Saya Belum Hendak Berkahwin

August 25th, 2010 / 18 Comments » / by Shahkang

“Eh bukan hang dah nak kahwin ka?”

Pertanyaan itu memecah suasana bahagian bagasi pasaraya terkemuka ibu kota negara itu. Kadang kala hening itu disela dengan bingar sahabat-sahabat KMB yang akan terbang pada tahun ini. Mereka melepak sambil melihat-lihat bagasi yang ingin dibeli sebagai teman ketika penerbangan ke tempat belajar masing-masing.

Mulanya, aku dan Amirul. Namun terjumpa sahabat wanita lain yang turut sama memeriahkan suatu sudut pasaraya tersebut. Lama tidak berjumpa, jadi aku mengizinkan masa terluang untuk bertanya khabar sahabat-sahabat wanita tersebut. Ada yang bertanya soal bagasi, soal terbang dan sebagainya. Mereka adalah junior di KMB, jadi akan berterbangan dalam sebulan dua atau seminggu dua lagi. Sibuklah fikiran dan fizikal meladeni persiapan ke luar negara.

Berbalik kepada soalan tadi, pendek dan ringkas. Ditanya oleh seorang sahabat wanita itu, Minah (bukan nama sebenarnya) panggilannya.

“Wei hang awat tiba2 ni kata aku nak kahwin..dengaq mana” Aku membalas dengan teruja. Seperti terkesan dengan gosip liar itu.

“Tah tgk hang selalu mai KL.. Ingatkan jumpa MARA minta izin nak kawin ka.. selalunya senior mai MARA nak mintak kawin”

“Hang macam perli aku ja. Tau la aku itam tadak org mau. Sepak satgi.”

“Wei apa plak gitu.. huhu.. eh budak batch ang bukan **** dah nk kawin ka?”

“Ya. Dia nak kahwin. Aku dak lagi. “

Begitulah kisahnya. Tidak tahu sama ada dia sengaja mengada-adakan untuk menambah rasa perbualan kami petang itu. Atau memang ada khabar angin mengatakan demikian.

Jadi saya dengan rasmi menidakkan statement itu. Saya masih belum mahu berkahwin . CALON PUN TAK DAK (gaya cakap macam di media, sambil ditemani mikrofon, pancaran kamera dan ada musang di sebelah <– erk?)

Sebenarnya saya ke ibu kota untuk banyak hal – bengkel penulisan, acara sastera, uruskan antologi GKLN terbaru (boleh klik sini untuk membeli) dan sebagainya.

Apa-apa pun, bahasa dan ayat saya mungkin sedikit kasar bila berbiacara tentang kahwin awal. Mungkin ada 2,3 sahabat lelaki atau wanita pernah berbincang mengenai kahwin awal dan tahu saya agak keras kepala bila soal kahwin awal.

Bukannya saya melarang sesiapa berkahwin awal, tidak sapa sekali. Kahwin awal banyak manfaat dan nak diceritakan akan menjadi panjang.

Cumanya!

Saya berasa sedikit ralat jika mereka yang hendak berkahwin awal tapi tidak berfikir panjang. Atau mungkin fikir hanya dari satu sudut. Di benak fikiran hanya terdampar persoalan ingin mengelakkan zina tanpa menjeling ke arah isu lain yang mungkin meninggalkan kesan yang lebih negatif jika tidak kena gaya pengurusannya.

Mungkin terpengaruh dengan so-called novel cinta islamik yang sempurna? Sempurna maksudnya kisah atau aspek fizikal digambarkan indah sekali. Tiada kisah watak wanita yang solehah itu tempik menempik sebab stokin hilang sebelah masa sibuk nak pergi on-call, atau watak lelaki warak itu merajuk sebab tak dibelikan bebola ayam di pasar malam,. atau watak wanita itu menjadi ‘buas’ kerana melihat arnab dan terpaksa dipanggil RELA untuk mengawal keadaan (gejala obses terhadap haiwan comel).

Semua itu berlaku dalam realiti kehidupan, dan pernahkah anda terfikir sebelum berkahwin?

Terpulang kepada anda menjawabnya.

