Kucing Tersembunyi

Pagi ahad yang membingungkan dan meloyakan, mungkin kerana bosan. Ahad tetap ahad. Kebosanan tetap menunjuk muka pada hari ini. Kalau di rumah, Ahad adalah hari ke pasar tani mencari donat 4 keping seringgit, menghirup air tebu dan berulang kali membuka helaian akhbar. Kalau di KMB, Ahad adalah hari mengejar laporan makmal dan segala macam hal.

Semalam (Sabtu) saya ke Nottingham dan sememangnya menarik bertemu rakan yang pelbagai dan saya ‘mencari diri’. Kembara mencari diri dari jam 2.00 sehingga 3.30 itu meliputi jarak sejauh 6.0 kilometer (diukur melalui Wikimapia, sila klik sini untuk melihat laluan perjalanan saya). Sudah tentu saya berjalan seorang diri, mana mungkin ada mahu mengikut. Berpeluh, melekit dan penat merupa sesuatu yang sedikit merungsingkan.

Saya akan menyiapkan pos istimewa tersebut nanti. Tidak sempat untuk dinoktahkan pada hari ini. Dan mungkin tertanya-tanya apa yang dimaksudkan saya dengan ‘mencari sejarah dan diri’. Tunggu nanti.

Apa-apa pun, saya terjumpa seekor kucing semalam dan dikepilkan dengan sesuatu yang menarik juga:

CARI KUCING TERSEMBUNYI @ HIDDEN CAT

P1010724

Agak menarik kerana warnanya seakan serupa dengan dedaun yang telah menyembah bumi. Adakah itu kucing atau mengkarung yang boleh menyalin warna?

Bincang dan bengkelkan (10 marks)
data booklet can be used

This entry was posted on Sunday, November 1st, 2009 at 2:52 pm and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Kucing Tersembunyi”

dekja November 1st, 2009 at 4:44 pm

ingtkan cari kucing tersembunyi mcm ang yg slalu wat dlm kad raya ang pabila menjelangnya raya tu. hehehehe. yg nih pn lebih kurang jugak la kot. cuma lebih real dan ada sekoq ja. :D

Mohd Naiman Fahimy November 1st, 2009 at 4:52 pm

Teori 1: macam gemuk semacam ja…aku rasa tu bukan kucing, musang kot…

Teori 2: buleh jadi jugak batu…

Teori 3: Buleh jadi jugak tu perut ular sawa yg dah melahap seekor kucing…(ular sawa bebululah pula…haduh…)

Teori 4: errr….(aku cuba nak mengatakan subjek tersebut adalah kambing tp tiada idea untuk direpekkan).

Shahkang November 1st, 2009 at 5:40 pm

@dekja: haha tu kisah lama ar dekja
@mon: anda memang merapu. cis. awat ang tak cakap tu laicikang

Rebecca Ilham November 1st, 2009 at 8:57 pm

Shah,

Kelantan tewaskan Perlis untuk ke final Piala Malaysia. Woot!

Shahkang November 1st, 2009 at 9:11 pm

takpa nanti perlis lwn banting kita tgk sapa menang..
haha

ala kak, ni dh masuk tahun ke 14 saya ikuti piala malaysia.. kalah tu dah biasa sgt dah.. :D

Mohd Naiman Fahimy November 1st, 2009 at 11:08 pm

lai ci kang repekan tanpa asas…aku xsuka repekan tnpa asas ni..

musyajoh November 1st, 2009 at 11:35 pm

Kat London tak pernah nampak kucing lagi, kecuali kartun Bagpuss.

Charkoteow November 1st, 2009 at 11:40 pm

misleading title is misleading.
aku dah ready nak cari kucing cam drawing huduh ang dlu tu.

Shahkang November 2nd, 2009 at 2:37 am

kartun pa tu ?
tu drawing dulu
la ni pun dok lawaaaaa

musyajoh November 2nd, 2009 at 6:53 am

Kartun kucing gemuk giler yang diperbuat daripada kain. Kalau pergi bookstore, selalu nampak bukmark dia.

perantau_kamal November 2nd, 2009 at 8:24 am

lukis kucing pki solidworks…wakaka

zaidakhtar November 4th, 2009 at 9:56 pm

kena tanya kucing belang. :-)

Zayu Hisham November 5th, 2009 at 12:23 pm

Semoga Shahkang terus bercerita tentang pengalaman bergambar di sana…kita kat sini tak berpeluang ke sana lagi.

Bulu Tangkis November 13th, 2009 at 8:34 am

Menarik sungguh pengalaman anda ni yek. Tak sabar rasanya nak tunggu cerita lanjutan daripada perjalanan “mencari sejarah dan diri”. Usah biarkan penamu kering dek angin dingin di perantauan. Semoga sukses selalu

# Teman berjalan di kala malam dari Rusholme ke Grosvenor

Leave a Reply