Dialog Si Isteri

August 4th, 2010 / 9 Comments » / by Shahkang

Malam mengengsot dengan siput sekali. Oh, cepatlah tiba esok kerna malam ini kepanasan. Aku membantai 3,4 ulas durian sebentar tadi dan ketidakbiasaan mendera aku pada jam-jam ini. Oh dan terus OH!!!!

Dek tertidur 2,3 jam menjelang maghrib, kini aku celik senantiasa bersama panas yang mula menjalar.

Apa-apa pun saya terfikirkan beberapa dialog dengan seorang isteri. Perhatian, saya tidak mempunyai pasangan dan ini hanyalah sekadar ilusi seorang penulis cikai yang tidak tahu mengopek durian atau membezakan duku dan langsat.

Dialog 1

Isteri: Awak, hari tu yang kita jumpa haiwan oren tu. Apa nama dia?
Suami: Yang mana? Tepi almari tu? Ooo yang itu lipas
Isteri: Yipas?
Suami: Lipas la
Isteri: Oo..yipas.. eh kalau macam tu Garfield pun yipas jugak lah?
Suami: Kenapa (sambil menggaru kepala)
Isteri: Sebab dia oren dan cute. Macam yipas hari tu. Tapi awak jahat. Awak dah bunuh die dengan ‘yidsect’

Dialog 2

(Si Isteri masuk ke dalam bilik tidur membawa bakul)

Suami: Kenapa ada bakul?
Isteri: Hee.. Mulai malam ni saya nak tidur dalam ni
Suami: Kenapa? Katil kan ada
Isteri: Saya nak jadi kucing. Saya tgk kartun kucing selalu tidur dalam bakul
Suami: Tak boleh. Awak manusia
Isteri: Tak boleh jadi kucing ke?
Suami: Boleh. Tapi awak tak ada ekor dan telinga tiga segi <– suami yang sedikit bodoh barangkali
Isteri: Takpa. Kat kedai ada jual
Suami: Bakul tu kecil la. Mana boleh masuk (si Isteri cuba masukkan diri dalam bakul yang kecil tapi tidak berjaya)

Keesokan hari

Suami: Awak, mana bakul dobi kita?
Isteri: Zzz Zzz (sedang tidur dalam bakul dobi yang sudah disediakan bantal dan selimut tebal)

Dialog 3

Suami tengah membaca surat khabar. Isteri sedang menjirus pokok bunga

Isteri: Awak awak!
Suami: Ye, kenapa?
Isteri: Tadi kan, ada arnab. Comel sangat
Suami: Eh ya ke, arnab siapa? datang dari mana?
Isteri: Tak de sapa punya. Dia datang dari lubang belakang rumah kita
Suami: Warna apa?
Isteri: Dia warna hitam dan ada corak-corak sedikit. Tapi pelik la, tak sama macam arnab kat rumah ayah awak tu. Arnab ni dia panjang
Suami: Eh, arnab apa tu?
Isteri: Tak tahu. Dia panggung kepala dia. Tapi dia baik dengan saya. Dia main2 dengan saya dan dia masuk lubang dia balik. Tapi jiran rumah kita tengok, dia lari masuk rumah. Macam ketakutan. Kenapa? Dia takut dengan arnab tu ke?

(Suami dah rasa pelik)

Suami: Arnab tu tak ‘patuk’ awak ke
Isteri: Tak pun. Dia baik sangat. Saya suka dia

(Suami berdiam diri, terus membaca surat khabar)

Isteri: Awak, saya nak bela Johnny boleh?
Suami: Siapa Johnny?
Isteri: Arnab yang kat belakang rumah tu la
Suami: Tak boleh!!!! (suami buat emoticon nangis macam dalam YM)

Dialog 4

Isteri: Awak, kenapa arnab duduk dalam lubang?
Suami: Sebab tu rumah dia
Isteri: Ada orang cakap, dia nak beranak. Jadi dia buat lubang untuk selamatkan anak-anak dia
Suami: Ha betul juga tu
Isteri: Nanti saya nak beranak dalam lubang boleh tak?
Suami: Kenapa?
Isteri: Sebab saya nak jadi comel macam arnab

Dialog 5

Isteri: Awak, apa beza arnab dan hamster?
Suami: Arnab tu rabbit, hamster tu tikus Belanda

Isteri: Belanda tu bukan pasukan bolasepak ke?
Suami: Nama negara. Mungkin nama dia tikus Belanda sebab pasukan belanda warna oren. Sama macam warna hamster <– suami yang pada mulanya cerdik tapi nampaknya macam tidak

Isteri: Rabbit tu apa?
Suami: Rabbit tu macam Bugs Bunny. Suka makan carrot dan hidup dalam lubang
Isteri: Kalau macam tu, Upin dan Ipin pun rabbit lah?
Suami: Kenapa pula?
Isteri: Sebab Bugs Bunny tu kartun, Upin dan Ipin pun sama

Suami: Tak semua kartun tu rabbit
Isteri: Awak ni rabbit ke?

Suami: Saya manusia lah.

Dialog 6

Suami: Awak! Tengok ni saya belikan kucing gebu kat awak!
Isteri: Mana?
Suami: Ni ha dalam sangkar ni. Tgk baikbaik. Saya nak mandi

(tidak lama kemudian bunyi kucing bergaduh. Kelihatan si isteri bekejaran dengan kucing sampai ke pasaraya di pekan)

Kesimpulan:

Sayangilah isteri anda. Lindungilah mereka dari api neraka.  Seburuk atau sepelik-pelik mana pun mereka, merekalah yang membasuh pinggan mangkuk dan seluar dalam kita.

Fikir habis-habis sebelum memarahi isteri anda. Cuba bilang berapa kebaikan yang dia dah lakukan pada anda hari ini

Oleh: Pakar motivasi rumah tangga  tapi tak pernah berkahwin <– anda memang bodoh, baik pi tulis benda lain nu hoi banyak lagi nak kena buat!

Tema: Memarahi diri sendiri kerana suka menulis sesuatu yang karut

Hipotesis: Dalam karut, ada makna tersirat okey

(Yang peliknya, kenapa setiap kali dialog suami isteri mesti ada kaitan dengan haiwan. Nampaknya penularan wabak Shahkangnisme semakin berleluasa)

Kata-kata Buat Seseorang

July 22nd, 2010 / 2 Comments » / by Shahkang

Saya sering dilabelkan sebagai orang yang berumur. Tanyalah mereka yang sering merapati saya. Mereka sedia maklum. Kerna lenggok pemikiran saya ternyata berbeza dengan rakan-rakan sebaya umur. Saya seakan-akan muncul dan terbit dari dunia 70-an, 80-an. Dan saya akui, memang ada 2,3 orang sahabat saya yang bersama mengikuti jejak langkah ini.

Apa tidaknya, makan nasi ulam petai sambil tengok Man Laksa. Atau mungkin masih sedia menunggu depan TV menonton Tiga Abdul atau Sabarudin TukangKasut sambil ratah karas (kuih tradisional). Melepak tengok Bas Konduktor atau mungkin Setinggan (filem 80-an) dan ketawa terbahak-bahak.

Benar, saya memang seorang yang membosankan kerana meladeni rancangan seperti itu.

Tapi ternyata, saya pun terkena tempias air liur kemodenan juga.

Apa yang hendak dikatakan di sini, saya mempunyai ‘jiwa orang tua’. Dan bila dikatakan orang yang sudah berumur, apa yang disayangnya adalah anak-anak. Atau anak murid. Atau anak buah. Dan bukannya kekasih yang sering digolek-golek di taman permaidani hijau dan sebagainya.

Itulah saya.

Tahun 2008, saya pernah menulis sebuah sajak. Saya tidak katakan ia sajak yang bagus kerna ini merupakan sajak kedua dalam sejarah hidup saya.

Saya menulisnya untuk seseorang. Seorang sahabat wanita. Yang saya kasihi seperti mana orang tua kasihi anak-anak kecil. dan begitulah besarnya harapan kepadanya, seorang gadis yang menempuh usia remaja.

