Archive for June 2008

Pada… (sebentar, nak tengok kalendar) 21 Jun 2008, satu kumpulanpelajar tingkatan lima dan guru dari SMK Bentong, Pahang telah tiba di KMB untuk satu lawatan. Jadi aku telah dilantik sebagai jurukamera bidan terjun, hehe. Sebenarnya program ni ada orang mintak aku yang uruskan, tapi tak jadi sebab hujung minggu ni ingat ada kem di Melaka. Tapi batal. Jadi hujung minggu aku menjadi kosong.

Walaupun kesakitan gigi sedang memuncak, namun tetap gagahkan diri memegang kamera dengan menekan butang snap beberapa kali sepanjang program

(gigiku dicabut keesokan harinya) 


Di LT 1, Aqeem sedang memberi penerangan. Teringat kisah buat IOP Malay dahulu, di pentas yang sama aku menjadi pengacara seperti seorang artis


Pelajar dan guru mendengar penerangan

Kemudian, sesi bersiar-siar sekitar kolej. Aku mengikut Linda dan Anis , kadang-kadang aku bercakap juga memberi penerangan

r
Berjalan di sebuah lorong - digelar Lorong Midaq oleh senior

,
Pusat rekreasi, bergambar beramai-ramai di studio menari

Kemudian makan tengah hari di DS sambil berkongsi pengalaman dengan beberapa orang guru sekolah tersebut.


Sambil berjalan menuju ke concourse, terserempak dengan rakan-rakan yang sedang menggunakan laptop

Selepas sedikit upacara di foyer kolej, program pun tamat
Bercadang hendak ke klinik gigi hari ini, namun sengaja membatalkannya setelah terfikir jarum yang tajam

26 Jun 2008, maka genaplah setahun aku di Kolej MARA Banting, Bukit Changgang.
Macam tak percaya boleh kekal sampai sekarang, syukur yang teramat kepada Ilahi kerana dikurniakan rahmat dan nikmat agar boleh meneruskan pengajian di sini.

Jadi, pada pagi 26 Jun 2008, aku melangkah keluar dari bilikku di Blok B dengan seribu keazaman dan keseronokan.
Kadang-kadang berasa sedih mengenang kembali detik-detik bersejarah


Genap setahun bakul dobi ini menjadi milikku

Kemudian aku melangkah ke kelas..


Tangga inilah aku naik untuk mendaftarkan diri di kaunter lapor diri. Masih teringat ada kawan ditegur kerana memakai kasut yang tidak sesuai

Masa pertukaran subjek, aku berlari ke hujung bangunan baru..untuk mengambil satu gambar kenangan lagi. Lihat bawah


Setahun yang lalu, di sinilah kereta Vios kepunyaan Abapis diparkir, aku datang agak lewat jadi kawasan letak kereta hadapan agak penuh


Di sinilah aku menyerahkan fail pendaftaran, di kelas sendiri, LR6 - aku ambil gambar ni dalam jam 10 pagi. Dulu daftar dalam 9.30 pagi

Petang itu, satu parti udang telah diadakan. Terima kasih kepada Maisarah kerana telah menaja parti ini - ayahnya seorang pengusaha udang . Parti diadakan di bilik masakan - kelasku telah menempah


Membuang kulit udang


Udang yang besar dan comel?


Mari menyalakan api


Maaf Azan gambar anda agak kabur.. Faiz sedang menggoreng udang goren tepung


Minuman yang disediakan

Disebabkan aku terpaksa ke latihan Ultimate Frisbee, maka aku meninggalkan mereka dan bergegas menukar baju. Petang ini, coach Aaron dari US mengendalikan latihan. Jadi agak gembira dapat belajar dari orang yang sangat berpengalaman. Balik latihan, aku singgah di bilik masakan namun tidak mampu makan walau seekor udang kerana terlalu letih - macam nak muntah!. Mujur aku dah makan sedikit sebelum ke latihan, kalau tak rugi besar!

Malam itu


Tempe kotak yang sedap! Makcik DS siap bagi dua sebab banyak lebih. Layan… Namun keletihanku yang kritikal sedikit sebanyak meloyakan tekak lantas menutup setengah pintu selera.

Maka begitulah ulang tahun pertamaku di KMB disambut. Meriah bukan?

Pada hari Rabu yang lalu, aku telah mengikut Azri ke dewan untuk sesi bersama pelajar baru. Sebenarnya ni adalah program kelab Interactive Peers tapi disebabkan ahli tidak mencukupi, jadi Azri ajak aku untuk tolong dia dan rakan-rakan yang lain.

Jumlah pelajar senior yang datang agak ramai, dalam 50 macam tu. Pelajar baru@TahunSatu dibahagikan kepada 52 kumpulan, jadi boleh la satu kumpulan satu fascilitator.

Seronok gak boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

ip1.jpg
Pelajar Tahun Satu berada di dalam kumpulan masing-masing
Azri dengan aku satu kumpulan sebab kami saling memerlukan antara satu sama lain (aku selalu sangkut cakap, Azri aku tak tahu apa masalah dia)

Maka kami pun mencari kumpulan yang sesuai,  pening sebab banyak kumpulan. Akhirnya kami singgah di sebuah kumpulan, tak pasti apa nombor kumpulannya.

Dalam kumpulan tu ada 6 org - 3 lelaki 3 perempuan
Aku tak ingat sangat nama yang perempuan, yang lelaki tu nama Aman, Nazrin dan Asyraf

Aktiviti Pertama - susun-susun orang
Agak pening aktiviti ni jadi aku terpaksa bagi taklimat kat ahli kumpulan aku.
Aku pun tak tahu mcm mana nak ceritakan dalam ni..heh..maaf

ip2.jpg
Azri memberi sedikit tips kepada ahli kumpulan

ip3.jpg
Ni gambar kumpulan sebelah, hoho agak keliru memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah

Aktiviti kedua - Kongsi Pengalaman
Aku dan Azri memberi penerangan serba sedikit mengenai apa yang patut, dan menjawab soalan-soalan ahli kumpulan. Perkara-perkara yang dibincangkan:

a) Subjek mana nak ambil - Econ, IT, Business
b) Cara-cara outing
c) Apa itu grounded
d) Subjek-subjek membunuh yang perlu diberi perhatian
e) Sedikit motivasi (walaupun diri sendiri tak seberapa)
f) CAS

dan banyak lagi. Ok juga la sebab aku dah selalu tulis blog, jadi agak banyak idea untuk dicakapkan.
Malam tu makan makaroni di DS, lapar sangat jadi aku makan dengan lahap walaupun tak berapa suka

Sekian, terima kasih kepada kelab IP kerana menganjurkan program yang bermakna itu

Hari Selasa yang lalu merupakan hari pendaftaran pelajar-pelajar baru di Kolej MARA Banting, iaitu sesi 2008/2010
Maka aku sebagai pelajar senior, agak sibuk pada hari itu

Aku tak terlibat dengan urusan kaunter, jadi aku memberi sepenuh tenaga dan tumpuan kepada gerai kelabku iaitu Alternative Therapy Club. Berikut merupakan barang-barang yang kami jual

  • Donat Big Apple
    Nasi Lemak
    Bihun Goreng
    Nasi Goreng Ayam
    T-Shirt

(saya nak buat bagi semua ada dot kecil, tapi tak jadi. biarkan)
Maka aku merupakan orang yang pertama sampai ke tapak jualan iaitu sekitar jam 7.30 pagi..hehe
Jiran kami adalah Business Club dan M07G yang menjual jagung.hoho.. ada la dalam 10 buah gerai kesemuanya


Kelas A07B menjual cendol, M07A menjual kek


Kedai berhadapan kedai aku, menjual baju-baju

Tak pasti nama gerai ni, ada banyak lencana dan lain-lain


Harga kek di kedai M07A, aku beli satu..sedap macam Secret Recipe

Disebabkan bosan maka aku berjalan sebentar di sekitar concourse sambil mencari ahli kelab lain yang sedang bertugas


Bahagian concourse dipenuhi kerusi biru

Kanak-kanak E07A mengetuai kaunter hadapan! Cayalah!


Ibu bapa menunggu anak-anak selesai mendaftar

Kemudian hujan ribut melanda KMB dan nasi lemak aku ada yang basah..wakaka.. nasib baik la tak rugi!
Maka kami pun menjadi senior!

Esok, 26 /6/2008 adalah hari ulang tahun pertama aku mendaftar di KMB!!! 

Selamat datang kepada pelajar baru Kolej MARA Banting IB Sesi 2008/2010>
Terima kasih kepada mereka yang sudi melawat blog aku untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai Kolej MARA Banting

Jadi aku ingin memohon maaf jika ada kesilapan dalam memberi maklumat dan kalau ada janji yang aku tak sempat nak tunaikan, maaf la ye

Disebabkan esok, Selasa adalah hari pendaftaran, maka tiada kelas pada hari tersebut. Jadi pada malam yang sunyi ini, aku berada di wakaf bersebelahan DS sambil berperang dengan nyamuk untuk menulis coretan ringkas ini

Esok aku akan membuku gerai menjual donat dan nasi lemak/bihun/nasi goreng ayam - gerai Alternative Therapy Club
Jadi silalah datang
Aku tak terlibat sangat dalam pendaftaran pelajar baru

Itu saja.. nak berehat sebab penat main frisbee

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya