Dia Bukanlah Hacker
Seperti biasa selepas pulang solat tarawikh pada waktu malam nan sunyi bersama deruan angin aircond yang mengisi ruang panas bilikku ini, aku berchatting menerusi tetingkap YM seperti biasa. Tiada apa yang menarik atau yang jelik berlaku.
Tiba-tiba tetingkap YMku bercambah, ada sebuah tetingkap baru untuk mengesahkan penerimaan seorang rakan baru untuk dimasukkan dalam senarai rakanku. Joni(bukan nama sebenar) begitulah nama yang tertera di skrinku. Memohon untuk dijadikan rakan. Ok. Mungkin pelawat blog saya yang ingin berkongsi cerita atau mungkin bertanyakan beberapa soalan. Sebelum ini sering saja pelawat blogku menambah aku sebagai rakan YM mereka untuk bertanya soalan lanjut terutama mengenai KMB, IB atau mungkin perkongsian ilmu sastera yang aku minati.
Jadi tak kisahlah. Saya add juga . Maka terteralah namanya di senarai rakan saya dalamYM
Sebentar
ada sesuatu yang memelikkan terhadap status messagenya yang berbunyi lebih kurang begini:
“Haha.. Habislah kau!” - dalam bahasa Inggeris
Saya dah mula merasai sesuatu yang tidak kena. ID yang saya add tadi bukanlah id biasa seperti rakan-rakan lain. Contohnya abu89, marimembaca89 dan sebagainya. IDnya agak macam bukan orang Malaysia. Foreigner. Pelik
Dengan status messagenya itu, saya dah mula rasa panik kerana disyaki sebagai hacker yang merosakkan komputer.. Lantas terus saya appear offline kepadanya dan delete IDnya.
Panik saya tiba-tiba menjalar. Bagaimana kalau dia hack ID yahoo saya ni?? Mana la tahu. Jadi saya cepat-cepat cuba menukar password emel Yahoo saya.
Tiba-tiba
Your old password is incorrect!
Ah, apakah ini?
Kenapa tiba-tiba boleh jadi begini pula?
Saya cuba banyak kali - tidak boleh
Saya log in pakai pass yang lama - gagal!
Ah, sudah!!
Maka rakan seperjuangan sejak kecil iaitu Cake atau khalil dihubungi dan menceritakan segala-galanya
“Wei macam mana ni aku kena hack!”
“Pi dah ang…” (maksudnya mampus dah ko)
Tapi akhirnya saya cuba dan cuba. Boleh juga masuk emel saya. Saya delete semua mesej dalam inbox tu takut ada benda yang penting seperti pass dan sebagainya. Habis semua mesej dalam inbox. Rasa nak nangis pun ada kerana pelbagai simpanan sejak tahun 2002 ada di situ. Rugi yang amat tapi untuk keselamatan, terpaksalah.
Didi pula menambah “Memang betul pun. tu ID hacker tu! Kawan aku biasa kena!”
Jadi saya bertambah risau tapi syukur emel semua dah dibuang. Emel tu kosong sahaja.
Saya mula berkira-kira hendak menukar kepada ID yahoo saya yang satu lagi - sudah lama tidak dipakai. Tapi disebabkan ada masalah ketika hendak memindahkan senarai nma dari akaun lama kepada akaun baru, jadi saya guna saja ID lama dengan harapan hacker itu tidak menganggu saya.
Yang risau bukan apa, sebab tak tahu bagaimana penggodam komputer ni beroperasi. Itu saja.
Maka saya pun guna saja la ID lama walaupun ada bibit-bibit kebimbangan yang sentiasa menjengah
Ditakdirkan pada suatu hari Didi (abang) menggunakan laptop saya sebentar, melayari Facebook. Jadi bila masuk laman web Facebook, profile saya akan terpampang secara automatik dahulu kerana kata laluan yang sudah disimpan
Maka Didi mengungkapkan satu statement yang menderau darahku
“Wei jat, ni kawan ang ni bukan sama nama dengan hacker hari tu?”
“Ya ka” kataku pelik. Ya betul rakanku memakai nama yang sama dengan ID hacker itu. Jarang benar tengok rakanku itu menggunakan nama yang jarang didengar itu. Ah, mungkin cuma kebetulan saja tu.
Maka saya pun mesej rakan itu dan bertanya “Apa ID yahoo ko, ada add aku hari tu?”
Ya memang betul pun yang add hari tu adalah seorang rakanku…………………Bukanlah hacker atau hamster. Wakaka
Wakakaka..buat penat ja aku risau. Habis semua emel kena delete!!! Argh!!
Saya menceritakan kepada Cake ketika dalam perjalanan beraya semalam. Kami tergelak besar. Mujurlah kereta yang dipandu Cake tidak meluru tidak ketahuan hala merempuh kereta di lampu isyarat
Bangang betul saya
Yang menjadi misteri adalah:
1) Kenapa Didi cakap ID yang bunyinya macam ID rakan saya itu adalah seorang hacker?
2) Kenapa tiba-tiba saya tak boleh nak log masuk emel saya malam hari tu? Kenapa password tiba-tiba boleh salah dan sebagainya walaupun dicuba berpuluh kali?
Misteri masih belum terungkap
03 Oct 08 9:55 am
haha..
lawak2..
kah3..
03 Oct 08 11:21 am
ask peter….hahhaa
03 Oct 08 2:09 pm
hahaha… serius lawak… mesti hang gelabah abes… sampai key in password pun salah…
03 Oct 08 5:10 pm
aku yg buat sumer tuh..
03 Oct 08 5:44 pm
suspennye ending dia
03 Oct 08 9:11 pm
ahahhhahahahhahahahahaah..
lawak gil hang ni shah~ tiket feri dah ada.. beli dah nak balik kmb~ h
03 Oct 08 9:33 pm
rose jangan gelak aku
peter.. lala
mmg suspen pun shin..
03 Oct 08 9:34 pm
jgn sebut soal tiket feri
adlan tolong la selesaikan :((
04 Oct 08 2:08 am
betul ka rakan??
memang hacker betul..bukan jadian punya ka??hoho..
04 Oct 08 12:15 pm
dah memang id dia sama dgn id kawan aku..sob2..
04 Oct 08 1:13 pm
laaa. suspen gla crita hg ni.
04 Oct 08 2:57 pm
itulah yg terjadi
05 Oct 08 12:11 am
seriously shah can’t quite catch what you’re trying to tell here…
05 Oct 08 2:56 am
org lain ok ja
06 Oct 08 1:03 am
ni orang kata gelabah tak tentu pasai. wakakaka.
06 Oct 08 6:58 am
xleh blah didi..haha