Raya Kelima

06 Oct

Kenapa tiba-tiba saya menulis satu entri khas untuk raya kelima? Sebenarnya tidak apa yang menarik cuma mungkin ada cerita sedikit hari ini.

8.15 pagi - saya, Acan dan Faris ke kedai mamak berhampiran bulatan Taman Sena untuk menikmati sarapan pagi yang berupa roti Milo. Agak manis

9.30 pagi - pergi ke kawasan rekreasi Pengkalan Asam di pinggir bandar Kangar untuk satu sesi pergambaran mengenai satu temuramah dengan penagih dadah untuk assignment Acan (dia buat perguruan TESL dan insyaAllah akan ke UK kelak)

yang malangnya saya kena jadi penagih tu.

05102008817.jpg
Suasana kawasan rekreasi yang menenangkan

Selepas itu kami sembang sampai la lebih kurang jam 11 pagi

petang itu saya ke stesen Arau untuk melihat tren lagi. Kali ini saya hantar Faris bersama. (jadi ada juga alasan ke stesen dan bukannya hanya melangut)

Sedang melihat lampu tren ekspres Langkawi yang kian menghampiri stesen, saya dikejutkan dengan ekspres ke Bangkok dari Butterworth yang tiba dari arah yang bertentangan

05102008818.jpg
Ini lokomotif YDM. Ekspres Langkawi menggunakan kelas 23 tapi tidak kelihatan dalam gambar ini (saya amat tidak menggemari bentuknya)

Entri saya pendek sahaja, kerana cuti sudah di penghujung

Tertekan. Biasalah

This post has 2 comments.

  1. hahaha…

    ade tren direct pegi langkawi ke dari tanah besar?

  2. admin
    06 Oct 08 2:53 pm

    nama ekspress ja chem

LEAVE A RESPONSE