Seruan Dari Hati Ini
Sempena hari kemerdekaan, saya amat pasti ramai penulis blog akan membawa tema yang sama - adakah kemerdekaan benar-benar meresap ke dalam jiwa remaja? Satu persoalan yang klise. Di mana-mana sahaja benda yang serupa. Sampaikan sketsa di kolej pun ada yang membawa tema keruntuhan akhlak remaja berbanding zaman dahulu.
Saya pun tidak dapat keluar dari kotak pemikiran ini, pemikiran mengenai penghayatan merdeka. Membandingkan dahulu dan sekarang. Walaupun saya rasa post ini mungkin agak biasa tapi saya cuba mampatkan isu kelainan - mungkin khas kepada rakan-rakan kolej.
Saya mendengar laungan merdeka di kolej, kuat sekali ketika sambutan yang lepas. Tapi adakah laungan ini mempunyai reliability yang tersendiri?
Hala tuju masa hadapan kita:
Sebagai seorang anak merdeka, saya rasa tidak patut dipersoalkan ke mana kita pergi selepas tamat IB. Mungkin kekecewaan terpalit ketika melihat nama tidak tersenarai untuk negara yang diingin atau ketika memohon tapi gagal. Tapi adakah itu penamat semangat anda untuk menjadi doktor atau jurutera dan berkhidmat untuk negara? Bagi saya semangat itu lebih penting dan biarlah kita dilemparkan ke universiti yang kita fikir tidak bagus, kita perlu yakin bahawa dengan keazaman yg membara, kitamampu menjadi yang lebih baik.
Seperti mana kita berperang, tapi hanya memegang keris kontot sedangkan pihak musuh berbanggsa dengan senjata meriam berpeluru besi. Saya pasti sesuatu yang ajaib bakal berlaku jika baraan semangat itu dinyalakan dengan semboyan-semboyan yuda yang lantang.
Masalah kita adalah tidak sanggup berjuang dan hanya mementingkan keseronokan. Nak ke luar negara sebab boleh main salji dan melancong? Kadang-kala tergelak mendengar harapan itu. Sifat keanak-anakan yang nyata. Bukannya tak boleh tapi itu hanyalah sampingan.
Kita patut bersyukur diberikan peluang melanjutkan pelajaran (luar atau dalam), kerana melihat kepada bangsa negara lain, adakah mereka mempunyai peluang yang sama?
Mereka tidak mempunyai peluang seperti kita
Tapi kita mengeluh. Saya pun mengeluh.

Semangat belajar harus dipupuk dan kita harus meloloskan diri untuk keluar dari tempurung kemalasan ini. - Gambar Hiasan (wah ada Ustaz Sulor!)
Saya tidak mengutuk sesiapa, saya mengutuk diri saya sendiri sebenarnya.
Sebenarnya sangat banyak saya nak mengomel di sini, tapi rasanya cukup setakat itu sahaja. Saya takut ada yang terasa walaupun saya melemparkan protes atas diri sendiri. Tadi saya dah taip agak panjang dan bunyi yang agak keras, jadi saya hadkan sedikit.
Sudah 3 pos untuk hari ini! Saya akan pos mengenai ramadhan pada esok hari. InsyaAllah
01 Sep 08 2:57 am
salam.
saya macam nak memberi komen tentang kehambaran sambutan kemerdekaan pada tahun ini. mungkin selepas 51 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, masing-masing sudah berpuas hati dengan pencapaian Malaysia?
Sepanjang perjalanan dari Melaka ke Klang petang tadi, hanya 3 daripada 20 buah kenderaan saja yang memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing. Mungkin mereka rasakan bahawa setelah berakhirnya perbarisan Hari Kebangsaan dan tidak perlu lagi memasangnya di kereta? Ke mana hilangnya semagat ‘Keranamu Malaysia’ yang kita pegang untuk beberapa tahun sebelum ini?
01 Sep 08 9:57 am
ya betul tu
sepatutnya bendera dipasang sepanjang tahun je