Kali ni tulis dalam BM la pulak..bukan apa saja jaa..esok lusa kita buat dalam english plak yeee :P

Apa situasi aku sekarang?

1) mood nak buka puasa kat luaq! - esok (Jumaat), Ms Melor akan bawa 4 org mentinya bukak posa kat luaq.. sebenaqnya ada tujuh tapi lagi 3 org ada jamuan dengan Petronas (nak kata kesian ka atau padan muka depa x dpt ikut ni? .. tapi dua-dua makan kt luaq gak).. kami rancang untuk ke Sunway Piramid..

2) Report berjalan lancar - laporan fizik aku yang menghadapi situasi kritikal sebab due date satu report hari isnin ni dan satu lagi jumaat depan.. isnin ni ada lagi report baru yg kena antar jumaat depan… jadi ada 3 report dlm masa 2 minggu ni!

3) Jamuan berbuka KMB - kolej aku akan mengadakan jamuan berbuka puasa bersama guru,staf dan keluarga pada sabtu ni.. makan apa aku tatau la.. harap2 meriah dan seronok :P

4) Seminggu lagi nak cuti!! - benda yang paling aku nantikan.. tapi mngkin balik kangaq hari ahad dengan menaiki kereta bersama Didi..tiket balik raya dah beli jumaat malam… burn la kot tiket tu :((

5) External CAS minggu depan - ingat nak buat aktiviti berkenaan hari raya..mungkin lukis kad,warna kad atau nyanyi lagu raya ..

6) Econ test aku dijangka lingkup sebab aku jawab pun ntah apa2 (Selasa lepas).. minggu depan ada Fizik,Chem dan Math test gak..pada masa yang sama minggu depan adala T1 (minggu yg jadual agak ketat)..tambah pula hari Rabu ada Engineering talk..wakaka.. kerja lagi..pergh mmg sah sibuk .. test fizik hari selasa petang (selepas penat pi CAS)..sob..

7) Family aku mai hari ni ke Kajang.. Didi stay sampai minggu depan

Banyak gak blog entry yang tertunggak:

1) Perarakan hari kemerdekaan di Dengkil
2) External CAS - mainĀ  ‘boling’
3) External CAS - tanam pokok

Yang tu hanya untuk cerita2, kalau nak dikirakan blog mengenai benda lain..byk jugak la..

Satu lagi, aku tertanya2 siapa yang selalu melawat laman web aku.. kalau tgk melalui Gostats, ada lebih kurang 10 org sehari..tapi komen kat sini atau shoutbox tak ada pun.. jadi sesiapa yang rajin tulislah komen denganĀ  klik komen kat bawah ini atau tulis kat shoutbox..

InsyaAllah lepas ni aku akan tulis mengenai rancangan aku semasa cuti..

This post has 2 comments.

  1. Cikgu Sanusi
    01 Oct 07 4:07 pm

    Salam,
    Baguslah tu, teruskan blog ni, sekurang-kurangnya melatih kita melahirkan idea tak kira apa saja.Kalau orang dulu-dulu tulis dalam dairi.macam-macam perkara boleh ditulis.
    Selamat Berpuasa dan Selamat hari Raya buat semua bekas warga MRSM Laangkawi yang ada kat sana..teruskan perjuangan,kirim salam kat semua

  2. abu
    04 Oct 07 3:26 pm

    jdgkvasduas fjavf
    aku komen. aku rajin masuk blog hg. habih bosan kat sini liao. i miss u!!!

LEAVE A RESPONSE