Sedaq x sedaq, cuti dah pun nak habis.. tinggal lagi 2 hari ja lagi.. Macam biasa la kalau dah hujung cuti macam ni, aku akan buat ringkasan..
Peristiwa penting semasa cuti
1) Balik rumah
Saat paling gembira (sedih teringat masa nk balik sebab masa aku tulis ni dh nk habis cuti).. aku balik Kangar dengan abang aku Didi .. kami bertolak dari KMB pukul 6 petang.. singgah umah Abg Jan kat Kajang untuk buka puasa.. dalam pukul 9 mcm tu, Didi drive sampai Kangar.. aku memang letih dan asyik tidur dalam kereta (2,3 hari ni tidur lambat sebab byk kerja). sampai kat rumah dalam pukul 4 pagi.. sahur dan tidur .. damainya hidup
2) Layout baru untuk web Cqmacob
Benda pertama aku buat adalah buat balik design untuk web Cqmacob . Web ini adalah web group aku (Cqmacob) yang telah bertanding untuk Maxis Cyberlinq. Walaupun web tak cantik mana sangat tapi aku rasa gembira sebab aku tak pakai layout org..edit daripada default je.. Buat header dan yang paling penting adalah isi blog tu.. aku buat isi blog dari masa ke semasa la..

Salah satu gambar aktiviti. Tu gambar Hanip

3) Personal CAS di SMS Pokok Sena, Kedah
8 dan 9 Oktober 2007
Aku buat CAS kat sini dengan kawan-kawan KMB yang lain seperti Kam,Adbah,Farah, Izad, Fadzlin.. dua hari benda ni berlangsung.. beberapa orang student tidur sana tapi aku memilih nak drive dari Kangar.. jarak lebih kurang 60km ada kot.. aktiviti yang dilakukan adalah untuk pelajar form 3.. jadi kami semua jadi fasci.. bukan budak KMB saja terlibat tapi ada sama budak ex-Saina yang dari tempat lain. Alhamdulilah seronok la jugak
Tgk meter kereta aku naik dalam 300km lebih.. jauh gak drive.. mmg la byk gila merapu.. p Kuala Nerang la, jalan2 kat Alor Setar lagi..hmm.. terima kasih kepada semua yang terlibat

Barisan fascilitator

Aku berlatar belakang pelajar tengah buat kerja yang disuruh

Sukaneka main belon dan telur.. menakutkan woo

Fadzlin bersama yang lain berbuka di KFC Alor Setar.. thanks kepada org yg belanja ni
4) Outing di Malam Raya
Aku dan Didi telah pergi ke Kangar untuk melihat gelagat manusia..cewah ayat. kami pi bazar dekat The Store.. jalan kat situ dipenuhi dengan gerai-gerai menjual pelbagai jenis barangan seperti kuih raya,songkok,baju raya dll.. suasana mmg meriah dan gamat walaupun baru 8.30 malam.. masa kami nak balik (9.00 malam), orang sudah mula ramai untuk membeli-belah di saat akhir.

Jalan dipenuhi manusia.. beli apa pun tatau

Dari hadapan kedai kasut, Didi beli sandal raya dia..
5) Kad raya guna Adobe
Seperti mana ada dalam blog sebelum ni, aku tadak kerja dan buat la satu kad raya dengan menggunakan gambar-gambar ‘mini raya’ di KMB.. ni gambar-gambar raya kt KMB (hari jumaat 5/10 sebelum balik)

Semua pakai baju melayu.. meriah2

Dalam AVA room 3 tgk movie.. ni laptop sape ni

Concourse selepas tamat kelas..macam hari raya betul
5) Hari Raya Aidilfitri
MAcam biasa, hari raya pada sabtu hari tu..semua orang pun tau kan..tak payah cakap pun tau.. raya tahun ni Abapis tak balik..Abg Jan balik esok (raya kedua).. lepas semayang raya, salam dengan parents dan Didi..kemudian kami ke kubur dan ke Sanglang (kampung).. petang tu balik Kangar.. aku tertidur..letih…

Muka boring?

Ni kat dapur

Kat meja depan
6) Raya umah orang dan orang datang beraya
Dah ada kereta dan moto, aku pun keluar beraya sakan la raya ketiga dan raya kedua.. umah yang dikunjungi (ikut susunan)
Raya Pertama
1) Rumah Macha
Raya kedua
1) Rumah Jad/Aizzat Nur Ikhwan
2) Rumah Syam
Rumah Sendiri .. bengong tayah tulis pun tau
3) Rumah Hazim Mustafa
4) Rumah Matwan
5) Rumah Azri
6) Rumah Acan
Raya ketiga
1) Rumah Mat Zafran
2) Rumah Afa
3) Rumah Syam (lg sekali)
4) Rumah kaklong Syazana
5) Rumah cikgu Nazri - Jitra
6) Rumah Adibah - Jitra
Terima kasih kepada Jad kerana menjadi teman aku untuk semua destinasi.. Raya keenam aku gi umah kawan lama, Liana.

Kek cheese yg ada kat umah aku

Syam dan Macha di rumah Hazim Mustafa
Raya keempat,kelima,keenam (Rabu,Khamis Jumaat) agak suram sebab dah nak balik kolej dan banyak kerja nk buat.. keluar makan dengan Zam dan Kalil..
7) Upgrade Laptop
Syukur..laptop aku sekarang dah 2GB RAM.. aku guna duit raya aku untuk beli RAM laptop aku DDR2 PC-667 jenis Apacer yang berharga rm 120 untuk 1GB..aku beli 2 maka jadilah RM 240.. jadi sekarang, RAM yang lama aku nak jual kepada sesiapa yang berminat kt KMB..
Benda-benda lain aku buat
1) Baca novel Erti Rindu Ini..habis dah
2) Upgrade buku TOK PERAK punya nota
3) Tgk cerita Man Laksa
4) Merapu dengan Jad
5) Naik moto puaih2
Benda-benda tak kesampaian
1) P melancong Langkawi dengan kawan-kawan
2) baca buku Flying Book (Azmirul punya)
3) study Pure Math
4) repair kamera
5) main game kat ps2
RUMUSAN
Tu la aku dah cakap, siap kerja awai2..kan la ni dah kalut..padan muka..wakaka.. so aku nak balik dah..akan kembali ke rumah pada bulan 12 nanti insyaAllah.. cuti ni ok la bagi aku, aku dpt manfaatkan dengan agak baik la kot.. banyak benda jugak aku buat.ADIOS