Kembali ke Nottingham
Setiap inci diri ini berlegar, tidak kisah secara maya atau dari sini ke Renold pastinya sedikit tertimbun semacam idea untuk ditumpah. Dari karya berciri puisi sampailah ke prosa dan rencana, dari hari ke hari bertokok sentiasa.
Sayangnya semuanya bakal terjerait di jaringan hati tanpa boleh terungkai. Semacam anggota beku dan lidah terselingar. Membungkus dalam lipatan kesibukan.
Entah apa yang sibuk? Alhamdulilah assignment semua terkejar walau penulisan seperti ternoktah seketika. Sekurangnya dikurniakanNya kelebihan untuk berkancah dalam akademik berbanding penulisan. Bersyukur!
Keusangan melanda. Kali terakhir menitip idea adalah seminggu lalu, dan kini kembali. Sindrom kemas kini hanya di minggu semakin menjerat. Entah kenapa, walaupun idea memutih senantiasa tapi berat hati untuk digarap secara serius atau separa serius.
Lupakan, aku akan kembali menulis minggu depan! (Janji kosong?)
Kunjungan Semula ke Nottingham
Mungkin ramai macam bertanya, kenapa saya seakan ‘biasa’ dengan Nottingham. Saya mudah bergerak dari perhentian bas ke universiti dan sebagainya.
Tidaklah saya terlalu biasa sebenarnya, tapi ‘asas’ geografi tempatnya seakan arif benar. Jawapannya adalah saya pergi ke sini suatu ketika dahulu, semasa muda (ya tika itu tiada janggut dan jambang seperti sekarang). Iaitu sekitar Julai 2001 dan dari 18 November sampai 4 Disember 2003. Untuk pengetahuan, abang saya (Bapis) belajar di sini dari 1998 sampai 2005.
Lantaran itu – 31 October 2009, saya kembali dengan girang, kerana serupa mencari ‘diri saya’ semula.
Mencari?
P/s: Saya ke Nottingham kerana ada Nottingham Games, jadi memang ramai bertemu sahabat dan makan makanan Malaysia. Saya tidak bermain apa-apa sukan.
Itu bukan persoalannya, sekarang ni nak mengimbau sejarah, okay?
Broadmash Bus Station – saya tiba dari Manchester menggunakan tren dan berjalan di sini. Lihat sebelah kiri gambar ada bas berwarna merah, di sekitar itulah saya menaiki bas pulang ke London, sekitar jam 4.00 pagi , 4 Disember 2003. Kali terakhir saya memijak bumi Nottingham.
Di Beeston Road, dulu saya dan keluarga menunggu di sini untuk ke pusat bandar.
Bandingkan…
Nov 2003 – bersiar-siar bersama keluarga. Udara pekat dan semestinya saya lemas.
Lintasan pejalan kaki di Beeston Road, masih ingat lagi saya pernah membeli kad telefon berharga lima pound di pejabat pos di penjuru kanan gambar.
Bandingkan …
2003 – (terkedu melihat zaman kanak-kanakku yang bodoh) – sebenarnya sekarang juga bodoh
Sport Centre – tempat berlangsung perlawanan badminton, bola keranjang dan bola tampar untuk Nottingham Games. Tahun 2003, saya bersolat raya Aidilfitri di sini. Tempatnya adalah titik merah yang gedempol besarnya itu.
Pohon luruh – pertukaran musim panas kepada musim luruh
Bandingkan…
2003 – Keadaan semasa musim luruh
Tempat Bapis buat PHD, bangunan untuk research. Wah ada semak samun?
Bandingkan…
2003 – nampak gayanya memang rimbunan semak telah menutupi signboard pada 2009! Ketika ini bersih sahaja. Oh ya saya ketika ini sedang berangan-angan “Kalau la suatu hari dapat belajar di sini…”
Crips Hall, di sinilah Bapis tinggal pada tahun 1998 (ketika dia tahun satu). Apabila saya masuk di sini tahun 2009, terasa seperti nyawanya masih di sini. Hoho.
Crips Hall - bilik Bapis adalah keempat dari kiri, manakala sahabatnya Faiz tiga dari kiri (tingkat bawah sekali)
Jalan menuju ke Sportcentre
Kami berjalan pulang dari Sportcentre setelah solat raya
Keadaan tasik universiti, memang menenangkan (Kat Manchester ada juga tapi lopak air di jalanan nak ke sekolah, sob2)
Bandingkan..
2003 – di tasik ini memang banyak itik. Cuba lihat itik di sebelah kanan gambar, agaknya dia hidup lagi atau tidak ketika saya melawat tahun 2009 ini?
2003 – tarikan utama di sini adalah lambakan tupai yg berwarna koko-kelabu. Namun baru-baru ini saya ke sana, mereka seakan hilang.sob2
Dan yang paling nostalgia sekali adalah……..
Lihat tarikhnya, 9 Julai 2001. Saya di tasik universiti Nottingham. Memang betul-betul muda!
Kalaulah aku boleh kembali muda…
This entry was posted on Sunday, November 22nd, 2009 at 7:45 pm and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




iman November 23rd, 2009 at 6:13 am
gila cool ada simpan gambar-gambar lama (: