Archive for May 2008

Sesiapa yang pernah memasuki laman web aku dari dulu lagi, mungkin masih mengingati header laman web aku yang lama iaitu seekor beruang dan musang dengan dialog ‘zzz’ dan ‘???”.

Namun demikian, sudah sekian lama 2 ekor ni menghilangkan diri. Aku pun jarang jumpa sebab mak aku simpan entah di mana. Bagi beruang itu (namanya Pipi), dia telah dijadikan permainan anak saudara aku yang 2 orang tu, kalau diorang balik kampung.

Beruang dan musang ini dibeli dengan harga murah semasa keluarga aku melawat UK dalam 3 tahun yang lalu. Harga dalam 1 atau 2 pound sahaja.. apa yang menarik dgn beruang tersebut adalah, ketika dia diletakkan berdiri, tiada ruang antara kakinya sebab terlalu gemuk..hoho menyedihkan bukan?

Musang tu pula, dia tak ada kaki.. walala.. kalau tak salah tu jenis ‘red fox’. Anda boleh melihatnya jika memakai perisian Mozilla Firefox. beruang tu tak pasti jenis apa. mungkin beruang madu atau beruang tanah. Adakah beruang tanah wujud? huhu mana ada


Anak saudaraku, Maisarah bersama Pipi . Hoho kasihannya

Selepas beberapa minit …


Si kecil sudah beralih ke tempat lain, beruang tergolek dan tertiarap setelah dibelasah. sob2 menyedihkan


Musang ini dijumpai di hadapan bilikku, bersama dengan buku-buku lama. hoho mana kaki dia? Bila anak saudaraku, Sofia yang berumur 3 tahun tu tengok, dia cakap tu ‘miau2′. Mungkin dia tak dapat bezakan musang dan kucing. Kucing dan musang kadang-kadang macam sama. sob2

Begitulah kisah mereka

Dua entri terbaru saya mengenai KMB adalah mengenai CAS.. mungkin sebab saya banyak gambar nak diletakkan apabila disebut mengenai CAS ni.. hehe.. jadi kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi ‘jenis’ CAS iaitu External CAS (CAS luaran).

Secara ringkasnya, program external CAS adalah aktiviti rasmi kolej. Program ini hanya dijalankan kepada pelajar tahun 1 dan tahun 2 tidak akan terlibat lagi. Macam saya dan rakan-rakan, kami sudah pun menamatkan program ini dan akan diserahkan pula kepada bakal pelajar tahun 1. Namun demikian, program external CAS ini tidak ada di KMS.

Macam mana external CAS ini dijalankan? (ni yang penting ni)

Dalam jadual pelajar tahun satu, akan ada satu minggu yang akan ada satu hari External CAS.. hari ini dinamakan hari CAS dan pelajar tidak akan mempunyai kelas langsung - macam cuti la lebih kurang. Pada hari itu, pelajar tahun 1 akan berkunjung ke tempat External CAS masing-masing untuk menjalankan aktiviti CAS.

  • Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan besar - A,B,C dan D. Jadi setiap kumpulan besar ni ada dalam 4 atau 5 kelas. Jadi setiap kumpulan ni akan ada jadual untuk ke tempat masing-masing. contohnya:
  • Kumpulan A akan bergerak ke venue masing-masing pada hari selasa, jadual T1.. group D pula hari rabu jadual T2 *Di KMB, ada 2 jenis jadual iaitu T1 danT2 yang berselang seli . Kalau budak MRSM saya rasa diorang dah biasa  kot dengan benda ni*
  • Jadi setiap pelajar akan ke venue masing-masing sekali dalam 2 minggu (ikut jadual, diadakan setiap rabu dan selasa)
  • Dalam kumpulan tersebut, pelajar akan dipecahkan mengikut 10 tempat iaitu:
  1. PDK Telok Panglima Garang
  2. SK Kanchung Tengah
  3. SK Bukit Tadom
  4. SK Dengkil
  5. PDK Kajang
  6. PDK Semenyih
  7. Hospital TAR
  8. Autism Centre
  9. SK Khas Klang
  10. PDK Telok Datok

Macam tu la lebih kurang apa yang dimaksudkan dengan External CAS ni.. saya tulis ni berdasarkan apa yang saya tahu jadi mungkin banyak kekurangan.. tapi saya cuba juga untuk tulis. jgn risau nanti Encik Latif akan memberi penerangan kepada anda dengan lebih lanjut

Saya sediakan segmen FAQ di sini

Adakah kumpulan kecil External CAS dijalankan mengikut kelas?
Tidak. Selepas anda bercampur dengan beberapa kelas dalam sebuah kumpulan besar (A/B/C/D).. anda akan bercampur dengan kelas-kelas lain semasa pecahan kumpulan mengikut venue dijalankan. Tapi mengikut keadaan juga la sebab anda yang akan pilih sendiri venue tersebut

Bagaimanakah cara penentuan venue dijalankan ke atas pelajar?
Masa saya dulu, boleh pilih. Alhamdulilah tak ada pula yang berebut-rebut. Kalau satu venue tu ramai sangat nak pergi, jadi mungkin ada yang terpaksa ke venue lain. Tadak la sampai bertumbuk

Berapa ramai pelajar untuk satu venue?
Kalau hospital dalam 30 orang. Kalau  tempat-tempat lain saya  lebih kurang dalam 7 orang sahaja.

Apakah itu PDK?
Pemulihan dalam komuniti.  Pemulihan untuk orang-orang kurang upaya (OKU). Jadi anda akan bertemu dengan mereka yang mempunyai sindrom seperti autism, sindrom down, slow learner dan sebagainya

Apa aktiviti yang selalu dilakukan?
Bergantung kepada venue dan anda. Kadang-kadang ada kerja yang kita disuruh untuk membuat tapi kadang-kadang kita kena  aturkan  sendiri aktiviti. Contoh aktiviti boleh tengok gambar.

Berapa jam aktiviti berjalan?
Selalunya bertolak jam 8 pagi dari kolej. Pulang ke kolej dalam 1 tengah hari.. Jadi mungkin  anda akan berada di sana dalam 3 jam (ikut jarak tempat anda dari kolej)

Saya pun dah tatau nak tulis apa..heh. boleh kemukakan soalan


Salah satu mural di PDK TPG (pelajar UITM yang buat)


Mengajar pelajar di sana cara menulis dan mewarna


Menghiasi PDK sempena bulan kemerdekaan


Nynyian lagu patriotik , tak lenguh ka Azmirul dok angkat speaker mcm tu


Ijaz mengajar salah seorang pelajar, Gan untuk menghasilkan penanda buku menggunakan daun

Saya berkira-kira untuk menulis entri yang baru namun terdapat banyak soalan, jadi jawab dulu la

pa’i lagi satoo~baju harian ke kelas x kesa ke pape kaler janji kemeja bertie eyh??
Ya tak kisah warna apa pun.. tapi corak yang terlalu over tak digalakkan.. nak pakai tali leher atau tidak itu terpulang la. saya selalu pakai


pa’i salam bro..nak tanye.kan nnt kite kene pilih antare 3 subjek iaitu econ,it ngan ape tah lagi..mane paleng senang
Ada 3 pilihan.. econ it dan business.. Saya pun tak pasti mana paling senang.. tapi dulu senior cakap econ senang tapi bila saya ambik, tak la semudah mana pun.. sama je ketiga-tiga tu.. mungkin kena tengok awk ni jenis org yang macam mana - suka membaca ke suka menulis dan sebagainya.. kalau econ ni macam sejarah, baca kemudian apply mengikut situasi.. business saya tak tahu la.. tapi orang cakap kena pandai apply teori..mcm tu la lebih kurang … IT saya kurang pasti sebab tak pernah tanya.. kelas IT ada 2 buah saja, berbanding econ (7) dan business (7).. apa2 pun, kalau awk ambil benda yang awak minat, saya rasa mesti awak boleh skor.. sapa yang business minded, boleh la amik business.. sapa suka baca berita pasai ekonomi (mengapa harga minyak naik, kenapa ada inflasi dan sebagainya), ambik la ekonomi.. saya tak tahu la mana satu mudah, senang cerita macam tu la..saya tak berani nak kata takut silap.

salinah  - Hi there,
Do we have to bring our own pillow?warna apa untuk bed sheet and pillow cases?Is it white?Can we choose our room mate?Masa registration,what time it finish?Do parents have to stay sampai petang?Is it easy to get a taxi to LCCT?sorry tanya banyak soalan…hope you can spend some time to answer them.bye

Bantal kena bawak sendiri.. warna cadar tak ada pula dalam buku peraturan, bawak ja warna apa yang sesuai (kalau hitam gelap la bilik tu ..sob2).. boleh pilih roomate atau tak? saya tak pasti yang tu sebab masa pendaftaran saya tak kisah pun.. nanti cuba la tanya.. nak dapatkan teksi ke LCCT? selalunya kolej akan sediakan bas utk ke airport kalau balik cuti panjang.. saya tengok macam jarang orang ambik teksi ke LCCT, tapi kalau sapa2 ada nombor telefon teksi, senang saja kot..saya jarang naik teksi..kalau nak naik bas, naik bas Nilai dan berhenti di KLIA, kemudian tukar bas ke LCCT.

Selepas kepeningan membuat laman web CAS utk kolej, aku membuat keputusan bersiar-siar sambil menikmati cendol di Fatin Corner.. jadi aku pun membawa senaskhah suratkhabar The Star supaya aku tidak membuang masa begitu sahaja di sana.

Namun dukacitanya, Fatin Corner tutup dan aku pun merasakan lebih baik merapu di sekitar Arau.. telefon Acan dia ada kat pasar malam pula.. jadi apa kata kita lepak di stesen keretapi Arau

buat apa?

saja tengok keretapi.. tak boleh?

mcm bodo ja ang ni

heh.. jadi sebab inilah aku tak suka sangat ajak orang ikut aku jalan-jalan sebab aku akan membuat banyak benda yang orang tak suka seperti menonton keretapi di stesen, membuat pusingan roundabout sebanyak 2 kali (aku tak pernah buat lagi) , makan nugget tanpa sos dan sebagainya.

jadi aku memarkir kereta di kawasan lapang berhadapan dengan stesen, di mana premis teksi beroperasi.. orang ramai mula berpusu-pusu ke stesen, menanti Ekspres Langkawi yang aku tidak tahu waktu ketibaannya (aku sahaja yang tidak tahu!)

tiba-tiba ternampak sebuah tren 2 gerabak, ekspress Oriental rupanya.. Dari Butterworth ke Bangkok.. mana Ekspres Langkawi? Ah kelihatan lampu tren jauh di sana, sedang menuju ke stesen.. aku berjalan hingga ke hujung platform.. paling hujung.. walaupun di bawah panas mentari namun aku tetap gah berdiri di situ..


Lokomotif kelas YDM. Kadang kala aku berasa gerun berada di hadapannya.


Lensa kamera telefon bimbitku berjaya menangkap sinaran mentari yang bersilau, namun tidak mencacatkan gambar

Aku mengambil gambar dengan cepat sekali, khuatir orang memikirkan aku tidak betul dengan mengambil gambar keretapi terlalu banyak.

Rupanya itu adalah tren barang, bukan Ekpress Langkawi! Kempunan!

Keesokan harinya…

Berkunjung ke stesen Arau lagi (6 km dari rumah saya), kali ini tren mengangkut simen sudah siap berlabuh di rel yang kedua. Aku membeli 3 biji karipap di bawah sebuah pohon rontok di hadapan stesen. Menikmatinya sambil memerhati gelagat manusia di stesen, satu ketenangan yang nyata.


Berpura-pura membaca mesej, tapi mengambil gambar. Bukankah gila mengambil gambar karipap yang sedang dimakan?


Mencari ilham di hujung stesen, kawasan paling sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.


Cahaya menuju ke stesen. Agak membingungkan kerana ianya terlalu lambat untuk tiba di stesen


Sekali lagi hampa, keretapi barang lagi. Namun agak gembira kerana lokomotif kelas 26 digunakan (terdapat gambar harimau di sisinya) - aku jarang bertemu dengan lokomotif ini, apatah lagi hendak melihatnya bergerak merentasi stesen

Sekali lagi kempunan melihat Ekspress Langkawi

Kadang kala jiwaku sukar difahami, kompleks dan tidak dpt dijangka. Jiwa seorang bakal jurutera

Oh, satu gambar lagi


Gambar kucing makcik saya. Kegemukannya yang amat menyebabkan saya berfikir sama ada ianya adalah kucing atau musang. Apabila saya bertanyakan pendapat seorang rakan karib, dia mengatakan ini adalah beruang

 

 

Alhamdulilah akhirnya siap juga laman web yang saya bertungkus lumus buat dalam beberapa hari ini!

preview_cas.jpg

Sila klik pada gambar untuk melayari. Laman web ini juga boleh dicapai melalui alamat:

www.kmbanting-cas.tk

www.norshah.com/classbased
(direct link)

Kepada kawan-kawan KMB, selamat melihat gambar anda sendiri (gambar aku sendiri pun ada sekeping dua saja)
Kepada bakal junior,inilah masa untuk anda mengenali apa itu CAS

Ah.. penatnya aku! Ngantuk

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya