Archive for August 2007

Hari CAS
Hari untuk kita buat CAS
2 minggu, hanya sekali

 

Minggu T1 tiba lagi.. maknanya, hari Selasa adalah hari external CAS untuk kelas aku!…yehaaa…
Maka pada petang Isnin tu, aku buat meeting dengan ahli kumpulan untuk membincangkan apa aktiviti yang hendak dibuat


PDK Teluk Panglima Garang, KLANG

Disebabkan cikgu pengiring cakap, cikgu PDK ckp suruh buat bendera.. maka aku,Ijaz,Azmirul,Bashu dan Sri pun memikirkan cara kreatif nak buat bendera untuk diorang.. Zu tak datang..disyaki mempunyai kerja lain (kerja rumah la, bukan posmen,polis atau operator pengeluaran)..

 

Aku: kita guna krayon
Ijaz: Tak smat
Bashu: kolaj senior tahun lepas dah wat
Azmirul: guna water colour la
Sri: ..

(dialog yang telah diubahsuai)

 

Maka kami pun tetapkan nak buat bendera guna kertas warna/kad manila ja. budak laki buat bendera manakala yang pompuan buat slogan.. meeting ditangguhkan.. ‘dating’ dibuat di KOOP pada jam 9.15 malam..

Aku sampai awal dan terus masuk KOOP melihat barang-barang yang perlu dibeli.. kemudian semua ahli yang lain tiba.. banyak juga barang beli.. RM 17.00 .. guna duit aku dulu (bila depa nk bayaq aku tatau la..wakaka)..lepas tu aku Ijaz dan Azmirul melawat tapak exhibition kami kat Concourse..semuanya lancar dan kemudian kami sambung potong polistrin (lebihan buat exhibition)..

Larut malam.. bahan untuk esok iaitu fotokopi bendera Malaysia ilang?..waa…mmg kekalutan jugak la..nak pi concourse dah pukul 12 tgh malam..cuak woo..

KEESOKAN HARI (14/8/2007)

Bangun pagi dan bersedia dengan barang-barang semua..aku bawak bola sepak sekali (kalau tatau apa nak buat)..aku pi Concourse, rupanya bendera Malaysia yang fotostat untuk diwarnakan tu tertinggal atas meja..nasib baik

 

selepas kehadiran diberikan kepada Encik Latif, kami pun naik dalam bas..

kali ni cikgu pengiring kami iaitu Puan Roslinah Alias tidak dapat hadir..aku dah mula rasa cuak sebab aku dah la ketua..maknanya, aku kena berurusan terus dengan cikgu PDK la jawabnya..tapi takpa..ok ja

 

sejurus tiba di sana, cikgu PDK mintak tolong gotong royong bahagian luar.. ada la jugak kerja lain.. maka aku pun mengambil perkakasan kat dapur dan mulakan kerja.. sapu sampah,cuci longkang..Ijaz ngan Azmirul pi kedai tolong beli cili kot.. yang perempuan pula cuci bilik jahitan kat dalam,sapu sampah dan sebagainya..penat la jugak…


“Jaga-jaga panjat tangga tu.. jatuh kang susah.. “kata aku kepada Azmirul, konon-kononnya


Ijaz dengan cermatnya menyapu daun-daun kering

 

habis gotong royong dalam 10.30.. kami berehat sekejap dengan menolong pelajar kat sana mewarna.. kami ada potostat bendera Malaysia (lukisan la bukan yang betul).. maka kami bagi pelajar kat sana warna yang tu la. ada jugak lukisan yang diberikan oleh cikgu PDK untuk diwarnakan .. gambar ikan paus kot kalau tak salah aku..


