Jaulah Rahsia

Apa perasaan anda apabila :

Anda sedang sibuk bergelut dengan mekanik dan rupa-bentuk litar elektrik yang menjengkelkan, namun apabila melihat status rakan-rakan, mereka berkata “Kami sedang di Dublin! Seronoknya!” atau mungkin “Kenapa piza di Itali ini tak sesedap pizza 3 for 10 pound di Zain?” atau mungkin “Sekarang aku di kutub, mana penguin yang dijanjikan?”

Apa perasaan anda?

Bag saya, cemburu dan berang (tidaklah berang mana, hiperbola).

Dengan itu, setelah tamatnya peperiksaan pada hari Khamis 28 Jan 2010, saya mempunyai tiga hari untuk bercuti/melompat/bergolek (potong mana yang tidak berkenaan) dengan sepuas-puasnya. Apa tidaknya, kerja sudah langsai, buku sudah boleh terbang ke atas almari/bawah sink/dalam peti ais (potong mana yang anda suka).

Jadi saya dan Chem (atau nama samarannya Kamal Haziq) melakukan siri Jaulah Rahsia

Apa itu Jaulah Rahsia
Jaulah rahsia adalah jaulah secara rahsia (bodo punya definisi)

Kaedah:

1) Beberapa keping kertas yang tertulis nama tempat diletakkan dalam suatu bekas
2) Kertas dicabut
3) Anda terpaksa pergi ke tempat yang dicabut, tiada kompromi

Jadi dengan itu, saya telah menyiapkan beberapa keping kertas untuk dicabut, antara nama-nama tempat yang dicadangkan adalah:

1) Lancaster - sejam menaiki tren dari Manchester, tempat tinggal Safwan dan Aiman dan Syakir
2) Stoke - tiada kawan, tempat pasu. Ada stadium Stoke City
3) Liverpool - ramai kawan, bandar besar dan banyak benda (muzium Beatles, Titanic etc)
4) Preston - ramai pelajar medic (Alwi contohnya)
5) Bolton - stadium Bolton, pekan kecil di pinggir Manchester
6) Manchester (jalan-jalan dalam Manchester sahaja)

Sebenarnya ada dua lagi bandar iaitu Leeds dan Sheffield namun tiketnya melebihi 10 pound, syarat permainan untuk kali ini adalah tiket tidak boleh mengjangkau nilai 10 pound.

bolt01

Maka pagi Jumaat 29/01/2010, tatkala Apip, Peng, Anam, Klon dan dua orang sahabat perempuan lagi bertumbuk di meja exam kira-kira 200 meter dari stesen keretapi, saya dan Chem memulakan operasi.

Tibanya kami di Piccadily Train Station, cabutan diadakan:

bolt02
Berdebar-debar, tak tahu tujuan ke mana. Di stesen baru nak tentukan.

Dan akhirnya…

bolt03
Erkkk…. Bolton (tempat yang paling aku nak elak, sob-sob)

Maka saya dan Chem ke kaunter, membeli tiket – 3 pound return. murah kerana dekat, dalam 20 minit menaiki tren sahaja.

Maka kami pun menaiki tren Trans-pennie Ekpress:

bolt04
Bangunan Renold, kelas kami selalu di situ. Dan selalu juga ‘cemburu’ melihat tren lalu lalang membelah suasana kampus utara ini.

bolt05
Tren – sejurus tiba di Bolton

bolt06
Akhirnya tercapai juga untuk tiba di sini – walaupun tak ramai yang berkeinginan datang

bolt07
Kami datang tanpa pengetahuan dan idea – terpaksa mencumbui peta buat sementara waktu

bolt08
Berlegar-legar tanpa arah tuju. Main teka sahaja.

Jalan punya jalan, bertemu dengan pusat pelancongan yang ada muzium, galeri seni dan akuarium.

bolt09
Lawa.. Kalau tipu saya tengah ada di Greece arau Rome pun mesti orang percaya. Haha.

bolt10
Akuarium di dalam pusat pelancongan itu

Kemudiannya, kami menghabiskan masa melawat muzium Mesir (yang menakutkan), galeri seni.

Ah, mana lagi nak pegi?????

Maka kami pun jalan-jalan bandarnya. Kecil tetapi menarik. Saya lebih suka pekan kecil sebegini untuk dinginapi.

Jom ke Reebok Stadium ! (Bolton Wanderers FC punya gelanggang)

Namun disebabkan terlalu jauh dari bandar dan faktor lain, kami berasa tidak usahlah ke sana. Jadi kami meneruskan saja lawatan ke ‘pasar tani’ Bolton dan diakhiri dengan pembelian screw driver berharga 1.50 pound. haha

Baru berjalan sejam setengah, dah tak tahu menahu apa yang perlu dibuat!

bolt11
Macam jambatan kat Putrajaya pula. Heh.

Dah tak tahu hendak ke mana, maka saya dan Chem memutuskan untuk pulang jam 12 tgh hari.

Walaupun perjalanan ini singkat, namun saya dan Chem sudah mempelajari pelbagai perkara yang menarik. Seronok sebenarnya jika melawat tempat yang orang jarang pergi.

Sebenarnya tertekan juga, ingat nak dapat tempat yang agak jauh. (sapa suruh main cabut-cabut!)

This entry was posted on Thursday, February 4th, 2010 at 5:07 pm and is filed under Perjalanan Jauh. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Jaulah Rahsia”

azs February 5th, 2010 at 2:56 am

haha, lawak gile korang… tapi menarik! lain kali, kumpul tmpt2 yg mmg btol2 best nak gi.. hehe..

NHS Manchester February 13th, 2010 at 1:16 am

ang tak pi zoo bolton ngan taman rama2 ka? ada penguin kat sana (tipu). tapi ada arnab la…haha

Leave a Reply