Archive for June 2007

What I’m going to write is totally a sad story. Yes, I’m sobbing while writing this . Please make sure you prepare with your handkerchiefs or tissues to wipe out your tears, that will stream down your cheek when reading this exclusive entry. The story is about my holiday.. my holiday that past away and will not return.. of course you can’t get six months holiday anymore unless you retired from your job or make yourself a long rest period after your complete your study (until you find a job)..

Akhirnya cuti telah pun tamat. Apakah yang telah aku lakukan dalam masa lebih setengah tahun cuti ini?



4 Dis - Segalanya bermula apabila bio kertas 3 tamat pada jam 3.30.. lepak2 di asrama sambil kemas barang pada malam tersebut
5 Dis - Didi mai Langkawi amik barang2 aku yang banyak. kami bergerak ke Cable Car, Underwater World untuk jalan.. bermula kehidupan di rumah

dscn0550.JPG
5 Dis - gambar di Cable Car.. beberapa jam setelah signed out sebagai pelajar MRSM Langkawi.. muka syok nak menikmati cuti..curamnya


5 Dis - memerhati ikan di Underwater World

11 Dis (LK) - Acan mengikuti rombongan ke KL. Tak boleh suruh dia ajar naik moto lagi
19 Dis (LK) - Rombongan ke Sarawak kalau ikutkan. Tapi dibatalkan sebab ada masalah
21 - 23 Dis - Ikut abah pi Kelantan..Duduk di hotel Renaissace kot..


22 Dis - Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.. Tunggu mak aku beli beg. Aku beli skaf untuk sapa ek?

24 Dis - bergegas ke KL naik BAS MARA sorang2 (mujuq ada tiket)..bermulalah kehidupan seminggu aku di KL ..dengan abang2 aku..tanpa parents


24 Dis - Kat Hentian Putra.Baru sampai naik MARA Liner dari Kangaq.. nak naik komuter gi UKM plak..penat

25 Dis - jumpa dengan seseorang dan kawan2 lain. pi Berjaya Time Square
26 - 30 Dis - hidup sebagai orang KL di rumah abang aku, Putrajaya.. Aku sorang
31 Dis - Raya haji di Putrajaya Precint 11


31 Dis - Aku dan Didi lepak kat jambatan dekat JPM di Putrajaya.. ingatkan ada bunga api sempena tahun baru..tgk2 x ada..ramai org kat sini

1 - 2 Jan - Berada di Port Dickson untuk bercuti keluarga. Abapis dan Kak Nisa tak dapat hadir kerana sibuk


1 Jan - Pemandangan dari bilik di Glory Beach Resort


2 Jan - Di Port Dickson.. keadaan apartment di Glory Beach Resort

6 Jan - Ceramah pertama aku di insitut memandu / Ceramah KPP
8 Jan - amik ujian berkomputer untuk ujian KPP.. lepas dapat 43.. lulus 42.. nasib baik
16 Jan - ceramah dan amali moto L.. first time naik moto secara rasmi.. malu sih
17 Jan - ceramah dan amali kereta L..first time bwk keta kancil.. bersama Pak Mud (instructor)
20 Jan - kuaq tgk bola ngan Acan,Khalisan dan Mat kat Kechor..skrin besaq.. chelsea lwn liverpool
21 Jan - Juara lagu di TV3
22 Jan -
gila pi panjat bukit kat Gua Sami dengan Acan dan Mat dll
23 Jan (LK) - selalu mimpi buruk pasai result SPM..huhu
24 Jan - Futsal pertama.. 6 org sahaja datang! 3 on 3..penat!!!
25 Jan (LK) - dok gila main Metal Gear Solid 3 - Snake Eater. dapat leen L
26 Jan - moto honda Wave aku akhirnya tiba dari kedai. menaiki moto ke Kangar bersama Azri.cuak
27 Jan - lepak rumah Shakaf.. pembikinan video “SATU HARI” giat dijalankan. Malaysia kalah dengan Singapura,penalti
28 Jan - macam biasa..futsal Ahad..macha acai dan syakir mai umah ajak p Bukit Ayaq
29 Jan (LK) - gila moto.. jalan merata!
30 Jan - Macha,Azri,Acan,Mat dan aku pi Gua Sami..panjat bukit
31 Jan - lawatan ke Kuala Perlis (naik moto dengan Acan,Khalisan)

1 Feb - Didi balik dari KL.. pi Alor Setar ada hal projek Didi.. malam ada penggambaran cerita “SATU HARI” di stadium
2 Feb - pi pasar malam Arau dan p Kuala Perlis dengan Didi..dia dok ajaq pasai bisnes masa dlm kereta
3 Feb - buh kunci kat tayar moto (kat kedai)
4 Feb - futsal.. balik umah dalam paper penuh iklan UPU,Uitm dll
5 Feb - UPU boleh register..ramai orang.. petang ada shooting lagi.. malam lepak depan umah Shakaff
6 Feb - FA CUP - Proton FC lwn Perlis.. aku book tarikh untuk latihan kereta dan moto
7 Feb - beli cd software dan lepak tengok hari sukan di SK Jejawi bersama Acan dan Kalisan
8 Feb - Pi tempat kerja Taufik kat Arau dengan Azfi (moto).. latihan first kereta (2 jam)
. makan charkotiau di Batu Dua..sedap
9 - 10 Feb - ikut Abah pi KL ada urusan kerja.. tidur di Quality Hotel.. last Abah mai KL untuk urusan kerja sebelum pencen
11 Feb - sorang diri naik keretapi Sinaran Pagi ke Butterworth. Naik bas ke Alor Setar sebelum naik kereta pi Kangar
13 Feb (LK) - beli domain/hosting www.norshah.com dengan bantuan Adam
15 Feb - pi Langkawi bersama Acan dan Khalisan. amik sijil berhenti kat MRSM untuk pemohonan Biasiswa Telekom.. bersiar-siar dan jumpa Pokcik dan Wan Zailani
16 Feb - majlis Abah pencen kat MADA Kangar..birthday Abah ke- 56
17 - 22 Feb (LK) - pi KL dan kenduri.. beli Digicam kat Mines.. Nikon L6..tengok umah baru Abg Jan kat Kajang (x pindah lagi)
23 Feb - pi padang besaq ngan Didi.. pagi2 buta kuaq jalan2


23 Feb - bersiar-siar menaiki kereta di Kangar sekitar jam 2 pagi


23 Feb - ke Pdg Besaq bersama Didi untuk membeli baju

24 Feb - pi Alor Setar dengan Didi dan Abah berkenaan projek Didi..


24 Feb - sementara tunggu Didi punya benda nak selesai, jalan2 kat Kuala Kedah

26 Feb - Ke Gua Sami dengan Acan.. dapat surat daripada Kolej Yayasan Melaka (borang apa tah)
27 Feb - naik moto ke Pdg Melangit.. sesat di Kechor
28 Feb - kekeliruan pasai result SPM.. ada desas desus cakap hari ni keluar.. palsu semata-mata..dalam paper STAR ada tulis keluar 12 Mac.. latihan moto buat kali pertama yang memalukan


26 Feb - Keadaan bilik pada ketika itu..adeh x clear plak gambaq


26 Feb - panjat bukit dengan Acan.. pemandangan dari atas bukit

1 Mac - rombongan ke tasik melati guna moto.. ramai gak yang pi.


1 Mac - membuang masa bersiar-siar di Tasik Melati, Beseri.

1 Mac - keluar dengan Macha,Azri,Tapa dan Khalil pi Kuala Perlis..


1 Mac - makan Charkotiau di Ocean Glow, Kuala Perlis

2 Mac - ujian QTI kereta aku.. nasib baik lulus.. JPJ
4 Mac (LK) - iklan JPA/MARa keluar paper
4 Mac - Didi beli harddisk external, 80GB kat aku.. mitak tolong dia beli
5 Mac - keluar paper pelajar 19A1 SPM 2006..tapi result belum keluar officially..cemana tuh?
5 Mac - malam ada jamuan untuk geng drama “SATU HARI” di Restoran Sawadi..preview..pastu pi depan umah shakaff, lepak2
6 Mac - update web skit.. buh vote.. sehari sebelum tu update table blog
6 Mac - ada kekeliruan pasai result SPM MRSM Langkawi.. kata nak bagi 13 Mac..kekeliruan selesai lepas aku tanya cikgu..confirm 12 Mac
7 Mac - naik keretapi ke KL bersama Jad .. sampai pagi esoknya


8 Mac - pagi2 buta di Stesen Kuala Kangsar


8 Mac - sesudah keluar KL Sentral..jalan2 sendirian kat KLCC

8 Mac - lepak2..tolong Abg Jan kemas rumah


8 Mac - rumah kosong lagi.. bersih..menunggu ketibaan barang2

9 Mac - Abg Jan pindah rumah ..tolong angkat2 barang


9 Mac - mengangkat almari ke tingkat atas


9 Mac - saja amik gambaq anak sedara aku.. anak Abg Jan

10 - 11 Mac - rehat2 di rumah baru Abg Jan..balik Perlis pada 11 Mac


11 Mac - masa balik kat Alor Setar.. saja amik gambar awan..takut result

12 Mac - result SPM diumumkan.. alhamdulilah aku dpt apa aku nak


12 Mac - masa amik result..gambaq aku dan Jad bersama bebudak UTP

13 Mac - buat analisis pasai result SPM MRSM Langkawi
14 - 18 Mac (LK) - sibuk isi borang biasiswa dlm internet sana sini
20 Mac - pi Alor Setar cari mp3 sorang2 diri.. jumpa kawan2 kat sana


20 Mac - Masjid Zahir di Alor Setar.. berjalan kaki dari City Point ke Sentosa

18 - 26 Mac - rumah tengah renovate ..


23 Mac- Rumah sedang direnovate

25 Mac - besday kawan baik..hehe


27 Mac - sibuk merancang idea untuk layout Wordpress baru..lama jugak baru la nak siap.. pensel ni antara grafik untuk web baru (bear pegang pensel)

29 Mac - my birthday..yeahh..sambut kat KL je.tgk Mr Bean Holiday ngan parents..tidur hotel plaza..ada majlis MARA
30 Mac - majlis MARA di PWTC


30 Mac - aku dan Matpey

3-5 Apr - Bebudak JPA interview.. sembang2 pasai interview
9 Apr - dapat tahu kena pi interview MARA pada 19 April, 10 pagi di UNIKL
10 Apr -
tukaq layout website baru.. tukar kepada wordpress
10 - 17 Apr - sibuk cari idea mengenai interview..berlatih..cari maklumat.. dapat interview untuk jadi guru belajar di oversea
17 Apr - drive ke KL..pancit kat Lembah Beringin..damn
18 Apr - lepak cc cari maklumat kat The Mall
19 Apr - Interview MARA..balik umah
20 Apr - Abapis dan Didi sampai rumah pada waktu malam
21 Apr - p amik Abg Jan dan family kat Penang Airport.. Kenduri kesyukuran umah aku.. post pertama di Wordpress setelah siap layout


21 Apr - kawan2 berkumpul sampai makan kat rumah

24 Apr - Abg Jan dan family kembali ke KL..tinggal aku sorang kembali.. ingat nak p latihan moto tapi x jadi
25 Apr - blog pasal pasar malam
26 Apr - melantak Harum Manis.yeah dah sampai musimnnya!