Dan kini, aku hanya mampu melihat harapan itu tergantung awan berambal-ambal. Dia sudah jauh. Dan aku hanya mampu berdoa. Doa untuk seorang sahabat.

(Teringat juga saat ingin memberikan ucapan/sajak ini kepadanya. Diletakkan di dalam sampul yang dibeli di KOOP. Kemudian pada hari jadinya aku bertemunya di concourse (secara kebetulan sahaja). Oh, terasa segan juga dan rasa segan itu menjalar sampai ke hari ini!)

Seuntai Kata Seorang Tua
(Untuk _____  Menghayati) – terpaksa dihilangkan kerna di situ ada namanya. aku tak mahu ada kontroversi

Hembusan dingin angin malam,
Dirimu di celah cahaya berbalam,
Melangut mengerling jam dinding,
Resah sukmamu ditemani bening,

Kesabaran dirimu akhirnya terbalas
Si Pendek sudah mencecah dua belas!
Kini setapak melangkah mara
Di ranjau berduri usia dewasa,
Bertukar azam beralih angka,
Semangat baru dipupuk waja

Sebalik tawa riangmu itu
Ingatlah dirimu:
Siapa bersengkang mata
Tatkala dirimu menangis manja?
Peluh siapa menyimbah bumi
Demi nafkah secangkir rezeki?
Segala hiasan mentereng sekali
Penat lelah siapa membeli?

Sebalik jurai-jurai ucapan rakan
Tanamlah di ingatan:
Meniti titian bernama dewasa
Tidak semudah fikiran menyangka,
Permainan hati meluahkan cinta
Tidak seindah kisah pujangga,
Pernahkah dirimu menggenggam bara?
Begitulah perit hidup si Dara

Sebalik bermandikan hadiah bertimbun,
Ingatlah dirimu:
Pikunmu menghambat usiamu memanjat
Jangan lupa doa dipanjat, hidupmu beribadat,
Dirimu kelak beralih dimensi
Ke satu alam yang kekal hakiki,
Nisanmu bakal ditegakkan jua
Jasad dan roh bercerai jua

Sudah-sudahlah sambutan hari jadi
Selambak hal sedang menanti:
________________________ (terpaksa dikosongkan atas sebab tertentu)
________________________
Kertas kumal kosong sahaja
Menanti untuk dicanai nota
Bukumu pula luas ternganga
Pergilah jenguk, pergilah baca

Aku hanyalah seorang tua,
Berpesan-pesan kepada yang muda,
Bukan berleter bukan memikat,
Sekadar untuk sama beringat,

Shahkang –di kantor harianku
2008

Tamat sajak. dan dibawah kertas A4 putih (agak mengarut sebenarnya, sepatutnya aku cetak di atas kad keras atau setidaknya kertas berwarna), ada tercatat:

“Sengaja aku coret bait-bait ini di balik kebosanan yang menyelubungi.
Selamat Hari Jadi ke-19
Semoga dirahmati Allah Selalu”

Seuntai Kata Seorang Tua

(Untuk _____  Menghayati)

Text Box: Sebalik bermandikan hadiah bertimbun,  Ingatlah dirimu Pikunmu menghambat usiamu memanjat Jangan lupa doa dipanjat, hidupmu beribadat, Dirimu kelak beralih dimensi Ke satu alam yang kekal hakiki, Nisanmu bakal ditegakkan jua Jasad dan roh bercerai jua  Sudah-sudahlah sambutan hari jadi Selambak hal sedang menanti: ________________________ ________________________ Kertas kumal kosong sahaja Menanti untuk dicanai nota Bukumu pula luas ternganga Pergilah jenguk, pergilah baca  Aku hanyalah seorang tua, Berpesan-pesan kepada yang muda, Bukan berleter bukan memikat, Sekadar untuk sama beringat,     Shahkang –di kantor harianku 2008Hembusan dingin angin malam,

Dirimu di celah cahaya berbalam,

Melangut mengerling jam dinding,

Resah sukmamu ditemani bening,

Kesabaran dirimu akhirnya terbalas

Si Pendek sudah mencecah dua belas!

