubatan (Medic).
Saya bersama dengan Abg Radin, Kak As dan abg Azmir berada di PSP. Hanya mereka bertiga yang bercakap kerana kebamnyakkan soalan yang ditanya pelajar adalah mengenai kehidupan jurutera. Jadi saya kurang idea. Cuma selepas habis program, ada seorang pelajar bertanya secara mendalam mengenai aeronautik kepada saya.
Suasana di PSP
Entah kenapa ambil gambar lantai ni - mungkin sebab teringat di sudut ini saya duduk ketika program terakhir Add Math pada malam SPM.
Setelah makan tengah hari di DS (cawan baru dan bekas nasi baru), saya bersolat di surau (tiada lagi karpet biru, dah ganti dengan tai) sebelum bergerak pulang pada jam 2.30 petang.
Sebelum pulang, saya sempat ambil gambar ini dalam kekalutan:
Di tangga ini selalu berkejaran ke bilik guru dahulu

Kelas yang dicintai,502 kini dah jadi 401. Dulu selalu lepak depan kelas sambil menunggu cikgu datang

Kelas 502 - segalanya tersimpan di sini - SEGALANYA
Begitulah kunjungan sebentar saya ke MRSM Langkawi. Agak seronok sebab datang melakukan aktiviti bersama ANSARA dan pelajar MRSM Langkawi - merangkap junior saya dan Abang Radin (spm 2001 @ batch abang saya iaitu Didi). Kalau nak diikutkan, semua tempat di Langkawi memberi makna yang tersendiri kepada saya. Namun, tidak larat dan terdaya untuk dicoretkan di sini.
Guru yang sempat saya jumpa adalah Cikgu Siti Aishah, Pak Syed, Cikgu Apandi, Cikgu Hashim dan kak Sarah. Yang lain tidak berkesempatan, Saya ke bilik guru jam 1.45 petang, semuanya sudah pulang. Ruginya tidak dapat berjumpa dengan mereka.
Maaflah post yang seperti malas ini, letih masih mengcengkam di seluruh badan.