26 Apr - Musim mempelam harum manis sudah tiba!

26 Apr(LK) - first time bawak kereta sorang diri

dscn0660.JPG
27 Apr - bangga konon dpt parking camni.. masuk kotak

27 - 3 May - Cake berada kat rumah aku sebab mak ayah dia pi Umrah
28 - 29 Apr - gila roti bakaq ngan Cake kat rumah dan tukaq modem wireless second hand

dscn0671.JPG
29 Apr - Geram..puas hati makan roti banyak2

30 Apr - khalil/cake dok guna wireless guna laptop dia.. dalam 2,3 hari ni banyak jalan2 dengan dia..

3 Mei (LK) - pi KL sebab Bapis nak pi Jepun
6 Mei - Abapis pi Jepun..aku balik umah


5 Mei - Gambar tak clear.. Jusco Cheras Selatan


6 May - Spotting di KLIA lepas hantar Abapis

7 Mei - persiapan terakhir sebelum interview
8 Mei - interview guru di Maktab Perguruan Perlis bersama Acan
9 Mei - 14 Mei - lepak2 sebab dah habis interview.. mula risau pasai result MARA
14 Mei - mula bergerak kt Kajang untuk kehidupan 2 minggu di sana


13 Mei - Packing barang ke Kajang

16 Mei - hari buat aku tensen.. petang tu Abgjan dan Kak Siti pi Umrah.. guna internet wireless Celcom yang agak slow kt situ (line slow)
21 Mei - Result MARA diketahui dapat Kolej MARA Banting.. pening nak pilih KMB atau Uitm
22 Mei - ke Taman Shamelin (syarikat tour guide).. confirm 3 Jun pi China
22 - 26 Mei - kehidupan bersama anak Abg Jan, Sofia..jalan2 sekitar Kajang dll
27 Mei - Abg Jan dan Kak Siti balik dari Umrah
28 Mei - balik ke rumah
28 - 2 Jun - menikmati kehidupan di rumah yang kian singkat

1 Jun - naik kereta Kembara ngan Didi ke Kajang
2 Jun - Abah Mama mai
3 Jun - 9 Jun - bertolak ke China (laporan dah siap..)


5 Jun - Tembok Besar China

10 Jun - lepak Kajang
11 Jun - balik ke Perlis bersama keret Kembara yang sendat dgn barang2
12 Jun - menulis laporan ke China setiap hari
14 Jun - futsal last bersama Kalisan.aku dan Khalil pi Jitra.kenduri rumah Hazim Mustapa
15 Jun - Hazim dan Khalisan bergerak meninggalkan Perlis
16 Jun - kenduri rumah Macha..perlis kalah semi final first leg 2-1 dengan Johor PG
21 Jun - pi matrix Changlun ambik Mat,Acan dan Faris pulang bermalam
22 Jun - Macha meninggalkan Perlis
23 jun - aku tgh tulis la bengong.. khalil meninggalkan Perlis..Macha register kat UIA.. FA CUP Semi Final!

Akhir kata.. cuti telah tamat… Alahai anak omakkkk…

The holiday mood is about to change to busy-study-damn atmosphere. But how about your plans during holiday? I mean, the programs that you dreamed while writing the answers for all SPM papers.. the agendas that you planned with your friends when playing football on the field or while studying together in the room.. have u done with that all interesting programs? check out mine….

Sebenaqnya aku dah pernah tulis benda ni dalam blog friendster aku sekitar Februari lepas.. tapi disebabkan masa tu masih lagi cuti, so keputusan tak berapa tepat. Jadi skrg aku menulis pada penghujung cuti, maka keputusannya boleh dikatakan agak tepat

1) Ambik lesen moto dan kereta
Kereta berjaya 100% manakala moto hanya 50% .. yang moto ni aku pi latihan 4 jam ja..malas nak buat latihan la dan masa pun tak sempat.. so aku hanya ada lesen L.

Peratus berjaya keseluruhan: 70%

2) Mengadakan aktiviti jualan
Kononnya dulu nak berniaga ngan kawan-kawan.. pasar malam la apa la.mula2 dah rancang tapi tak berapa menjadi sebab kawan-kawan pun byk kerja..aku pun selalu pi KL. tapi last2 satu apa pun tak ada

Peratus berjaya keseluruhan: 0.5% (beli belah di pasar malam..wakaka)

3) Bekerja
Pada mulanya masa tengah SPM tu ingat nak kerja kedai buku sebab ada pengalaman jugak pasai buku2 berbanding benda2 lain.. tapi sampai ke akhirnya aku tak pi pun kedai buku yang ditarget (Pustaka Union) untuk bertanyakan kerja.. sebabnya aku selalu sangat keluar Perlis pastu aku bz amik lesen

Peratus berjaya keseluruhan: 2% (aku buat hasil tulisan dalam blog dikira bekerja la kononnya :P)

4) Membantu cikgu atau mengajar pelajar form 4,5
Ingat nak tolong sapa2 yang ada masalah dalam study.. masa bulan 12 kan cuti, so maybe leh tolong sikit2 walaupun aku pun x bapa sgt. saja ja leh mengembangkan ingatan. tapi gagal sebab lupa habis segala ilmu..wakaka

Peratus berjaya keseluruhan: 1% (tolong kauseling beberapa orang yang tanya bab study dlm YM dll)

5) Buat website untuk Dinasti Chi
Dulu ingatkan nak buat website pasai batch aku kt MRSM (Dinasti Chi).. kononnya macam forum ,maklumat dan sebagainya.. tapi tengok macam x ada sambutan ja.. maka aku pun buat blog sendri (blog ni la)

Peratus berjaya keseluruhan: 80% (buat web sendiri untuk diri sendiri)

6) Masuk kursus belajar apa-apa
MAsa semangat meluap-luap nak belajar masa SPM, ingat nak p kursus apa2 lepas SPM…contohnya macam membaiki komputer, kursus bagaimana menjadi anak beruang jurulatih sukan (ada ka kursus ni)..tapi akhirnya aku ada gak belajar

Peratus berjaya keseluruhan: 50% (belajar memandu dan belajar mengenai laman web daripada Adam dan Cake

7) Melancong/mengembara berseorangan atau bersama kawan
Kat KL memang aku banyak berjalan sorang2.. pi KLCC..tgk wayang dan sebagainya.. kalau pi tempat2 lain tu, ada la gak macam pi Alor Setar,Langkawi (masa amik result) danJitra..wakaka.. walaupun dekat tapi masih dikira