Kini setapak melangkah mara

Di ranjau berduri usia dewasa,

Bertukar azam beralih angka,

Semangat baru dipupuk waja

Sebalik tawa riangmu itu
Ingatlah dirimu

Siapa bersengkang mata

Tatkala dirimu menangis manja?

Peluh siapa menyimbah bumi

Demi nafkah secangkir rezeki?

Segala hiasan mentereng sekali
Penat lelah siapa membeli?

Sebalik jurai-jurai ucapan rakan
Tanamlah di ingatan

Meniti titian bernama dewasa
Tidak semudah fikiran menyangka,

Sengaja aku coret bait-bait ini di balik kebosanan yang menyelubungi.
Selamat Hari Jadi ke-19
Semoga dirahmati Allah Selalu

Permainan hati meluahkan cinta
Tidak seindah kisah pujangga,
Pernahkah dirimu menggenggam bara?
Begitulah perit hidup si Dara

Manchester Yang Aku Meluat

July 11th, 2010 / 6 Comments » / by Shahkang

Oh, pagi ahad yang murni akan ku habiskan mengarang entri yang kononnya sarat dengan emosi ini.

Walaupun Manchester dihebahkan sampai ke pelusuk Russia atau mungkin ke kepulauan Seychelles, berkenaan gahnya sebagai pusat makanan halal. Cakap sahaja apa yang mahu ditelan – dari nasi Afganistan sampai ke manisan Turki. Atau mungkin hirisan donner yang memukau dengan harga yang secalit. Atau menu 1 pound yang perlu dibeli dua set untuk memuaskan gelora lapar.

Ya, ku akui kehebatanmu Manchester. Ah, mana lagi mahu mencari selonggok makanan kalau bukan di sini?

Ku akui!

Tapi sejujurnya aku meluat denganmu, Manchester. Dengan hiruk pikuk kemanusiaan yang berbagai. Mungkin aku sahaja terlibat dengan gelojak perasaan yang bingit ini. Tanyalah siapa senior pun mungkin tidak rasai.

Hebat, baru setahun. Aku yang kerdil dan usia belum dicantas waktu ini sudah dapat merasai.

Aku terkecil hati atau tersakit hati dengan seseorang? Mungkin.

Tapi kenapa? Atau mungkin aku berkecil hati dengan gerombolan itik di Plat Field. Oh, kau pun tahu! Mereka gemar mengejar manusia dan maka bertempiaranlah kita berlari. Walaupun terdapat anak itik sebagai pengubat sengsara tapi percayalah fenomena itu akan sirna. Anak itik akan berubah menjadi itik dewasa. Yang dahulu berkodek laju dan ekor ke kiri-kanan-kiri-kanan-kiri-kanan-kiri-kanan (ulang seberapa banyak anda mahu) kini sudah lembab. Hanya berkuek-kuek mencari makanan dan menyelam kepala mencari entah apa di dasar tasik (oh, aku mengesyakinya mencari remote control Astro yang tenggelam. Mustahil, apakah kalian di Plat Field menonton Astro?)

Begitu juga manusia, yang berubah semacam selut di pantai. Hanya berpandukan air yang pasang atau surut.

Apakah sebenarnya aku ini benci akan perilaku manusia? Aku tidak pasti.

Perilaku yang macam mana kubenci?

Ini sudah macam prolog novel. Yang sebenarnya aku memang tidak berapa gemar hidup di Manchester. Ya, aku rasa aku seorang sahaja tergedik-gedik melaungkan seruan ini. Ops, junior janganlah khuatir! Di Manchester semuanya sihat-sihat belaka. Cuma aku. Ya aku – Shahkang yang sedikit meluat dan keras dengan Manchester. Sebabnya mungkin agak kompleks dan bersifat peribadi. Buat masa ini, tanamlah dalam hati yang aku bermusuh dengan itik Plat Field.

dan bagaimana akan ku rempuhi perjalanan lagi tiga tahun? Semoga Allah membantuku. Kepada Dia aku berserah dan kepadaNya aku meminta pertolongan.

