Ya pagi tadi aku telah mencabut gigiku!! Tahniah diucapkan. Namun darah yang mengalir masih lagi belum dapat dibendung.
Asalkan aku boleh gigit, sudah.
Jadi disebabkan hari Selasa ni akan ramai orang datang ke KMB, jadi aku pun nak tulis mengenai lokasi KMB ni.. sebab masa aku pendaftaran dulu pun, ada gak yang sukar untuk mencari.Guru yang datang lawatan baru-baru ni pun cakap kalau pihak KMB tak beritahu lokasi, mungkin akan sesat
Jadi ini merupakan lokasi secara umum dan perlu diambil perhatian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini (contohnya tersilap sampai Morib ataupun tersadai di sekitar kedai cendol Banting)
1. KMB terletak di Bukit Changgang, Selangor
2. KMB tidak terletak di pekan Banting, jaraknya adalah 18km dari Banting
3. Jarak KMB ke pekan Dengkil adalah 5 km, dari KLIA lebih kurang 14km
4. KMB berdekatan dengan Kampung Labohan Dagang
5. Dikelilingi kelapa sawit
6. KMB tidak berada di tepi jalan besar (jalan Dengkil - Banting), kena masuk jalan Labohan Dagang
Ni ada sedikit tips mengikut pengalaman
Jika dari Putrajaya - menuju ke Cyberjaya/KLIA dari Putarajaya.. tak pasti apa nama lebuhraya ni, tapi tak ada tol kalau dari Putrajaya
Anda boleh menggunakan dua jalan iaitu:
a) Melalui pekan Dengkil - jalan ni merupakan jalan lama dan boleh dikatakan agak dekajt. Anda hanya perlu menggunakan jalan ke Banting dari Dengkil dan selepas lampu isyarat di Bukit Changgang, terdapat simpang ke kiri, ada signboard KMB kalau tak salah
b) Menggunakan lebuhraya tanpa tol - kalau tak masuk Dengkil , boleh terus hingga ke KLIA mel..alui jalan ni. Akan ada simpang tiga (kiri ke Nilai, kanan ke Banting).. jadi ambil kanan. Berdekatan masjid KLIA ada sebuah lampu isyarat, terus lagi menuju ke arah Banting. Lebih kurang 1 KM dari lampu isn yarat tu ada Genting Sanyen (kilang kertas).. Terus lagi dan akan ada papan tanda KMB. Jaga-jaga ada banyak bumper kat sini
Jika dari Banting/Klang
Hanya ada satu jalan iaitu jalan Dengkil - Banting. Keluar dari pekan Banting melalui pekan Telok Datok , kemudian melalui Olak Lempit dan terus lagi akan ada flyover kat atas (untuk ke airport, kalau nak guna flyover ni ke KMB agak jauh)..terus lagi dalam setengah kilometer ada simpang ke kanan untuk masuk jalan Labohan Dagang. Tak pasti ada signboard atau tidak, tak perasaan pula.
Dari lebuh raya PLUS
Keluar melalui exit KLIA dan akan ada signboard ke Banting (berdekatan masjid). Anda akan bertemu roundabout dan ambil kiri. Selepas itu anda akan bertemu lampu isyarat (masjid di sebelah kiri anda sekarang), masa di lampu isyarat ambil kiri dan anda akan menuju Banting (bertemu dengan Genting Sanyen di sebelah kiri) dan akan ada signboard
Yang tu ja boleh saya bantu, saya salu guna jalan pekan Dengkil sebab agak mudah dan cepat. Tapi kalau pagi-pagi, macam akan sibuk..

Simpang di Dengkil, kalau terus ke KLIA - dua-dua boleh pakai