Tiba di puduraya jam 5.00 pagi, agak terkejut kerana yang duduk di sebelah saya adalah rakan kolej juga iaitu Kam. Haha agak tergelak juga la.

Tadi saya cuba online di KFC Puduraya tetapi gagal, entah kenapa la. Jadi saya berjalan agak jauh untuk mencari perkhidmatan wireles

Kini saya berada di Maju Junction, saya berjalan dari Puduraya (jauh atau tidak bagi anda?)
Saya duduk di sebuah bangku awam sambil memerhati orang lalu lalang di hadapan saya untuk ke pejabat masing-masing

saya menggunakan streamyx hotspot, tak tahu di mana modemnya berada tapi kelajuan agak memuaskan. Ok la tu kerana saya hanya ingin memeriksa emel dan menulis sedikit di blog ini. Walaupun rasa agak malu kerana orang lalu lalang untuk ke kerja

“Wah apa kamu buat bersama laptop di bangku kayu ini?”

Mungkin begitu getus hati mereka.. Suasana sini sunyi kerana baru jam 8 pagi dan tidak banyak kedai yang buka. Mungkin sekejap lagi saya hendak melawat beberapa toko buku di sekitar ini untuk mencari buku-buku yang menarik.

Oh, teringat satu aktiviti saya sepanjang raya ini. Mencari sahabat di salam perantauan. Jadi agak banyak yang saya ketemu:

1) Abang Fahd Razy dan isterinya - Dublin
2) Kakak kepada sahabat saya di Australia
3) Matki, Mat Tapa, Fahd di Korea (cuba mencari Oyien tapi tak kelihatan)
4) Nazmi dan Iman Zalzilah - Russia

itu saja kot. saya hanya memeriksa salam perantauan yang terdapat dalam Berita Harian. Surat khabar lain tidak pula. Jadi mungkin rakan-rakan Vanderbilt dan mereka yang lain di US (azlina dan rakan-rakan) muncul di surat khabar lain.

021020088141.jpg
Di rumah Faris pada hari raya kedua, melihat gambar rakan-rakan menerusi segmen salam perantauan

Begitulah. Aku bila pula?

Ah ada satu gambar lagi di hari raya pertama:

01102008812.jpg
Di rumah Wa,Kuala Sanglang. Maisarah anak saudara saya sangat menggemari remote control sebagai bahan mainannya. Sob2.. Alamak dia makan

Tak sangka pula boleh merapu sebegini panjang di tempat awam macam ni. Mungkin sebab tak boleh buat kerja kat sini jadi masa digunakan untuk merapu (kalau aku buat Econ IA kat sini mungkin dikatakan agak pelik kerana orang ramai memerhati terdapat banyak graf di skrin laptop..alala)

This post has 8 comments.

  1. rose
    07 Oct 08 9:44 am

    smpat lg die on9 tuh~

  2. mon
    07 Oct 08 10:52 am

    ada gak menda nk merapu

    aku kt kmb merapu ngan laptop

  3. admin
    07 Oct 08 5:40 pm

    ok la tu ada internet mon oi
    aku nak cek emel je rose

  4. wankhai
    07 Oct 08 10:26 pm

    huhu…internet sudah menjadi satu necessity yang utama sekarang ni~

  5. admin
    08 Oct 08 4:54 pm

    tu la… harap2 leh beli maxis broadband ka..haih

  6. admin
    08 Oct 08 4:54 pm

    tu la… harap2 leh beli maxis broadband ka..haih

  7. wankhai
    08 Oct 08 9:03 pm

    kenapa tmaxis broadband? kalau aku, aku mencadangkan celcom broadband.

  8. admin
    08 Oct 08 9:44 pm

    kat sini covarage low sikit

LEAVE A RESPONSE