Bekas
Maaf belum punya masa untuk kepilkan gambar di sini. Sekadar coretan pendek yang dapat dilakar dalam masa beberapa minit. Idea diperolehi semasa berjalan-jalan di tengah bandar Dublin dan menulisnya semula ketika sudah tiba di Manchester.
Saya akui puisi ini bukanlah indah dari segi imbangan bahasa, bunyi dan penggunaan kata. Tapi, inilah cetusan permainan hati ketika di hati. Ops, bukan permainan! Rasanya sesuai dipanggil ‘gelora’, ‘badai’ atau apa-apa yang bersifat berkecamuk.
Anda faham atau tidak? Ya saya rasa mungkin ada yang akan tahu maksudnya, cuma ‘orang’ yang terlibat mungkin tiada siapa akan tahu.TIADA SIAPA akan tahu? Entah.
Inilah masa berkecamuk, masa bersusah rasa dan masa berputar-putar menunggu kesudahan.
—————————————-
Bekas
Aku adalah bekas
yang buatannya nipis
dari penjuru kehidupanmu
yang kau namakan;
‘Sekadar pinggiran’
Aku adalah bekas
yang isinya tumpahan
dari angkasa kosong
yang kau namakan
‘Langit Kejahilan’
Yang diharap
manismu yang cuma
pada bekas mahal; kaca tebal
dan bercorak gemarmu
sedang aku
cuma bekas polos
dengan tebing rapuh
dan harga lelong.
Tamatnya aku
masih bekas itu
yang menadah dingin sendiri
dalam angin yang kau katakan
‘Angin Perbezaan’
sedang kau menadah dingin
bersama bekas mahal
dalam angin yang kau katakan
‘Angin Persamaan’
Shahkang
Dublin, Ireland
This entry was posted on Tuesday, December 22nd, 2009 at 12:19 am and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



