Konkod

Memang semakin sampah. Begitulah rangkumannya. Entah apa penyakit yang melekat bila rasa ‘tawar’ melihat blog sendiri dan kemalasan itu mengjungkit bagai nak rak. Terlalu sibuk dengan urusan lain? Dahulunya di KMB boleh saja digarap walaupun kaki tangan berbungkus kedap udara tanpa boleh bernafas dengan segala-rupa-macam tugas. Haih

(Setiap kali nak mula menitikkan kata, pasti ada keluhan sebegini. Maaflah)

Saya masih terimbau bait kata seseorang sebelum saya berangkat ke UK, katanya berbunyi seakan begini

“Nanti di UK, cuba-cubalah join trip yang diadakan kelab-kelab di sana. Tak susah cuma bawa bekalan makanan tengah hari saja dan bayar tambang. Seronok, boleh berkenalan dengan pelbagai pelajar dari negara-negara lain”

Maka saya pun seperti mahu mula melangkah. Melangkah dengan sesuatu yang belum pernah dicuba – ‘melancong/melawat dengan rakan-rakan international’. Saya tahu sukar. Bukan senang nak masuk dengan orang yang baru dikenali.

Apa-apa pun, cuba sajalah.

Dengan itu, saya telah pun memasukkan nama sendiri ke dalam lawatan sambil belajar ke Manchester Airport untuk melihat Konkod (Con corde) (sengaja saya jarakkan untuk mengelakkan terlalu banyak org memasuki laman ini dengan hasil carian Google).

Mulanya Rahim nak bersama tapi entah mengapa dia berat hati untuk berkongsi pengalaman ini.Yang hanya ada flatmate saya, Hammad (keluarganya tinggal di sekitar Leeds tapi saya kurang pasti apa bangsanya dan warganegaranya, yang pastinya dia ISLAM). Yang lebih mengjanggalkan, semua ada pelajar Aerospace, kecuali saya. Jadi saya hanya berpura-pura bersifat aeronautik.

(Untuk pengetahuan, Aerospace dan Mechanical dan Civil Engineering untuk University of Manchester berada di bawah satu fakulti yang sama iaitu MACE)

Apa itu Konkod?

Tipu jika anda tidak tahu. Ya mungkin anda berpura-pura bodoh. Tidak, saya bodoh (apa aku tulis ni?).  Apa-apa pun sememangnya Con corde ini dikenali ramai. Mustahil bagi kanak-kanak generasi darsawarsa ini tidak pernah muncul perkataan Con Corde sekali dua dalam hidup mereka.

Con Corde tidak lagi beroperasi dan saya hanya melawat Con Corde di dalam hangar.

Terlalu banyak untuk diceritakan dan kebarangkalian merapu melihat had atau ‘par’ (macam golf) adalah tinggi, dan untuk mengelak berlakunya kezaliman terhadap objek comel maka saya beralih kepada gambar sajalah <— ??

Kami ke sana menaiki bas dari Sackville Street dan perjalanan ke lapangan terbang Manchester adalah sekitar 20 minit cuma.

041208
Bilik mesyuarat dengan layout kapal terbang, bahagian dalamannya saya tidak pasti sama ada sekadar meja atau mempunyai susun atur serupa pesawat penumpang yang sebenar.

041209
Pesawat hiasan. Saya mengharapkan Azmirul tolong jawab apakah siri modelnya. Saya langsung kenihilan idea dan ‘rasa’ terhadap pesawat ini.

041210
Spotting port! Tak sangka disediakan kerusi, semacam platform yang memudahkan peminat aero menikmati permandangan betul-betul di tepi landasan.

Itu baru di luar hangar, jadi kami pun bergerak masuk. Ada tayangan video, pengenalan dan sebagainya (malas diceritakan di sini) <— memang kronik kegawatan rasa ’segan-silu’ ini

041211
Bergerak masuk ke daam pesawat

041212
2 kali ganda kelajuan bunyi! Dan ketinggian operasinya juga berbeda. Pesawat komersial lain cuma sekitar 40000 kaki dan setengah daripada kelajuan Con corde yang dilabelkan sebagai ’supersonik’ ini

041201
Berada di cockpit

041202
Throttle . Saya agak mencari di mana ya clutch dan stereng seperti imaginasi saya dalam kisah Kang dan King ?

041203
Setelah tamat lawatan dalaman, sekarang berada di luar untuk penerangan fungsi-fungsi bahagian luar pesawat. Signal radio etc.

041204
Pakcik Derus (bukan nama sebenar) yang memegang fail biru sedang memberi penerangan tentang sistem tayar Con Corde

041205
Enjin turbo pesawat Concorde. Saya kurang pasti sama ada turbojet atau turbofan, yang pasti bukan turboprop.

041206
Komplikated! Berlainan dengan apa pakcik Bonello ajar di kelasnya.

041207
Di luar cermin sana adalah landasan lapangan terbang. Agak menarik bila saya teringat, di jalan itulah saya tiba di bumi UK dari Amsterdam.

Itu saja, nak diikutkan memang banyak cerita tapi lebih baik anda sendirilah membuat carian di Google dengan lebih lanjut mengenai pesawat supersonik ini.

This entry was posted on Wednesday, December 9th, 2009 at 3:26 pm and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Konkod”

ikram December 9th, 2009 at 8:42 pm

bro..nice visit..nice pic..suka tengok cockpit..yoke dia a little bit different daripada yang biasa

b737 December 18th, 2009 at 2:32 am

Pesawat hiasan: Hawker Siddeley HS121 Trident. British made.

Leave a Reply