Yang sebenarnya (bila mahu habis keluhan jiwa yang kasar ini?), aku mahu menitipkan gambar-gambar perjalananku ‘lari dari Manchester’. Wah kononnya aku merajuk denganmu,Manchester. Pergilah dirimu dengan Old Trafford, merpati gemuk di Piccadily Garden, makcik operator di Piccadily Station (yang sering berkata – This is a no smoking station dan bermacam lagi), para pencari rezeki di Market Street dengan wajah yang disimbah ketidaktahuan oleh pengunjung (aku kasihankan kalian! Tapi rezeki perlu dicari, bukan?).

Koleksi gambar-gambar Melarikan Diri dari Manchester (MDDM)

Aku benar-benar merajuk dengan kekasihku, Manchester. Dan ini merupakan percakapanku kepadanya.

Aku bercinta dengan Manchester? Oh, mungkin dengan Metrolink tram atau Jenny the Merpati (nama yang baru diberi, sila abaikan))

mddm110701
York. Kujejak selama sejam dalam pengembaraan sehari ke Edinburgh. Tenang pada pagi ahad yang dingin bersama gerimis pagi yang berderai. Seperti mana berderainya hatiku, oh Manchester. Kau sememangnya menarah luka lama

mddm110702
Perjalanan pantai timur Great Britain menuju ke utara – ke Edinburgh Waverley station. Pantai yang memukau sambil silih pandangan bertukar dengan kelajuan East Coast train yang deras, seakan mencemburui. Oh Manchester, sepertinya cinta kita termeterai dan terburai pada pagi ahad ini

mddm110703
Kota Edinburgh. Gerimis bagai air mata berjurai dan berlinangan. Manchester, kau pun tahu aku sanggup lari darimu beratus baru demi mencari kesempurnaan dan keserasian

mddm110704
Dapatkah kau lihat, Manchester. Liverpool punya menara radio yang menegur langit. Tapi dikau, ah mungkin kau membalas dengan adanya Hilton, salah satu bangunan tertinggi di UK di pundakmu.

mddm110705
Liverpool – berhampiran Albert Dock. Kedamaian yang serasi bersama ikan yang mungkin berlapar di bawah permukaan air sana. Tidakkah kau tahu, Manchester. Kuhadir di sini sekadar mencari ilham. Bukan maksud meninggalkanmu.

mddm110706
Abbey Road. Tempat letaknya studio The Beatles – aku bersama Syafiq di London . Manchester, mungkin kau berkeras denganku. “Ah, aku juga punya Abbey Road!”.Benar, ku akui dan sudah-sudahlah membasah lidahmu dengan hujah. Tapi sayang, Abbey Roadmu itu hanya lewat poster yang dijual di Renold Building. Sayang sekali, tidak sama dengan realiti. Bukan?

mddm110707
Regent’s Park – London. Kulihat mekar kuntum itu bagai dirimu Manchester. Ah, persetankan segala ilusi indahku kerna kau mana mungkin sama dengan kuntum yang segar. Kau telah dinodai dengan semacam dua karat manusia!

mddm110708
Big Ben – London. Di atas jambatan menghadap London Eye. Oh lupa kau juga punyai Eye of Manchester!

mddm110709
Stesen keretapi London Waterloo – aku terus dalam kerudung merajuk. Ingin kubawa tubuh jauh ke selatan – ke Southampton. Meninggalkanmu berkerut seorang di North-West. Pergilah – bersahabat dengan temanmu Leeds, atau Sheffield (pastinya kau perlu mendaki bukit Peak District! Oh, jalan serupa ular yang pasti ditemani muntah-muntah anak kecilmu, Manchester!)

mddm110710
Di atas feri di jeti Southampton. Kau tahu Manchester, kau gagal dalam memenuhi cintaku pada sebuah lautan.

mddm110711
Terima kasih Azmirul (sahabat lama, E07A). Kuhantar senyum lewat gambar ini, Manchester. Bukankah dikau berasa jelik kerna aku jarang tersenyum padamu. Lewat dinginmu yang meratah tulang-temulang dan hangat musim panasmu yang memijar.

mddm110712
Isle of Wight – di selatan England. Benar, Manchester. Aku sedaya upaya melarikan diri paling selatan yang mungkin. Kalau bisa aku terokai sebuah kapal dan berlayar ke Spain. Agar kujauh darimu.

mddm110713
Menyewa basikal dan mengayuh di Isle of Wight – pasti dirimu kini terkapai meronta – “Aku juga punya laluan basikal. Nah, kau mahu dari Rusholme ke BBC? Atau Longsight nun sampai ke Burnage? Ah, shahkang! Kau pasti tergiur menanti laluan landai ke Wilmslow!”

mddm110714
Menaiki bukit. Azmirul sarat dengan penat. Malah aku juga. Manchester, saat ini kuterbayang tanah ratamu yang memikat. Benar, dirimu bukan berbukit seperti Sheffield atau Bristol. Tapi, kita tidak mungkin bercinta lagi.

mddm110715
Denai senyap-sunyi. Serupa hutan Malaysia.  Manchester, mahu kau cari denai sebegini di Trafford Industrial Park. Ada? Pastinya kau terkumat-kamit menjawab persoalan ini!

mddm110716
Menanti chain ferry untuk menyeberangi ke Cowes di Isle  of Wight. Pakcik berbaju biru ini atau dikenali sebagai _______ (letak nama anda sendiri) bukanlah sebahagian daripada rombonganku dan Azmirul. Manchester, mungkin kau boleh sediakan cinta kita di atas chain ferry? Menyeberangi tasik di Plat Field atau sungai selebar satu bas di tepian Old Trafford?

mddm110717
Hyde Park -  London. Maaf mataku memang terkatup bila membuka cermin mata. Hm, jika tidak dibuka nanti silau dan meracau pula. Manchester, kau renungilah seluas tasik damai ini. Bagai cinta yang terbias sampai terkena langit. Dan kita terkadang kedua-dua di tengahnya

mddm110718
Ruang pelajar di Imperial College – beramah mesra bersama sofa empuk dan kekalutan pelajar. Ya aku terdengar suaramu bersipongang “Sofa empuk, kau boleh lihat di Renold. Kalut? Lihat sahaja pada hari Rabu di OXford Road. Bukankah pelajar University of Manchester bercicit-cicit berjalan memburu bas atau tiket konsert?”

mddm110719
London Bridge – kini saya bersama Syafiq dan rombongan cikgu Azizah dari Malaysia dan Bristol. Syafiq menjadi penunjuk jalan kepada kami semua. Kau tentu tewas, Manchester. Kau tidak punya jambatan terbelah terangkat sedemikian. Tapi ya kau punya jambatan biru yang boleh diangkat keseluruhannya di Salford Quays.

mddm110720
London Euston – stesen tren untuk perjalanan menuju ke utara. Selaluku dengar menerusi corong stesen Piccadily – makcik Jenab kupanggil. “This 12 01 Virgin Train service to London Euston“. Benar, Manchester. Kau sendiri menggamitku untuk mencuba ke London Euston. Dan kini aku terpacak gah pada pagi yang mulia bersama deru angin London yang senyap.

mddm110721
Saat terakhir. Kupandang wajah kamarku selama 9 bulan. Oh, pernah seorang senior menegur katanya aku baru 9 bulan sedangkan dia dua tahun. Benar, kak. Memori yang terbungkam dalam kamar kecil itu terlalu banyak. Manchester, saat cinta kita bermula di situ. Dan kini aku meninggalkan memori kusam itu. Pandailah kau menggilapnya!

mddm110722
Manchester Airport – aku akan bergenang dalam angkasa biru itu. Di sinilah kau dan aku bertemu saat pertama, 30 Ramadhan. Dan aku bergelut dengan bagasi yang lewat dan puasa melebihi 12 jam yang pernah kali kucuba.

mddm110723
Dubai – aku jauh darimu. 7 jam perjalanan sebelum 7 jam lagi untuk tiba di tanah air. Manchester, kau tahu nikmatnya musim panas. Nikmatilah sendiri tanpaku!

mddm110724
Lapangan terbang Dubai – aku, Sabirin, Akeed dan Najmi memburu malam bersama wap panas yang menggila-royan. Lapangan terbang ini besar darimu, Manchester. Sudah-sudahlah kau mencari sari dan isi untuk kau menggahkan semula namamu di hatiku.

mddm110725
Malaysia – aku mengembara ke KMB. Mencari diriku yang selama ini hilang.

Musang dan Kapal Terbang

July 9th, 2010 / No Comments » / by Shahkang

Sejujurnya saya berasa lumpuh, melihat suatu entri yang disulam dan dibenangi berjam-jam tidak mendapat respon yang memuaskan. Pelik juga. Sesetengah berjumpaku di kaki lima bercakap mengenai laman blog tapi melihat bilangan komen. Sesaga cuma. Semacam blog ini serupa sampah yang orang hanya tegur atas sebab “Adakah ini sampah atau plastik album Lady Gagi bertajuk Percintaan Jahat?”. Usai dia ketahui ianya sampah, maka ditinggalkan atau mungkin disepak sampah tersebut ke tepi sedikit kerana mengacau lalu lintas.

Jadi, blog ini adalah sampah semata-mata?

Terpulang. Saya tidak mempunyai banyak followers seperti kebanyakan penulis. Mungkin kerna fikrah yang dibawa agak kabur. Kalau berdasarkan bengkel lepas, saya dicop sebagai seorang yang suka menggunakan perlambangan.

Ya benar, dalam kehidupanku penuh perlambangan yang penuh misteri. Seperti musang  Yang perlu saraf berpintal dan bermain-main dengan logik sebelum menentukan apakah maksud sebenar.

Marilah dengarkan kisah mengenai musang dan sebuah kapal terbang.Lupakan hal symbolism yang mungkin menjerat leher atau leher hamster anda, walaupun saya agak ragu-ragu dan celaru sama ada hamster mempunyai leher atau tidak kerana seakan kepalanya bercantum dengan badan terus.

Kapal Terbang

Mungkin anda pernah membaca kisah saya melawat lapangan terbang. Ya untuk menonton kapal terbang sambil berhirup sejuk udara yang memuput. Bersama mat salleh yang lain yang kupanggil – Razak, Sameon (Bukan Zaiton Sameon) dan Torres.

Tidak perlu diceritakan panjang mengenai lawatan tersebut. Kerna sudah pun terungkap dan diperikan kisahnya pada beberapa post yang lepas (bila tengok balik jumlah post yang ditulis kebanyakan ini, barulah saya tahu yang saya sememangnya lembab seperti arnab yang diam di dalam lubangnya)

Dikhabarkan, saya telah melaksanakan satu perbelanjaan terbodoh untuk Mei 2010 dengan membeli pelampung kapal terbang yang saya rasakan comel dan boleh digunakan untuk bantal peluk dan sebagainya. Malangnya apabila tiba di bilik, jenuh ditiup dan dikembangkan pun, tidak menggelembung juga. Masih tetap menjadi kepingan.

Jadi saya merasakan perlunya ada pam basikal untuk mengepam pelampung sebesar 1 meter, Maka berteriaklah di status YM dan Facebook mencari pam basikal namun akhirnya terkubur jua impian.

Kepingan kapal terbang itu disumbat ke dalam beg kargo untuk dihadiahkan kepada Didi.

Dan beberapa malam lepas, Didi telah pun mengepamnya (tidak tahu kenapa ianya dipam secara tiba-tiba). Maka menyemaklah di ruang tamu kapal terbang A380 Air France ini.

