Saya ada satu kisah yang.. nak kata lawak pun ya, nak kata pelik pun boleh kata juga. Tapi apabila saya menceritakan kepada seorang rakan, dia memang ketawa berdekah-dekah lah. Jadi di sini saya menceritakan sebuah kisah untuk pedoman semua - walaupun agak mcm lawak yang jelik sikit buat sesetengah

Seperti biasa saya menghadiri pawagam berseorangan dan menonton cerita Melayu. Memang kesukaan saya menonton cerita sebegini di samping filem English yang kelakar atau bercorak kartun. Jadi setelah membeli tiket, saya mengheret beberapa bungkusan plastik mengandungi barangan yang dibeli di pasaraya berhampiran.

Saya selalu memilih kerusi di hujung sekali, sebab mudah nak keluar tapi cuma agar renyah apabila orang hendak masuk. Jadi saya pun duduk dan menanti wayang gambar bermula.

Tiba-tiba ada seorang kanak-kanak berumur lingkungan 7 tahun duduk sebelah saya, dan kakaknya di kerusi yang satu lagi. Agak pelik kerana seorang yang masih kecil ingin menonton cerita cinta sebegini.. hmm hmm.. okey tak apa biarkan.Mungkin mengikut kakaknya.

 Semuanya berjalan lancar - hinggalah tiba di satu babak

Babak lebih kurang beginilah - lelaki A bertanyakan kepada perempuan B yang baru sahaja berkahwin dengan suaminya.

“Awak dah pernah buat ke dengan suami awak?”

dan pada ketika itu penonton hanya mampu tersenyum, saya juga begitu. dan tiba-tiba kanak-kanak di sebelah saya bertanyakan kakaknya:

“kak kak.. buat apa tu kak?” - seolah-olah meronta meminta penjelasan kakaknya. Dan saya agak terkejut soalan itu yang agak kuat dan kakaknya seolah-olah ‘kucar-kacir’ kerana diajukan soalan begitu.

Saya hanya mampu menahan ketawa di dalam hati.

Walaupun agak pelik bunyinya jadi saya ingin beri sedikit pengajaran mengenai apa yang terjadi itu:

1) Jangan bawa kanak-kanak menonton filem berunsur cinta - walaupun adegan itu bukanlah berbaur lucah melampau tapi ketidakfahaman kanak-kanak kadang-kadang mengundang malu kepada penjaga yang membawanya.

2) Kalau saya jadi pengusaha filem pun, saya tak tahu apa ayat yang lebih sopan berbanding ayat atas tu. Haih..Entahlah! Mungkin babak macam ini boleh olah lagi?

Maaf kerana agak kurang sopan, tapi saya hanya mahu menyampaikan pesan kepada penjaga kanak-kanak dan mungkin mereka yang mengusahakan filem.

This post has no comment.

LEAVE A RESPONSE