Saya cuma khuatir mereka yang ingin menunaikan kewajipan berkahwin hanya kerna nafsu dan ingin memenuhi keperluan hati yang sunyi. Jika begitu, berkahwin dpt diibaratkan macam berpuasa. Masa sebelum buka puasa memang bising lapar dan sebagainya tapi bila dah berbuka tu mula la nak membazir, air kepala pun bagi minum kucing, musang pun dpt makan ayam percik lebih malam tu (musang makan ayam ka?). Pendek kata kita akan bertanya kepada diri sendiri:

“Eh tadi punya la lapaq..tapi bila dh makan ni rasa macam bosan la plak”

Sememangnya, benda yang baharu itu sangat attractive dan bila sekali dua dah merasa, mungkin akan ada rasa macam “Lerr biasa ja kahwin ni, aku ingat best sangat. Sakit kepala lagi ada la. Itu la ini la “

Itulah ayat jika berkahwin tanpa melihat banyak sudut.

Jika berkahwin awal mengundang pelbagai masalah dan isu dan gejala kepada dua pengantin berbanding sebelum berkahwin, jadi fikir-fikirkanlah sama ada anda layak atau tidak untuk menjadi seorang suami.

Anda nak bela anak orang, bukan bela anak musang. Bela anak orang ni kalau makan ikan rebus dia bising – tak sedap dan sebagainya. Kalau kucing atau musang senang, bagi makan dia diam ja. Terima saja apa diberi. Anak orang ni macam-macam kerenah.

Kesimpulannya, berkahwin awal itu bagus cuma perlu fikir dari banyak sudut. Saya memilih untuk menceritakan hal negatif di sini kerna saya tau hal positif ramai yang sudah maklum. Jadi pandailah anda menimbangkan.

IMG00947-20100823-2004

Gambar hiasan – Berkahwin tanpa ada hala tuju menjadi punca utama kes penceraian yang banyak berlaku dewasa ini

Serius gambar tiada kaitan dengan isu, cuma gambar aku di kabin keretapi. menikmati juadah berbuka seorang diri saat malam yang berbisik dan berkekek-kekek tawa (Wah, nak kena cari pasangan utk teman? = no way!)

Mungkin ramai akan attack saya di komen, silakan.

Berkahwin awal @ semasa belajar bukan mudah. Itu sahaja yang perlu diperhatikan.

Di SAINA

August 23rd, 2010 / 1 Comment » / by Shahkang

Saya jarang menulis apa yang saya lakukan – seperti mana yang saya lakukan setahun dua lepas. Di mana makan roti bakar cecah milo pun nak diblogkan, apatah lagi kalau kembara yang sedikit jauh – ke Kuala Perlis dan sebagainya

Tapi kali ini terasa begitu akrab pula perhubunganku dengan entri pos yang sedemikian. Mungkin susah letak menghamburkan kata-kata di status yang kebanyakannya berunsur ketidakpuasan hati dengan apa yang berlaku dan sebagainya.

Ditakdirkan sehari dua lepas saya dijemput Azam Ramly untuk bersama-sama 9 org pelajar ex-Saina dan seorang ex-ssp yang menjayakan program Jejak Oversea yang berlangsung selama 2 jam setengah.

saina2208

(SAINA adalah nama panggilan kepada SMS Pokok Sena, Kedah. Ada juga memanggilnya dengan nama SEPOSEN)

Kadang-kala teringat pula zaman tingkatan 5, menanti senior datang dan mendengar pengalaman, Masa itu rasa teruja untuk mengikuti jejak langkahnya. Dan sekarang, alhamdulilah. Sedang berada di tempat yang diinginkan.

Begitu pantas  masa berlalu. Dan aku terasa seperti akan mati dalam masa yang sekejap sahaja lagi

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahir keadaan kamu… ” - petikan terjemahan surah Al-Mulk ayat 2.

Perkongsian Kisah Puasa di Berita Harian

August 17th, 2010 / No Comments » / by Shahkang

Perkongsian kisah puasa saya di Manchester diterbitkan di Berita Harian, 17 Ogos 2010 di ruangan Sastera sebagai seorang ahli GKLN (http://karyawanluarnegara.com)

Beberapa minggu lepas saya ada berkongsi pengalaman dengan wartawan pihak Berita Harian berkenaan puasa di Manchester. Mungkin ramai yang tidak tahu, tahun lepas saya meninggalkan keluarga pada hari puasa dan menu pertama saya di UK sebagai seorang pelajar yang terhegeh-hegeh (dulu, sekarang tidak) adalah di sebuah masjid.

