Salji, Penguin dan ….
AMARAN: Mengandungi merapu yang terkandung bijaksana. Kurang sesuai untuk sesetengah pihak yang membenci penguin.
Sering kali saya dikecam – oleh taulan sendiri mengenai kebarangkalian menjumpai penguin.
Sejak turunnya salji, bermula 17 Disember 2009 yang lalu saya sering mengemukakan hasrat untuk mencari burung penguin. Pada hemat saya, penguin menginap di semua tempat yang mempunyai salji
Salji = kutub utara
Salji = manchester
Penguin = salji
Penguin = kutub utara
Penguin = Manchester
(bukankah ini suatu penyataan matematik yang logik dan mudah?)
Ramai yang tertawa, tidak kurang yang hanya mampu mengulum tawa. Oh, biasa. Biasa.
Maka tertakdirlah pada suatu hari, adapun salji mengguyur cuma nipis selapis namun tetap kujumpai.
Penguin!
Gambar diambil di luar dapur saya
Wah wah, comelnya.
Ramai yang beranggapan – “shah, walaupun warna sama macam penguin, tapi ni bukan penguinlah”
Biar saya terangkan:
Menurut hukum Shahkangnisme,
Penguin = mempunyai warna
Penguin = warna hitam dan putih
Burung dalam gambar = berwarna, hitam dan putih
Burung dalam gambar = penguin
(assumptions to made: Fx is constant for M < P)
Bukankah itu suatu yang logik?? Mengapa aku dipersalahkan ketika mencari penguin di Manchester?
Di manakah keadilan?
Arnab 1: Oh, tuan! Sayang seribu kali sayang kau mencari keadilan. Keadilan yang berselimut!
Arnab 2: Tuan, tuan shah, sudah sudahlah mencumbu sebuah kebahagiaan. Ini masa derita!
(kenapa macam format drama dan dari mana muncul arnab 1 dan arnab 2?)

Papan tanda di Flat Field, lihatlah! Bukankah gambar penguin di tengah itu? Warna hitam dan putih!
Penguin pun birds juga.
“Apabila kita obses terhadap sesuatu, kacang kuda pun boleh jadi kacang rebus” - Shahkangnisme
Marilah lihat gambar-gambar salji sedikit

Sesudah subuh, salji masih perlahan-lahan menginap di tanah

Gambar dari tingkap bilik.. Lebat.

Main snow slide di Flat Field menggunakan kadbod dan signboard. Sikit lagi nak pengsan sebab nak langgar pokok.
P/s: Tiada penguin dalam gambar di atas. Walaupun rakan di sebelah kanan memakai jaket hitam dan snowcap putih, percayalah itu adalah Akid dan bukan penguin.
Hukum Shahkangnisme – jangan libatkan ex-classmate dalam merapu

Plat Field – saya
(Rasa malu juga sebenarnya selepas merapu dengan begitu teruk di atas, kemudiannya meletakkan gambar sendiri di bawah ini (mana nak tutup muka?). Apa-apa pun terima kasih Bat dengan gambar yang cantik ini)
“Bila tertekan dengan belajar, merapu akan bertokok” – Shahkangnisme
Ada siapa nak beli buku ‘Shahkangnisme’? Wakakaka..
This entry was posted on Monday, January 11th, 2010 at 6:06 am and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




luthfi January 11th, 2010 at 4:08 pm
jat, penguin ang ekoq panjang..
dia evolusi ka sbb dok kat manchester?