Hari tersebut hari pertama berpuasa, penat. Biasalah hari pertama memang akan berasa keletihan yang lebih berbanding hari yang lain. Jadi aku dan ayahku berada di sebuah pasaraya besar di Kajang. Setelah kami singgah sebentar di mesin atm di dalam pasaraya itu, ayahku menolak troli perlahan-lahan menuju kereta.

“Sat, jat nak beli paper”

aku mempercepatkan langkah mengunjungi gerai buku berdekatan untuk membeli senaskhah surat khabar buat tatapan seharian bercuti ini. Sekejap lagi dah nak pulang semula ke kolej, paling tidak kena ada satu bahan bacaan yang terkini. Kalau tidak saya hanya ada surat khabar jumaat lepas yang semestinya tidak menarik untup diteliti lagi.

Malangnya surat khabar sudah habis dijual. Mungkin kerana sudah pukul 2 petang dan hari ini cuti - orang bosan berada di rumah maka membeli makalah atau surat khabar untuk dibaca.

Maka dengan kecewa berjalan

Aku melalui sebuah kedai CD, eh ada cd murah yang mungkin tidak laku@mendapat tempat di hati pelanggan

Aku meneliti.. Ah, sesuatu yang aku cari selama hampir sedekad ini

CD DASH YONKURO!!

Tanpa membuang masa aku terus ambil, RM 5 sahaja.. Tapi yang malang cuma ada satu sahaja. Tak kisah janji aku dapat !
Hatiku terus berbunga kegirangan! Tak tipu

dscn9615.JPG

Aku memang sangat mencari cd ni sebab nak tgk kat internet pun tak ada dalam bahasa Inggeris atau BM. Last sekali beli cd ni berharga RM 12.90 kira-kira lima tahun lalu. Gembira yang amat sebab aku minat bangat cerita kartun ni masa kecil

dan aku tahu  ramai yang mempunyai minat yang sama, tapi kecewa CD dan fail di internet kurang banyak.

Kadang-kadang teringat kenangan main kereta mini ni masa kecil bersama rakan-rakan setaman. Sob

Apa-apa pun, aku beli CD Vol 8. Kisah Yonkuro yang menentang Kidoinjin di atas puncak gunung di mana Emperor musnah akibat disambar kilat.

Aku berharap sesiapa tahu di mana ada jual CD ni lagi boleh hubungi saya dengan segera. Saya berkira-kira untuk telefon pengedar CD ini untuk bertanya jika dia masih ada simpanan untuk dijual

This post has 4 comments.

  1. omar
    06 Sep 08 1:27 am

    aku dgn saya ni diselang seli plak..watak berbeza ka apa..anyhow..bila baca blog ini..gaya penulisan ni mcm Faisal Tehrani pon ada….

  2. admin
    06 Sep 08 12:05 pm

    heh kadang2 tersilap daa
    hu.. FT tu penulis mapan dah
    jgn samakan dgn saya yg baru

  3. dekjayangbaek
    08 Sep 08 12:01 am

    wah….dash yonkuro…gilak besh…kwn aku dok try carik keta dash….ada lagik ka ha?? hbs kedai toycity dia slongkaq tp hampa…huuu~

  4. admin
    08 Sep 08 10:47 am

    tak pasti kena pi kedai tamiya.. hu

LEAVE A RESPONSE