Makan yang percuma, ditambah dengan keenakan persaudaraan yang tiada tolok banding. Sememangnya sedikit ralat tidak dapat berpuasa di Manchester pada tahun ini. Oh..Cemburu sekali kepada Dzul, Pyan, Munaim Rashdan, Peng, , Nazmi dan postgrad yang lain. (Munaim belum balik, kan?)

Untuk membaca kisah saya tersebut, boleh melalui dua cara

1) Surat khabar – dicetak di halaman sastera, muka surat 23. (Diadakan di dalam bahagian surat khabar yang lebih kecil. Kalau utara diberi nama edisi utara, kalau di KL mungkin Wilayah dan sebagainya)

2) Secara online, sila klik di sini untuk membaca

(Perhatian: Jika baca di surat khabar akan ada 2,3 gambar tambahan. Dalam online hanya terdapat satu. Terima kasih kepada Kamal Haziq atas sumbangan gambar)

Terima kasih kepada wartawan yang terlibat dan sudi menulisnya.

Untuk perkongsian tambahan, senang-senanglah hubungi saya. Mana tau boleh bertukar-tukar kisah puasa (sudah semacam iklan radio pula)

Semoga para pembaca membaca ibrah dari kisah pendek ini. Sama-sama manfaatkan Ramadhan semaksimum mungkin!

Aku dan Kelana – Sebuah Pencarian

August 15th, 2010 / 7 Comments » / by Shahkang

Sudah lama tidak diperikan kisah bercorak travelog, mungkin atas dasar saya melihat ia akan berbaur klise. Kerna setiap blog akan menceritakan – apa aku makan, kucing aku bernama apa pada hari ini (erk?), hari ini kuah sambal pedas atau sebaliknya dan bermacam-macam lagi.

Namun sekali-sekala, dalam kesibukan menulis sesuatu yang bernada tegas dan serius. Teringin juga aku melompat dan menjengah ke arah penulisan berbentuk – cerita dari gambar. Mudah sekali, cuma muat naik gambar dan berceritalah apa sekalipun.

Dan itu, apa yang akan kulakukan – pada 5 Ramadhan ini. Mengarut bersama kepingan gambar, memperikan kisah aku mencari sebuah perjuangan. MencariNya dalam sepanjang perjalanan kusut-masai ini.

kel150801

Malam langking yang disimbah – aku di ERL Salak Tinggi. Menanti Cikgu Wan menjemput untuk ke KMB. Terasa segar menembusi pagar KMB malam-malam – yang dahulunya aku terkurung dan mengilai sendirian.

kel150802

Unifair di KMB - berfoya-foya bersama teman. Mencari nostalgia yang hilang. Kenangan yang terputus. Dan berjumpa teman yang sebelum ini sekadar di maya iaitu pelajar junior IB 2011 – Fariz Zaidi, Farah Zaini, Salwa, Hisyam, Muniff (sekadar menyebut beberapa).

kel150803

Sesudah program perkongsian EE Malay A1 di Kolej MARA Seremba. 2 jam berhujah bersama Hazwan Ariff dan Amirul tidak terasa. Terima kasih pelajar KMS atas reaksi yang positif. Ditambah dengan pertemuan dan perbincangan bersama 2 org cikgu Malay A1 KMS, aku terasa perjuangan di jalan sastera begitu harmoni.  Ini gambar aku menanti tren untuk ke Arau dari Seremban. Hazwan dan Amirul sekadar meninggalkan jejak memori di ingatan setelah berlepas menaiki komuter dan berpergian.

kel150804

Saya begitu mudah - kuih pau dan air mineral sebagai makan malam. Beserta kacang cap tangan (saya makan seorang dalam gerabak yang hanya tika itu ada 3 penumpang). Terus terlena ketika melepasi KL Sentral tanpa menyedari Amin Rukaini, Akmal Hayat dan Khalis turut mengikuti perjalanan itu sampai ke utara.

kel150805

Mini MAHA di Kangar. Sekumpulan arnab berehat. Saya mengesyaki mereka mempunyai agenda tertentu.

kel150806

Itik kuning. Di Manchester itiknya berwarna seperti burung cak sahaja

kel150807

Mini-MAHA, saya kembali pada waktu malam untuk menyiasat pergerakan arnab ini. Namun mereka tidak berganjak dan saya lebih mengesyaki sesuatu sedang disembunyikan. Mungkinkah di bawah badan mereka ada lubang tempat tinggal? Tidak pula saya ketahui.

