Panjangnya Nama…

Alhamdulilah akhirnya kembara selama 10 hari selesai sudah! (Dublin-Scotland-Wales)

Ya bukannya aku menemani arnab dalam lubang kala salji mula mengurung bumi Eropah. Atau menemani lipas bersiar-siar di tengah pekan mencari kicap kipas udang. Oh, itu picisan belaka.

Terlalu banyak gambar nak disempitkan di sini, memang berpuluh gambar kalau bergabung dengan kamera orang lain (mujur tiada mereka yang berkamera kodak dan memerlukan masa untuk mencuci!)

Atas dasar ‘baru sahaja melalwat’ iaitu kira-kira 7 jam lepas, jadi saya berkeinginan untuk menulis mengenai sesuatu destinasi yang rasakan agak unik:

Tempat yang Namanya Paling Panjang di Dunia.

Ya saya biasa ketemunya ketika menjawab soalan kuiz di MIRC (zaman bila ni?). Ada suatu nama tempat yang panjang, sukar disebut apatah lagi mengeja satu per satu. Terlalu mengarut. Semacam tidak percaya ada tempat sepanjang ini.

Dan tak sangka Allah memberi rezeki hari ini untuk ‘bertemu’ dengannya. Bersua muka dan merasai sendiri jisim angin di bandar nama panjang ini. Terasa teruja kerana setelah kami bergomol dengan bayu gunung dan bau danau Snowdonia, destinasi terakhir adalah pekan ‘bersejarah ini’

Namanya adalah :

Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

Bukti yang mengatakan tempat ini merupakan salah satu tempat yang namanya paling panjang di dunia boleh klik sini

Nama ini ditulis dalam bahasa Wales dan ada maksudnya tersendiri walaupun tampaknya serupa macam mereka menaip sesuka hati atas keyboard sebegini: ifhtneitfhnwe4ionweini (taip suka hati atas keyboard, ya sememangnya mustahil untuk diangkat menjadi nama sebuah tempat kerana siap ada angka ‘4′ di tengah)

Maksud nama tersebut adalah: (sila lihat gambar bawah ini dan baca tulisan kecil di bawah namanya – mula dengan The church….)

dan yang paling mustahak adalah pura-pura tak nampak Bat yang berada dalam gambar ini.

IMG_1298

IMG_1295
Papan tanda restoran

IMG_1297
Awat tak sambung signboard nama ni sampai ataih jalan nu?

Jom buat nama tempat yang panjang?

Kadang saya terpikir, kenapa tidak kita sendiri mencipta nama tempat yang panjang. Ah, bukannya susah. Bila ada fasa baru perumahan atau kawasan penempatan, kita namakan dengan nama yang panjang.

Melihat kepada nama yang di atas ini, maksudnya merujuk kepada lokasi tempat itu kalau tak silap, kerana bunyinya seperti “Gereja yang berada di tengah white hazel…. berdekatan dengan…”

Mari kita cuba!

1) KawasanperumahanyangletaknyadipinggirbandarKLdankemudiannya
terdapatlaharnabgemukdancomelyangberlari-llalridarilongkang
hadapansampailongkangkebelakang

2) Lubangarnabyangdipenuhilobakkeranatahulahkalianbahawaarnab
iniadalahhaiwanyangsukaberhibernasiketikasaljimulamelitupi

3) Rumahyangcantikyangterletakdihadapansebuahkedaimamakyang
adajualkarimantapmacamkariSabirin(pelajararkitekuniversityofmanchester)

4) Musangtanahmusangpulutmusangpandanmusanggemukmusangtikus
musangberjanggutmusangjahatmusangbaikmusangleper

(yang number 3 ni lagi la merapu siap ada kurungan lagi..hoho lebih ar ni)

Apa-apa pun kenapa cubaan 1 dan 2 ada perkataan arnab?

Kenapa saya begitu obses dengan arnab?

(Err..)

Credits to Bat for the pictures!)

This entry was posted on Tuesday, December 29th, 2009 at 3:12 pm and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Panjangnya Nama…”

Amin Rukaini December 29th, 2009 at 10:34 pm

Mak ai, naya sapa tinggal and lahir kar situ! penuh borang, adress, ic!

amirul hamudin December 30th, 2009 at 1:22 am

rumahrumahdisinisemuanyaberbumbungdantersusunmeskiadadiantaranya
berlainanrupadanbentuk.

fuh. beberapa kali tertekan juga space bar dalam cubaan membuat nama terpanjang. hehe, rasanya shah, leh buat puisi pendek la untuk nama panjang ni. kasi berirama sikit, baru sedap. hehe

:D

heni December 30th, 2009 at 2:52 pm

LOL shah kat ane tempat tu and what language is that???
styleee =D

limays January 3rd, 2010 at 10:44 am

hg buat la nama kat perlis..
tukaq nama tok pulau

dekja January 11th, 2010 at 9:19 am

ahaha. #3 siap ada nama sab lagi. ahahaha. merapu sgt la..

aku penah baca pasai nama tempat yg pjg nih kt dlm apo?. x sngka plak rupanya dkt uk.. aha.

Charkoteow January 11th, 2010 at 8:51 pm

gena nak sebut tu kang haha wtf ar

Leave a Reply