Archive for April 2007

Aku: kak..roti bakar satu set…milo kosong ais (milo tanpa gula dan susu)
Kak: ok rm 1.60

camtu la hidup aku..boring2 skit p restoran then makan roti bakar bersama milo kosong ais..roti bakar rm 0.80…2 keping roti yang disertakan bersama kaya dan mentega ..mmg sedap habis la..tambah plak milo kosong ais yg x berapa manis…Acan yg advertise kt aku natang ni..so skrg aku ngan cake terpengaruh la..

so aku dan cake membuat satu keputusan paling bijak dalam hidup kami
kenapa x buat sendri ja?

so pasa suatu malam selepas menonton perlawanan Perlis Vs Selangor dengan cake..aku pun drive p 7-11 dengan cake..beli roti High-5 satu buku.

pada keesokan harinya maka kami pun buat…dekat ngan habis satu buku…gila roti bakar punya pasai..buat 10 keping..mak aku sekeping…aku 4 keping..cake 5 keping..bila masa lak cake ni makan byk aku tataw la :P

dscn0672.JPG

air plak…vico panas…yeah..makan puas2..harga…

satu buku roti: rm 1.90
vico 2 peket 3 in 1:
bapa kupang ja
kaya/mentega:
ada la sekupang dua
total:
bapa la sgt

dscn0671.JPG

pesta berterusan sehinggalah kenyang

Moral: ada kadang2 makan kt umah lagi jimat..terutama yg hidup ramai2 satu rumah ka

Lepas sekian lama guna modem lama..modem Micronet yg lama tahap apa dah..maka aku skrg dh guna aztech wireless router..ada org jual kt aku..second hand je..rm150. ambik ja la..lagipun pembelian ni mak aku uruskan..ikut ja laa…

dscn0666.JPG

tapi kom kt umah aku satu ja pun…tah aa ada la kom abg aku…rasa-rasanya lepas ni nk buat 2 kom la kot..koh2

P/S: actually blog ni aku wat sebab nk tunjuk kt abg aku modem aku wat

Mak Aku: cuba la bawak keta tu..kalau takut bila nak reti..org lain bawak ok ja
Aku: aa tgk la satgi

Bawak keta?..aku mmg selalu dh bawak keta.kat highway,p Pdg Besar, dan macam2 lagi la….tapi yg bezanya sebelum ni ayah aku ada sebelah dok bagi instruction.so ni first time nak kuaq sorang2 la..koh2..cuak gak la kot..haha..bawak kt Kangar ja pun..mula2 ingat nak p umah cake .. tapi dia plak xdak..huhu

so nak menunaikan impian aku bawak sorang2..maka aku pun kuaq la nak keta..nak p mana?..tatau la ..kuaq ja laaa…naik keta auto ja pun..haha :)

dscn0657.JPG

yeaa mari kita p mana2..mak pak aku bagi je green light bawak keta (sesetengah mak pak tak bagi anak bwk sgt)… cuma aku ja malas skit nk bawak keta..takat nak p pekan tu baik naik moto ja..parking pun mudah

dscn0656.JPG

heh sebelum p kena la tgk lesen ada ka dak dulu..haha noob gila..xpa2

dscn0658.JPG

heh masa nak reverse bukak tingkap takut ada org jerit “weiiii nak kena tiang tuu” .. by the way sapa ada kt umah aku? parents aku kuaq p mana tah..haha..another noob for me..

so aku p stadium..then park depan library tu jap..then pusing2…last2 tatau p mana p 7-11 ja laa..haha beli snickers.. tadak keja sgt dah la…saja kuaq nak test bawak keta sorang

dscn0659.JPG

7-11 Taman Sena Indah .. aku selalu mai cni beli slurpee.. apa yg membosankan slurpee kaler oren dah xdak..ada kaler biru ngan ungu ja…sob :(

dscn0660.JPG
parking masuk kotak elok..satu kejayaan bagi newbies dlm bawak keta..hahaha..bangga? .. lepas dtg sini aku balik ja la..tadak apa dah nk buat

kesimpulan kecil: aku dh mula bawak keta skrg..moto kekadang ja bawak..wakaka… aku saja ja nk latih bwk keta lak..moto dah lama sgt bawak…
P/S: cake ada kt umah aku..wakaka..