Peratus berjaya keseluruhan: 90%

8.) Membaca novel English dan Melayu
Aku tak baca novel sangat sebab English aku selalu baca paper ja..melayu pun sama.. tapi novel English yang aku sempat habiskan adalah 18 Days Around Peninsular Malaysia.. Melayu plak ada satu novel jiwang..apa tah tajuknya.. Jika Benar Cinta kot.. wakaka..bosan sangat la tu

Peratus berjaya keseluruhan: 60% (tak berjaya sangat sebab target nak baca adalah novel2 tebal kononnya)

9) Menulis novel
Dulu beria-ia sangat nak buat satu novel.. dan aku memang dah siap rangka cerita.. babak pertama aku dah tulis tapi disebabkan aku dah x jiwang sangat (mungkin).. aku pun macam xdak mood nak buat novel

Peratus berjaya keseluruhan: 10% (buat rangka dan babak pertama pun kira ok la kan?)

10) Hijrah ke Kuala Lumpur

Aku berpendapat nak tinggal kat KL dan maybe kerja kat sana.. tapi yang kerja tu x boleh nak jalankan sebab kena amik lesen dan banyak hal kt Perlis..tapi aku berjaya la stay lama kat KL..masa bulan 12 dekat seminggu aku dok umah abang aku..bulan 5 2007 plak duduk 2 minggu kat Kajang..

Peratus berjaya keseluruhan: 100% (aku dah naik boring dah dok sana)

11) Mengembara bersama basikal
Masa form 4 aku biasa naik basikal pi Bukit Ayer.. bes gak..so kali ni ingat nak naik basikal p somewhere lagi..maybe keliling Perlis or pi lagi jauh..tapi malangnya lepas dapat moto dan kereta, dah tak fit dan nak naik basikal pi stadium pun jadi masalah..so?

Peratus berjaya keseluruhan: 10% (naik basikal pi stadium,pekan pun kira ok la kan)

12) Buat something (kerja/projek) dengan kawan-kawan
Aku terlibat sama sikit2 dalam pembikinan cerita pendek Satu Hari yang diarahkan oleh kawan aku, Kamal Zihni/Lider. bes jugak sebab banyak keluar ngan kawan2.. ni sajalah projek yang aku terlibat

Peratus berjaya keseluruhan: 50% (projek tak boleh buat banyak2..satu pun dah kira ok)

13) Bersukan sepuas hati
Yeah.. no more study maka ingat nak p berjoging dan sebagainya..aku beli bola masa awal cuti dulu.. tapi bola tu tak digunakan sebab main futsal ada bola lain.. selain tu aku pi panjat bukit dengan Acan,Mat dan lain2..

Peratus berjaya keseluruhan: 90% (impian nak p jogging selalu x tercapai sangat)

14) Main game sepuas-puasnya
Masa bulan 12 dulu aku beli PS2. dah banyak game aku main mcm GTA, Splinter Cell dan byk lagi.. tapi sejak 2,3 bulan ni aku jarang main..sebabnya aku selalu keluar Kl dan mood main game macam terganggu sikit..sekarang ni menyesal lak..takpa

Peratus berjaya keseluruhan: 60% (byk gak la game yang aku main)

15) Kemas barang lama kat rumah
Kat rumah aku memang banyak barang-barang lama mcm buku komik yang lama2 dan diari2 aku masa dulu2.. tapi x sempat dikemaskan dan aku pun sakit kepala tgk!!..

Peratus berjaya keseluruhan: 15% (ada gak la aku kemas skit dan jumpa benda2 lama yang berharga. Contoh: buku Sinchan yang dah lama aku cari)

16) Buat kerja gila lepas SPM
Aku ingat lepas SPM biologi kertas 3 habis, aku nak lari pi tennis court sambil jerit kepuasan.. tapi gagal sebab malas dan x larat (bengong).. apa yang aku wat hanya lepak2 dalam bilik dan bersiar-siar

Peratus berjaya keseluruhan: 20% (aku duduk dalam bilik dan sekadar bersiar-siar sekliling maktab sedangkan orang lain gi outing dan lepak malam2 tepi padang.disebabkan aku lain dari yang lain, kiranya aku buat kerja gila gak la :P)

17) Menggemukkan badan/makan banyak

Aku memang makan banyak kt rumah..dan hasilnya aku naik dari 70KG lebih kurang sampai jadi 86 KG..dan kawan2 aku cakap terutama pompuan (WAWA terutama) cakap aku gemuk..yeah.. jangan obes dah la

Peratus berjaya keseluruhan: 100% (tiada ragu2 untuk beri 100%)

18.) Format dan update komputer
ingat dulu nak format supaya komputer ni clear dan laju..tapi x buat pun.. nasib baik Didi tambah harddisk dalam ni dan aku beli modem wireless.. meningkat juga la prestasi komputer ni..monitor pun dah jadi LCD..syukur

Peratus berjaya keseluruhan: 65%

19) Cari kekasih

Begitulah kisahnya..sekarang cuti dah nak habis dan nak buat apa pun dah terlambat.. menyesal?.. entah la.. secara keeluruhannya rancangannya, peratus rancangan menjadi adalah 60% .. Sekian

Don’t know why I am too obsess about hostel thingy rite now.. probably due to most of us are leaving home for college or universiity .. so here I am, sit in front of my work station and reminisce all the memories that couldn’t erase from my soul.. then, write it back in this simple blog.. Of course, merapu is still the main theme.

Mungkin kebanyakkan pembaca tidak lagi akan merasai detik ‘outing’ kerana kebanyakkannya berada di kolej swasta atau di universiti yang tidak lagi memerlukan outing. Setiap hari anda bebas bergerak ke mana sahaja anda suka asalkan tidak ponteng kelas atau sehingga larut malam

Namun masih ada juga yang masih terikat dengan peraturan outing seperti di Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA. Namun, peraturan itu nyata lebih longgar berbanding di zaman persekolahan. Maka di sini aku ingin berkongsi kisah bagaimana outing di MRSM Langkawi yang penuh suka duka dan kenangan tersendiri

KISAH OUTINGKU

Selalunya outing kat MRSM Langkawi adalah pada hari Jumaat.. tidak kira laki atau perempuan.. 2 minggu sekali untuk setiap jantina (lelaki dan pompuan.. no pondans here)

Waktu Outing: 2.00 petang hingga 6.00 petang (selalu orang lajak sebab kes tertinggal teksi atau lupa tengok jam)

Dan cerita aku adalah kisah lelaki (memang la dah aku laki).. tapi aku pasti laki dan perempuan sama ja Atucara Outingnya..

12.00 tengah hari
Waktu untuk melangkah ke Masjid KEDA untuk sembahyang Jumaat..time ni selalunya orang tidur sekejap setelah pagi2 pi kelas kononnya untuk buat kerja sekolah padahal lepak kat KOOP sambil makan air milo kotak dan chipsmore (”bukan” aku yee..hehe)
Kelihatan baju batik diusung ke sana ke mari dan laungan “Wei seterika sapa amik!?” atau “Sapa ada baju POLO/Batik lebih?”.. memang selalu la bergema kat asrama tuh dua ayat tu.

12.30 tengah hari
Rancangan outing mula digosipkan sambil berjalan bawak baldi p bilik ayaq nak mandi.. kadang2 sambil mandi pun jadi hal gak..time ni warden dah start alertkan budak2 supaya cepat turun nanti bas tunggu.. selalunya kalau tunggu bas pun lama gak..masa kat Dataran Hijau kadang2 ada budak pompuan tunggu nak pesan barang.. ikut la laki mana dia nk suh beli (mcm pilih baju lak)

1.00 tengah hari
Sambil tunggu bas, sambil cari geng untuk naik teksi pi bandar (selalunya dalam 6 orang).. tapi bagi aku, aku selalunya buat private mission bersama orang-orang tertentu seperti Jad,Pokcik,Haq.. aku jarang keluar beramai-ramai.. jarang ikut Mat Wan sebab dia pi banyak kedai.. tak larat berjalan la.. selepas bas tiba, ramai2 naik bas pi Masjid KEDA (lebih kurang 5KM dari MRSM)

1.00 - 2.00 Tengah Hari
Waktu solat Jumaat.. kami selalu sampai awal sebelum orang azan lagi… then duduk la buat apa yang kat dalam masjid (paham2 je la apa yang orang selalu buat macam berdoa dan lain-lain)..tapi ada juga yang sesat dengan dunia sendiri..wakaka.. maka setelah mendengaq khutbah Jumaat, sembahyang Jumaat (yang ni semua orang tau)

2.00 Tengah Hari
Saat genting..bukan apa sebab waktu outing dah bermula, makan tengah hari dak lagi (makan tengah hari disediakan lepas semayang Jumaat, mungkin nak elakkan pelajar tertidur masa kt masjid).. so bas MARA ada 3 biji maka kami selalunya bergegas naik bas sebab nak balik cepat dan kehandalan menentukan bas mana akan sampai dahulu amat diperlukan.. silap bajet, sampai lambat dan makan lambat dan outing lambat! (haduh macam main judi la plak)

2.15 Tengah Hari
Sampai di perkarangan MRSM, terus berlari ke dewan selera (DS).. macam lumba kuda sekoq2 lari.. ada gak yang jatuh kat tangga koop tu…kadang2 time ni aku nak tergelak sebab style muka kebuluq. sampai DS ja terus amik pinggan beratur nak amik nasi… time ni saat genting!! .. cepat!!.. dah la tengah lapaq… ada jugak yang masuk asrama dulu tukar baju then baru makan..lauk sedap2 la hari Jumaat (semua asrama camtu)

2.30 Tengah Hari
Time nak muntah.. selalunya tengah full sebab makan banyak.. so masuk bilik dan tukar baju outing.. ada 3 jenis baju outing

  • Baju POLO kaler kuning (t-shirt, lebih selesa, dibolehkan sejak tahun 2006)
  • Baju batik (kena seterika,tapi senang dipakai, aku tadak saiz baju batik)
  • baju sekolah (panas skit tapi ni cara terakhir kalau semua kat atas tadak)

time ni bising kat asrama suruh beli apa2 (sapa yang x outing)..selalunya yang popular dipesan adalah set MCD dan alat tulis).. ada gak yang bising sebab kawan lambat “weii cepat la..siap cam pompuan”…ada jugak yang lupa kat mana kad Matrik.. kad matrik perlu untuk discan..kalau xdak kena tulis nama dalam buku.

scan10066.JPG
Baju batik MRSM Langkawi dan baju sekolah.. ni masa nak pulang bermalam (sama ja baju untuk outing atau pulang bercuti)

2.45 tengah hari
Proses kat pondok guard.. ikut keadaan kadang2 ramai kadang2 sikit.. kalau sikit laju ja jalan.. kalau tak kena beratuq ja la… sabaq2 janji boleh keluar (walaupun hanya 3 jam).. dah la panas kena beratuq.. last2 lepas scan kad matrix baru leh kuaq..yeahhhhhh.. time ni syok la..selalunya tadak masalah dapat taxi kalau hari Jumaat sebab semua pengusaha teksi tau yang waktu itu adalah masa budak2 MRSM outing.. so kedengaran ayat yang sama setiap minggu “mana nak p? langkawi fair ? Langkawi parade? bank?”

dscf0056.JPG
Keheningan menunggu teksi untuk ke bandar.. tapi semua gambar aku bubuh ni time balik sebab masa outing tak boleh bawak beg.. so malas nak bawak kamera