Zu tengah mengajar beberapa orang pelajar mewarna.. yang lain pun sama

waktu rehat.. kami dijamu dengan nasi goreng..sambil makan sambil buat bendera guna bahan-bahan yang kami beli semalam contohnya kertas tisu,kad manila,kertas warna dll.. aku makan roti je sebab tak lalu makan nasi pagi2 macam ni.. budak perempuan sibuk dengan hiasan slogan mereka..yeah..chaiyo2! sambil2 tu kami main bersama pelajar kat sana..aku pula sambung warna bendera Malaysia yang masih belum siap bersama Azmirul


Ijaz memulakan langkah untuk bendera manakala Azmirul mewarna apa yang patut (aku pun sekali :P)


Sri tengah gunting kertas warna untuk slogan merdeka tahun ini iaitu Malaysiaku Gemilang


Nasi goreng


Bendera makin siap nampaknya :)

 

lepas siap bendera tu, kami letak tepi dulu…kami ikat bendera Malaysia (bendera aku beli kt Tesco) kat depan PDK tu.. aku bawak 2 helai ja.. campur lagi satu helai yang PDK punya.. maka aku,Ijaz ngan Azmirul pun bersama-sama la mencari tempat sesuai untuk diletakkan


Bashu bermain bersama seorang pelajar kat situ.. jangan dia yang naik buaian (’nduiy’ dalam bahasa Perlis) tu dah la..

lepas tu ikat tiang bendera kayu kat pagar..


Menggunakan tali untuk menegakkan kayu

kemudian kami lekat bendera yang kami buat kat sliding door PDK.. bawah bendera tu plak adalah slogan yang perempuan buat..


Alhamdulilah..siap juga dalam masa yang ditetapkan..

dalam pukul 11.30 mcm tu, kami lekat pula bendera Malaysia yang diwarna oleh pelajar PDK.. tapi ni bukan bendera yang kami fotostat tu, bendera yang dah lama diorang buat..tapi tak sempat lekat..so kami lekat kat atas dinding ja.. bendera yang ni atas kad manila ja jadi tak payah sangat la nak lekat

 

dalam pukul 12 mcm tu, Alia mesej aku kata bas dah bertolak dari Authism Center.. maka kami pun bersiap-siap la sebab bas tu akan tiba dalam masa yang terdekat..selepas ucap terima kasih kat cikgu PDk, kami pun berjalan menuju ke tempat menunggu bas.. sambil2 tu makan keropok dan sembang..main bola?..main baling2 je (tolong la jatuh dlm longkang, kalau jatuh mmg arwah la bola tu:(( )

kemudian bas sampai dan kami pun pulang ke kolej..lalalalal

KESIMPULAN
Kali ni agak sibuk berbanding hari pertama dulu..kali ni lebih banyak kerja yang dibuat iaitu gotong royong dan buat bendera.. terima kasih kepada cikgu PDK dan ahli kumpulan kerana kerjasama yang diberikan

sekian

Macam biasa la kalau dah hidup kt hostel tu mesti la ada jamuan kadang2.. kalau duduk kt rumah atau apartment mungkin agak susah nak kumpulkan org ramai untuk buat jamuan

Maka, blok hostel aku mengadakan jamuan. Sebab? aku pun x pasti tapi senior cakap untuk menyambut kedatangan Syawal, eh silap.. menyambut kedatangan juniors baru (kami year 1).

Jadi, dah nama pun buat jamuan.. kena la bekerjasama untuk siapkan

Sesudah habis paintball, aku lalu kt bilik TV dan nampak notis pembahagian tugas.. bilik aku kena buat penyediaan bahan masak dan masak.. hu.. aku pelik gak takkan nak buat jamuan malam Sabtu sebab semua org balik.. rupanya Ahad malam jamuan tu (semua dh balik ke asrama)..

Sabtu malam, aku dan beberapa rakan lain tolong buang lemak ayam.. byk gak ayam.. so agak susah la dengan tangan berbau ayam nak pegang laptop dan buat kerja..hehe.. terpaksa la guna sabun yg byk dan keringkan untuk sambung kerja..

