Abu atau Ali?

26 Sep

Aku sebenarnya suka melihat perilaku manusia. Tak kiralah melalui pembacaan bahan sastera Melayu, komik Doremon, atau mungkin melalui pengamatan hari-hari yang dilakukanku terhadap masyarakat sekeliling.

Dan kadang-kadang berjalan seorang diri di celah ribuan manusia sekitar KLCC pun, aku sering melihat tindak-tanduk manusia dan kadang-kala membuat interpretasi tersendiri untuk dimuatkan dalam dunia khayalanku – yang ditepui pelbagai ragam yang bakal disalurkan menjadi satu watak dalam mana-mana karya kreatifku kelak

Dalam banyak-banyak watak ini, ada dua orang watak ciptaanku yang aku rasakan bakal menerajui karyaku kelak

Aku kadang-kala sangsi dengan kedua-dua perwatakan watak ini, aku namakan Abu dan Ali (nama common untuk menggambarkan situasi)

 Aku tidaklah arif benar dalam agama dan kerna itu tulisanku jarang berkisarkan soal-soal agama. Jadi di sini saya ingin bertanya mereka yang mungkin mempunyai pengetahuan lebih dari saya untuk memberi komen tentang perwatakan Abu dan Ali ini

Soalan saya: Yang mana yang lebih baik?

 Ali
Dia merupakan seorang yang sangat alim dan terkenal dengan kemantapan ilmu agamanya. Dia rajin bersolat sunat dan memberi tazkirah kepada orang ramai. Sembahyang jemaah memang tidak pernah ditinggalkan dan dia boleh dianggap sebagai ahli surau.

Namun, dia agak pemalas dan sering datang lambat ke kelas, tidak menghadiri program yang dianjurkan sekolah/kolej dan sering melanggar peraturan disiplin kolej/sekolah (pakaian suka hati dia, ponteng sana sini). Ada juga la masalah disiplin dia buat tapi tidaklah berat mana. 

Abu
Abu tidaklah terlalu alim dan dia melaksanakan yang wajib sahaja. Sembahyang, puasa tidak pernah ditinggalkan cuma dia tidak menyertai usrah atau program agama yang diadakan.Kalau yang wajib saja disertainya dan dia tidak hadir untuk program-program tidak wajib. Solat jemaah dia datang juga cuma tidak sekerap Ali.

Namun dia amat menjaga tatatertib dan kelakuannya – datang awal, tidak pernah ponteng, mematuhi peraturan kolej dan sebagainya. Tak ada masalah disiiplin

Yang mana yang lebih menyumbang kepada kemajuan ummah? 

Bincangkan. (macam soalan Malay ja)

This post has 35 comments.

  1. khalil
    26 Sep 08 10:53 pm

    khalil.

  2. bg aku..abu lagi bgs n oke berbanding ali..HOHO

  3. admin
    26 Sep 08 11:09 pm

    @kalil: sorry u r not in
    @enchek: tq pendapat anda

  4. wan_panda
    26 Sep 08 11:11 pm

    Shah,yg watak ali n abu ni watak rekaan ke? Ade bbrp bnde yg x realistik.

  5. yelaa..ali mmg bgs dr segi amal ibadat tp prngai dier sbgs amaln dier tu

  6. admin
    26 Sep 08 11:19 pm

    @wan: apa yang x realistik. aku besa jumpa org sebegini kadang2..

    @enchek: ya..saya rasa abu itu lagi ok

    sebenarnya kena seimbang dua-dua baru ok

  7. salam shah…

    pada pendapat aku, abu. sebab, ummah ni, takkan maju kalau hanya ada orang yang alim tapi tak produktif…

    orang yang macam abu tu boleh di’tarbiyyah’ (dididik), then, konfem dapat memberikan sumbangan besar kepada ummah…

    ~setakat pendapat~

  8. rijal278
    26 Sep 08 11:40 pm

    hmmm ali menarik skit.. tp aku stil tk suke sgt org yg suke ponteng2 nih. especially kalo bile ponteng menyusahkan sahabt2 yg lain

  9. adam
    27 Sep 08 12:27 am

    saya sokong abu.

  10. admin
    27 Sep 08 12:52 am

    thanks chem, hafiz dan adam atas pandangan anda
    saja kadang-kadang aku terpikiaq

    tapi aku rasa abu ok kot
    sebab ali tu buat perception buruk terhadap agama dan bangsa kita

  11. aisyarazak
    27 Sep 08 1:09 am

    ali.
    boleh dididik.

    abu
    boleh dididik jue.

    kesimpulannye:
    kwn2 memainkan peranan penting bagi memastikan ali dan abu boleh menyumbang kpd kekuatan dan kemajuan ummah.

    so both of them r eligible if their friends r willing to lend their hands.

    ahahahah..make sense ke?

  12. majn
    27 Sep 08 1:31 am

    waduh susah nie shahkang.
    world lit lagi senang…

  13. khalil
    27 Sep 08 2:17 am

    khalil la.

  14. admin
    27 Sep 08 7:30 am

    aisya, ko dah wat satu kesimpulan baru..betul gak tu
    soalan world lit payah lagi majin, sebab kena pikir tajuknya

    khalil, seriously it’s nothing to do with u

  15. dannikanutkidop
    27 Sep 08 12:03 pm

    aku nak stuju ngan wan_panda..cam x realistik sgt la shah..tp pilihan aku abu la..

  16. admin
    27 Sep 08 12:54 pm

    dan, apa yang x realistik sebab aku mmg jumpa org mcm ni.. apo nak dikato..heh

  17. alzyemah
    27 Sep 08 1:51 pm

    saya sangat suke bab ni….sbb akan menguja saya untuk lebih muslim+islam…

    menurut apa yg saya pernah baca kat saifulislam
    ali: ialah islam tanpa muslim
    abu: ialah muslim tanpa islam

    saya tidak pandai mengarang lebih mengenai bab ini tapi saya anjurkan para pembace untuk pegi ke tempat ini—>
    http://saifulislam.com/?p=1216

    kesimpulannya….dua-dua bukan pemuda yang mampu mendokong agama…

    pada org yang seperti Ali ,(saya kot) kita perlu jadi hebat sebab tarbiyah bukan nak suro kita jadi hebat berhujah dlm agama je, tp hebat dalam ilmu dunia jugak…biar jadi ghulam (rujuk hadis ghulam) dimana die master dua2 ilmu: ilmu rahib dan ilmu sihir…..

    kita kene rivise balik buku fath fakan..apa erti saya memeluk islam dari segi akidah…

    moga bermanfaat (sory shahkang…terase panjang pulak kasi comment ni)

  18. admin
    27 Sep 08 2:05 pm

    komen yang panjang, insyaAllah manfaat dan ganjaran lebih banyak

    ya memang sebenarnya kedua-dua tidak membawa kemajuan pun
    tapi setakat sekarang, saya masih belum ketemu mereka yang seimbang dunia dan akhirat

    seperti mana Junjungan Mulia Rasulullah SAW

  19. taram
    27 Sep 08 2:09 pm

    tiada manusia yang perfek…sumanya ada kelemahan…dijadikan semua benda tu berpasang-pasang….ali pasangan dia abu(dari segi perangai)…..mgkin benar wujud manusia2 seperti ali dan abu tp kita xboleh nk jdikan smua org tu macam abu atau semua mcm ali….dunia ni akan jd x seimbang…mgkin pendapat sy berbeza dengan tuan admin

  20. admin
    27 Sep 08 2:39 pm

    ya taram, memang betul tak ada orang yang perfect

    apa-apa pun kita sedarlah kelemahan masing-masing dan berubah demi kemajuan agama dan bangsa kita sendri

    thanks semua yg memberi pendapat

  21. crixerity
    27 Sep 08 2:58 pm

    sokong abu untuk jadi mpp!!haha…abu lagi ok…serius

  22. khalil
    27 Sep 08 6:13 pm

    tapi abu dan ali berkawan baik dalam cerita KAMI. hmm.

    adii cun ar.

  23. abu
    27 Sep 08 9:59 pm

    terima kasih kerana menyokong saya…

  24. admin
    27 Sep 08 10:05 pm

    @khalil: ceta apa tu
    @abu: aku agak dah ang akan kata gitu..haha

  25. abu
    27 Sep 08 11:06 pm

    hai saya abu. pada pendapat saya, saya lebih baik dari ali.

  26. taram
    27 Sep 08 11:44 pm

    mgkin tugas kita laa nk menyedarkan kawan2 kita…kpd ali ajaklah abu join usrah dan kpd abu pula ajaklah ali g prog2 kolej…

  27. azan
    28 Sep 08 1:20 am

    antara ali dan abu,
    yang mane lagi ensem?
    =)

  28. admin
    28 Sep 08 3:19 am

    @azan: bpk lagi ensem
    @abu: azmirul menyamar
    @taram: marilah kita saling mengingati

  29. w@w@
    28 Sep 08 2:22 pm

    nape comment aku smlm tak appear? huk3.. sedey2..

    aku rase btul la kte ko shah.. ali akan menimbulkan fitnah terhadap agama.. dia perlu ditegur dan disedarkan.. yang abu tu pulak, die perlu diupgrade dr segi agamanya.. ehm..

    selamat hari raye

    p/s: bisa ku jumpa org2 seperti ali n abu nih.. tp dimana ya? ahahahahahha

  30. admin
    28 Sep 08 4:05 pm

    ali dan abu bisa muncul di mana2 sahaja, wawa

    selamat hari raya..
    mana tiket feri?

  31. wafi
    28 Sep 08 9:28 pm

    aku jumpa ali kt kmb, serius

  32. admin
    28 Sep 08 9:50 pm

    @wafi: tah aku x perasan plak..aku tgk secara umum la bukan kmb ja

  33. m.u.s.e
    29 Sep 08 3:28 pm

    aku suka ali lagi kot.
    sebab ali dia tu jaga solat berjemaah
    fadhilat solat berjemaah kan banyak..
    lama2 mesti r akan mendidik jiwanya..
    Insyaallah ali akan lebih berdisiplin..
    lagipon, untuk lmbt n ponteng, biaser r..
    asam garam muda mudi..

    I vote for Ali

  34. m.u.s.e
    29 Sep 08 7:57 pm

    aku vote ali..
    sebabnya dia solat berjemaah..di rumah Allah lg.. spt yg kita ketahui, byk fadhilat solat berjemaah..so, lama2..Insyaallah Ali akan lebih berdisiplin..

    n i dun have any problem with his behavior yg selalu terlambat or ponteng klas..biaser r..adat muda mudi

  35. admin
    30 Sep 08 8:43 am

    @muse: heh insyaAllah dia akan berubah

LEAVE A RESPONSE