Terbang
Mungkin sikap saya yang amat fanatik untuk berada di tepi tingkap sewaktu menaiki kapal terbang agak menimbulkan kesangsian dalam kalangan rakan-rakan
Bayangkan saya sanggup berdiri di barisan hadapan semata-mata untuk mendapatkan tempat yang ideal dalam pesawat (selalunya Airasia kerana tempat duduk bebas)
Saya akan berasa down kalau tidak berada di tepi tingkap. Tertekan
Mengapa saya begitu teruja, sedangkan kanak-kanak kecil lain tidaklah terlalu excited sebegitu
1) Saya meminati kapal terbang sama tahap dengan keretapi. Saya amat berminat dan kerana itu saya mencuba nasib di bidang kejuruteraan. Jadi saya amat seronok melihat sistem sayap kapal terbang dengan pelbagai komponen yang bergerak-gerak sewaktu mendarat dan berlepas.
2) Atas minat saya yang mendalam terhadap geografi dan kekerapan saya mengunjungi laman web peta Wikimapia, saya boleh mengetahui di mana kedudukan kapal terbang berada (itupun kalau awan tidak menghalang). Jadi agak seronok sebab boleh tengok bandar-bandar yang saya tahu dari atas udara, berbanding sebelum ini dengan hanya menggunakan peta.
Kisah sewaktu pulang ke Alor Setar pada Khamis 25/9
Seperti biasa kali ini Didi dan saya bergegas berlari kerana inginkan tempat duduk tepi tingkap.
Alhamdulilah kami dapat. Didi berada di hadapanku. Sepatutnya kalau datang dua beradik begini, duduk sebelah menyebelah la kan.
Minat Didi sebenarnya mengalahkan saya.
Maka kapal terbang pun meninggalkan darat dan meranduk awan-awan putih yang tepu dan ada pula yang hanya nipis.
Yang saya dan Didi dapat kesan sewaktu perlepasan
1) R&R Dengkil
2) Putrajaya
3) Bandar Baru Salak Tinggi
4) Simpang Nilai-Putrajaya (ada flyover yang belum siap)
(dan banyak lagi)
Argh saya menyesal sebenarnya kerana kapal terbang itu betul2 membuat pusingan bersebelahan KMB!! Namun KMB hanya boleh dilihat menerusi tingkap kiri pesawat. Saya memilih kanan kerana sebentar lagi pesawat akan berada di sepanjang coastline dan di sebelah kiri pesawat hanya kelihatan laut dan Pulau Pinang. Tidak menarik.
Dan seperti biasa awan ibarat menjadi musuh saya kerana sering menganggu pemandangan. Rasa mcam nak ambil penyapu dan mengusir awan itu sebentar. (Syukur sajalah awan itukan ciptaan Allah untuk melindungi manusia dari cahaya mentari yang terik)
Gambar sajalah
Rasanya seperti satu satah yang rata di bawah sana. Macam padang
Agak menarik, nampak macam siling
Tebing..
Cuba mengambil gambar jurai-jurai cahaya ini. Nampak cantik bagi pandanganku
Kawasan kuala sepetang/kuala gula yang terkenal dengan bakaunya
Antara yang dapat dikesan
1) Tasik bukit merah - bersama landasan keretapi yang merentasinya
2) Stadium Batu Kawan - Pulau Pinang
3) Plaza tol Jawi
4) Bagan Serai - kalau tak silap
Kawasan perindustrian di sekitar plaza tol menuju ke Jambatan Pulau Pinang
Yang dapat dikesan lagi:
1) Airstrip Butterworth
2) Rumah Pokcik (kedudukannya saja tapi rumah tak mampu nak nampak)
3) Pantai saya melepak bersama Pokcik dan rakan-rakan ketika mengunjung rumahnya
4) Pantai Merdeka
5) Pulau Bunting
Dan apabila sudah memasuki pekan Alor Setar, semua boleh nampak kerana awan tidak lagi membatasi.
26 Sep 08 10:29 pm
wah suke dok tepi tingkap tgk kapal terbang
hehehe
nnti ambek aerospace la erk?
26 Sep 08 11:00 pm
tamau aa aerospace mendalam sangat.. mekanikal kot insyaAllah
26 Sep 08 11:14 pm
HAHAHA..ouh..kate minat kapal terbang
27 Sep 08 3:08 pm
kmb tak nampak ke??haha..
27 Sep 08 3:13 pm
@enchek: aeronautical bidang kecik sgt
@cri: kmb sebelah kiri pesawat..aku kanan