Penyesalan Tak Sudah
Seperti biasa malam ini (Isnin) aku akan kembali ke negeri Selangor atau lebih khusus lagi di daerah Kuala Langat untuk terus berjuang bersama program IB yang dicintai.
Menyedihkan bila teringatkan cuti yang dah habis begitu saja. Memang kali ini aku amat merasai pembaziran cuti kali ini.
Teringat masa mula-mula kunci bilik nak keluar KMB
Saat melepak sebentar di KLCC dan berbuka puasa seorang diri
Sekarang? Masa untuk kembali ke kolej semula
Kadang-kadang aku terfikir juga: Adakah budak program lain di insitusi pengajian lain merasai tekanan yang sama?
Sebab bagi aku, aku tertekan kerana selepas ini susah nak keluar ke bandar dan dikekang dengan kerja yang sangat banyak. Kalau aku duduk U, adakah tertekan macam ni? Sebab U kan bebas dan mudah nak ke mana-mana berbanding situasi aku sekarang
Adakah aku akan merasai perasaan yang sama bila U kelak? Tertekan nak balik belajar
Nak tertekan apa kalau hidup tengah bandar, malam2 boleh lepak mamak
Kerja banyak pun rasa lapang saja dada
Mak ayah datang pun boleh saja mudah-mudah keluar
dan orang cakap hidup U banyak lepak sikit
Kehidupan aku sekarang sangat menekankan hidup aku. Sampai kadang-kadang kena tunggu cuti baru boleh proceed dengan hobi-hobi aku. Adeh
Dah la, tak perlu menangisi cuti yang dah nak tamat. Sabarlah hingga Mei 2009
Mari lihat apa aku buat cuti ini (merujuk kembali perancangan yang dilakukan sebelum cuti)
Menghabiskan IA Econ sebanyak yang mungkin
Agak gagal sebab hanya buat satu sahaja (tengah menulis ni)
Beraya di rumah kawan-kawan di Kedah dan Perlis
Ya amat berjaya, banyak juga rumah yang aku lawati
Membaca novel dan beberapa buah buku lain
Alhamdulilah tiga buah novel Melayu berjaya dihabiskan. Cuma Ketika Cinta Bertasbih dan buku motivasi Richard Branson gagal dihabiskan. Tapi aku berpuas hati.
Menghabiskan cerpen dan puisi
Cerpen Cinta Seorang Pemuda sebanyak 2400 patah perkataan akhirnya berjaya ditamatkan. Alhamdulilah. Puisi memang tak sentuh langsung
Sedikit mengenai cerpen terbaru aku tu:
Tak tahu nak cakap apa. Cuma aku rasa penggunaan bahasa lebih meluas berbanding cerpen pertama aku. Mungkin dari hari ke hari makin banyak perkataan yang ditemui ketika pembacaan dan sebagainya.
Itu saja untuk cuti ini. Lagi 3 jam akan berlepas ke KL. Yehaaaaa…
06 Oct 08 6:59 pm
life is too short too wake up with regret..
(heh..ayat kat blog ak)
06 Oct 08 7:02 pm
saya kenal ayat itu
06 Oct 08 7:07 pm
tok ang dah siap?
hohoi…
06 Oct 08 9:01 pm
tgk2 skit ja..tak berjalan sgt
06 Oct 08 10:52 pm
ib no life….
ib no life….
ib no life….
cepatla mei 2009….
07 Oct 08 7:53 am
sabar saja la..aku dpt rasai tekanan yang kamu alami
07 Oct 08 2:20 pm
cepatlah mei2010..haha..lagi lama….
adesss…
nasib baik tak tekanan macam korang lagi,…keh3
07 Oct 08 5:36 pm
takpa kami dah penah melalui zaman year 1