Suara Orang Telanj*ng

Untuk mereka yang tidak jumud, dan mampu berfikiran terbuka

(saya akan mengeja telanj*ng sebagai telanjng sehaja, ini kerana saya tidak mahu orang yang menggunakan enjin carian masuk ke dalam web ini dengan mencari kata-kata tidak senonoh itu)

——————————————————

Yang berbaju akan terus tertawa, memang berdekah melihat ketelanjngan yang dipersembahkan.

Yang telanjng terus telanjng, dan mereka yang berbaju akan terus menokok tambah pakaian masing-masing. Dari skaf di leher menjalar sampai ke hujung jari dengan stokin (bukan stokin biasa, stokin tebal!). Dan ditambah dengan jaket berpoket, kot panjang sampai mencecah pangkal paha.

Yang telanjng terus mencari atau mungkin kabur – di mana patut dicari pakaian?

Yang berbaju pula mengelak bertemu dan berhubungan dengan si telanjng, dengan alasan:

1) Kami tidak mahu dilabelkan sebagai orang-orang telanjng
2) Bukan setaraf dan sememangnya si telanjng tidak mungkin berada setaraf dengan kami. (Ah, tak dapat membayangkan si gedempol tidak berbenang itu berjaket, berjubah, dan bersegak-segak sepertiku!)
3) Takut dipengaruhi, nanti aku pula yang bertelanjng. (Oh, gila sememangnya gila! Aku tidak mahu!)

Berbaju akan terus dengan berbaju dan menghina si telanjng. Benar, si telanjng tidak berbaju seperti mereka dan tidak layak untuk apa-apa pun – apatah lagi menjadi pasangan! Wohooo jangan la. Yang berbaju mana boleh campur dengan tak berbaju.

Tapi, kenapa baju atau tidak berbaju yang menjadi ukuran, dan tidak pada sifat-sifat lain?

——————————————————-

Adapun suatu ketika, si telanjng sudah bertemu selonggok pakaian (mungkin dari dobi atau sekadar cebisan yang bertempiaran di laluan pejalan kaki).

Dan si telanjng mula memakai – tapi sayang! – cuma sekadar pakaian murah – baju round-neck putih dan kain pelikat.

Dan yang berbaju, terus mencari kesilapan si telanjng:

Mana stokin? Mana sarung tangan (sejuk di sini, pastinya PERLU!)? Mana topi cap ASDA?

” Kami hanya mampu takat ini,” kata si telanjng

“Oh tidak tidak! Kena sempurna! Kena ada semuanya. Mana boleh begitu!”

Ya benar, yang berbaju sebenarnya lebih melihat kelemahan yang bertelanjng (iaitu tiada stokin dll), tanpa menghargai bahawa mereka sebenarnya sudah berkain pelikat dan berbaju putih, walaupun nipis.

Sayang, seribu kali sayang. Sang berbaju tidak pernah tahu yang baju yang dipakainya datang dari Siapa

dan dia tidak pernah sedar, yang dia sebenarnya dahulu juga adalah orang-orang telanjng.
dan bila-bila masa, segala pakaian mahal itu boleh terselak dan terbuka juga.

Sayang, apabila persamaan tidak diraikan. Namun perbezaan yang kita buru. Sayang.

—————————————————–

Hakikatnya, kita dapat sendiri melihat. Dan banyak dari kita (termasuk aku), tidak mahu open your eyes dalam kes macam ni.Kita terlalu banyak open our eyes hanya untuk kelebihan sendiri dan kefahaman diri sendiri.

“Usah tertawa pada yang bertelanjng, kerna belum tentu esok kita berbaju” - Shahkang

Aku yang dalam keadaan MARAH. Marah pada diri sendiri. Marah pada berbaju, marah pada bertelanjng. Marah pada SEMUA!

This entry was posted on Friday, February 12th, 2010 at 3:53 pm and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Suara Orang Telanj*ng”

az February 12th, 2010 at 5:21 pm

apa ni? tak faham?! topi cap ASDA?! hahahahahaha

erni bidin February 12th, 2010 at 7:43 pm

haha… sape org berbaju yg tamau kwn ngn org telnjg ni…sian die. kte kwn sume org la kan….ish2…tak baik tau…. shah, ko jgn marah2 sgt.sabar2…….”iman itu adalah kesabaran dan kelapangan hati.”

kas February 12th, 2010 at 8:37 pm

Saya juga pernah marah, kalo yg telanjg dibiar telanjg, apa guna yang berbaju itu? punya kemampuan untuk membantu sang telanjg namun tidak mahu membantu kerna takut, takut apa pun saya tidak tahu, lantas untuk apa dia punya baju yang banyak?

kita menilai berdasarkan pada apa yang kita nampak, dengar dan rasa, Allah mengetahui segalanya, niat mereka bertelanjng mahupun berbaju

samada sang telanjng itu sudah berusaha bermati-matian, atau sang berbaju itu ternyata riak dengan kemampuannya berbaju.. itu semua dalam pengetahuan Yang Maha Esa

kita juga boleh lupa bahawa kita ini hanya hamba Allah, bukan kah iman kita ini juga boleh bertambah dan berkurang?

Ujian dan peluang dalam hidup setiap orang itu lain-lain, lantas terserah pada kita, samada mahu membantu atau biarkan saja yang telanjg itu telanjg..

zaman sekarang ini gemar dengan perkara dinamakan majoriti, apabila majoriti kata benar, maka konon nya benarlah suatu perkara..

hakikatnya, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah, tidak kira samada ia majoriti atau bukan..knowledge is the power here..

Selamat melewati hari yang menduga ya!!

musyajoh February 13th, 2010 at 3:20 am

Marah kenapa ni?

mama February 13th, 2010 at 11:49 am

kadang kadang orang yg berbaju,berasa yg dia bertelanjang,pada hal sebenar nya dia lah yg paling berbaju cantik…..

perantau_kamal February 16th, 2010 at 2:56 am

Sayang, apabila persamaan tidak diraikan. Namun perbezaan yang kita buru. Sayang.

persoalan di sini ialah siapa yang mula2 dahulu yg hendak membezakan diri mereka?

Leave a Reply