kel150808

Program di MRSM Langkawi anjuran batch ke-8 (junior saya, saya hanya menyertai). Suka dengan sambutan positif pelajar tingkatan 3 dan 5. Slot saya hanya ketika aktiviti perkumpulan dan 15 minit perkongsian kisah Manchester serta menjawab soalan lanjutan ketika QNA. Hujung minggu tersebut Facebook saya dilimpahi sahabat-sahabat ini untuk diminta menjadi rakan. Semoga ukhwah kami terus berkekalan.

kel150809

Program Kibar Jalur Gemilang di Stadium Utama. Sudah lama tidak menjejak kaki di sini. Sambutan menarik cuma sikap pengunjung kadang-kala meluatkan hati.

kel150810

Char kotiau. Telur dan udang diasingkan. Terasa seperti ‘dihormati’ kerna telur diasingkan. Setidaknya telur tidak menjadi orang ketiga dalam aku berkasih dengan Char kotiau dan kuahnya yang menjerat rasa.

kel150811

Perlawanan bola sepak – Perlis vs NS. Penonton tidak ramai. Perlis masih mempunyai harapan jika dilihat dari prestasi. Terasa sakit hati dengan sesetengah manusia yang mengutuk bola sepak tempatan tanpa sendiri melibatkan diri (sekurangnya sebagai penonton) untuk mengubah keadaan.

kel150812

Kelana saya sering ditemani NST. Mudah dibawa, kecil dan ringan.

kel150813

Saya bersama Hazwan Ariff (ahli GKLN, juga penyair muda berkaliber) di The Mall. Sedang menguruskan hal berkaitan penerbitan antologi puisi terbaru GKLN, Juzuk. Klik sini untuk menempah dan maklumat lanjut . Saya merupakan salah seorang penyelenggara. Di dalamnya terkandung 3 buah puisi saya yang merangkul tempat kedua di belakang Hazwan Ariff yang gah di persada sayembara.

kel150814

Menyusuri semak ke rumah PENA untuk beberapa acara. Seronok dapat berkenalan sahabat pena yang lain di samping ‘berdaurah’ menambah ilmu penulisan.

Sememangnya, kelana ini aku mencari sebuah harga diri. Sebuah makna diri yang tidak difahami khalayak lain. Dan pasti, aku dikatakan menyimpang dari arus kebiasaan.

Siapa suruh ikut arus normal?

Wallahualam.


Dialog Si Isteri

August 4th, 2010 / 9 Comments » / by Shahkang

Malam mengengsot dengan siput sekali. Oh, cepatlah tiba esok kerna malam ini kepanasan. Aku membantai 3,4 ulas durian sebentar tadi dan ketidakbiasaan mendera aku pada jam-jam ini. Oh dan terus OH!!!!

Dek tertidur 2,3 jam menjelang maghrib, kini aku celik senantiasa bersama panas yang mula menjalar.

Apa-apa pun saya terfikirkan beberapa dialog dengan seorang isteri. Perhatian, saya tidak mempunyai pasangan dan ini hanyalah sekadar ilusi seorang penulis cikai yang tidak tahu mengopek durian atau membezakan duku dan langsat.

Dialog 1

Isteri: Awak, hari tu yang kita jumpa haiwan oren tu. Apa nama dia?
Suami: Yang mana? Tepi almari tu? Ooo yang itu lipas
Isteri: Yipas?
Suami: Lipas la
Isteri: Oo..yipas.. eh kalau macam tu Garfield pun yipas jugak lah?
Suami: Kenapa (sambil menggaru kepala)
Isteri: Sebab dia oren dan cute. Macam yipas hari tu. Tapi awak jahat. Awak dah bunuh die dengan ‘yidsect’

Dialog 2

(Si Isteri masuk ke dalam bilik tidur membawa bakul)

Suami: Kenapa ada bakul?
Isteri: Hee.. Mulai malam ni saya nak tidur dalam ni
Suami: Kenapa? Katil kan ada
Isteri: Saya nak jadi kucing. Saya tgk kartun kucing selalu tidur dalam bakul
Suami: Tak boleh. Awak manusia
Isteri: Tak boleh jadi kucing ke?
Suami: Boleh. Tapi awak tak ada ekor dan telinga tiga segi <– suami yang sedikit bodoh barangkali
Isteri: Takpa. Kat kedai ada jual
Suami: Bakul tu kecil la. Mana boleh masuk (si Isteri cuba masukkan diri dalam bakul yang kecil tapi tidak berjaya)

Keesokan hari

Suami: Awak, mana bakul dobi kita?
Isteri: Zzz Zzz (sedang tidur dalam bakul dobi yang sudah disediakan bantal dan selimut tebal)

Dialog 3

Suami tengah membaca surat khabar. Isteri sedang menjirus pokok bunga

Isteri: Awak awak!
Suami: Ye, kenapa?
Isteri: Tadi kan, ada arnab. Comel sangat
Suami: Eh ya ke, arnab siapa? datang dari mana?
Isteri: Tak de sapa punya. Dia datang dari lubang belakang rumah kita
Suami: Warna apa?
Isteri: Dia warna hitam dan ada corak-corak sedikit. Tapi pelik la, tak sama macam arnab kat rumah ayah awak tu. Arnab ni dia panjang
Suami: Eh, arnab apa tu?
Isteri: Tak tahu. Dia panggung kepala dia. Tapi dia baik dengan saya. Dia main2 dengan saya dan dia masuk lubang dia balik. Tapi jiran rumah kita tengok, dia lari masuk rumah. Macam ketakutan. Kenapa? Dia takut dengan arnab tu ke?

(Suami dah rasa pelik)

Suami: Arnab tu tak ‘patuk’ awak ke
Isteri: Tak pun. Dia baik sangat. Saya suka dia

(Suami berdiam diri, terus membaca surat khabar)

Isteri: Awak, saya nak bela Johnny boleh?
Suami: Siapa Johnny?
Isteri: Arnab yang kat belakang rumah tu la
Suami: Tak boleh!!!! (suami buat emoticon nangis macam dalam YM)

Dialog 4

Isteri: Awak, kenapa arnab duduk dalam lubang?
Suami: Sebab tu rumah dia
Isteri: Ada orang cakap, dia nak beranak. Jadi dia buat lubang untuk selamatkan anak-anak dia
Suami: Ha betul juga tu
Isteri: Nanti saya nak beranak dalam lubang boleh tak?
Suami: Kenapa?
Isteri: Sebab saya nak jadi comel macam arnab

Dialog 5

Isteri: Awak, apa beza arnab dan hamster?
Suami: Arnab tu rabbit, hamster tu tikus Belanda

Isteri: Belanda tu bukan pasukan bolasepak ke?
Suami: Nama negara. Mungkin nama dia tikus Belanda sebab pasukan belanda warna oren. Sama macam warna hamster <– suami yang pada mulanya cerdik tapi nampaknya macam tidak

Isteri: Rabbit tu apa?
Suami: Rabbit tu macam Bugs Bunny. Suka makan carrot dan hidup dalam lubang
Isteri: Kalau macam tu, Upin dan Ipin pun rabbit lah?
Suami: Kenapa pula?
Isteri: Sebab Bugs Bunny tu kartun, Upin dan Ipin pun sama

Suami: Tak semua kartun tu rabbit
Isteri: Awak ni rabbit ke?

Suami: Saya manusia lah.

Dialog 6

Suami: Awak! Tengok ni saya belikan kucing gebu kat awak!
Isteri: Mana?
Suami: Ni ha dalam sangkar ni. Tgk baikbaik. Saya nak mandi

(tidak lama kemudian bunyi kucing bergaduh. Kelihatan si isteri bekejaran dengan kucing sampai ke pasaraya di pekan)

Kesimpulan:

Sayangilah isteri anda. Lindungilah mereka dari api neraka.  Seburuk atau sepelik-pelik mana pun mereka, merekalah yang membasuh pinggan mangkuk dan seluar dalam kita.

Fikir habis-habis sebelum memarahi isteri anda. Cuba bilang berapa kebaikan yang dia dah lakukan pada anda hari ini

Oleh: Pakar motivasi rumah tangga  tapi tak pernah berkahwin <– anda memang bodoh, baik pi tulis benda lain nu hoi banyak lagi nak kena buat!

Tema: Memarahi diri sendiri kerana suka menulis sesuatu yang karut

Hipotesis: Dalam karut, ada makna tersirat okey

(Yang peliknya, kenapa setiap kali dialog suami isteri mesti ada kaitan dengan haiwan. Nampaknya penularan wabak Shahkangnisme semakin berleluasa)