IMG00874-20100703-2152
Jikatetamu datang mungkin aku terpaksa bertempiaran melarikan kapal terbang ini. Kerna aku yang bongsu. Maka akan terjadilah dakwaan seperti “Ish ni mesti Jat punya barang ni..”. Padahal Didi merangkap pensyarah UNIMAP yang mengepamnya.  Apa-apa pun, ia adalah lambang intelektual keluarga ini (banyak la ang…).

Musang

Saya mempunyai seekor musang tidak berkaki di rumah. Terima kasih kepada Didi yang membelinya di carboot Nottingham pada tahun 2003 (saya ada pada masa itu namun rangsangan terhadap musang agak kurang pada masa itu. Saya lebih tertarik kepada mainan kanak-kanak pada waktu itu <— hujah untuk menyangkal musang adalah permainan kanak-kanak). Dan Didi juga membeli patung hedgehog namun tidak terlalu comel walhal hedgehog sebenar sangatlah menggoda.

Dikhabarkan oleh Didi, setelah 9 bulan musang tersebut langsung tidak bergerak dan hanya diletakkan di atas kerusi. Menariknya, kerusi tersebut adalah kerusi ruang tamu. Entah mengapa bagaimana boleh ia kekal di situ dengan gaya tidurnya yang tidak saya sukai.

IMG00873-20100703-2151
Musang yang berada di kerusi ruang tamu. Sebelum aku ke Manchester, beginilah posisinya dan bila pulang, begitu juga lenggoknya. Sememangnya musang ini begitu tegar akan perubahan sekeliling. Atau mungkin dia dipinggirkan kerana sering berdum-dum dan berdap-dap di atas bumbung rumah. Sehingga mengacau tenteram dan meragut sunyi malam.  What a pity.

Musang dan Kapal Terbang

Bayangkan, bersatunya suatu objek yang mahsyur (A380 yang menjadi pesawat mewah darsawarsa ini) dan musang biasa yang sering dicaci dan dihina. (Oh, pernahkah kau mendengar orang memuji musang? Tidak!). Musang disalahertikan. Kerna ia gelap dan tidak berguna malah suka mencuri buah.

Dan banyak juga perumpamaan yang menindas si musang – musang berbulu ayam, as cunning as a fox, seperti musang dan Shahkang (err?). Cerita Dora juga menggambarkan musang sebagai watak jahat.

Oh, kasihan sekali!

IMG00875-20100703-2152
Musang yang melilit pesawat

Dapatkah kau bayang, seekor musang di dalam pesawat berlari mencicit berlaga habis kaki pramugari kain terbelah? Oh tidak. Pastinya ditangkap dan mungkin ditauk ke luar pesawat serta merta. Walaupun pintu tidak boleh dibuka namun dipaksa juga malah mungkin siap menulis surat kepada jawatankuasa kapal terbang supaya dibenarkan pintu dibuka sebentar ketika penerbangan untuk melemparkan musang tersebut keluar pesawat. Asalkan musang dapat disingkirkan daripada pesawat mewah itu, sudah memadai.

Cuba kau bayang, seekor kucing parsi berbulu menyapu lantai itu yang menaiki pesawat.

Pastinya dilayan, dan mungkin ada penumpang meminta (selain meminta makanan), “Bolehkah si Parsi itu berada di ribaanku sepanjang 7 jam perjalanan?”

Sememangnya musang selalu ditindas.

dan begitu juga aku dan kita!

Natasya

July 1st, 2010 / 1 Comment » / by Shahkang

Natasya bukan seorang yang biasa. Kerna lahirnya bergelumang dengan semut dan lipas. Bergelut dalam lumpur dan bernafas dengan debu. Haiwan kegemarannya bukanlah si kucing parsi atau tikus Belanda berekor kontot. Tetapi musang legam yang dibenci ramai.

Dialah, mangsa kepada sebuah cinta. Kerna telah termakan ia akan kotaan janji. Dia masuk ke dunia atas paksaan nafsu. Nafsu yang ditermeterai saat malam merdeka atau malam tahun baru. Atau malam menonton midnight wayang gambar.