  • Langkawi Fair - Tempat paling popular.. kat sini ada ATM untuk CIMB (dulu BCB).. juga ada Billion untuk membeli keperluan hostel.. ada food court dan MCD.. juga terdapat kedai2 lain seperti kedai games,kasut,baju dan lain-lain.
  • Langkawi Parade / Teow Soon Huat - dua tempat di bersebelah ja.. kat Teow Soon Huat boleh beli barangan hostel dan keperluan (mcm Billion)..dan kalau boring jalan ke Langkawi PArade di sebelahnya.. bangunan baru ni so ada la food court ,kedai cd,kedai beg dan lain-lain..ada restoran KLG
  • Bank - Area bank BSN,Kamdar,Kedai buku barkath,Idaman Suri.. selalunya orang outing kat sini tak lama sgt sebab nak amik duit kat BSN ja.. dekat ngan TSH dan boleh jalan ke sana
  • Tengah Pekan - aku pun tatau sebab apa dipanggil tengah pekan..kat sini memang pusat shopping la sebab ada Ismail Group dan pasar Ramadhan.. lokasi adalah berhadapan Hotel Cith Bayview
  • Jeti - kalau nak main bowling ja datang sini..jangan tersasul beli tiket feri dah la

dscf0059.JPG
Jad ngan Syam.jalan jauh ni.ada gak yang berjalan sambil tgk teksi.. time ni lagi parah, time nak balik bercuti..bawak beg…nasib baik ada teksi tgh jalan

Dua Siri Perjalanan Aku

Langkawi Fair
Sampai ja selalunya serbu dulu mesin ATM kat tepi kiosk aiskrim MCD.. ramai gak ditambah dengan pelancong2 (maklum la Langkawi kan tmpt tumpuan pelancong).. kemudian bergerak ke tempat paling penting iaitu Billion.. beli alat tulis la selalunya dan makanan mcm keropok,megi dan lain-lain.. kemudian baru la pikiaq nak makan MCD atau kat Food Court.. selalunya yang banyak beli sebab budak pompuan pesan.. selalunya nak balik x ada masalah sebab ada kaunter teksi kat hadapan kompleks

Bank - Langkawi Parade - TSH
Selalunya aku guna route ni kalau hari tak hujan dan x byk kerja, sebab kalau guna route ni memang akan lambat skit balik dan memenatkan.sampai kat bank, aku gi Bank Rakyat (leh terima kad BCB) dan amik duit.. pastu singgah kedai buku dan meneruskan perjalanan ke TSH beli barang keperluan..then masuk Langkawi PArade untuk makan kat food court atau p KFC yang terletak di seberang jalan.. lepas bungkus KFC selalunya tahan teksi tepi jalan ja..

lupa lak nak habaq kadar teksi.. selalunya teksi dari MRSM p destinasi atas tu adala RM 8.. so selalunya naik 8 org satu van..jadi sorang rm 1 ja.. paling mahal pun sorang rm 2 untuk perjalanan sehala

5.00 petang
Selalunya time macam ni aku akan sampai maktab dah..selalunya time aku bawak barang masuk bilik, orang keluar bilik gi surau.. lepas letak barang kat bilik Pokcik (perhentian sebelum mendaki ke bilik aku di tingkat 3), duduk lepak2 ngan Pokcik pasai barang2 yang dibeli..kadang2 makan MCD.. pastu gi naik atas kemas loker skit (beli barang baru, semangt baru nak kemas).. lepas kemas dan make sure lipas kecik tadak (aku tensen sebab ada lipas kecik suka bersiar-siar dlm loker aku!)

6.00 Petang
Aku selalunya gi kelas hantar alat tulis.. time ni juga aku antar barang pesanan kat budak2 pompuan yang berkenaan.. kat ‘ehem2′ ka..wakaka.. bukan ehem2 pun, kawan ja.. aku salu pesan kt dia, dia pun pesan kat aku gak la.. setelah semua selesai.. balik ke asrama.. time ni semua orang yang outing dah sampai balik ke asrama.. so makan malam, makan MCD or nasi goreng ayam beli kt luaq la… DS dipenuhi budak pompuan ja la..

Waktu malam.. dok cari budak pompuan nak bagi barang depa.. dan waktu malam gak waktu lepak sebab esok cuti! yeahhh

Benda paling bengong aku penah wat time outing
Jalan ngan Wildan dari TSH sampai pasar ramadhan time bulan puasa.. penat dah la puasa time tu.., tapi x jauh mana pun bagi certain orang.. bagi aku, sederhana jauh la..

Benda paling malu terjadi
Silap masuk teksi.. tukang teksi panggil pelancong Arab tu..yang aku ngan sapa tah p masuk..bijak.. lepaih tu Pokcik dok ungkit dlm kelas..tensen aku..wakakak lwk

Benda selalu beli
Set BIGMAC kt MCD, wafer Zip, pen kaler hitam kilometrico rm 1.20, biskut, kismis

Benda orang salu pi, aku x penah pi
main bowling..aku salu main bowling time nak balik ja.. syok skit mood

Tempat paling jauh pergi pi time outing
Airport Langkawi.. time ni Didi mai..so dia ada keta.dia bawak la jalan2.. pi Pantai Tengah la..

Waktu paling lambat dan awal blk outing
kui 6 tepat2..wakaka x penah lewat woo (dah aku pun p mana sgt)..paling awal kul 4 lebih kot..wakaka..x ingat la

Sekian

Reading back my old blog made me feel like turning back to hostel life.. Yes, I will repeat the almost same thing in the college’s but of course, it will not be similar with MRSM’s life
(actually i’m thinking about changing my blog into English but….nevermind .. next time lah)

Blog ni aku amik dari blog lama aku.. untuk sesiapa yang belum baca.. tadi aku baca balik blog lama aku, so part ni buat aku rasa seronok.. tu sebab aku ulang..

JADUAL HARIANKU DI MRSM

5.00 PAGI
Selalunya time ni loceng aku bunyi..(jam aaa aku x bawak hp la :P)..tapi selalunya aku akan bangun dan tutup..then tiduq balik (nak alertkan diri kata dah pagi)…time ni mula la menyesal sebab dah pagi..jap gi p skolah plak…..adui2

5.30 PAGI
Amar bangun..rumate aku..p mandi..dia akan tutup kipas selalunya..bukak lampu..nak gerak aku la tu..haha tp aku still tiduq..balik mandi dia gerak la..then aku ckp la ayat biasa “ang p la dulu surau”…pastu tiduq la..haha..pastu HEP or warden lain mai la gerak..kadang2 HEA..so bising la asrama tu dengan bunyi moto dan sebagainya…semua bangun la boleh kata..terima kasih bebanyak la kt cikgu2…so aku akan p amik ayaq mayang dan berus gigi ja kt bilik basuh…then pakai baju p semayang

6.30 PAGI
Lepas baca Al-Quran turun makan..kadang2 x makan…my favourite breakfast menu is bubuq nasi ayam..ramai org x ska tp aku ska…yg paling malaih nak makan ialah nasi lemak..tatau pasepa…aku kadang2 ja makan..kadang2 balik asrama sakit perut..then baring2 sat..letih sungguh la…awat tatau kat asrama cam malas bebanding umah..

7.00 PAGI
Bergerak p bilik ayaq…mandi..sejuk time ni..org x ramai sgt sebab ramai dah mandi sebelum semayang…aku susah mandi awal nanti badan kering dan x bes…so pakai baju..kumuq LISTERINE..berus gigi wat kali kedua…

7.15 PAGI
Selalunya time loceng bunyi aku akan tgh kemas katil atau pakai kasut…then sidai tuala kt ampaian ..pastu p rollcall..malas tul aku rollcall ni..tadak fungsi aku rasa…ramai dok tuang..tah harap pihak maktab kaji balik..mungkin sebab perangai pelajaq tak serius kot..lepas rollcall masuk koop sat..beli air soya selalunya…then masuk klas…

7.40 PAGI
Klas bermula…tadak apa yg bes..tapi aku jarang aa tiduq..serius ckp aku susah tido dlm kelas..kalau aku pening pun aku wat benda len…sembang2 ka..sebagai ketua kelas kena la p amik buku kuning attendan tu kt pejabat..huhu..lepas cikgu kuar kelas kena la sain..adui

10.20 PAGI
kalau cikgu tadak kuaq awai la p koop beli roti..lewat sgt habis plak..pastu p dewan selera minum ngan makan…selalunya aku bz dok bilik guru pasai ada la macam2 hal..dah nama pun presiden kelas..yg paling penting ialah suratkhabar…aku selalu p amik la..tapi kadang2 geram gak org curi paper kelas aku…adui…apa nak jadi..aku salu baca bahagian sukan..pastu masuk kelas pakat berebut la suratkhabar..pekataan popular ialah AFTER iaitu bermaksud “lepas ang baca aku plak noo”

10.40 PAGI
Rehat habis..kalau ada hal kat bilik guru lajak la masa..time ni letih la selalunya..kalau lapaq p la koop..kelas aku (502) dekat ja ngan koop…selalunya roti dah habis..kalau habis beli chipsmore ngan ayaq milo..rutin harian tu..huhu..kalau time F4 ada abg Zubir koop..leh gak wat sembang ngan dia..sembang bola la selalunya…belajar…kelas

2.00 PETANG
Balik time..kena p antaq buku attendan kat pejabat dulu..lepas tu, taget Dewan Selera dulu la nak makan..kalau cikgu tadak leh kuaq awai..jgn kantoi udah ler…agak gak student sambung stadi..makan lunch selalunya bes..ayaq ais..ayaq kosong ais jadi la kan..then lepas makan balik asrama…lena sat..ngantuk sgt..kadang2 mayang zohor kt surau tp jarang la..hu

3.00 PETANG
Tensen..ready nk p prep atau Program Gemilang (macam kelas tamb ahan)..aku x mandi pun..basuh muka..semayang kt surau..kalau x sempat dlm bilik ja…kadang2 ada warden mai kejut…kalau time PG addm3 cikgu dtg la kejut..susah nk bgn sesetengah org..kesian cikgu..sorry cikgu..

3.30 PETANG
Kalau ada kelas selalunya 3.15 dah kena masuk atau p dewan besar..tapi kalau free, 3.30 la waktu punchcard aku..prep petang x wat apa sgt selaluya..byk baca suratkhabar atau jalan2 kt PSP…ngantuk time tu..ada gak student yg still pakai baju sekolah..x balik bilik la tu..macam jauh ja asrama ngan kelas..prep petang byk bising..aku pun

4.30 PETANG
Minum petang..time ni salu lepak lama skit kt DS (dewan selera)..sembang2..then balik sblm masuk Asaq tiduq sat..letih sungguh..kalau letih sgt sambung ja tiduq sampai 5.30..kalau ada keja dok kt klas.stay sat..pastu trus p surau semayang…kelas jadi kawasan larangan petang2 ni..tapi ramai p jugak..

5.30 PETANG
Kedengaran org sebut “jom wei bola2″..aku time tu selalunya baring atas katil..lepak (sebenaqnya tiduq <– bodo p habaq”..kalau rajin aku riadah la..aku selalu jogging ja..nak main bola susah..kalau byk keja rumah, p wat kt kelas,kat bilik atau taman Mohabbatein..kadang2 p JAI (kedai makan yg ada dlm maktab) beli apa2.. selalunya time ni rehat la…kalau letih selalunya tiduq (x baik noo tiduq lepas Asaq!)..time ni selalunya tadak program apa2..senang la nak buat keja yg x siap..kalau masa masuk Handball tu tepaksa p training la.

6.30 PETANG
Peluh2..balik lepak bawah kipas..bagi kering..kadang2 p makan dulu…kadang2 x makan..then mandi pakai baju prep..baju melayu bersampin..tetiap malam prep kena pakai gni..then p makan kalau x makan lagi…paih tu naik surau..semayang magrib..lepas semayang ada la tazkirah ka,hafal surah Yassin dan lain2…kadang2 ada warden atau HEP dok cakap kt depan..

8.15 MALAM
Prep bermula..selalunya tadak mood lagi..besa la lagi 2 jam 15 minit nak habis prep..kalau ada kelas atau study group, p ja la..kalau tadak dok kelas goyang kaki kalau xdak keja…ikut suka la kan..bersembang pun ada..salu gak sound kelas kalau bising..heh..ketua kelas bengong…boring sgt jalan p tandas..usha budak F4 stadi..haha…kadang2 lepak library..camtu la idup..bebas

10.30 MALAM
Lari p JAI atau kedai syarikat PUM (syarikat maktab yg ada jual nasi lemak malam2)..mmg ramai la..lapaq punya pasai…kalau dinner ptg tadi x bes, lagi la ramai dok beli makanan tambahan..kat DS ada sediakan supper..macam burger,biskut or roti..koop pun bukak malam2 kalau lapaq sgt..idup mewah la…makan sajaaa…lepas makan p semayang..kadang2 mayang bilik kalau x sempat…time ni dok sembang2 la menunggu waktu lightOFF

11.30 MALAM
Light off…..gelap..kalau byk keja sambung wat kt bilik UTILITI..aku salunya tiduq awai..malas nk stay up..kalau cuti aku stay up la sampai kui 2 ka..stadi..kadang2 sembang..tgk hari la…kalau cuti bes la..tak bz sgt

Camtu la idup kt asrama..point dia, idup kt asrama bebas je..xyah p tusen pa suma..haha..tp kekadang tensen gak bila byk program or keja..

Tapi suma tu kenangan..takkan ada ulangan dah…saja ja aku tulis sebab teringat plak rasa…sedih kan

RAHSIAKU DI MRSM

1) Waktu paling aku benci dan sakit pala
- waktu nak bangun Subuh..time org mai gerak..tambah plak pagi tu hari sekolah yg pack dan byk kerja nak kena antar dan lain2

2) Waktu paling aku suka dan hepi
- lepas semayang Isyak dan balik bersiap2 untuk tiduq..tambah pulak malam tu kerja tadak dan esok tu plak cuti..bateri walkman/discman dok penuh dan hujan renyai2…esok tu plak outing laki..

3) Situasi yang aku x suka dan selalu jadi
- dapat bahagian ayam yg aku x suka..aku malaih nak mintak macam org lain buat..mintak paha la kepak la..aku jenis terima la..satu lagi kalau dpt kepala ikan keli..aku x bapa reti makan sgt..kalau ekor ok la..

4) Situasi yang aku suka tapi jarang berlaku
- tadak gotong royong dan program pada hari cuti..boleh lepak2 dan stadi ataupun tidur

5) Kelas Form 5 yang paling jarang aku melawat

- 514..bdak homeroom aku pun tadak kt situ..so jarang la masuk..masuk pun kalau ada nak bagi skema kimia or kertas periksa (cikgu suruh)…huhuh

6) Tempat yang paling jarang aku pergi kt blok akademik
- Makmal kimia tepi kelas 415..woo tu mmg area aku jarang p..aku p sekali dua ja kot cari cikgu Aminah

7) Tempat yang aku teringin nak masuk tapi x masuk2 sampai la aku kuaq maktab
- Surau pompuan bahagian atas
- Atas bumbung blok akademik dan asrama
- Gimnasium

8) Permainan aku x penah main kt maktab
- Naik basikal ngan hoki..yang len besa kot main walaupun 2,3 minit ja..penah gak la tu

9) Saat paling sedih kt maktab
- Kalah handall masa final..bukan final pun tp match last..satu gol ja kalah..

10) Saat paling hepi

- time graduasi la ofcoz..

11) Saat paling menyampah dan boring
- time Annual Dinner..tah x bes pun..tp apa2 pun aku berterima kasih kepada AJK yg bersusah payah..mood aku ja x baik malam tu, tu pasal x bes..bukan korang wat dinner x bes..dinner tu mmg power la..tahniah

12) Saat paling memalukan
- ter”rukuk” plak time rehearsal graduasi..mana aku tau sebab Asar pun x semayang lagi time tu…amboih…

13) Ranking paling baik penah dpt

- no:19..haha..tu pun time ujian selaras besa ja..nasib ja

14) Markah exam paling teruk penah dpt
- English..46..D..tak ingat time bila..tapi mmg sedey gak arr…selaras kot..

15) Bilangan kaki aku sentuh pantai

- masa Study Fun Math form 4
- sesi lakonan Puteri Hang Li Po form 4
- perkhemahan sains m3 form 5
- masa outing ngan abg aku kt pantai tgh form 5
- masa santai sebelum SPM form 5

16) Benda aku selalu beli kt KOOP

- Chipsmore rm 1 atau rm 1.80
- Milo kotak atau dutch lady kotak kecil

Wah cukup la takat tu..aku saja ja tulis..boring…kah2

so tadi masa nak balik dari Kajang ke Kangar (atas Highway Silk berdekatan Mines).. handphone aku berlinangan..ehh berbunyi..maka aku pun angkatmalas nak buh conversation tu kt sini.. so.. dengan takdir Allah..aku dapat jadi cikgu

Program Pelajar Cemerlang (Luar Negara)
Jurusan Kimia Sekolah Menengah
INTEC UITM Shah Alam
1 Julai 2007

camtu la lebih kurang dia punya butiran..so aku tanya negara mana, akak tu pun tataw..so aku bersyukur sgt2 la sebab dpt tawaran itu

masalahnya….. aku dlm dilema skrg ni…nak p mana satu..

mak pak aku tak kisah..abang2 aku pakat suruh gi KMB je..ikutkan hati aku amik cikgu tu.. tp ikutkan kawan2 pi KMB.. so aku kena bagi jawapan nak tolak atau terima yg cikgu tu dlm masa secepat mungkin

sapa2 leh tolong?
tapi aku cenderung kepada KMBĀ  skit…tah la

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya