Semasa lantunan jari ke atas kekunci bersama tetingkap menghiasi IA Economic yang perlu diselesaikan, cebisan hati jauh dari perdu teringatkan perihal cinta yang sudah lama dinyahkan dari hidup.

Shah, kenapa tak couple?

Kadang-kadang tergelak mendengar soalan-soalan seumpama itu menjamu fikiran yang sedang kosong. Tapi kalau tengah disebui hal-hal mustahak memang saya akan abaikan sahaja soalan tak munasabah itu.

Setelah hampir saya hidup 19 tahun dan bercampur gaul bersama rencaman jenis manusia dari yang berperangai buruk hingga yang mempunyai hati begitu suci, saya sudah masak dengan trend cinta remaja yang pada saya menjelikkan.

Cinta hanya kepada mereka yang layak

Ya memang betul, bila bersoal tentang cinta anda harus cermin diri anda dahulu. Adakah anda mempunyai nilai-nilai yang akan menyebabkan kekasih anda terus melekat pada anda? Tengok ada duit tak, ada rupa tak, ada gaya dak, ada tak gaya-gaya romantis yang mencuitkan jiwa dan hati nurani?

Malangnya saya tidak ada kesemua trait itu pun dan kerana itu saya rasakan tidak layak untuk menjejakkan kaki ke dalam kancah percintaan. Atau kata lainnya adalah bosan.

Dahulu saya pernah punyai seorang kekasih dan mungkin agak terlalu skema saya hanya menghadiahkannya bahan-bahan berunsur akademik - tidak seperti kekasih lain yang lebih romantis. Hadiah hari jadi pun benda-benda akademik. siapa yang tidak bosan?

Maka kami pun berpisah dan apabila dia bersama teman baru - saya dapat tahu kekasihnya membelinya pelbagai barang kesukaannya - bunga, beruang . bersama ayat-ayat cinta yang sweet dan mencairkan. Tampak berbeza benar dengan diri saya

Oh, jadi hanya kerana itu cinta boleh dibeli dengan mudah? Hah, perempuan. Tapi bukan salah kekasih saya juga kerana itu memang sudah menjadi kegilaan kita sekarang ini. Kegilaan cinta remaja yang halal haramnya entah ke mana. Siapa tidak punyainya, selamat tinggal.

Kerana itu saya katakan saya tidak layak. Kerana saya tidak punyai nilai-nilai yang digemari orang. Yang saya tahu hanyalah musang rakun yang menghiasi display image YM saya, arnab yang tinggal di bawah tangga dan kadang-kala lipas gemuk yang melekap di dinding (saya sering tangkap untuk rakan yang membuat eksperimen).

Saya memang seorang yang aneh. Jangan sebut soal cinta pada saya buat masa sekarang. Lagipun buat apa nodai hati dengan unsur-unsur sebegitu? bukankah lebih baik menumpukan pada kerjaya?

Heh mungkin prinsip ‘hidup untuk bekerja’ ini akan menyebabkan saya dilabelkan sebagai lebih pelik. dan lebih tidak layak untuk dicintai atau mencintai?

Macam tu lah dunia.

kesimpulan:  jangan tanya saya soal couple. Sampai masanya saya akan melangkah jua ke arah itu. saya dah jelak dengan trend cinta remaja yang pernah saya lalui. mungkin trend anda berbeza tapi apa yang alami memang memeritkan.

Maaf post yang begitu berterabur dan sukar difahami ini. 

This post has 20 comments.

  1. wanharun
    27 Oct 08 2:49 am

    yo oh xlayak
    merendah diri ni..
    xpe2
    bgos2
    lpe kan cinta
    cinta itu xda ape pon
    cinta remaja tuh tidak ada ape pon
    fokus on career
    wat duit blambak
    hahaha XD

  2. erni
    27 Oct 08 4:43 am

    wahaha..
    ko ada kekasih ke dulu shah?
    susah nak percaya..
    hahaha

  3. rose
    27 Oct 08 4:46 am

    cinta bisa buat manusia bahagia atau derita

  4. dekja
    27 Oct 08 7:17 am

    brchenta lah bila anda sdh brsedia ke alam baru(kahwen la…)
    kalo stakat chenta remaja nih, xyah lg la kot…
    kui3…

    notakaki:x suma pmpn cm kekasih ang dulu tuh…ada ja yg suka bnda2 akademik…maybe, someday, somewhere….ang akn jmpa org cmtuh. atau mgkin dia dh ada cuma ang yg x pasan….hek3.=P

  5. admin
    27 Oct 08 7:22 am

    @wan: moga2 leh buat duit berlambak..heh
    @erni: mahu caya atau tidak, memang ada
    @rose: rasanya lebih menderita
    @dekja: akan jumpa insyaAllah. btw asal ada notakaki? :P

  6. ruchan
    27 Oct 08 7:23 am

    haha nak gelak guling2 rasanye bila baca entry ini..cari kekasih yg suka buku..usah cari kekasih yg suka brg2 plastic…

  7. zamri
    27 Oct 08 8:35 am

    asal macam sedih jek aku bca blog ni jat..huuu

  8. Aminrox
    27 Oct 08 8:50 am

    haha,,shah,bagus2.. aku setuju..

    trend cinta sekarang ni ibarat ‘membeli ikan di market’..

    Ada duit jer, jalan…. kih2..

    but then, cari dulu cinta hakiki..insyaAllah jumpa cinta sejati.. ;)

  9. wuhh.
    hurm.
    cinta adalah hakmilik setiap insan.
    cuma mungkin definisi cinta bagi kau x sama dengan insan yg kau sangka dapat beri kau cinta.
    bagi dia cinta adalah beruang, bunga dsb.
    bagi kau cinta adalah lebih dari itu.
    jadi jangan pedulikan.

  10. ye ker
    27 Oct 08 10:08 am

    bkn ko byk gf ker??? pergh…
    cinta xlayak le?

  11. admin
    27 Oct 08 10:41 am

    @ye ker: xde pun..kwn ramai a
    @atika: biarkan dia dengan konsep cintanya
    @amin: kisah lama, biarkan
    @zam: apa yang sedihnya?
    @ruchan: hoho lawak ke

  12. ruchan
    27 Oct 08 11:16 am

    beli gf mcm beli ikan kt pasar..ala bayar je la 22k shah…xpon bg 30k mcm mawi..

  13. usah sedih kerna ALLAH masih ada..
    bersedia berputus harap dgn makhluk Tuhan dan bergantung harap sepenuhnya kepada ALLAH..
    insyaALLAH akan ketemu cinta itu..

  14. b738pilot
    27 Oct 08 2:43 pm

    apa hang merapu pagi isnin ni

  15. mai
    27 Oct 08 10:55 pm

    ahakz.. aku rase cam pernah tanye ko soalan tu dulu.. walala… ya, ya… skarang bercinta xde makne… yang penting, study leklok, bleh fly, graduate, cari duit!!!! $$$$ huhu

  16. miss hikari
    30 Oct 08 7:51 am

    haish shah..masih belum mendalami perasaan cinta namanya.tapi sy setuju sangat dengan anda..

    ‘bila tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada tandingannya..”
    -Pahrol Juoi-

  17. mon
    02 Nov 08 8:45 am

    Kadang-kadang perasaan tu mai tanpa kita pinta pun

    Dan kadang-kadang kedatangannya ketika ToK essay sedang merenggut pemikiran dan masa

    Mungkin juga perasaan itu akan datang tatkala kocek tgh kosong

    Kita tidak pernah pasti tentang masa depan

    Kalu duitnya kosong

    Tp calonnya bertanya:

    Bila nak masuk kawin?

    Saat itu bru kita fikirkan tiada cinta yang lebih menyenangkan

    Melainkan permohonan kepada Allah Azzawajalla

    nukilan: Sang Pujangga Kesepian

  18. admin
    02 Nov 08 9:17 am

    keh2..terima kasih semua atas komen2 anda

  19. khalil
    04 Nov 08 5:06 am

    aku layak tapi tak couple pun. ha. ha.

  20. admin
    08 Nov 08 10:07 am

    @khalil: ang tidoq kui 2 pagi mmg la - masa

LEAVE A RESPONSE