Archive for April 2008

Aku tak menghilang sebenarnya..ada kat sini cuma tak ada masa nak menulis.. kerja sangat la banyak… tapi aku lepak saja.ag nanti ada berita bagus aku sampaikan kat korang

ha ni lagi satu

mungkin ramai pening sebab kemasukan matrix dah dekat tapi MARA hanya umumkan keputusan dalam pertengahan Mei macam tu (masa aku dulu 21 Mei 2007).. apa yang anda boleh buat adalah

1) masuk matrix dahulu
2) tunggu tawaran UPU.. UPU selalunya register hujung bulan enam, jadi anda akan ada masa nak tunggu keputusan MARA/JPA/Perguruan dan sebagainya.. aku dulu dapat UITM jadi  matrix tak pergi lah

ni aku tgh tunggu koop bukak..lapar..sob2

Ni reply kepada soalan Abe yang bertanya

tapi tips ni sesuai untuk semua interview la.. bukan untuk sesetengah biasiswa ja..aku tulis apa yang aku ingat la  (berdasarkan pengumpulan pengalaman2 kawan2 dari serata Malaysia dan dari pelbagai jenis interview yang diorang pegi)

kalau bleh, ko tetapkan satu yg ko minat utk ko ckp macam dia tny ko nk eng apa
ko ckp mekanikal…pastu ckp la sbb apa
sbb ko minat kapal terbang ke (pastikan ko bebetul minat)

then insyaAlah panel akan tny pasai benda ko minat tu
tp jgn ko pandai2 letak benda ko x minat
dia tny mcm2, snyum je la ko :P

pastu sedia la dengan target path ko
mcm lepas ni nk buat apa
u mana target
sebab apa ko pilih
kalau ko kata nk gi uk, sebab apa?
benda2 common mcm ni patut ko dah ready la
ok
good luck ah

p/s: mengenai pemakaian blazer/kot, ada orang ckp mungkin x berapa sesuai kalau panel tu x pakai blazer.. macam lawan tauke plak..camtu la kot

Salam . nak minta maaf sebab dah terlalu lama saya tak update.. memang saya amat sibuk tak terkata la sekarang (begitulah hidup IB students!). tapi saya cuba cari masa untuk menulis kepada anda semua.. memandang ini pagi ahad dan orang jarang online , jadi internet pun laju.. maka pagi tadi dengan kemalasan yang minima, saya gagahkan diri untuk bangun dan berjalan ke wakaf untuk guna internet.. hehe

Okay.. saya sedia maklum yang interview MARA dah dekat..kalau x salah saya minggu depan la ek? hmm.. sebenarnya saya agak risau sebab saya tatau interview itu dijalankan secara group atau sorang2.. tapi kalau ikut tahun lepas, sorang2 la.. tapi saya tak pasti kalau ada sebarang perubahan

1) Esei pasal diri anda
Ya memang semua kena tulis esei.. dan saya pun buat juga dulu.. saya rasa tak susah mana sebab guideline dah diberi dalam surat tawaran anda tu kan? Jadi anda ikut la apa yang disuruh tu dengan baik. Macam saya dulu, saya tulis pasal bidang apa saya nak amik, target masuk U mana dll.. Ala letak ja apa2.. kalau suasah sangat, mintak pandangan ibu bapa. Mereka lebih mengetahui sebenarnya

 2) Sijil-sijil anda
Jangan jadikan sijil2 anda ni penyebab anda x diterima oleh panel.. jadi pastikan semua sijil2 disusun dengan rapi dan jangan terlampau berkecamuk sangat.. saya pasti kaaunselor sekolah anda dah ajar. saya rasa banyak cara nak susunnya.. macam saya dulu, saya susun ikut tarikh kot (kalau x silap saya)..tapi kalau x salah saya, lebih baik susun ikut jenis (akademik,ko-Q,sukan) .. kepada anda yang tak mempunyai sijil, mungkin kena menyesal la kot..tapi jangan risau, buat ja yang terbaik untuk interview.

 3) Masa anda
Saya difahamkan tahun ni MARA buat kat UniKL lagi.. jadi kepada sesiapa yang tak tahu UniKL tu kat mana, harap boleh datang awal supaya anda tidak sesat.. kalau anda nak tau, boleh masuk wikimapia…jap saya tolong cari link dia

Saya dulu menginap kat hotel Vistana, jadi hanya naik monorel ke stesen Medan Tuanku dan berjalan.. secara umumnya, UniKL ni terletak dekat2 dengan Menara SME .. ala konfem nampak punya sebab dia besar.. tapi jangan silap masuk pintu plak..masuk ikut pintu besar dia la (ikut Jln Sultan Ismail) .. by the way, ni tempat yang tahun lepas punya.. tahun ni mungkin berlainan sebab UniKL ni banyak campus dia.

Peta (diambil dari Wikimapia)

4) Waktu Interview
Saya sampai awal pagi tu.. sesi saya adalah pukul 10 pagi.. dan saya merupakan orang kedua yang mendaftar kat kaunter .. ni sebab kawan saya bernama Mat Pear bersiar-siar di sekitar kaunter, tanya soalan apa tah.tgk2 terus buka.. daftar ja la..

kemudian kami menaiki lif.. saya tingkat lain dia tingkat lain.. kecuakan? jangan cakap la..mmg sgt takut
pastu duduk sekejap kat lobby tu untuk tunggu nama dipanggil.. tgk2 orang first..wawawawa

Maka masuklah saya:
Panel tu dua orang dan interview dijalankan dalam bilik pensyarah.interview pun berjalan macam biasa.. tadak apa yang merunsingkan pun. saya tak kena banyak soalan2 maut sangat.. saya malas nak tulis kat sini sebab takut anda menghafal soalan2 ni dan mengharapkan ia keluar semasa interview.. saya ingatkan bahawa, soalan temuduga boleh jadi pelbagai..skopnya sangat luas..

tapi tips yg saya leh bagi, pastikan anda paham betul2 apa yang anda minat.. kalau anda kata anda minat kapal terbang, pastikan anda tahu serba sedikit ttg kapal terbang dan sebagainya. Hal ini mengelakkan aanda gagap atau blank semasa cakap.. sama la juga dengan medic.. bersedia dengan ilmu..dan jangan hafal!.. anda bleh bezakan cara percakapan anda hafal.kalau hafal, kita jadi cam kaku dan sebagainya.

4) Pemakaian
Jangan pakai jeans sudehhh.. pakai la baju yang standard untuk interview.. neck tie sekali..benda2 simple macam ni harap dpt elakkan sebarang kecacatan mengenai benda2 simple macam ni..jangan kerana cara pemakaian anda, anda dipandang serong dan sebagainya..jangan lupa iron ye :P

5) Mental dan Fizikal
Saya tau ramai yang cuak.. dan ramai yang takut ‘blank’ waktu interview.. bagi saya,  anda hanya perlu relaks dan jangan takut apa2 semasa interview.. anggap macam sembang biasa saja..masa saya interview dulu pun, saya relaks ja dan sempat gak senyum2 gelak2.. tapi ikut panel juga la..jadi saya tau anda dah faham cara memahami situasi (kalau orang tgh marah ko gelak tu namanya bangang)..pandai2lah

Sehari sebelum saya interview tu mmg saya agak cuak la..dan kalau boleh elakkan sebarang gangguan emosi macam putus cinta ke, gaduh ngan kawan ke..lupakan itu semua!!! .. anda nk menentukan masa depan jadi jangan la pikir benda2 remeh mcm tu.. 2 hari sebelum saya saya interview, kereta saya tayar pancit kt highw ay (sayadrive)..so emosi terganggu jugak la..sob2..tapi relax sudah

anggap interview satu benda yang enjoy.. baru la tak tensen..tapi jangan take for granted sgt..jgn la sampai tak buat persiapan..

Habis 

saya rasa setakat tu ja kot saya boleh bagi..nak minta maaf sebab post kali ni cam x membantu sangat sebab saya pun otak tgh krem dan tatau nak fkir apa dah.. anyway, anda boleh email atau ym saya jika ada masalah..jangan malu jgn segan…saya selalu cek email (terutama waktu pagi).. lagipun saya tgk tak ramai yang comment, jadi saya anggap tak ramai sangat yang membaca..jadi lebih baik anda emailkan saja soalan2 anda.. lebih mudah

shah_jat@yahoo.com

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya