Saya terbaca kisah daripada MatPear tadi mengenai rakannya yang kahwin awal. Dan mungkin kerana itu menyebabkan saya terpanggil untuk meluahkan pendapat dan saranan saya yang sudah lama terbuku di hati. Rakan-rakan karib saya mungkin sudah jemu berbincang dengan saya soal yang sama. Sering sahaja kami duduk bersembang dan lantas terpacul keluar mengenai kahwin awal dan mula la membincangkan kewajarannya dan sebagainya. Seronok juga daripada bersembang mengenai placement untuk kejuruteraan yang masih belum menemui keputusan atau mungkin mengenai EE yang tersadai.
Topik ini sebenarnya terdapat dalam barisan idea saya dan sepatutnya hari ini saya menulis mengenai benda lain. Tapi disebabkan kawan saya, Mat Pear yang bertulisan cantik itu telah tampil dengan isu ini, saya rasa biarlah saya tulis sekarang sementara masih panas untuk diperkatakan.
Wajar atau tidak sebagai seorang pelajar untuk bernikah?
Definisi pelajar bagi saya adalah mereka yang dianggap masih muda - 18 hingga 21 tahun.
Bagi saya memang bagus bernikah. Tak Tipu. Elak maksiat - itulah kata kunci utama nak sangkal orang yang cakap benda ni tak wajar dan terlalu awal. Kalau meneliti semula kes-kes sosial, semuanya akibat seks - berzina, pesta seks, sumbang mahram. Pada hemah saya memang insitusi perkahwinanlah yang menyelamatkan umat kita daripada terperosok ke lembah hina ini.
Teringat pula kata-kata seorang ustaz, kalau tak salah saya dia seorang imam dari sebuah masjid. katanya “Saya rasa kita kahwinkan budak-budak yang nak fly ni agar tidak terjerumus ke arah perkara tidak sihat,”
Begitulah ungkapannya berdasarkan pengalamannya.
Saya pun macam tersenyum dan suka mendengarnya. Betul katanya itu.
Tapi kenapa ada yang membantah? Kahwin awal seolah-olah macam sesuatu yang jelik atau weird .
Daripada mereka membawa ke hulu ke hilir pasangan masing-masing, baik berkahwin saja. Senang. tutup cerita. Kau nak buat apa buat la bukan ada sapa kacau pun. Beratus kali pun tak kisa. (larat kaH?)
Hello, bukan bermakna saya mahu kahwin awal, OK! Cuma kadang-kadang saya terfikir akan kelebihan kahwin awal ini. Tapi kadang-kadang lembah fikiran ini mula menjalar ke arah faktor lain yang boleh menggugat kesucian perkahwinan ini. Berwaspadalah.
Tutup kes nikah. Ni kes couple pula.
Bagaimana pula kepada mereka yang hendak berpasangan tapi keperluan mental dan fizikal terbatas?
Sebagai contoh, jika di KMB ada yang couple dan dengan takdir Allah, mereka terpisah akibat pretasi yang berbeza atau kursus berlainan- seorang ke Canada seorang ke Ireland (medic dan engine bergabung ni). Mereka ni tak kahwin lagi dan bercadang lepas habis belajar la kononnya.
Sebagai seorang remaja mentah yang baru menapak ke alam dewasa, sememangnya ketiadaan pasangan akan menyebabkan kita dirudum masalah emosi. Rindu dan sebagainya. Ada pula yang risau - wei tah2 awek aku dah pi kat orang lain, dah jumpa pakwe lagi hensem
Ah sama rindu kamu.Teringat kamu. saya tidak boleh belajar lah.
Haduh, macam mana pula ni! Ditakdirkan pula prestasi belajar merudum. Haduh kacau!
Duit rakyat juga yang rugi. Kami telah laburkan berjuta ringgit kepada anda untuk belajar tapi, hasilnya. Mengecewakan! Kerana ikutkan nafsu dan emosi anda gadaikan harapan ibu bapa dan rakyat Malaysia.
Harapan mamak kedai roti canai. Harapan penjual komik Doremon. Harapan pakcik jaga kolej anda. Semua ingin melihat lahirnya doktor dan kejuruteraan untuk membantu mereka yang tidak berpeluang.
woo..saya rasa anda ibarat seperti pecah amanah tu! Dosa besar.Duit kami anda buat main-main. Tu la nak couple sangat!
Cuma saya keliru, adakah orang yang berkahwin kemudian terpisah dari segi fizikal bakal mempunyai masalah yang sama?
Bagi saya,mungkin kurang sedikit masalah kerana sudah terjamin ikatannya. Jadi tidaklah rasa cemburu,susah hati. kan kan? Sebagai contoh Ali berkahwin dengan Aminah kemudian terpisah. Jauh benar dari Ireland ke Langkawi (ada universitikah?). Saya rasa Ali akan berasa lebih secured kerana ikatan sudah terjamin. Kalau nak bermesra dalam telefon pun boleh - HALAL. Waktu cuti bisa saja berjumpa. Disertai keimanan yag teguh kepada-Nya, saya pasti suami dan isteri mampu menghenyak segala dorongan nafsu lain yang boleh merosakkan rumah tangga. InsyaAllah.
Begitulah pandangan saya
Kesimpulan kecil:
Kepada mereka (pelajar) yang ingin melangsungkan berpasangan pastikan anda boleh mengawal emosi dan nafsu anda dengan betul kerana jika ditakdirkan berjauhan, anda bakal mengalami masalah kronik. Ingatlah bahawaa anda mengendong bersama harapan rakyat. Bagi penerima biasiswa, berhati-hati kerana anda memegang amanah rakyat. Jangan kerana anda tumpu pada perasaan maka musnahlah harapan rakyat semua.
Mungkin perkahwinan adalah solution kepada masalah sosial. Tapi kena juga tengok faktor-faktor lain.
Ya Allah, selamatkanlah kami semua daripada gejala sosial dan semoga kami sebagai pelajar mampu berjuang di jalan-Mu dengan jayanya. InsyaAllah
Selamat pengantin baru kepada mereka yang nak berkahwin. Berjuanglah demi keluarga dan demi rakyat. Demi KAMI sebagai rakyat Malaysia!
PERKAHWINAN ADALAH SESUATU YANG MULIA. - CUMA SESETENGAH DARI KITA TERSALAH LANGKAH.
P/S: Aku nak kahwin menda, tak nampak bayang pompuan pun!