Archive for March 2008

Salam.. minggu ni agak sibuk bagi saya sebenarnya sebab ada 2 lab report nak kena buat. untuk fizik agak susah sebab melibatkan energy.. (pening pala haku).. yang kimia pula saya tak sentuh pun lagi, jadi tatau la susah ke senang..

tambahan pula petang ni saya dan rakan2 masuk pertandingan futsal anjuran kolej..

Keputusan temuduga JPA telah pun dikeluarkan.. memang sama dengan tahun lepas tarikh interview iaitu sekitar 4 April (lebih kurang la .. jadi kalau mengikut tahun lepas, temuduga untuk JPA dijalankan dalam kumpulan. tahun ini? entah la..

Jadi, berbalik kepada group interview.. Apa maksud dia? Mungkin semua orang dah tau kot.. Group interview ni macam perbincangan dalam kumpulan mengenai sesuatu isu.. Boleh dikatakan dia macam sembang2 la.. tapi bukan sembang2 yang merapu. sembang2 yang membincangkan isu yang telah diberi la.. contohnya kalau isunya pasal sukan, jangan la sembang pasai nasi ayam ataupun nasi kerabu (tengah lapar sebenarnya aku ni)

saya tak tahu nak start macam mana sebab saya hanya pernah group interview 2 kali dalam seumur hidup saya dan seriously saya cakap, saya memang tak suka group interview.. huhu.. sebab

1) saya seorang yang x suka menyampuk kalau orang tengah cakap
2) kadang2 saya mudah hilang semangat kalau tgk orang lain hebat
3) saya selalu sangkut masa membincangkan sesuatu isu
4) tak boleh tumpu kalau ada awek cun

pertama kali saya jalani temuduga kumpulan adalah semasa perguruan luar negara punya biasiswa (saya mintak cikgu kimia).. hanya 3 orang dalam group tu.. kami bincang mengenai kokurikulum di sekolah.. gaduh punya gaduh.. last2 panel tu cakap “heh kalau mcm ni sampai bila tak habis”..dia gelak ja la..kami pun gelak sekali.. (temuduga tu dalam Malay)..

apa yang saya peroleh daripada interview tu, saya dpt rasakan saya memang susah nak perform dalam temuduga kumpulan ni.. jadi sangkut, cuak..ayat pun sangkut2..haduh2. bahaya ni..

Jadi tanpa membuang masa, saya senaraikan sikit2 tips untuk temuduga kumpulan (harap Cake bleh tolong sebab dia biasa gi interview kumpulan JPA) 

1) Sedia diri dengan isu2 terkini

Ya macam biasa la.. group interview ni akan membincangkan isu2 yang hangat..tak la hangat macam oven tapi cuma isu tu selalunya popular la.. bila saya tanya kwn2 yang pergi group interview, kebanyakkan tanya isu2 umum saja.tak ada isu yang terlalu kompleks.. Contohnya: mengapa nasi ayam lebih mahal dari nasi kosong. (ni namanya isu merapu dan tak akan ditanya..huhuhuhu).. ambil perhatian bahawa isu boleh jadi mcm2 isu dan saya rasa macam tadak guna kalau anda hanya bersedia dengan beberapa isu..ingat bahawa jawapan anda hendaklah bukan jawapan yang dihafal.. pernah kawan saya kena masa interview sorang2

panel tu tanya “berapa lama awk hafal untuk jwapan ni?”.. tak ke malu..tapi mcm pelik macam mana panel tu boleh tau ek? .jadi elakkan menghafal ayat sangat.. anda perlu lengkapkan diri anda dengan ilmu dan kemudian insyaAllah anda akan bercakap dengan lancar.. saya tak berani nak target isu apa nak ditanya sebab pelbagai soalan boleh ditanya.. tapi selalunya soalan dia tak ada la susah mana pun.. macam soalan karangan BM masa SPM ja.. apa yang susah mungkin sebab anda terlalu takut dan nervous

2) Gaya anda?

Anda perlu tahu bahawa  dalam group yang 4 atau 5 orang tu, semua orang ingin menonjol supaya panel akan memilihnya.. jadi bayangkan la kalau 5 orang tu semua nk “pulun” bercakap .. jadi gaya anda adalah penting..jangan terlalu kasar sampai orang tengah cakap pun anda potong sesuka hati

jadi saya rasa, adalah lebih baik anda bercakap byk sikit kalau diberi peluang..bukan apa takut nanti dah tadak peluang nak cakap..tapi kadang2 panel akan bagi laluan untuk setiap orang bercakap..jadi gunakan masa itu untuk memberi hujah yang sebaik mungkin..dan jangan tunjuk lagak dan megah anda sangat..nanti orang tak suka.. saya pasti kaunselor sekolah anda dah cakap pasal benda ni..  benda2 lain adalah cara duduk, kaki macam mana dll..

3) Jangan ler cuak atau takut

Macam biasa anda akan rasa takut yang amat semasa menghadiri temuduga.. mungkin sebab anda takut sebab anda risau yang anda tak dpt tawaran biasiswa itu.. untuk mengelakkan benda ni berlaku, saya cadangkan jangan langsung ingat yang anda pergi tu untuk mendapatkan biasiswa.. kosongkan minda anda dan fokus terhadap perbincangan isu itu.. enjoy dan jangan rasa takut..beranikan diri untuk bercakap.. tak ada sapa nak marah anda.. cakap berdasrkan apa pendapat anda campur dengan fakta-fakta yang benar.

4) Pastikan benda-benda penting diselesaikan

Saya tak pasti apa syarat2 nak masuk interview tu..jadi anda tengok la sendiri kat website JPA..macam saya MARA dulu, kena buat esei.. jadi benda2 macam ni hendaklah disediakan dengan awal supaya tidak menganggu anda secara psikologinya . benda2 penting lain saya rasa adalah IC, dokumen pengenalan lain2..tah la saya pun tatau..

lagi satu jangan lupa sijil2 anda, resume (kalau ada).. susun bagi teratur dan mudah dibaca

saya rasa tu ja kot saya tahu mengenai  group interview.. maaf banyak2 sebab saya mcm merapu banyak dan saya sangat busy untuk minggu ni.. apa yang saya tulis hanyalah pengalaman semata2..hanya sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua.. sekian

wei aku dah 19 tahun hari ni!! 

 Sebelum tu, nampaknya keputusan temuduga JPA dan pun keluar.insyaAllah kalau ada masa minggu ni saya akancuba  tulis pengalaman2 kawan2 yang pernah hadiri temuduga berkumpulan..tahun lepas JPA buat group interview, tahun ni saya tak pasti la pula.

Hari ni 28 Mac 2008 bersamaan Jumaat adalah hari jadi mentor aku iaitu Cikgu Melor (merangkap cikgu Econ E07A).. maka kami telah merancang satu suprise parti la kononnya.. orang yang mula2 tau besday cikgu adalah Prof/Azan , melalui Friendster.terbaik aahhh dia

kami mula2 ragu2 dengan kenyataan prof (takut silap).jadi kami mula2 dah nak belasah dia dah (sebab dia dh tempah kek dari makcik pembantu makmal).tapi memang betul pun besday Miss Melor (agak kecewa sebab x boleh belasah prof)..haha.. maka kami pun berkumpul di wakaf.. macam biasa la nyanyi lagu apa semua

,
TJ, Puang, Ijaz , Miss Melor, Aku, Fathi, Azan.. sorang lagi menti tadak iaitu Azri kerana pi UKM untuk Olimpiad Fizik (rugi ko x dpt makan kek dowh)


Majlis memotong kek (aku nak yg kecik ja sebab lagi 2 jam nk lunch nasi ayam plak)


Kek coklat yang sangat sedap


Ni Ridwan masa kelas Econ.. saja ambik gambar kelas Econ, sempena besday cikgu Econ la katakan

Selamat hari jadi kepada cikgu.. esok besday sapa tah?

Maybe this is the turning point for me to write in English?c

Unfortunately it’s not :))

Pagi tadi masa kelas TOK (Theory of Knowledge)..  cikgu kami iaitu Miss Tik (tatau cemana nak eja) telah menyuruh kami untuk mereka satu alat supaya telur tidak pecah kalau nak pos telur tu ke tempat yang jauh.. maka bebudak E07A yang pandai2 telah mereka mengikut kemahuan dan kehendak mereka

Untuk ujian, telur@teloq bersama bungkusan itu akan dilempaq dari tingkat 3 bangunan akademik.. untuk mengelakkan kekotoran dan kekacauan, maka ujian dijalankan di blok senior sebab depa tadak sbb ada program kat dewan


Persiapan dilakukan… ni Azmirul punya.. yang pakai baju pink tu cikgu (saja habaq)

Azan/Prof punya.. gila besaq..teluq ada kat tengah2..

Budak-budak pompuan.. Mai guna labcoat aku untuk balut teluq .. cis2.. (tapi xpa dia nk tolong antaq dobi kat aku <– taktik terbaik untuk kurangkan berat bakul dobi) . Jerusha punya guna kotak kasut.. Allya plak macam kotak cincin..


Aku punya.. betapa bangang dan malasnya aku guna kotak Airwick yang dah habis gel.. confem pecah sebab daya impuls tinggi..tapi sebab nak try, saja ja buat..kalau nak ikutkan, aku balut ja teluq ngan kertaih takpun tuala


Cikgu tunggu kat bawah..cuak gak nak baling

Hasilnya: aku ngan Ijaz pecah..wahahaha bengong..yang lain semua survive


Dah aku punya dah pecah..turun bawah la..sob2 menyambut telur (harap2 ada anak ayam yang comel)

lepas semua baling, banyak yang tak pecah..so cikgu cakap buat sekali lagi..tapi semua tak nak dan gantikan cara tu dengan baling ke arah dinding..Arip yang tolong baling tapi tak pecah gak..maka cara yang terakhir adalah hempap dengan batu.


Serang serang


Waa.. batu hempap kotak telur Jerusha namun batu yang pecah. apakah yang terjadi? mistik?

Prof ngan Jerusha punya bertahan paling lama..last2 semua pijak bungkusan diorang..puas hati..baru pecah..hahaha

Usup terkena percikan telur daripada Puang punya bungkusan..wakakaka.. sedih
jadi tamatlah kelas TOK itu..

Apa ceta..apa ceta mendanya dok mcm ni la.. nak kata busy tak la busy sangat tapi aku salu tertiduq awai waktu malam.. huhu xleh nak study.sob2

anyway aku dah pakai handphone baru yang kameranya 2 megapix . maka membolehkan aku mengambil gambaq sesuka hati dan ini menyebabkan kemerapuan aku akan tertambah dengan banyaknya..

ni gambaq first aku amik masa mula2 pegang, lokasi adalah di rumah Didi - thanks Didi kerana memberi hp kepada adik anda

16032008095.jpg
Beg SUKMA aku yang berwarna merah kuning

pasal cerpen tu, tgk la kalau rajin aku publish la kat web ni..bukan apa sebab cam malu plak nak publish..sob2

aku tengah ada kat wakaf tepi ds..lala

Assalamualaikum.. saya tengah ada kat dewan makan KMB yang dilengkapi dengan hotspot tmnet.. pagi ni pula ramai orang x ada jadi connection laju la juga.. minggu ni tak ada apa yang bes cuma semalam cerpen saya dpt hadiah untuk bulan bahasa. agak terkejut sebenarnya tapi syukur la..dapat la sedikit duit (macam gaji la plak)

Jadi sedang semua yang minta biasiswa JPA dan MARA, boleh la lepak2 dulu sebab interview anda mungkin dalam 2 minggu lagi..tapi sememangnya anda memerlukan persediaan mental dan fizikal yang mencukupi untuk menjalani temuduga tersebut.. saya akan tulis pasai tips untuk interview insyaAllah nanti, buat masa sekarang saya akan tulis apa anda perlu buat semasa menunggu tibanya hari bersejarah itu (ada sejarahkah di situ??)

1) Belajar bercakap Bahasa Inggeris

Saya berani katakan ni merupakan elemen paling penting dalam satu temuduga (melainkan temuduga dalam bahasa Inggeris). Anda perlu membezakan bahasa penulisan dlm English tidak sama dengan percakapan. Anda mungkin boleh buat ayat bunga2 yang merah lagi mekar tapi apabila tiba masa bercakap, anda mungkin akan tersangkut dan tidak fasih

Macam saya, sebenarnya saya bukan jenis suka tengok cerita English dan baca buku English, apatah lagi kalau nak cakap English. Tapi saya paksa diri saya untuk berlatih bercakap dan menulis dalam English (mungkin ini menerangkan mengapa saya lebih gemar menulis dalam bahasa Malaysia)

Apa saya buat dulu?
a) Hari-hari saya akan baca suratkhabar The Star dan kumpul seberapa banyak perkataan yang saya tak paham dan TULIS dalam sebuah buku.. anda perlu menulis supaya anda tidak akan berkata begini kelak “aku rasa perkataan ni macam biasa jumpa..apa maksudnya tah?”.. ni salah satu masalah saya yang kritikal sampaikan perkataan yg simple pun saya boleh lupa..tapi tips ni lebih menjurus kepada peningkatan penulisan bukan percakapan kerana anda tidak perlu menggunakan perkataan bombastik ketika berucap kerana menyukarkan orang lain untuk memahaminya.
b) Cuba menonton cerita English tanpa bergantung kepada subtitles 100% - cuba memahami apa yang dicakap kerana panel temuduga anda akan bercakap dalam English, bukan Melayu, Tamil dan lain-lain

c)  Masa membaca bahan bahasa Inggeris, cuba baca dengan kuat. Saya selalu buat mcm ni kalau dalam bilik sorang2 la..kalau buat masa kat stesen bas atau kedai makan mungkin orang akan menyangkan anda beruang yang gila (mengapa beruang?). Bagi saya, cara ni akan membuatkan anda pronounce dengan lebih baik. Macam saya yang suka cakap loghat Perlis dengan laju, sememangnya sukar kalau nak cakap English satu satu agar orang paham.. sebab saya selalu cakap laju.. wakaka..susah kan

d)  Berlatih dengan kawan-kawan, atau ibu bapa - Cuba cakap. Daripada anda bercakap “jom p makan” , cuba cakap “let’s go and have some meals” (betui ka mcm ni aa cakap?).. mungkin orang akan cakap anda mcm berlagak sebab cakap BI tp untuk kebaikan anda, buat la.  kalau saya kat KMB ni, cakap English memang dah macam ruji dan orang pun tak kisah kalau cakap bahasa apa pun… (jangan siam dah ler). dengan cara ini anda akan lebih rasa selesa bila nak guna bahasa Inggeris.. kadang2 jadi automatik plak (jaga jangan sampai lupa cakap Melayu sudahh)

2)  Banyakkan pengetahuan anda, jangan jadi katak comel  di bawah tempurung

Elemen lain yang perlu diberi perhatian yang serius adalah pengetahuan anda. Saya tahu memang ramai orang yang tak suka ambil tahu hal-hal semasa tapi ini akan merugikan anda. Orang yang berjaya akan mengetahui segala hal-hal semasa yang umum. anda tak perlu tahu terlampau banyak tapi cukup sekadar orang boleh kata anda “well-informed”

cuba cek diri anda tengok
1)  Siapa Menteri Keusahawan yang baru?
2) Harga barang apa tengah naik?
3) Apa masalah dunia sekarang?
4) Politik di negara-negara lain(Obama dan Hilary misalnya)
5) Siapakah angkasawan pertama negara?

Tu antara yang umum lah..

Tapi sememangnya anda akan ditanya benda yang berkaitan dengan bidang anda. Kalau anda nak amik kejuruteraan, mustahil dia akan tanya soal genetik (bio) dan sebagainya. Panel mungkin akan bertanya tapi saya rasa macam jarang jugak la kot. Jadi anda perlu bersiap sedia dengan bidang anda. Kalau anda mohon perubatan, mungkin anda perlu tahu serba sedikit menenai penyakit yang menular sekarang (SARS, AIDS). anda tak perlu tahu banyak sangat, cukup sekadar anda boleh explain apa benda tu dengan ringkas dan panel akan cakap “OOoo budak ni paham”.

Untuk kejuruteraan, sudah pasti anda perlu tahu serba sedikit mengenai rancangan kerajaan yang membabitkan bidang kejuruteraan (apa bidang yang kritikal, pasal minyak, industri, pengangkutan (ERL,monorel apa semua)).. dan mungkin kejuruteraan di luar negara. Kalau masa interview anda cakap nak jadi jurutera mekanikal, jadi anda perlu lengkapkan diri anda mengenai apakah itu mekanikal dsb (nanti la saya ceta lebih dalam masa tips temuduga nanti)

Tapi kalau ditanya mengenai sesuatu benda, tapi anda tak tahu. Macam mana nak jawab?.Heh nanti saya bincangkan masa tips temuduga nanti.

3) Etika Temuduga

Yang ni saya rasa kaunselor di semua sekolah dah terangkan. Saya pun sebenarnya tak la tahu sangat tapi saya akan membuat sebaik yang mungkin la.

Yang biasanya:
1) Pakai baju lengan panjang yang plain dan neck tie (sapa tah cakap baju kotak2 tak berapa sesuai..saya pun x pasti sebenarnya :P)
2) Mestilah berkasut. Jangan pakai jeans

Itu dari segi penampilan, dari segi tatacara pula? hmm saya tak tahu sangat sebenarnya tapi ada la ingat sikit2 cikgu cakap dulu..

Jadi arap anda kena alert dengan etika sebab kelakuan anda semasa temuduga adalah amat penting sekali! (saya kena buat imbas kembali dulu pasai benda ni sebelum tulis, saya dh lupa.nanti saya tulis lain)

Bersambung di kemudian hari.., insyaAllah saya akan cuba pikir balik apa tips2 cikgu saya dulu dan apa pesanan senior2 serta kawan2 masa nak interview dulu.. apa yang saya tulis ni adalah berdasarkan pengalaman dan mungkin ada yang salah. Jadi silalah komen kalau ada apa2.. terima kasih

Esok p tengok F1..yeah..jangan la hujan..huhuhuh

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya