Pada hari jumaat yang lalu, aku dan pokcik (firdaus) telah diminta oleh Puan Rokiah untuk jumpa dia kat Balik Pulau berkenaan dengan Maxis Cyberlinq punya presentation.. kami dua ja yang ada pun sebab yang lain dok umah jauh dan susah nak mai..

Puan Rokiah ada kat Balik Pulau sebab bawak pemain hoki KMB lawan di USM.. cikgu2 lain pun ada sama.

jadi aku pun terpaksa la pergi bersama pokcik sebab aku ni pembuat presentation, yang nak bentang nanti pokcik.. aku senyum ja.. so kami dua terpaksa bergabung tenaga la maknanya.. mai tgk aku punya perancangan

8.00 pagi - naik bas ke Butterworth
10.00 pagi -
dijangka tiba..Pokcik mai naik moto dia.. kami dua menaiki moto ke Balik Pulau.. jarak perjalanan setelah dikira melalui wikimapia adalah 40km lebih kurang
11.30 pagi - tiba di Balik Pulau.. perbincangan dengan Puan Rokiah
1.oo tgh hari - sembahyang Jumaat
2.00 petang - perbincangan lagi
4.00 - 7.00 petang - pi la mana2 pun nak..round2
8.00 malam - tiba di stesen bas Butterworth..cari tiket ke KL.pokcik balik rumah dia kat Penaga
11.00 malam - menyamar beruang di dalam bas (tidur)
12.00 malam - menyamar tikus tanah

Itu hanyalah perancangan..hakikatnya?

7.00 pagi - aku bangun dan bergegas ke bilik air utk mandi dsb.. dalam pukul 7.30 ayah aku hantar ke stesen bas Kangar, beli tiket berharga RM 10.40 untuk ke Butterworth (mmg la mahal ngok sebab jarak ke sana lebih kurang 100km++ gak)
Beli paper New Strait Times sebagai bahan bacaan

8.00 pagi - bas bertolak.. mula2 tak ramai sangat tapi lepas bas tu pungut org tepi jalan, ramai la plak..tp depa sampai Aloq Staq ja.. aku lepak2 ja dlm bas sebab dah tatau nak buat apa.. nak main congkak jauh sekali


Keadaan stesen bas ekspress Kangar yang x berapa sibuk pada waktu2 pagi mcm ni
Boring gak menunggu untuk sampai ke Butterworth.. sampai kat Sg Dua aku ingat dia nak guna highway baru yang tepi laut tu, tgk2 dia pakai highway Grik pny..hu..cam jauh sikit tapi xdak tol la

maka tibalah aku di Butterworth

Stesen bas Butterworth kat bawah fly-over tu.. mana pokcik ni aku pun tatau


Sementara tu biaq la aku jalan2 kat stesen keretapi dulu.. ni kepala keretapi yang dah tak berfungsi.. jangan ingat dia bleh jalan plak (kalau leh jalan mati la aku sebab dok depan dia..bijak)

pastu Pokcik pun msg..aku lepak kat platform stesen sebab situ sunyi dan ada tempat duduk..boleh la baca surat khabar aku beli tadi..hu

dalam pukul 10.30 pagi mcm tu, aku jumpa dengan Pokcik..dia dengan motonya..maka bermulalah kembara motosikal kami.. Pokcik ingat nak singgah jabatan pendaftaran sat amik pasport dia tapi tak jadi..

Tempat Dituju: MRSM Balik Pulau

kami menyusur pekan Butterworth yang agak sibuk.. memasuki lebuh raya untuk naik jambatan.. kat trafic light moto mati enjin plak..huu.. aku plak kena pakai baju hujan sebab bawak laptop dlm beg..hujan renyai2

keadaan nak masuk jambatan agak sesak.. mujur la naik moto.. yg amat mengejutkan moto pun kena bayar tol jambatan..aku pun kalut la seluk beg duit nak amik duit.. RM 1.40 je.. tapi tatau plak kena bayar tol.. mana la tau sebab sebelum ni naik kereta jaa..


Yehaa… di atas jambatan.. ni jentera yang diguanakn untuk melebarkan jambatan


Pulau Jerejak jauh di sana.. Hujan renyai2 tapi still ok.. aku pegang kamera sambil Pokcik bawak moto (kalau aku yang bwk moto mustahil aku pegang kamera)..


Nak kata sesak, tak la sangat.. cuma agak bahaya la untuk moto ni.. kenderaan besaq2..cuak gak kadang2.. lagi cuak kalau kamera terlepas dari tangan..huhu

kami menuju ke arah Bukit Jambul.. pening gak nak cari jalan ke Balik Pulau.. kami terlepas simpang untuk jalan tepi laut (mudah skit).. kami meneruskan ja perjalanan melalui Relau, Sungai Ara.. kat sini ada kem tentera.. Pokcik cerita ni tempat dia ada program masa darjah lima


Pekan Bayan Lepas.. akhirnya jumpa juga jalan ke Balik Pulau..lega.. hari tak panas sangat.. ok la

Kami melalui jalan2 bukit untuk sampai ke Teluk Kumbar.. sebelum meneruskan perjalanan bukit-bukau yang agak ekstrem ke Balik Pulau..


Wei jaga Pokcik.. ni kona lipat ni.. jangan sampai hidung aku kena divider dah aaa


Menaiki bukit.. depan tu ada trafic light sebab hanya satu lorong boleh guna (sebahagian kecil ja

kami terpaksa potong lori kuning (org panggil tren) tu sebab kalau ikut memang lambat la sebab tak larat nak naik bukit


Menaiki bukit lagi..yeah.. huk gambar aku masuk sekali melalui cermin sisi?


Sedar tak sedar…tinggi jugak!..gayat ni.. sekarang ni jambatan tgh dibuat..jadi lepas ni tak payah daki bukit teruk sangat.. tapi x siap lagi la

pastu kami menuruni bukit yang tak la curam sangat.. sampai tu terus cari signboard MRSM.. last2 terlajak la pulak.. pastu patah balik dan akhirnya…. tibalah kami~

MRSM Balik Pulau>

kami terus telefon Puan Rokiah.. dia tak duduk kat MRSM tapi kat rumah sewa sekitar MRSM ni jugak.. jadi kami terus bergerak ke sana.. dlm 400m dari MRSM tu ja..

sampai sana.. pening gak cari rumah sebab dia bagitau Jalan Genting..yang ada jalan Gemilang..hehe..ka aku silap dengaq?

masuk dalam rumah ada cikgu Wan, adik cikgu Rozana, Cikgu Rozana ngan Cikgu Rokiah.. sembang2 dulu dengan cikgu Wan sementara cikgu Rokiah siap

lepas tu perbincangan pun bermula.. ada sedikit benda nak kena tambah dalam presentation tu iaitu Gantt Chart dan action plan..so aku pun dah mula memikirkan banyak benda lagi nak kena ubat dalam presentation tu

lepas tu aku bagi beg kat cikgu sebab nak semayang jumaat sat kat Masjid Pondok Upeh.. ya la tak berani aku nak letak merata tempat beg yang ada laptop dan lain-lain tu..masa kat masjid tu jumpa la geng2 hoki KMB.. terkejut jugak depa nampak kami.. ya la tiba2 ja muncul..

lepas semayang aku amik balik beg kat cikgu..pastu kami terpaksa ikut bas kolej sebab cikgu pun tatau dia nak pergi mana.. diorang nak p jalan2.. so kami pun kena ikut la sebab ada lagi benda yang tak dibincangkan dengan cikgu..


Follow the bus! .. ni menaiki bukit utk ke Georgetown (ikut jalan satu lagi)


Waaa gayat lagi..tinggi ni.. kereta terpaksa beratur panjang sebab bas slow skit naik bukit nii

aku cuba sedaya upaya amik beberapa gambar yang cun sebab scenery kat atas ni sangat la cantik..tambah pula baru lepas hujan.. memang segar mata memandang


Balik Pulau di bawah sana.. nampak laut jugak

kami terpaksa potong bas kolej sebab slow sangat.. kami tunggu kat satu simpang yang berbukit.. tiba-tiba ada satu wayar tiub kat motor pokcik terkeluar..kami dah cuak .. so kami pun terus cari bengkel dulu (bas kolej dah potong kami semasa kami cuba membaiki tiub itu)

akhirnya jumpa bengkel setelah turun bukit.berdekatan Relau.


Tiub air je.. nasib baik.. nasib baik tokey kedai ni tolong baiki secara percuma.. benda tu tak serius pun.. cuma kami dua ja cuak sebab ingat tiub apa tadi

akibatnya kami kehilangan bas kolej!
aku telefon cikgu dia cakap kat Bukit Jambul menuju Georgetown.. so aku ngan pokcik pun menghala ke arah Georgetown (walaupun kami tatau jalan, tapi bantai ja!!)

akhirnya melalui pekan Georgetown yang sangat jammed.. aku bimbang gak pokcik dok menyelit pakai moto ni..heh..last2.. sampai kat PDG KOTA.. aku sangat lapar sebab pagi tadi makan nasi sikit ja….makan time! Pi tandas dulu

Suasana kat medan selera.. kami makan rojak RM 8.00 dengan nasi.. aku bubuh mcm2 dalam rojak ni.. ubi kentang,telur dll..sedap gila kuah dia.. sorry lupa amik gambar lak..lapaq sangat

tiba2 jumpa orang yang tak disangka.. Syafiq (ketua volunteer Ragbi).. wakak mcm mana dia boleh ada kat sini..rupanya dia dengan keluarga..so dia makan sekali dgn kami..keluarga dia ada sekali.. Pokcik plak ada jumpa cikgu lama dia sebelum tu.-


Perkakasan aku..beg tu ada laptop dan macam2 lagi..beg plastik hijau ni ada baju2 aku..jaket ungu hijau tu pokcik punyaa

Bas kolej mula2 nak menuju ke PDG KOTA.. tapi sesat sebab bas susah nak parking.. diorang gi Queensbay Mall.. huk..jauh tu!.. so kami ckp kat cikgu jumpa nanti ja la sebab kami pun dah sampai Georgetown dan dah nak balik ke Butterworth..


Lepas makan lepak .. pemandangan hari ni agak clear.. boleh nampak Gunung Jerai kat Kedah.. Langkawi pun nampak sikit2 kot kalau x salah aku.. aku pun x nampak sgt.. Pulau Payar pun ada aku rasa.. tah byk sgt pulau!

kami pun berangkat untuk jalan2 sekitar Georgetown jap..


Fort Cornwalis… dekat PDG KOTA ja.. tak sempat plak nak berhenti..amik gambar jadi laa dari atas moto ni


Kalau x amik gambar KOMTAR, rugi la mai sini..

kami singgah kat Masjid Negeri semayang Asar..pokcik ja semayang sebab aku dah jamak tadi..


Masjid Negeri..hmm ingat lagi aku penah mai cni 12 tahun yang lalu lebih kurang

tatau hendak ke mana..aku cadang pi Gurney Drive.. kami pakai ikut signboard ja.. sampai sana lepak2 tepi tu jap..

kunci moto jatuh dalam laut! bukan dalam laut tapi dekat2 nak jatuh laut la..nasib baik sangkut kat batu.. kalau jatuh sampai ke bawah batu , tatau la apa nak jadi!…huhuh


Gurney Drive.. belakang aku yg tgh amik gambar ni Gurney Plaza la (xdak dlm gambar.. mana leh amik gambar depan belakang..sob2)

dah tatau nak ke mana..jam pun dah dekat pukui 6..kami menuju ke terminal feri..terkejut gila tgk ramainya orang (moto pun sama..kereta pun sama.. penumpang pun sama!)


Ramainya org… kami tunggu dalam 20 minit mcm tu.

masuk dlm feri mmg sesak2 jugak la.. tapi naik moto ok ja.. lepas parrking moto, aku ngan Pokcik lepak tepi feri.. tgk pemandangan..ada kapal Star Cruise…jambatan Pulau Pinang pun nampak


Feri meninggalkan terminal

dalam 15 minit sampai la sebab bukan jauh mana pun.. so kami pun keluar dari feri dan cari stesen minyak sebab minyak dh nak habis


Yehaaa…pecut2.. org nak masuk Penang melalui feri pun kena beratur panjang..hhuhu

kami isi minyak kat Mobil kat pekan Butterworth..aku beli ayaq 100plus.. pastu kami pun kembali ke terminal.. aku beratur beli tiket train untuk ke KL malam ni..tgk2 dah habis!.argh.. ya la dah nama pun cuti sekolah

so aku cari tiket bas..lama gak la mencari.. akhirnya beli bas Transnasional pukul 11 malam.. bas ke Kajang dah habis maa

aku dan pokcik semayang magrib kat surau KTM Butterworth..pastu makan nasi goreng ayam (tadi kat padang kota pun nasi goreng ayam) dekat medan selera.. pastu kami beli tiket train untuk balik hari Selasa ni dari KL

lepas Pokcik semayang Isyak.. dia pun blah balik umah naik moto..30 minit juga baru sampai umah diaa so aku duduk sorang2.. apa lagi, lepak kat stesen KTM la.. ramai jugak org naik malam ni.. ada sorang makcik ni tatau pasai train.. aku pun tolong la ceta kat dia pasai tiket tu.. coach apa semua.. semangat train betui aku ni..

aku sebenaqnya nak tgk cemana train tu tukar kepala sebab Butterworth ni stesen paling hujung


Pukul 9.30 malam, keretapi pun tiba.. mmg silau kalau keretapi punya lampu


Kepala keretapi yang dah berpisah dengan gerabak..tukar kepala lain sebab nak gi arah lain

dalam pukul 10 malam tu, tren pun blah gi KL..tinggal la aku sorang2..nak buat apa ni.. dah la pukul 11 bas.. so aku pun lepak kat medan selera, makan benda kegemaran aku, roti bakar dengan milo O ais… sambil tu tgk Anugerah Skrin kat TV3


Bosan.. sambil tu baca newspaper
Dekat pukul 11 aku gerak cari bas tu..sebelum tu pi tandas dulu


Dalam bas.. arghh ngantuk


Ni jambatan baru kat Butterworth..sekali tgk mcm jambatan Pulau Pinang lak

so aku pun tidur.. esok baru sampai KL

Kesimpulan daripada perjalanan hari ini
1) Bes gila naik moto dengan Pokcik kat Penang
2) Banyak belajar jalan2 kat Penang walaupun datang dengan tatau apa2
3) Pertama kali sampai Balik Pulau
4) Lepas rindu nak makan rojak Penang.. sedap sihh
5) Banyak save duit jugak sebab naik moto

Tamat
bersambung.

This post has 3 comments.

  1. ekekeke..xkire mase dan ketika,keje ang shek tgkap gmba jek.. =D

    eh aku shuker ar gmba silau kete api tuh..ee smart glew.

  2. jbatpg
    13 Sep 08 1:16 pm

    PERKHIDMATAN FERI PENUMPANG

    ——————————————————————————–

    Perkhidmatan feri dari Butterworth ke Pulau Pinang merupakan feri penumpang pertama dan paling tua masih beroperasi di negara ini. Perkhidmatan ini dimulakan buat pertama kalinya pada tahun 1894 dengan mengangkut kenderaan dan orang ramai dari Tanah Besar ke Pulau Pinang. Perkhidmatan feri ini diusahakan oleh sebuah syarikat adik beradik Quah Beng Kee yang berpengkalan di Pulau Pinang.

    Pada 1924, perkhidmatan ini telah diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang yang kemudiannya memperkenalkan perkhidmatan feri yang lebih besar dan selesa. Setahun kemudian, sebuah jeti baru dibina iaitu Church Street Ghaut, Pulau Pinang dan jeti Mitchqel Pier di Butterworth.

    Pada tahun 1956, dua buah jeti baru iaitu Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth dibina. Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959. Beliau telah menamakn pengkalan baru di Pulau Pinang dengan nama Raja Tun Uda, iaitu Gabenor Pulau Pinang yang pertama. Beliau kemudiannya menyeberang dengan feri ke Butterworth dan menamakan pengkalan di situ sebagai Pengkalan Sultan Abdul Halim, iaitu Sultan Kedah Darul Aman.

    Perkhidmatan feri yang kini dikendalikan oleh Pesuruhjaya Pulau Pinang.

    Sumber : Hari Ini Dalam Sejarah

    © 2001 Hak Cipta Terpelihara
    Perpustakaan Negara Malaysia

    dari zam jurumudi feri jbatpg@yahoo.com.my

  3. admin
    23 Sep 08 12:48 pm

    terima kasih atas maklumat berguna :)

LEAVE A RESPONSE