Salam Ramadhan
Berlaksa-laksa mesej memampati inbox telefon bimbitku dan tetingkap bual Yahoo Mesengger, semuanya mengenai kedatangan bulan Ramadhan yang sememangnya dinantikan. Saya ada menghantar mesej ke beberapa orang rakan rapat. Saya tak menggunakan YM kerana saya tau bukan orang nak baca sangat pun, setiap orang dpt msg yang bunyinya hampir serupa.Jadi lebih baik menukil di sini sahaja. Lebih luas dan bebas patah perkataannnya.
Semua mesej yang saya terima membawa maksud yang serupa - mari tingkatkan amalan dan menghayati bulan yang mulia ini. Ya saya amat bersetuju. Semoga ramadhan kali ini menjadi satu titik permulaan bagi kita mengorak langkah bertenaga dalam menjalani ibadah kepada Allah. Ops, bukan sahaja di bulan ini! Hendaklah diteruskan sentiasa (tapi jangan sampai solat tarawikh bulan lain sudah). Ramadhan tahun depan kita perbaiki lagi.
Tapi saya ada sedikit nak tambah lah
Saya tanamkan dalam diri saya- sempena bulan Ramadhan dan kemerdekaan ini saya ingin mengubah diri saya terutama dari segi sikap malas yang sememangnya menggambarkan ketidaktamadunan bangsa dan agama kita.
Saya menyeru agar rakan-rakan, marilah sama-sama keluar dari kepompong kejumudan ini.
Takkanlah kita hanya melakukan ibadah semata-mata tapi kita lupa sikap dan tingkah laku kita mencerminkan orang Melayu dan umah Islam seluruhnya?
Cuba ambil contoh, jika kita datang lambat,sering ponteng kelas, hantar assignment lambat -
meniru kerja-kerja rakan, tak tutup pintu semasa aircond buka, tidak hormati guru dengan sengaja ponteng program@bodoh sombong, malas berusaha, tak hormati peraturan,. Pendek kata tiada disiplin
adakah ini kita namakan sebagai menghayati Ramadhan? juga menganuti semangat kemerdekaan?
bagi saya, tidak. Tidak seimbang jika begitu
Kemalasan hendaklah dinyahkan dari jiwa setiap insan agar kemajuan ummah dapat dipacu - Gambar Hiasan (terpaksa guna musang untuk elakkan org terasa.hehe)
Fikirlah, saya pun kena fikir benda ini sebab saya tergolong juga dalam golongan ini. Tapi saya sedang cuba meloloskan diri dari gejala ini. Sama-sama menghayati Ramadhan ini dari semua aspek - ibadah, akidah dan akhlak. insyaAllah kita akan seimbang.
03 Sep 08 6:29 pm
huhu saya pun tergolong dalam golongan ni wahai shah.