Keesokan harinya, aku bangun awal sebab lab report fizik aku x sentuh pun lagi.. so dari pukul 8 sampai pukul 11 memang tumpu buat benda tu dalam bilik.. sampaikan suruh Akid beli nasi lemak kt koop sebab malas nak keluar (sebab x mandi, jadi agak malas)

Petang tu, aku dan beberapa rakan lain tolong abg senior merangkap tukang masak iaitu abg Sapir.. dia suruh potong bawang,halia dll.. aku buat dengan Chem,Nazam,Yus.. pastu ada la lagi org lain yg masuk campur (maksud aku tolong la).. kemudian, kami pi belakang DS untuk ambil kayu api.. berat la juga tapi okay je…


Hafiz,Amir,Yus..Pedih mata potong bawang…sob2.. aku bapa kali ulang pi tandas basuh muka..

waktu riadah petang, suasana makin meriah dengan kehadiran tempat BBQ dan periuk besar.. ada 2 jenis lauk iaitu sup ayam (stew) dan ayam bakar.. maka bekerjasamalah ahli blok untuk menyiapkan tugasan masing. ada tolong angkat meja, angkat PA system, bakar ayam, kacau sup dll.. perkara ni berlarutan sampai ke malam..


Acara ini masih belum tamat nampaknya..


Tafzani dan Raja.. kacau sup..walala


nampak cam ayam masak kurma..tapi sebenarnya bukan.. tatau apa nama resepi, yg penting sedap..

jamuan dimulakan pada jam 10 malam.. ucapan oleh warden blok iaitu abang Edi.. kemudian ucapan ketua blok iaitu abg Azhar..dan akhirnya tiba la waktu makan.


Aku amik tanpa flash, agak kabur tapi still jelas.. makanan yg sudah siap disusun


Kekawan beraksi bersama makanan yg dihidang. ada kuetiau,hotdog,tembikai, coleslaw dll

aku duduk di hadapan bilik Akid dan Azri ja..bersila depan tu.. aku dah la tak makan apa dari siang tadi..tambah pula koop tutup hari ahad..walala.. so mmg makan puas2


Bersila je la.. makan dlm bilik nanti tumpah tak ke haru biru

so lepas semua dh habis makan.. coleslaw,kutiau dan tembikai mmg banyak lebih..so aku tolong edarkan kepada kawan2 blok lain.. makan free la diorang.. ye la daripada membazir, baik sedekah..

KESIMPULAN
Thanks again to Chem for helping me taking the pictures (some of them).. hehe.. thanks juga kepada senior kerana menganjurkan jamuan dan kepada kawan2 year 1,  thanks sebab berkerjasama melancarkan majlis… tidak lupa kepada abang Edi yg byk menolong

Pada 4 Ogos yang lalu, aku telah menyertai satu klinik paintball.. Buat kt mana? kat dalam kolej aku ja.. mungkin sebab kawasan yang luas mmg sesuai la buat paintball.. lagipun KMB penah anjur tournament paintball dulu. maka, senior dan cikgu ada pengalaman la pasai benda ni

Pada 3 Ogos petang , semua peserta berkumpul di Pavillion untuk briefing daripada senior (presiden Paintball Club iaitu abg Amal).. sebelum tu kami dipecahkan kepada 4 kumpulan besaq iaitu A,B,C,D.. sebab nak main nanti dlm liga..


Mendengar penerangan..

Briefing ptg tu mengenai cara bermain, peraturan, sejarah Paintball dan macam2 lagi la.. so dpt la gambaran awal mcm mana Paintball ni.. macam lipat baju ka,macam minum ayaq kt water cooler ka.. actually, main paintball mcm main perang2 la cuma guna peluru bola yg berisi cecair warna.

