Sedar tidak sedar, Ramadhan sudah berada di penghujung. Mungkin agak menarik tahun ini kerana bulan Ramadhan berlangsung selaras dengan kalendar September 2008.

Seperti kata Encik Pir (Matpear), adakah kita menghayati Ramadhan ini dengan jayanya. (sila rujuk blog beliau untuk kata-kata lanjut kerana aku sudah melupainya)

Sebenarnya aku hendak berkongsi rencaman gambar yang kuambil sepanjang bulan September 2008 ini. Kalau setiap satu hendak dipostkan menerusi post individual, mungkin akan mengambil masa yang lama. Jadi saya hanya mengumpulkan gambar-gambar itu secara serentak.


Saat paling menggembirakan. Saya telah mencetak draf pertama EE saya yang muka suratnya sekitar 30 lebih. Alhamdulilah penat lelah sepanjang cuti Ogos lalu akhirnya berbaloi -turut dicetak ialah esei alam sekitar untuk English


Buah oren yang diberikan dewan selera ketika berbuka


Saya dan Azri keluar outing pada jumaat, 12/9. Gambar ini adalah pelajar junior yang disyaki ingin pulang ke rumah


Menyeberangi sebuah jambatan tinggi di Banting.


Baju raya yang dibeli di sebuah pasaraya bersebelahan The Store Banting


Azmirul dan saya bersama dalam menjalankan eksperimen alkana


Majlis berbuka puasa perdana - cantik pula tengok hiasan khemah di medan surau ni


Kadang-kala menunggu tarawikh bermula saya suka mengambil gambar karpet surau. Nampak cantik jadi saya letakkan di sini (cahaya keimanan di sebalik kegelapan malam?)


Saya dan Naveen merasmikan makmal. Kami ke sana hanya untuk menyukat minyak untuk kerja kami. Walaupun makmal baru namun radio yang sering mengumandangkan stesen Klasik Nasional ini masih di situ.Layan~


Sumbangan surau sempena majlis tadarus Al-Quran lelaki - ayam percik! Pihak perempuan pada keesokan harinya dihadiahkan pulut kuning.


Hari ini aircond tidak berfungsi jadi saya membuka tingkap. Keindahan pagi terserlah(sebelum ini jarang menjenguk tingkap ini kerana sering ditutup)


Musang atau kucing? Saya berjalan hendak pulang ke bilik saya di Blok B. Malangnya itu hanyalah kucing biasa.


Syam didenda menyanyi lagu raya oleh guru English. Kesalahannya kurang past. Nyanyian disambut derai ketawa pelajar kelasku dan kelas sebelah. Siapa yang tidak ketawa mendengar lagu raya dilalakkan pagi sebegini?


Ijaz menulis sesuatu di atas kad gergasi


Akhirnya dua laporan makmal yang tarikh hantarnya pada 24/9 (sebelum pulang raya) dapat disiapkan. Hanya muka depan bertaip komputer manakala isinya bertulis tangan sahaja


Melorians dan cikMelor - kad gergasi kami. Terima kasih kepada Azan kerana usaha anda

img_1550.JPG
Pelajar E07A bergambar bersama sebelum pulang - ah mejaku yang semak terserlah dengan gahnya!


Berbuka puasa seorang diri di celah ribuan pasangan dan kumpulan rakan-rakan yang tidak saya kenali.


Menanti pintu ke pesawat dibuka! Ya mari pulang ke Kangar!

Menanti hari raya dan menikmati akhir Ramadhan ini bersama tepu-tepu idea dalam kotak fikiran ini.

This post has 16 comments.

  1. d4uh
    28 Sep 08 9:19 am

    psal muka depan lab repot taip nga kom…tkut cikgu xleh baca kaa..hhahaa

  2. admin
    28 Sep 08 11:35 am

    tak reliable alasan ang matpear
    20muka surat lagi aku pakai tulisan tangan

  3. Fazdlin
    28 Sep 08 11:52 am

    ooo… dia ka yg nyanyi lagu raya 2..
    kedengaran sehingga ke kelas sebelah a.k.a kelasku..
    tau x.. ms 2.. ckg ktrg jenuh mengintai nak tgk sapa…
    plus… kami pun tersenyum sendirian mendengar
    nyanyian lagu raya di siang hari~
    :D

  4. che
    28 Sep 08 12:26 pm

    mantap do shah

  5. admin
    28 Sep 08 12:30 pm

    @fadzlin: kelas M07P tak dengar plak gelaknya, cikgu apa?
    @che: kau juga demikian

  6. uyoo
    byk nye aym percik
    nak gak !!

  7. admin
    28 Sep 08 4:12 pm

    terima kasih kepada surau..hehe
    enchek boleh beli di luar kami terperuk di kolej sahaja

  8. rose
    28 Sep 08 4:18 pm

    gmbr plg klaka..
    yg ade buah oren atas katil
    paling x de motif~

  9. admin
    28 Sep 08 5:08 pm

    apa salahku,ros
    hoho

  10. HAHAHA
    btol2
    bleyh g bzr rmadhan tiap2 hari
    :D

  11. nisa
    28 Sep 08 9:28 pm

    wah…..
    ee dah siap…
    syabas….
    leh raya puas kali ni….

  12. admin
    28 Sep 08 9:52 pm

    tu baru first draf la nisa..hu

  13. nisa
    28 Sep 08 11:15 pm

    aku teringat….
    first draf aku cikgu reject terus…..
    sedih siot….
    nasib baik second draf diterima…..
    alhamdullilah…

  14. Fazdlin
    29 Sep 08 4:44 pm

    cikgu hayatee,, kitorg gelak slow2 eh.. n senyum ja

  15. b738pilot
    30 Sep 08 10:13 am

    haha finally a complete pic of e07a. apa ucop buat tu??

  16. admin
    30 Sep 08 10:34 am

    @nisa: aku punya first draf tatau la apa ceta..sedih

    @fzlin: cikgu hayati TOK ka, dia kan mentor kelas kami..heh

LEAVE A RESPONSE