Sedutan Raya KMB
Saya dah banyak buang masa pagi ni dengan berita untuk Nova Phoenix dan sebagainya jadi lebih baik saya teruskan dengan menulis blog
Jadi saya ingin menceritakan sedikit mengenai jamuan raya kolej yang diadakan Jumaat 10/10/2008. Agak menarik. Saya rasa lebih baik sertakan gambar sahaja untuk mengelakkan kebosanan (saya dan anda)
Memandangkan majlis bermula jam 9.40, jadi ada dua masa utk kelas dahulu. Semua semangat nak beraya. Ni Allya tengah melukis rajah kimia
Tamat kelas, masa bersuka ria bermula. Aku dan Ridhwan. Ceh pakai biru Chelsea
Selamat Hari Raya! Walaupun ada yang tak mengenakan baju Melayu tapi tak bermakna tak boleh raya.
Sementara tunggu majlis bermula di dewan, baca novel dulu - Bila Cinta Bertasbih. Tak boleh buang masa la kononnya ni
Majlis tamat (ucapan pengetua, sedikit video dll). Maka bermaaf-maafanlah sesama pelajar KMB (alamak ada Wan Chong)
Suasana kaunter staf di concourse - warna warninya yang sebu
Para guru dan staf mengambil makanan. Rendang, ketupat nasi, satay semua ada
Kaunter murtabak, wah bertimbun-timbun dan orang masih belum ramai. Saja aku naik ke atas ambil gambar dulu.
Kaunter mulai ramai (sob rugi aku tak turun tadi)
Wah ada Fathi bersama baju hitamnya. Kelihatan meneliti mee goreng
Kakak-kakak popia. Aku tak cuba pun sebab banyak sangat makanan, tak sempat
Gerai Soto - kelihatan Nadia sedang mencari sesuatu (mungkin begedil?)
Banyak lagi gerai yang aku tak sempat nak ambil gambar seperti cendol, kuih raya, dan apa lagi aku pun lupa
Setelah menyambar cendol, aku bergerak ke DS untuk satay, lemang dan ketupat + rendang
Melepak di DS yang kian dipenuhi orang. Merata-rata budak KMB duduk.
Kembali meneropong kaunter. Masih ramai menanti kuetiau dan mee
Dah boring sangat aku ke kelas, budak E07A memang melepak di kelas sahaja.
Tema gambar ni kononnya family sebab Akid dan Mai baju sama. Haha.. kononnya yang lain tu anak-anak dia la
Miss Hayati punya menti dapat habuan kek! Aku tumpang sekaki sebab banyak tak habis
Disebabkan boring maka aku melawat kaunter lagi dan menyapu apa yang belum habis - cendol, minuman soto
Ah ada mentor menti yang memilih berada di bawah pokok. Bukan Adlan pun.Bukan.
Persatuan Bapak E07A - Azri, Aku dan Navee. Slogan: “Bersatu Bapak Menerajui Prof”
Begitulah raya di KMB. Memang meriah dan kenyang habis. Aku tapau kuetiau sikit sebab makan tengah hari tak disediakan. Yehaaa kenyang!. Alhamdulilah (aku tulis post ni sambil mendengar lagu raya walaupun dah raya keberapa sekarang ni)
18 Oct 08 10:23 pm
kakak popia? apa kejam hang ni shah.. tsk tsk. vayolasi(=violation he he) bahasa sepatutnya kakak yang sedang menggulong popiah.
popia binti samosa hahahahahaha
18 Oct 08 11:43 pm
best giler…..
18 Oct 08 11:57 pm
@azmirul: kata takleh online?
@emosah: ala kami bayar utk makan tau.. hehe..
19 Oct 08 1:15 am
baru balik dari pulau pinang
19 Oct 08 1:44 am
hoh.
entri ini benar buat aku lapar sungguh.
cisss.
laparlaparlapar XS
19 Oct 08 8:49 am
cam best jek raye kat sane…
cm bnyk mkanan best2 laa..
huaa3…
19 Oct 08 4:09 pm
wah…beshnya braya kt kmb…cm tratoq ja..
kt cni(tmpt aku nih) sgt la srabot…
suma pakat brebut2…cm kebuloq sgt…
akibatnya, aku tidak dpt merasai sate…
sgtlah sedeh~
20 Oct 08 6:00 am
@rose: jamuan ni hasil kutipan duit kitaorang sendri so makan la sepuasnya
@atika: ala ang dok kt intec tepi tu kan byk kedai makan
@dekja: kami sikit ja student, tu yg ok..
20 Oct 08 3:55 pm
asal xde muke aku pon kt cn?
20 Oct 08 6:45 pm
tyme cm nie mmg best
mkn je keje
best2
21 Oct 08 1:23 am
@jannah: aku crop..hehe
@encheck: sebenaqnya bes sebab tadak klas
23 Oct 08 6:47 pm
apa maksud kau, “Bukan Adlan pun.Bukan.” ?
aku ada la…kau x nmpk.
24 Oct 08 10:16 am
siot. semuanya nampak sedap.
dan aku masih lagi belum beraya enam lagi.
lagi sehari!!!sabar sabar. hahahaha.
sate dan rendang boleh buat otak melayang ke rumah terbuka kawasan perumahan aku. Disebabkan sakit, maka hanya mampu memakan tiga cucuk sate dan kemudiaannya memuntahkan semua itu kembali 30 minit kemudian.
Cis.
25 Oct 08 2:20 am
@adlan: tu sinis. maksudnya mmg ko la
asal muntah weh?
@wankhai: selamat menempuh puasa.