Archive for October 2008

Agak bosan

Tertekan?

Jadi saya lakukan sesuatu yang amat bodoh

dan tidak berperikemanusiaan bagi sesetengah pihak

saya berjalan-jalan sekitar hutan. Sambil menikmati bayu mergastua yang memuput mesra

wah! ada arnab

29102008834.jpg

maka saya mengambil kayu hoki dan bercadang menghayun haiwan comel yang kelihat seperti bola berbulu ini

kelihatan arnab ini tidak sedar kehadiranku

terlalu sibuk menikmati rumput.. nyap nyap

tapi akhirnya arnab itu melarikan diri ke dalam lubang atau sarang

maka niat saya terbantut

Jangan bunuh arnab.  Tambahan pula dari arah belakang seperti ini

Sebenarnya aku tertekan dengan esei TOK. Maka cerita ini direka-reka

saya tidak membunuh arnab..ni arnab kawan ..haa

Semasa lantunan jari ke atas kekunci bersama tetingkap menghiasi IA Economic yang perlu diselesaikan, cebisan hati jauh dari perdu teringatkan perihal cinta yang sudah lama dinyahkan dari hidup.

Shah, kenapa tak couple?

Kadang-kadang tergelak mendengar soalan-soalan seumpama itu menjamu fikiran yang sedang kosong. Tapi kalau tengah disebui hal-hal mustahak memang saya akan abaikan sahaja soalan tak munasabah itu.

Setelah hampir saya hidup 19 tahun dan bercampur gaul bersama rencaman jenis manusia dari yang berperangai buruk hingga yang mempunyai hati begitu suci, saya sudah masak dengan trend cinta remaja yang pada saya menjelikkan.

Cinta hanya kepada mereka yang layak

Ya memang betul, bila bersoal tentang cinta anda harus cermin diri anda dahulu. Adakah anda mempunyai nilai-nilai yang akan menyebabkan kekasih anda terus melekat pada anda? Tengok ada duit tak, ada rupa tak, ada gaya dak, ada tak gaya-gaya romantis yang mencuitkan jiwa dan hati nurani?

Malangnya saya tidak ada kesemua trait itu pun dan kerana itu saya rasakan tidak layak untuk menjejakkan kaki ke dalam kancah percintaan. Atau kata lainnya adalah bosan.

Dahulu saya pernah punyai seorang kekasih dan mungkin agak terlalu skema saya hanya menghadiahkannya bahan-bahan berunsur akademik - tidak seperti kekasih lain yang lebih romantis. Hadiah hari jadi pun benda-benda akademik. siapa yang tidak bosan?

Maka kami pun berpisah dan apabila dia bersama teman baru - saya dapat tahu kekasihnya membelinya pelbagai barang kesukaannya - bunga, beruang . bersama ayat-ayat cinta yang sweet dan mencairkan. Tampak berbeza benar dengan diri saya

Oh, jadi hanya kerana itu cinta boleh dibeli dengan mudah? Hah, perempuan. Tapi bukan salah kekasih saya juga kerana itu memang sudah menjadi kegilaan kita sekarang ini. Kegilaan cinta remaja yang halal haramnya entah ke mana. Siapa tidak punyainya, selamat tinggal.

Kerana itu saya katakan saya tidak layak. Kerana saya tidak punyai nilai-nilai yang digemari orang. Yang saya tahu hanyalah musang rakun yang menghiasi display image YM saya, arnab yang tinggal di bawah tangga dan kadang-kala lipas gemuk yang melekap di dinding (saya sering tangkap untuk rakan yang membuat eksperimen).

Saya memang seorang yang aneh. Jangan sebut soal cinta pada saya buat masa sekarang. Lagipun buat apa nodai hati dengan unsur-unsur sebegitu? bukankah lebih baik menumpukan pada kerjaya?

Heh mungkin prinsip ‘hidup untuk bekerja’ ini akan menyebabkan saya dilabelkan sebagai lebih pelik. dan lebih tidak layak untuk dicintai atau mencintai?

Macam tu lah dunia.

kesimpulan:  jangan tanya saya soal couple. Sampai masanya saya akan melangkah jua ke arah itu. saya dah jelak dengan trend cinta remaja yang pernah saya lalui. mungkin trend anda berbeza tapi apa yang alami memang memeritkan.

Maaf post yang begitu berterabur dan sukar difahami ini. 

Saya dah banyak buang masa pagi ni dengan berita untuk Nova Phoenix dan sebagainya jadi lebih baik saya teruskan dengan menulis blog

Jadi saya ingin menceritakan sedikit mengenai jamuan raya kolej yang diadakan Jumaat 10/10/2008. Agak menarik. Saya rasa lebih baik sertakan gambar sahaja untuk mengelakkan kebosanan (saya dan anda)

Memandangkan majlis bermula jam 9.40, jadi ada dua masa utk kelas dahulu. Semua semangat nak beraya. Ni Allya tengah melukis rajah kimia


Tamat kelas, masa bersuka ria bermula. Aku dan Ridhwan. Ceh pakai biru Chelsea


Selamat Hari Raya! Walaupun ada yang tak mengenakan baju Melayu tapi tak bermakna tak boleh raya.


Sementara tunggu majlis bermula di dewan, baca novel dulu - Bila Cinta Bertasbih. Tak boleh buang masa la kononnya ni


Majlis tamat (ucapan pengetua, sedikit video dll). Maka bermaaf-maafanlah sesama pelajar KMB (alamak ada Wan Chong)


Suasana kaunter staf di concourse - warna warninya yang sebu


Para guru dan staf mengambil makanan. Rendang, ketupat nasi, satay semua ada


Kaunter murtabak, wah bertimbun-timbun dan orang masih belum ramai. Saja aku naik ke atas ambil gambar dulu.


Kaunter mulai ramai (sob rugi aku tak turun tadi)


Wah ada Fathi bersama baju hitamnya. Kelihatan meneliti mee goreng


Kakak-kakak popia. Aku tak cuba pun sebab banyak sangat makanan, tak sempat


Gerai Soto - kelihatan Nadia sedang mencari sesuatu (mungkin begedil?)

Banyak lagi gerai yang aku tak sempat nak ambil gambar seperti cendol, kuih raya, dan apa lagi aku pun lupa

Setelah menyambar cendol, aku bergerak ke DS untuk satay, lemang dan ketupat + rendang


Melepak di DS yang kian dipenuhi orang. Merata-rata budak KMB duduk.


Kembali meneropong kaunter. Masih ramai menanti kuetiau dan mee


Dah boring sangat aku ke kelas, budak E07A memang melepak di kelas sahaja.


Tema gambar ni kononnya family sebab Akid dan Mai baju sama. Haha.. kononnya yang lain tu anak-anak dia la


Miss Hayati punya menti dapat habuan kek! Aku tumpang sekaki sebab banyak tak habis

Disebabkan boring maka aku melawat kaunter lagi dan menyapu apa yang belum habis - cendol, minuman soto

Ah ada mentor menti yang memilih berada di bawah pokok. Bukan Adlan pun.Bukan.

Persatuan Bapak E07A - Azri, Aku dan Navee. Slogan: “Bersatu Bapak Menerajui Prof”

Begitulah raya di KMB. Memang meriah dan kenyang habis. Aku tapau kuetiau sikit sebab makan tengah hari tak disediakan. Yehaaa kenyang!. Alhamdulilah (aku tulis post ni sambil mendengar lagu raya walaupun dah raya keberapa sekarang ni)

Salam.

Kepada ahli Nova Phoenix,

1) Sila hadir tepat pada waktu untuk setiap perlawanan yang melibatkan anda atau sekadar ingin metonton

2) Tolong turun ke venue dan beri sokongan kepada rakan-rakan anda

3) Berjuanglah dengan bersungguh-sungguh

Catatan triple malas dariku

Saya telah kena tagged oleh rakan sekolah rendah. Saya tak pernah kena tag sebelum ini dan bagi saya permainan tag ni amat sesuai waktu kekeringan idea dan kepeningan sekarang ini.

Arahannya dalam bahasa Inggeris pula

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any question that they dislike with a new question formulated by themselves.

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by continue this game by sending it to other people.

Tagged by : Cedin

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?

Biarkan. adakah cinta kepada manusia itu penting sangat dalam kehidupan?

2. If you can have a dream to come true, what would it be?

Menjadi seorang penulis yang berjaya bersama segulung ijazah kejuruteraan

3. Whose butt would you like to kick?

Saya tidak suka menyepak

4. What would you do with a billion dollars?

Entah kerana duit sering saya pakai untuk membeli makanan atau buku yang menarik

5. Will you u fall in love with your best friend?

Kalau perempuan, mungkin. Lelaki tidak

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

Dicintai oleh pencipta kita

7. How long do you intend to wait for someone you really love?

Jodoh di tangan Allah. Tengok keadaan

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

Biarkan saja. Apa mau kisah?

9. If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?

saya hendak menjadi seekor musang dengan memakai kostum jenis Red Fox atau Racoon dan berlakon bersama musang lain

10. What takes you down the fastest?

perkara penting. Entah saya tidak terfikir

11. How would you see yourself in ten years time?

harapan menjadi seorang jurutera berjaya bersama masa lapang yang digunakan untuk hobi

12. What’s your fear?

tak pasti. rasanya lelabah. tapi saya menyukai haiwan comel yang lain (adakah lelabah comel?)

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?

seorang rakan sekolah rendah yang baik

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

kurang pasti. mungkin bujang tetapi kaya

15. What’s the first thing you do when you wake up?

Tengok jam pukul berapa

16. Would you give all in a relationship?

kepercayaan dan tanggungjawab. setakat menaruh kesetiaan tapi tak lakukan apa yang patut, buat apa? Kalau setia tapi kekasih tak tutup aurat kita buat dunno saja, tidak berguna bagi saya.

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

Soalan sukar. Kena tengok keadaan.

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?

InsyaAllah saya cuba ampunkan

19.Do you prefer being single or having a relationship?

Lebih senang bebas begini. Tak perlu risau dan bersusah hati

20.List 5 people to tag

Cake (semoga blog anda diupdate)
Rose
Adam
Mat Pear
Adlan

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya