Kahwin Awal dan Couple
Saya terbaca kisah daripada MatPear tadi mengenai rakannya yang kahwin awal. Dan mungkin kerana itu menyebabkan saya terpanggil untuk meluahkan pendapat dan saranan saya yang sudah lama terbuku di hati. Rakan-rakan karib saya mungkin sudah jemu berbincang dengan saya soal yang sama. Sering sahaja kami duduk bersembang dan lantas terpacul keluar mengenai kahwin awal dan mula la membincangkan kewajarannya dan sebagainya. Seronok juga daripada bersembang mengenai placement untuk kejuruteraan yang masih belum menemui keputusan atau mungkin mengenai EE yang tersadai.
Topik ini sebenarnya terdapat dalam barisan idea saya dan sepatutnya hari ini saya menulis mengenai benda lain. Tapi disebabkan kawan saya, Mat Pear yang bertulisan cantik itu telah tampil dengan isu ini, saya rasa biarlah saya tulis sekarang sementara masih panas untuk diperkatakan.
Wajar atau tidak sebagai seorang pelajar untuk bernikah?
Definisi pelajar bagi saya adalah mereka yang dianggap masih muda - 18 hingga 21 tahun.
Bagi saya memang bagus bernikah. Tak Tipu. Elak maksiat - itulah kata kunci utama nak sangkal orang yang cakap benda ni tak wajar dan terlalu awal. Kalau meneliti semula kes-kes sosial, semuanya akibat seks - berzina, pesta seks, sumbang mahram. Pada hemah saya memang insitusi perkahwinanlah yang menyelamatkan umat kita daripada terperosok ke lembah hina ini.
Teringat pula kata-kata seorang ustaz, kalau tak salah saya dia seorang imam dari sebuah masjid. katanya “Saya rasa kita kahwinkan budak-budak yang nak fly ni agar tidak terjerumus ke arah perkara tidak sihat,”
Begitulah ungkapannya berdasarkan pengalamannya.
Saya pun macam tersenyum dan suka mendengarnya. Betul katanya itu.
Tapi kenapa ada yang membantah? Kahwin awal seolah-olah macam sesuatu yang jelik atau weird .
Daripada mereka membawa ke hulu ke hilir pasangan masing-masing, baik berkahwin saja. Senang. tutup cerita. Kau nak buat apa buat la bukan ada sapa kacau pun. Beratus kali pun tak kisa. (larat kaH?)
Hello, bukan bermakna saya mahu kahwin awal, OK! Cuma kadang-kadang saya terfikir akan kelebihan kahwin awal ini. Tapi kadang-kadang lembah fikiran ini mula menjalar ke arah faktor lain yang boleh menggugat kesucian perkahwinan ini. Berwaspadalah.
Tutup kes nikah. Ni kes couple pula.
Bagaimana pula kepada mereka yang hendak berpasangan tapi keperluan mental dan fizikal terbatas?
Sebagai contoh, jika di KMB ada yang couple dan dengan takdir Allah, mereka terpisah akibat pretasi yang berbeza atau kursus berlainan- seorang ke Canada seorang ke Ireland (medic dan engine bergabung ni). Mereka ni tak kahwin lagi dan bercadang lepas habis belajar la kononnya.
Sebagai seorang remaja mentah yang baru menapak ke alam dewasa, sememangnya ketiadaan pasangan akan menyebabkan kita dirudum masalah emosi. Rindu dan sebagainya. Ada pula yang risau - wei tah2 awek aku dah pi kat orang lain, dah jumpa pakwe lagi hensem
Ah sama rindu kamu.Teringat kamu. saya tidak boleh belajar lah.
Haduh, macam mana pula ni! Ditakdirkan pula prestasi belajar merudum. Haduh kacau!
Duit rakyat juga yang rugi. Kami telah laburkan berjuta ringgit kepada anda untuk belajar tapi, hasilnya. Mengecewakan! Kerana ikutkan nafsu dan emosi anda gadaikan harapan ibu bapa dan rakyat Malaysia.
Harapan mamak kedai roti canai. Harapan penjual komik Doremon. Harapan pakcik jaga kolej anda. Semua ingin melihat lahirnya doktor dan kejuruteraan untuk membantu mereka yang tidak berpeluang.
woo..saya rasa anda ibarat seperti pecah amanah tu! Dosa besar.Duit kami anda buat main-main. Tu la nak couple sangat!
Cuma saya keliru, adakah orang yang berkahwin kemudian terpisah dari segi fizikal bakal mempunyai masalah yang sama?
Bagi saya,mungkin kurang sedikit masalah kerana sudah terjamin ikatannya. Jadi tidaklah rasa cemburu,susah hati. kan kan? Sebagai contoh Ali berkahwin dengan Aminah kemudian terpisah. Jauh benar dari Ireland ke Langkawi (ada universitikah?). Saya rasa Ali akan berasa lebih secured kerana ikatan sudah terjamin. Kalau nak bermesra dalam telefon pun boleh - HALAL. Waktu cuti bisa saja berjumpa. Disertai keimanan yag teguh kepada-Nya, saya pasti suami dan isteri mampu menghenyak segala dorongan nafsu lain yang boleh merosakkan rumah tangga. InsyaAllah.
Begitulah pandangan saya
Kesimpulan kecil:
Kepada mereka (pelajar) yang ingin melangsungkan berpasangan pastikan anda boleh mengawal emosi dan nafsu anda dengan betul kerana jika ditakdirkan berjauhan, anda bakal mengalami masalah kronik. Ingatlah bahawaa anda mengendong bersama harapan rakyat. Bagi penerima biasiswa, berhati-hati kerana anda memegang amanah rakyat. Jangan kerana anda tumpu pada perasaan maka musnahlah harapan rakyat semua.
Mungkin perkahwinan adalah solution kepada masalah sosial. Tapi kena juga tengok faktor-faktor lain.
Ya Allah, selamatkanlah kami semua daripada gejala sosial dan semoga kami sebagai pelajar mampu berjuang di jalan-Mu dengan jayanya. InsyaAllah
Selamat pengantin baru kepada mereka yang nak berkahwin. Berjuanglah demi keluarga dan demi rakyat. Demi KAMI sebagai rakyat Malaysia!
PERKAHWINAN ADALAH SESUATU YANG MULIA. - CUMA SESETENGAH DARI KITA TERSALAH LANGKAH.
P/S: Aku nak kahwin menda, tak nampak bayang pompuan pun!
28 Sep 08 5:15 pm
shah…aku, setuju dengan poin ko ttg kahwin awal tu…
…dan menyokong melakukan sedemikian…
28 Sep 08 5:19 pm
psal dok promote tulisan aku yang memang lg cantik dari tulisan ang..hahhaa…
28 Sep 08 5:22 pm
@chem: ya tapi jangan lupa fktor lain tu
@pear: tulisan kamu CHANTIK
28 Sep 08 6:55 pm
insyaallah…kalau dia mau kat aku…sapa la si dia yang mau kat aku tu..hu3
tima kasih ataas nasihat hg…
tp hang gak cakap..
apa bestya kawin??
hg sendiri yang menafikan kehendak diri hang???
so??
sendiri jwb..
28 Sep 08 7:00 pm
tu buat masa sekarang mon,
heh
banyak kerja perlu diselesaikan
ang dok guna tenet mana ni
28 Sep 08 8:48 pm
Bile bc psl kawin awal tu kn shah, wn trus t’ingt yg shah tulis “Spender pn mak bapak yg beli!”. Haha…so mcm mne nk kawin awal? Kawin bukan setakat nk buat anak taw shah. Dan maksiat bukan setakat hang pi buat bnde x senonoh ngn pasangan hang, malah x ks nafkah zahir(mcm duit) kt isteri pn maksiat gk. Berdosa tu. So klo shah luas kn lg skop psl kawin awal tu,mst lg molek. Sekadar pendapat drp wan yg bukan budak IB. Haha~ Slm aidilfitri!
28 Sep 08 9:51 pm
wan cakap camtu macam budak IB ja leh komen
ya byk faktor kena consider
insyaAllah kalau ada masa lepas ni boleh ulas lagi
28 Sep 08 9:59 pm
aku rasa aku nak kawen la.
28 Sep 08 10:27 pm
x nmpak bayang pompuan pun??
hahaha~~
28 Sep 08 10:35 pm
ang bukan dah ada ka abu
ya la ros, gelak aku plak..cis
28 Sep 08 11:28 pm
ada ka yang kahwin awal dan masih belajar??mana nak dapat duit ya??haha…kalau penaja petronas pun belum tentu mampu..keh3
29 Sep 08 2:18 am
last thing on my mind -> kahwin.
29 Sep 08 3:53 am
xbest la kwn awal sgt
21 dh khwin??
wahah
gile ape
29 Sep 08 5:15 am
@cri: tah ko tanya diorang yg kawin awal tu apa diorang suap anak bini diorang..
@enchek: bagus utk elak maksiat
@khalil: omg
30 Sep 08 9:09 am
owh sgt suka post kamu yg nie.huhhu~
nak linkkan post nie.hehe.
30 Sep 08 10:01 am
mira, moga bermanfaat
05 Oct 08 11:09 am
kui3…
kalo ada jodoh..kawen ler..
kalo xdak nak kawen gena che oi…
05 Oct 08 6:28 pm
owh..part kawen awai ne…alasan yg ang beri mmg sejujurnya kukuh..ye la..maksiat berleluasa..budak skola pon da terer skang..zaman aku dulu inesen je..*rasa tua lak..ahaks*..tp bla pk tggungjawab payah woo..esp pompuan..let say da ada anak..haih..nak blaja lg..hendel laki lagi..anak lagi~~pk la masak2 weyh..
btw.nice entri..nice blog…linking urs to mine..permisi ye~~
05 Oct 08 7:08 pm
@teja: hehe betul tu
@sue: ada pro and cons juga sebenarnya..terima kasih kerana link..nanti sy add link di sidebar
06 Oct 08 8:58 am
kepada neesa, tq komen anda tapi ada masalah teknikal so komen tu ilang.. thanks a lot
18 Oct 08 3:53 pm
nak kawen..haha.
waitin for my other half.
huhuh.tgu jek.
watpe nk kecoh2.
watpe nk ssh2.
blajo jek dulu.
off kapel.
on stadi.
to thos yg kawen awal.
it’s ok if x efek pape plajaran n so on.
as long as it is for gud cause.
pe kesah pndangan org laen.
takdir jodoh sume kt tgn Tuhan.
insyaAllah^^