Latihan Intensif
Lagi dua hari IELTS bakal menjelma! Jadi dua tiga hari ni asyik bergelumang dengan BI sahaja. Namun saya tetap menulis dalam BM dan kurang menulis dalam BI kerana saya tak tahu nak berlatih apa, soalan tidak boleh dijangkakan. Hanya boleh melihat contoh-contoh esei yang diberikan guru.
Jadi untuk ujian pendengaran, saya telah mainkan fail latihan pendengaran IELTS di corong laptop (adakah laptop mempunyai corong?)

Sengaja menggunakan speaker, ingin mencuba pendengaran semasa interferens bunyi berlaku.

Latihan gema, meletakkan speaker di merata-rata tempat (agak menyusahkan sebenarnya)
Apa yang menyedihkan adalah, saya mendengar sambil bergolek di atas katil dan akibatnya tertidur lantas meninggalkan si pencakap dalam fail mp3 itu berbual dengan loker dan mungkin bekas mentega kacang.
Semua diakibatkan nasi lemak yang dimakan pada jam 10.30 malam - penjana proses pertaupan mataku
Moral: tidak sesuai makan nasi lemak pada waktu malam, apatah lagi sebelum tidur
Apa-apa pun, telinga harus dibersihkan dan fokus wajib diletakkan pada tahap terbaik.
(nampak saja seperti gempak, tapi hasilnya meragukan!)
29 Aug 08 8:28 am
haha…klaka ar shah…
nasi lemak mane yang kau makan nh..??
bile nak jual nasi lemak udang ko cam tahun lps??
nway..nak blog ali…ade cerita best aku dgr..
29 Aug 08 11:13 am
blog ali, tak ingat la dia punya alamat
tanya dia tgk
hm nasi lemak suruh year 1 la plak juai..haha
aku beli nasi lemak koop la apa lg
30 Aug 08 1:24 am
All the best Shahkang Aizat. You can do it.
31 Aug 08 4:15 pm
thanks azmi, everthing is over