Setelah amik gambar untuk setiap kumpulan, kami pun pulang la sebab dah senja.. esok baru nk main.. agak cuak sebab tatau sakit ka dak kalau kena peluru tu. org kata sakit sampai lebam? walalala takut aku

Lupa nak gitau plak.. team aku terdiri daripada Hafiz Karim,Chem,Izad dan Farid .. waktu briefing ptg tu Izad tadak sebab dia ada prob skit..hu

Nama team? dulu masa pendaftaran aku buat lawak bodo.. org kata sharp shooter.. tapi aku ckp sharpener (pengasah pensil).. x sangka plak teammate aku setuju nak guna nama tu tapi diorang ubah skit kepada Sharp-earner.. namun org ramai masih mampu mengesan bahawa perkataan tu dtg daripada perkataan sharpener..wakaka malu

KEESOKAN PAGI (LAGU TGH CUAK BERKUMANDANG)

Semua peserta painball berkumpul di Pavilion dan berbincang dlm kumpulan mengenai strategi dan segalanya sementara urusetia menyediakan kelengkapan.. Selepas sejam berbincang, acara pertama dimulakan iaitu shooting.. disebabkan masa x sempat maka sebahagian team sahaja yg sempat shoot..termasuk la team aku..

first time pegang marker (pistol tu la) tu rasa berat gak tp ok ja.. shooting ni tembak kertas ada gambar org (bukan kertas tp kadbod).. so aku bes gak la sebab ada jugak yg aku tembak yg kena..wkaka .. rupanya tangan aku tak ‘pengkaq’ sgt la.

kumpulan aku adalah kumpulan last yg shooting..so lepas tu terus masuk game.. mula2 ada preview dulu daripada geng senior.. rasa cuak plak tgk sebab bunyi tembakan yg kuat (lg kuat drpd bunyi enjin plane yg lalu atas kolej) dan org ckp sakit! ..argh!! sakit cemana tu?


Wakaka.. ha apa lagi elak la.. fungsi pelampung, meja (terlindung) adalah untuk sembunyi.. fungsi gol hoki di kedua2 belah pasukan adalah sebagai dead box (kalau mati duduk situ diam2,jgn buas) .. situ juga terdapat bendera team kita yg sepatutnya kita pertahankan

maka.. dengan cepatnya masa untuk team aku plak lawan.. lalalala (takut)
kami lawan dengan pompuan dulu.. aku pun dah lupa apa nama teamnya.. dan lebih mencuakkan diorang ada sorang senior yg hebat (tak cukup org jadi diorang import)..jadi dalam hati aku = “bungkuih dah kami paih ni”

maka bermulalah ketakutan aku yg pertama apabila petandingan dimulakan.. dan itu dia tembak berbunyi..aku ngan izad dok belakang sekali sebab kami last bek (cam bola plak).. hafiz kalah plak sebab marker dia x leh jalan then kena tembak.haduh… Chem pun sama kena tembak

maka ditakdirkan peluru aku habis..yea..aku senyum ja la… tapi akhirnya kami berjaya gak amik bendera..thanks to Farid.. Izad dok belakang back-up..

so pagi main satu game ja..lepas rehat dan semayang apa semua..sambung!


Sembunyi dan tembak.. team ni dah ada sorang yg mati kt dlm dead box tu

so kemengan pertama sudah tercapai.. kami lepak2 then masuk plak lawan untuk kali kedua.. lawan pompuan lagi.. game kali ni lagi cepat habis sebab apa aku pun dah lupa.. refree ckp kami overshooting..mula2 ingat nak kalah tp seb baik menang gak..wakaka


Perlawanan berlangsung..Dinasihatkan supaya tidak bersiar-siar secara sengaja semasa perlawanan sedang diadakan sebab kalau kena mata mmg akan bermasalah..mungkin buta woo.. peluru deras.. org yg amik gambar ni pun pakai pelindung

kemudian masuk game ketiga…agak cuak sebab kali ni lawan lelaki..so mungkin kalah la..haduh.. nama team tu Pak Guard KMB.. tapi yg main tu student year 1 la bukan pak guard..so berlawan lah kami..tp kami disqualify sebab teammate kami terjatuh mask dia.. kalau tidak mmg menang besar tp sebab tu kesalahan serius, maka kalah la.. tp bukan sengaja pun so rileks ja la.. mask/topeng tu mmg susah nk ketatkan kdg2..


