Tak payah la aku nak ceritakan apa itu CAS sebab dah cerita sebelum ini. Mungkin istilah Personal CAS ni masih baru kt blog ni.. Jadi aku pun nak terangkan sikit.. Personal CAS ni maksudnya CAS yang dibuat sendiri oleh pelajar tanpa melibatkan kolej. Buat la apa2 aktiviti CAS asalkan dpt feedback letter daripada syarikat/institusi terlibat.. Contohnya:
a) menolong membersihkan kandang kuda di Zoo Negara
b) menjadi urusetia pertandingan lari dalam guni peringkat daerah
c) membantu di rumah anak yatim
d) menyamar beruang selama beberapa minit
Jadi, aku telah turut serta personal CAS yang dianjurkan oleh budak-budak Alor Setar di Langgar.
HARI PERTAMA
Ceritanya.. bermula begini…
Kegelapan pagi tidak menghalang Kembaraku menyusuri jalan menuju Changlun. Keadaan jalan yang lengang membolehkan aku memecut tanpa ada halangan..
Maka, sampai di Jitra.. aku ke Taman Tabun Haji ambil Izat
Aku: wei mana rumah ang
Izad: mai jalan besaq..aku dok depan umah ni
Aku: ?? mana dia
Izad: wei wei aku nampak ang..kembara merah aa?
Aku: mana ang? (masih keliru)
selepas 10 minit akhirnya jumpa..walala
maka kami dua menyusuri jalan kampung menuju Langgar.. sebuah pekan di pinggir Alor Setar.
dan sampailah kami ni pekan itu
lepas pusing2 dan park kereta.. jalan2 kat pasar tani kt situ (atau dalam bahasa utara dipanggil ‘nat’)
beli paper.. Izad beli popcorn <— disuruh membeli oleh org lain
pastu aku park kereta dalam kawasan sekolah tu..agak cuak sebab kot la kena marah..eheh

Signboard sekolah berhampiran tempat aku letak kereta

Satu lagi signboard di bangunan bersebelahan..lawa sehh..
masuk dalam kelas semua orang dah ready (aku agak lambat la kot ngan Izad) (lambat 2 minit ja pun)
maka kami diberi ahli kumpulan masing2.. satu kumpulan dalam 5,6 orang mcm tu….lupa lak nak gitau bebudak KMB yang terlibat dalam personal CAS ni
1) Dalila - boss
2) Farah - aku baru kenal hari ni
3) Adibah - budak Asma yang aku cari selama ini..jumpa juga akhirnyaaa
4) Kamarul - budak kelas BM aku
5) Izad - geng merapu
6) Shah Kang bulat - penulis yang malang (org dok sibuk buat lab report aku dok buat benda ni..wakaka)
sesi pertama adalah ‘ice breaking’ session. maka aku pun memperkenalkan diri aku dan pelajar-pelajar pun sama. antara ahli group aku adalah Beckham,najwa dll..
jam 9.45, sesi ice breaking dalam klass..Kamarul bagi teka-teki apa tah aku pun dah lupa.. bla bla bla
10.30 pagi - rehat.. para fasci mengambil tempat untuk acara stepler kertas dan makan popcorn

Macam tension ja muka budak2 ni.. walalala.. aku report kat mak aku (tidak mempunyai kaitan dengan gambar)
pukul 11.00, pembelajaran dalam berkumpulan berlangsung.. Subjek adalah sains manakala topik adalah berkaitan haba dan cahaya.. jawab soalan dalam kertas.. aku kena ingat balik apa yang aku belajar dahulu kala..

Gaya tekun encik Kamarul
Adibah bersama ahli kumpulannya.. jaga woo adik2, kak ni garang (lawak ja Adib jgn la marah)
K
Farah dikerumuni peminat kecil?

Izad dikesan menconteng papan hitam.. tapi takpa niatnya hanya untuk menulis tajuk

Dalila juga turut menconteng di papan hitam..apa nak jadi budak2 zaman sekarang (sebenaqnya dia tengah mengajar)
pada akhir kelas, kumpulan aku ngan Dalila gabung.. senang sikit nak bagi diorang paham apa yang diajar..
Selepas kelas tamat, aku,Izad dan Kamarul pi makan nasi kandaq..walala.. jauh jugak dekat restoran Nashmeer..aku makan rm 3 lebih ja? izad ngan Kam? tanya depa sendiri…
aku balik Kangar guna jalan Kodiang..susah juga sebab jalan tengah dibaiki… aku asyik pulas stereng nak elak lubang.. jangan lepaih dalam parit dah la.
HARI KEDUA
sampai rumah Izad dalam pukul 8.15 pagi.. sembang ngan parents dia jap kemudian baru bergerak menuju Langgar
Di sebuah simpang
Aku: arghhh tensen la kereta banyak.. awat hari ni jugak nak banyak kereta
Izad: rileks wei
Aku: haaa moto! cepat la! (marah kepada moto sedangkan moto tersebut langsung tidak melakukan kesalahan jalan raya apatah lagi kesalahan disiplin sekolah)
PINN!!!! (bunyi hon)
Izad: wei awat hang hon
Aku: aku tertekan la weiii….
Chau… kereta bergerak deras sebab tak sengaja tertekan hon..malu… dah la situ kawasan orang ramai…
Sampai di sekolah, terus bergerak ke kelas.. hari ni subjek Math..
sebelum tu aku dan Izad bergerak ke gerai hadapan sekolah untuk membeli air panas (buat eksperimen belon)..tapi pakcik tu bagi percuma ja..oh thanks pakcik!

Lihatlah abang Izad melakukan eksperimen itu.. belon akan mengembang (susah jugak nk kembang sebab kena tunggu lama)

Math’s time… kali ni tak duduk dalam kumpulan.. so fasci bergerak bebas

Gambaq aku la plak..

Izad dan Dalila.. belon tu meletup akhir sekali..aku pun tak pasti apa sebabnya
maka rehat pada 10.30 pagi, kami lepak di warung depan sekolah sambil membincangkan topik2 hangat

Membaca idiom English di kedai makan adalah amalan mulia ..teruskan
Pukul 11 pagi, kelas math diteruskan

Pelajar pening.. Izad dengan gaya tekun

Adibah bersama pelajar yang diajarnya

Yang ni Dalila..gambaq senget sebab aku malaih nak rotate

Yang baju putih tu Adibah.. keliru gak sebab dia pakai baju putih macam pelajar sekolah la plak ..

Sesi penerangan.. aku dan Kam sebagai backup jaa
Lepas makan dan solat Zohor, sesi terakhir adalah sesi perbincangan mengenai kesimpulan.. pastu ada la sikit feedback daripada students..nasib baik la banyak yang positif….
pastu aku pun balik
(aku penat la wei..nk makan mi kari kt DS ni..lab report pun x sentuh lagi)
chau…