Post kali ini sengaja aku garap seperti berita sukan, lama benar tidak mencuba tulis begini… hehe.. kadang-kadang terfikir hendak mencuba menjadi pemberita sukan

Oleh: Shuaib, Norshah Aizat

KMB, Isnin - Shahkang bertekad berjuang habis-habisan apabila dia bertemu dengan ujian IELTS yang dijadualkan berlangsung pada sabtu ini.

Dia yang juga pelajar tahun dua IB Kejuruteraan di kolej ini berazam untuk menebus kehampaannya 2 tahun lalu setelah gagal menumpaskan ujian English GCE-0 ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006. Dia hanya sekadar mencatat keputusan 4B yang disifatkannya sebagai satu yang gagal walaupun dia memperolehi A1 untuk peringkat SPM.

“Keputusan 4B pada tahun 2006 adalah satu kegagalan nyata saya dalam Bahasa Inggeris dan merupakan kekalahan terburuk saya sepanjang 2006,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia yang berbaju kemeja hitam berkolar ketika ditemui berkata, markah IELTS kali ini merupakan sesuatu yang mustahak dalam menentukan tempatnya di universiti di luar negara kelak, terutamanya jika berhasrat ke United Kingdom.

“Sedikit kesilapan boleh menyebabkan saya gagal untuk mara ke universiti dikehendaki dan mungkin menyebabkan perlawanan ulangan yang mengundang kos yang sangat tinggi,”

Dia turut menyifatkan ujian kali ini sebagai perjuangan hidup dan mati setelah ura-ura mengatakan mata selamat adalah sekitar 7.0, yang dianggapnya sebagai agak tinggi dan sukar digapai.

” Saya tidak akan menghampakan ibu bapa dan raka-rakan saya. Saya akan pastikan strategi kali ini betul-betul mantap bagi mengekang asakan ujian IELTS yang tidak menentu,” katanya lagi

Selasa lepas, dia dan rakan-rakan lain telah menduduki ujian perbualan yang membawa 25% untuk mata keseluruhan. Dia kemudiannya enggan mengulas lanjut ujian perbualan yang telah berlangsung.

“Biarlah yang lalu itu berlalu. Saya tidak katakan ujian perbualan itu sesuatu yang gagal atau cemerlang. Namun dalam ujian apa-apa sahaja boleh berlaku. Saya perlu fokus perlawanan sabtu ini dalam usaha merangkul mata 7.0 dan ke atas,”

“Apa yang penting sekarang adalah fokus dan strategi yang betul dalam permainan, bukannya meratapi kegagalan lalu. Sedikit kesilapan awal sabtu ini boleh menjejaskan mood dan rentak permainan dan saya sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan yang mungkin,” sambungnya

Perlawanan sabtu ini akan berlangsung jam 8.00 pagi di Dewan Besar KMB - sumber dari E07A


This post has 3 comments.

  1. rose
    27 Aug 08 11:40 pm

    gud luck..smoga cmerlang dgn jayanya utk test tu….

  2. saye
    28 Aug 08 12:38 pm

    menarik2… post yang menarik..
    ooo.. hang nak pi UK ka.. gudluck2..
    all the best~ (^_^)

  3. admin
    28 Aug 08 12:51 pm

    @rose: insyaAllah.. thanks bagi semangat

    @saye: insyaAllah kalau boleh pilih sana. tapi apa2 pun kena cuba.. thanks

LEAVE A RESPONSE