Geng aku baris belakang sekali (curi dengar team lain punya strategi ke?) ..Farid xdak , pi mana aku pun tak pasti

so masuk perlawanan terakhir, perlawanan keempat..lawan ngan geng laki lagi

maka bermulalah…peluru aku byk habis lawan ngan sorang budak ni.. dia lawan aku, aku lawan dia..last2 tak tahan aku suruh izad selesaikan dia sebab peluru aku tinggai satu ja..kuang2

so lepas budak tu kalah, kami pun bergerak pi amik bendera..tgk2 ada sorang lagi! nasib baik dia x tembak aku (habis peluru kot)..aku ada satu lg peluru so aku tembak la..tataw kena ka dak tp dia mati gak (mungkin sebab marker dia jatuh kot).. yea dpt bendera dan menang

kalau nk ikutkan ada suku akhir esoknya, tp tak bleh buat sebab ada masalah clash jadual apa tah.. kalau tidak memang team aku layak la.. tapi xpa aku dan kawan2 serta org lain pun puas hati walaupun sehari main paintball..mcm nk main lagi..

KESIMPULAN / SELF REFLECTION - macam report CAS la plak
aku main tapi x kena tembak..mungkin sebab aku main belakang sekali kot.. tp rasa sakit sebab kena tempias bola tu ada gak..tp x pecah, so x kalah la. di samping itu, saya juga seronok bermain dalam kumpulan ini kerana kawan2 sangat bekerjasama.. Hafiz dan Chem budak Langkawi so mmg kami dah agak ngam..Izad dan Farid pun senang communicate.. maka, mainlah Paintball untuk keseronokan .

Sekian
wei kerja aku byk x siap lagi!!

Thanks Chem for the pictures.aku x bawak kamera hari tu dan mmg tak sempat ambil gambar sebab sibuk main.

Pada 31/7/2007 yang lalu , aku dan kawan2 telah mengadakan sesi External CAS di PDK Teluk Panglima Garang untuk kali yang pertama.

Sebelum tu, izinkan aku cerita apakah itu CAS

CAS adalah singkatan kepada Creative, Action, Services. Program ini adalah lebih kurang dengan program koQ di sekolah namun program ni perlu diselesaikan sebanyak 180 jam untuk membolehkan seseorang itu menerima sijil Diploma IB (program yg aku sedang jalani sekarang)

Contoh aktiviti CAS ni adalah sangat banyak..tatau nak ckp.. so aku berikan sedikit sebanyak contoh aktiviti mengikut kategori

Creative - buat kerja-kerja yg kreatif..contohnya cat rumah kebajikan, lukis mural di dinding sekolah, .. perlu habiskan 60 jam dalam masa 2 tahun di KMB

Action - masuk aktiviti sukan (paintball,bola dll), masuk kelab sukan kt KMB dan hadiri meeting juga dikira CAS - habiskan 60 jam

Services - melakukan khidmat masyarakat seperti tolong mengajar tusyen,gi rumah anak yatim etc - habiskan 60 jam

TOTAL = 180 jam

jadi itulah dia org panggey rough idea untuk program CAS ni

Maka pihak pentadbiran KMB telah menetapkan satu hari untuk pelajar pergi ke tempat-tempat CAS masing.. hari ini hanyalah sekali dalam masa 2 minggu.. program ni dinamakan External CAS.. hari untuk kelas aku dan 3 buah kelas lagi adalah hari selasa dalam jadual T1

Aku dan 5 org rakan lagi (Ijaz,Azmirul,Bashu,Sri dan Zu) telah ditakdirkan untuk pergi ke PDK Teluk Panglima Garang .. PDK bermaksud Pemulihan Dalam Komuniti dan orang di sana terdiri daripada mereka yg mempunyai pelbagai penyakit seperti authism, sindrom down, slow learner dan sebagainya.

Tempat-tempat lain untuk External CAS yg disediakan KMB untuk External CAS
1) Hospital TAR, Klang
2) PDK Teluk Datuk
3) PDK Kajang
4) PDK Semenyih
5) Sekolah Khas Klang
6) Authism Center
7) SK Dengkil
8) SK Bukit Tadom
9) SK Kanchung Tengah
10) PDK Teluk Panglima Garang

Maka kisah dongeng benar pun bermula . Pada suatu hari, tinggallah Sang Kancil bersama

Pukul 7.50 pagi, semua pelajar yang akan ke External CAS hari ini (bermakna CUTI la kononnya sebab tadak kelas akademik) berkumpul di tempat parking kereta cikgu sebab hujan renyai…semua kumpulan dikehendaki ambik satu tong air dan tupperware besar yg mempunyai roti sebagai bekalan makanan (mcm nak pi picnic)

maka setelah Encik Latif mengambil kehadiran.. masing2 masuk ke dalam bas.. ada 4 buah bas

1) Bas 1 - Hospital TAR, Klang
2) Bas 2 - PDK Panglima Garang (tmpt aku), Sek Khas Klang, Authism Center
3) Bas 3 (bas kolej) - PDK Kajang, PDK Semenyih, SK Dengkil
4) Bas 4 - SK Kanchung Tengah,SK Bukit Tadom, PDK Teluk Datuk


Ijaz and Azmirul.. dalam bas.. tgh cuak sebab first time nak pi


Syam di sebelah kiri.. aku tak paham sebab apa Faiz mcm muntah je.. hmm.. entah

Bas meredahi hujan menuju ke Banting.. sampai di satu tempat bernama Sungai Manggis, bas kona belah kanan menuju tmpt bernama Jenjarom.. dan seterusnya baru la sampai Teluk Panglima Garang…

sampai kat destinasi, kami turun kt kawasan perumahan (semua 7 org termasuk cikgu pengiring iaitu Puan Roslinah Alias)


Kalau sekali tgk, macam nak pi makan kenduri ja.. Kami terpaksa berjalan dalam 200m nak sampai ke PDK.

sesudah tiba di sana, kami disambut (tadak la paluan kompang atau rebana) oleh cikgu dan pelajar di sana.. aku dah mula rasa cuak tgk pelajar kat sana sebab ni la first time aku bergaul dengan golongan sindrom down,authism dan slow learner.. rasa takut pun ada

disebabkan ni first time kunjungan kami kat sini, maka cikgu-cikgu kt sana handle dulu dan kami cuba biasakan diri..mula2 adalah nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya lagu Selangor.. first time dengar lagu negeri Selangor…

so kami buat introduction dulu ngan pelajar-pelajar kat sana.. perkenalkan diri.. so sebagai leader, aku terpaksa la conduct..sob2…


Sesi introduction

Seterusnya kami meneruskan sesi intro dengan melukis di atas kertas A4 kosong.. tujuannya adalah untuk membiasakan diri kami dengan persekitaran..maklum la pengalaman pertama dalam idup.. kami cuba la try berkomunikasi dengan mereka .. try sebaik mungkin untuk pahami


Ada yang melukis, ada yang mewarna.. aku ajar diorang menulis dan melukis benda2 simple..

aku dah mula rasa biasa ngan pelajar-pelajar kt sini walaupun pada awalnya cam pening.. bes gak main2 ngan diorang.. owh pelajar kat sini terdiri daripada pelbagai lapisan umur.. ada budak kecik, ada 20 tahun, 18 tahun,24 tahun dan paling tua adalah 49 tahun..

tapi cikgu kat situ ckp suruh bahasakan diri kami sebagai abang dan kakak.. cam pelik la bunyinya sebab kami muda lg berbanding depa.


Aku bersama pelajar di situ.. sana tu Azmirul


Bebudak girls.. dari kiri - Sri,Zu dan Bashu

disebabkan hari ni ada birthday salah seorang pelajar kat situ, maka makan hari ni agak mcm special la.. mee goreng dan ada muffin. kami pun dpt makan..tp aku tgk ja sebab aku kenyang..aku makan bekalan roti yg disediakan kolej


Duduk dan makan bersama pelajar2 kat situ.. makan la nooo…

selepas rehat/makan, kami teruskan kerja.. hari ni cikgu kt PDK tu cakap nak mintak mop lantai.. so kami pun mop lantai la kat situ..lepas bancuh (betul ka istilah ni) sabun dan cari mop, maka mop pun bermula…yeah


Pakat berlumba lawan mop


Ijaz dan aku..

masa mop tu,salah seorang daripada pelajar kt situ amik kamera digicam aku dan main.. aku x kisah pun sebab aku rasa mcm tadak apa je.. cikgu2 kt situ gelak je la.. aku pun bimbang gak takut rosak ka apa ka.. tapi takpa sebab ni digicam, bukan kamera kodak.. so biar la dia nak amik gambar bapa ratus pun (kalau kodak mmg mati la aku!)


Gambar yg diambil olehnya.. cantik jugak.. byk gambar yg sama je dia amik.. aku biarkan je nanti leh delete.


Cikgu-cikgu yg sedang berehat di playground .. kebanyakan pelajar dah mula pulang rumah masing2


Gambar belakang PDK.. saja ja aku letak

maka setelah mop semua dicuci kembali, kami berehat sambil lepak2.. bas datang lebih kurang 12.30 sebab bas tu kena ambik student kt Sek Khas Klang dan Authisim Center dulu.. so kitaorang yang last sekali naik bas.. so lepak2 la dulu


Tadak wat apa..lepak ja la.. tu di atas kerusi adalah pack makanan kami yg disediakan oleh Dewan Selera..cute la plak nampak


Ex-Maresmawian (MRSM LAngkawi)..aku dan Ijaz.. muka tgh penat ni

Dalam pukul 12.30 tgh hari, kami berjalan menyusuri rumah orang untuk ke tempat menunggu bas (tmpt kami diturunkan).. sempat gak sembang2 ngan cikgu pengiring kami.. lepas bas sampai, kami pun naik.. bas tu ikut jalan shortcut mana tah..tup2 dah keluar kt roundabout Teluk Panglima Garang..

sampai di kolej lebih kurang 1.15 mcm tu… mmg penat.. kami dihujani byk soalan daripada student lain sebab group kami adalah group year 1 yg first pergi ke external CAs..so ramai la yg curious

That’s All!!

Yahoo cuti bermula semula tapi untuk 9 hari je la.. apa2 pun kena bersyukur la kan

so nk dipendekkan cerita, aku keluar dari kolej pukui 3.30 petang semalam.. agak lewat sebab menunggu dobi siap tapi last sekali tak siap juga.tapi xpa sebab boleh ambik lepas cuti. maka berjalan la aku seorang diri sejauh lebih kurang 1.5 km (+ - 0.1 km) <– uncertainties

beg dah la berat (beg Sarawak SUKMA).. dan memang lenguh bahu aku.. naik bas pi Alamanda dengan Nabil.. sembahyang dan makan piza serta guna hotspot kat Pizza Hut.. agak mudah la nak online kalau ada laptop dan akaun hotspot :P

lepas tu, Abg Jan ambik aku dan bawa pi rumah dia.. makan malam aku hanya lasagna ngan air pepsi kat pizza tadi dan garlic bread..cukup la nak lapik perut.. malas makan banyak takut sakit perut dlm bas..

jam 10 malam naik bas Sri Maju dan tiba di kangaq pada 5.30 pagi.. yeahh aku rindu KANGAQ!!!

cerita-cerita lain berkenaan Kolej Mara Banting akan diupdate dlm masa cuti ini.. InsyaAllah..  aku ingat nak tukar layout web aku..tu pun kalau ada masa..

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya