Saya cuba ingin mengelakkan satu frasa akan terucap nanti:

“Kenapa lah aku tak manfaatkan cuti aku?!”

Kata-kata normal seorang pelajar atau pekerja tatkala cuti sudah berada di penghujung. Jadi aku ingin cuba mengelakkan berlakunya penyesalan yang sama

Saya sudah pun tiba di Kangar, Perlis. Sebenarnya saya agak khuatir mengapa kebanyakkan pelajar KMB termasuklah kawan rapat saya tidak pernah meneka negeri tempat tinggal saya dengan betul. Ada yang kata Kedah, Penang. Paling teruk ada yang kata Kelantan..hehe..
Jadi ku coretkan sedikit rancangan cutiku – kononnya

Menghabiskan IA Econ sebanyak yang mungkin
Aku sudah siap dua tapi masih banyak perlu diubah dan sebagaina. Kesemuanya adalah empat komentar

Beraya di rumah kawan-kawan di Kedah dan Perlis
Akan diselesaikan dalam raya ketiga dan keempat – sangat banyak rumah sebenarnya untuk dilawat dan harap-harap dapat habiskan dengan jayanya

Membaca novel dan beberapa buah buku lain
Agak banyak novel saya cadang untuk baca semasa cuti ini – Sangeetha, Bila Cinta Bertasbih, Badai Semalam. Untuk English pula saya bercadang membaca buku motivasi perniagaan oleh Richard Branson.

Menghabiskan cerpen dan puisi
Tengoklah jika telaga idea masih berair..

Mencari maklumat mengenai TOK
Kejahilan saya dalam subjek TOK agak meresahkan kerana pengarangan esei akan dilakukan sekitar Oktober 2008. Jadi terpaksalah banyak membuat pencarian untuk mengelakkan kebuntuan masa hadapan.

Setakat ini saja. Tiba-tiba saya rasa mood menulis saya hilang.
Saya ada membaca kisah mengenai Cinta oleh Matpear dan saya sebenarnya ingin menulis perkara yang sama tapi mungkin berbeza pendapat dan sebagainya.

InsyaAllah nanti akan tertulis juga. tiba-tiba terdapat satu barisan idea yang panjang menanti untuk ditulis.
Dan di kala itu kemalasan menjenguk
Aduh.

This post has 5 comments.

  1. rose
    25 Sep 08 2:27 pm

    hurm..badai semalam..
    novel yg ak prnh bace ketika form 1 dulu..
    novel tu still ade kat rak buku di rumah yg dbiarkn kuning bgitu saje…

  2. admin
    25 Sep 08 4:14 pm

    buku ni kitaorang akan belajar untuk IB final exam..hu

  3. wafi
    25 Sep 08 5:39 pm

    gud luck shah!

    P/S: aku nk internet jgk!

  4. admin
    26 Sep 08 2:51 pm

    saya akan cuba , adlan
    lupakan internet kamu

  5. wafi
    26 Sep 08 9:42 pm

    aku takkan lupakan internet…argh….;)

LEAVE A RESPONSE