dscn0663.JPG

“Setahun hanya sekali”

camtu la dengaq kalau hari raya menjelang..kat Perlis mmg tetiap tahun antara bulan April hingga Julai mmg org nanti-nantikan…mempelam Harum Manis…mmg ramai aa org x penah dengar mempelam ni..tah2 ada yg tatau mempelam tu apa..mempelam = mangga :D .. rasanya of course sedap dan mengalahkan mempelam2 lain kt malaysia ni..

dscn0664.JPG

plastic bag perlis mangoes..mempelam ni dah kira jadi ikon untuk negeri Perlis..mmg terkenal la. ladang mempelam ni plak kt bukit bintang..dekat2 ngan Sg Batu Pahat..

so tahun lepas aku ada wat kajian pasai natang ni..nk wat kordial la apa la..walaupun kajian tu bodo skit tapi layakmasuk Pesta Sem Type III kt MRSM Langkawi dulu..tp yg bengongnya kordial tu bukannya bes sgt pun..tensen aku…kajian yg gagal :(

mak aku dulu keja jabatan pertanian..so mmg mudah untuk beli mempelam ni..tahun lepas aku bawak byk gila p maktab..bapa puluh biji tah..mmg kenduri sakan la kelas aku (502)..tambah2 malam2 cuti penat stadi makan buah tu sampai kenyang..keh2..ramai gak la yg nak order tp nk wat cemana tahun lepas mempelam x bapa menjadi sgt daa..

so sekarang buah ini dh tiba musimnyaaaa 8) .. so aku makan ja laa

dscn0661.JPG

haduh cantik aku potong? potong skit makan..potong skit makan..wakaka

dscn0662.JPG

so naik atas lepak2 depan komputer.ayah aku datang bagi plak satu pinggan lagi…dia tatau aku dh makan sebiji tadi..koh2…

so try la kepada sapa2 yg belum penah rasaaaa
PROUD TO BE PERLISIAN

Lepas makan nasi KFC dengan cake (dia x-meal ja), lep[ak The Store..Suddenly, hujan lebat teramat..so kami lepak2 la..jumpa la 2,3 org kawan lama (girl)..hujan kian lebat..then lari gi Restoran Juliana makan roti bakaq…risau..dah kui 6.15 ni..nak p pasar malam lak..akhirnya hujan berenti

balik umah semayang dan check email sat..then..yeah…pasar malam..park moto kt tepi jalan ja..nasib baik ada polis ronda tapi aku still kunci tayar dan tengkuk..wajib tu..bahaya…sopasar malam hari ni lengang skit maybe sebab hujan lebat tadi…jumpa bintik, tapa, farezul, shah (amirul afiq) dan bd (afiq)…heh depa pun baru sampai

maka pembelian bermula..memula jalan dan observe..then baru beli.. sambil beli jumpa
Acan pastu Matwan..pendek ceta ni la hasil pembelian aku

1) nasi ayam Hafiz (nasi kuning dan kuah gulai ayam) - RM 3
2) pasembor bihun (ayah aku punya) - RM 2
3) putu mayong (mak aku punya) - RM 2
4) air soya gula putih - RM 1
5) ayam goreng rempah 2 ketul - RM 2
6) kuih vadei - RM 1 (4 biji)
7) kuih peneram kecil - RM 1 (20 biji)
8) apam balik kecik 5 biji - RM 1.50
9) kuetiau goreng - RM 1.50

10) beruang - ?

TOTAL: RM 15

P/S: ish asal ada jugak emoticon kt no:8 tu..koh2 biarkan..smat gak :) 8) :P

heh…semua (unless stated mak/pak aku punya) adalah aku nak makan…sikit? bijakkkkk…. ni kes aku lapar semalam la yg menyebabkan aku tidur..koh2..so malam ni beli byk (dengan harapan x tidur utk tgk boaP)..tapi macam nak gagal ja

semoga aku berjaya stay up utk tgk bola..
AMARAN: makan byk boleh menyebabkan gemuk <– budak kecik pun tau la bodo

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya