Man City dan Perlis

Saya sememangnya berasa sedikit bengang, tidak dapat menonton perlawanan bola sepak seperti selalu di stadium. Ah kalau dulu tiba sabtu sahaja akan melonjak-lonjak, berdebar menanti perlawanan pada malam itu di Stadium Utama, Kangar.

Sudahlah tu, tinggal pula di asrama. Memang banyak terlepas perlawanan yang menarik! Tambah TV tidak dapat dijenguk walaupun sejenak

Tinggal di KMB, memang sukar kerana jauh dari kampung halaman. Ditambah pula masa yang terhad untuk menonton TV. Terlepas lagi!

(Yang menanti scoreboard hanyalah ayah tersayang, menghantar mesej setiap kali gol dan sebagainya)

Pastinya berada jauh dari negara dan negeri sendiri, memang memadamkan terus segala impian untuk melihat Perlis beraksi. Susah. Mana mungkin nak melangkah ke Perlis semula dalam masa 7-8 bulan ini. Nak tonton pun kena sabar sehingga bulan Jun muncu nanti. InsyaAllah.

Untuk mengubat kerinduan dengan suasana stadium dan bergema dan bergelora, saya telah beriya-iya mengajak rakan-rakan lain untuk menonton perlawanan bola sepak Sabtu lalu, antara Manchester City dan Fulham.

Peserta: Chem, Shahkang, Izat, Hafiz, Ben, Asan, Aizat, Aman, Syafiq, Fatah dua sahabat Mesir

Di sini saya akan membuat perbandingan pengalaman menonton bola sepak di City of Manchester Stadium dan Stadium Utama, Kangar Perlis (ditulis dalam warna biru)

Beli tiket

Sejujurnya saya yang paling beriya-iya dan hampir melompat untuk membeli tiket di Student Union. Harganya berganda murah kerna diberi diskaun atas nama pelajar Univerisy of Manchester. Dari berpuluh-puluh pound jadilah 14.50 pound, bersamaan dengan RM 85.00 lebih kurang.

Kalau di Perlis, harga tiketnya adaah RM 10 untuk terbuka dan RM 20 untuk grandstand. Memang ternyata murahlah. Beli tiket pada petang atau pagi hari perlawanan. Tiket memang susah nak habis. Pengalaman buruk saya membeli tiket adalah ketika separuh akhir Piala Malaysia suatu ketika dahulu menentang MPPJ. Memang beratur panjang sekali.

Tak sabar Menanti

Ketidaksabaran menanti sememangnya agak hambar. Kalau dibandingkan dengan penantian menonton pasukan negeri sendiri, memang betul-betul tak sabar. Mungkin kerana saya berfikiran “kalau siapa pun menang antara MC dan Fulham, tiada apa-apa akan berlaku pada diri saya”. Kalau pasukan Perlis kalah, memang kesannya berlarutan sampai seminggu mungkin. Sob2..

Di Kangar sememangnya hari Sabtu saya memang akan ceria dan sering mengetik lagu-lagu semangat melalui komputer. Memang benar-benar meletup semangatnya sambil kadang-kadang berbasikal di sekeliling stadium pada waktu petang.

Pakaian ke stadium

Saya tidak tahu hendak mengenakan baju yang mana. Yang pasti untuk ke stadium MC jangan memakai baju pasukan EPL yang lain kalau tak mahu kena belasah dengan teruk atau sederhana. Jadi untuk menyelamatkan diri, saya hanya memakai baju Umbro, memandangkan Umbro merupakan salah satu penaja MC.

Ke Stadium Utama, saya sekadar memakai baju biru berjalur kuning untuk menambah bilangan baju biru kuning di stadium agar tampak lebih menarik dan suasana yang meyakinkan)

Waktu ke Stadium

Kami bertolak ke stadium 30 minit sebelum bermula kerana waktu Asar agak lewat. Semasa membeli tiket saya terlupa bahawa hari ini (Ahad 25/10) adalah hari pertama masa ditukarkan semula ke masa asal (dari 7 jam beza dengan Malaysia menjadi 8 jam). Jadi jam terpaksa berundur selama satu jam di UK dan waktu solat pun menjadi lebih ‘awal’. Asar sudah menjadi 2.20 petang. Perlawanan pula bermula jam 3 petang. Maghrib 4.50 petang. Jadi kami tiada pilihan lain untuk solat terlebih dahulu sebelum ke sana untuk mengelakkan ketinggalan solat.

Liga Malaysia bermula jam 8.45 malam dan selalunya tidak akan bertembung dengan waktu Maghrib dan memang akan ada masa untuk solat sebelum atau selepas perlawanan dengan tenang. Tambah stadium dekat dengan rumah. Selalunya saya akan masuk stadium jam 8.15 malam

Tiba di stadium

kami menaiki bas dari tengah kota Manchester untuk ke stadium MC, dekat sahaja kira-kira 10 minit tapi masalahnya sekarang adalah kesesakan lalu lintas yang mengasyikkan (erk?). Jadi kami tiba di luar stadium jam 2.55 petang lebih kurang.

Bahagian timur/utara Kangar memang akan hiruk pikuk dengan kenderaan, kanak-kanak berbasikal dan sebagainya bila malam ada bola. Kesesakan memang tak dapat dielakkan. Mujurah rumah saya cuma 5 minit menaiki kereta ke stadium. Namun saya lebih suka keluar awal rumah untuk mengelakkan kesulitan

271001
Tangga menaiki ke tingkat aras 3, melalui pintu E

Masuk ke dalam stadium

Suasana di luar stadium Man City memang ramai orang walaupun perlawanan sudah bermula! Memang akan memelikkan kenapa mereka masih di luar dan berlengah-lengah sedangkan pemain sudah pun bersedia di atas padang dan sebagainya? Di luar stadium tidak banyak gerai jualan, ada satu dua sahaja gerai dan di dalam stadium juga ada seperti bar minuman. Dan menariknya, nak masuk stadium juga beratur panjang kerana tiket diimbas secara elektronik. Setibanya saya di dalam stadium, perlawanan sudah masuk minit keenam. Mujurlah dapat mencari tempat duduk dengan mudah. Saya duduk bersebelahan dengan Chem manakala rakan lain berada di kawasan lain.

Gerai di Stadium Utama? Wah jangan cakap memang banyak sekali. Pendek kata kalau tak sempat makan malam pun memang tidak akan mempunyai masalah. Nasi goreng pun ada jual, burger, kacang, minuman semuanya ada. Yang lawaknya minuman dalam plastik pun ada (selalunya orang letak dalam gelas saja agar mudah dibawa jual). Dan penonton di Kangar sememangnya akan terus masuk stadium dan tidak berlengah di luar. Tiada pengimbas elektronik namun tiketnya lebih menarik dan berwarna-warni berbanding tiket MC yang hanya berwarna biru)
271005
Pemandangan dari bangku saya dan Chem duduk

Perlawanan bermula

Saya tidak dapat menganalisis bagaimana keadaan sebelum perlawanan, perarakan masuk dan sebagainya kerana saya tiba agak lewat.

Perlawanan di Kangar akan dimulakan dengan nama-nama pemain, lagu Fairpay Fifa,  lagu Negaraku dan lagu negeri jika ada tetamu kehormat. Sesi bergambar jika ada jurugambar ingin berbuat demikian.

Ketika Perlawanan

Banyak aspek hendak disentuh tapi saya tidak akan menyebut mengenai kualiti permainan. Sememangnya baik dan anda di rumah pun sudah menontonnya di TV. Saya melihat penyokongnya memang gemar bertepuk tangan dan tidak kurang juga gemar memaki pemain. Memang fanatik. Laungan “Come on City!” bergema dan kadang-kadang satu stadium sama-sama menyebutnya.

Sekali dua mereka menyanyikan lagu atau slogan yang kurang saya fahami, mungkin hanya peminat fanatik yang boleh memahami. Tiada balingan objek ke atas padang.

Bilangan penonton yang hadir pada hari ini adalah 44 ribu lebih. Penyokong Fulham juga hadir, jauh dari dari London sana. Namun bilangan mereka agak kecil dan banyak bangku kosong di kawasan tempat duduk lawan. Agak seronok bila Fulham menjaringkan gol, di mana satu stadium senyap kecuali kelompok mereka yang menjerit. Ya, anda boleh di televisyen kalau tak percaya.

271007
Saya dan Chem

271009
Teres penonton agak curam, menakutkan kadang-kala
Di Stadium Utama memang ada trend yang tersendiri, maki hamun dan pujian kepada pemain perkara biasa dan berlaku di semua stadium seluruh dunia. Seingat saya tiada laungan ‘rasmi’ penyokong Perlis dan tidak pernah pula satu stadium tiba-tiba bergema dengan sorakan simbolik pasukan biru kuning ini. Yang pernah saya kedengaran hanya “we want goal” dan ramai-ramai menyebutnya sambil bertepuk tangan.

Balingan objek memang sering berlaku, kerana penonton di Perlis berada agak dekat dengan padang, berbanding penonton di stadium lain  di Malaysia (aras tempat duduk  penonton agak tinggi sedikit)

Kapasiti stadium Perlis cuma sekitar 15000, jadi memang akan kecil. Kalau nak disamakan dengan stadium MC, mungkin Kedah boleh menyaingi, tapi cuma setakat 30000. Tapi jumlah 44 ribu itu memang jauh ditinggallkan bila perlawanan akhir Piala Malaysia, yang mana penonton di stadium Bukit Jalil yang berkapasiti 100 ribu orang tu berjumlah sekitar 70 – 80 ribu.

Penyokong lawan di Stadium Utama? Agak sedikit atau tiada langsung. Tapi pernah sekali ketika menentang MPPJ pada tahun 2003, suku stadium dipenuhi dengan mereka! .. Menarik. Yang selalu kelihatan mengunjungi stadium di Kangar adalah penyokong Selangor, Johor FC dan Kedah (entah kenapa Johor FC sanggup datang ke utara? Mungkin pakej lawatan ke Langkawi sekali agaknya atau mungkin mereka memang fanatik dengan pakaian serba oren)

271006
Penonton yang ramai

271002
Papan markah, ada dua set

Waktu Rehat

Saya agak pelik kenapa waktu rehat di stadium MC, ramai penonton yang beredar dari tempat duduk untuk melepak di kawasan lain (dalam stadium ada bar minuman dll). Jadi ketika waktu rehat, memang boleh nampak kekosongan di tempat duduk. Di atas padang, beberapa petugas membaiki padang dan melihat jika ada kerosakan. Lagu-lagu terkini dipasangkan.Ramai penonton yang membeli makanan seperti hotdog dan minuman. Saya dan Chem sekadar melihat keadaan di luar yang berangin. Tambah saya duduk di atas sekali, memang angin mencucuk2 badan.

Di Perlis, dahulunya sering didendangkan lagu Modern Talking dan yang wajib adalah lagu Rempoh Perlis Rempoh, yang juga merupakan lagu tema pasukan. Pada waktu rehat, pemain simpanan akan keuar dan menyepak-nyepak boa di atas padang dan mereka tidak bersama jurulatih dan pemain utama di bilik persalinan.

271008
Menjenguk-jenguk ke luar, kerana tempat duduk saya di atas sekali. Angin begitu kuat dan sememangnya amat sejuk.

Waktu hampir tamat dan tamat

271010
Pasukan MC mengambil sepakan sudut

Ramai yang mula meninggalkan bangkuk masing-masing bila hendak tamat. Tak pasti kenapa. Mungkin agak kecewa dengan keputusan seri yang akan diperolehi (ketika itu 2-2) atau mungkin mereka pulang awal kerana ingin mengelakkan tersangkut di tengah-tengah kesesakan jalan raya. Atau mungkin senang mencari bas jika awal? Setelah tamat, semuanya bertumpu di tangga dan pintu, hingga menimbulkan ‘corak’ yang menarik pula bila dilihat dari jauh.

Ketika di luar stadium, suasana memang ramai dan jalan memang sesak. Dipenuhi orang. Orang menunggu bas beratur dengan panjang sekali. Apa-apa pun saya berjalan pulang ke hostel, 2 kilometer lebih kurang.

Kesesakan di Perlis memang tak dapat dibendung kerana jalan yang agak sempit dan kereta memang tiba-tiba banyak. Mujurlah ada polis trafik. Saya sering berbasikal ke sana, pernah juga berjalan kaki (untuk mengelakkan sangkut di jalan)

271003
Selepas tamat perlawanan

271011
Di luar stadium setelah tamat perlawanan. Bersiap sedia untuk berjalan

Setakat itu sahaja perbandingan saya. Semoga bermanfaat. Saya benar-benar merindui bola sepak Malaysia, tambah di penghujung Piala Malaysia macam ni.

Oh ya sebelum tiba di hostel, melalui bangunan Sackville tempat kelas saya selalu berlangsung selain Renold dan George Begg:

271004

Seperti rumah yang menakutkan, ya ini adalah kilang zaman-zaman dulunya. Dan peta di dalamnya sangat menakutkan dan menyesatkan. Tambah langit berdebu putih di atas sehampar ambal hitam.

Teringat pula game Silent Hill yang banyak bermain dengan peta.. Seram…

This entry was posted on Thursday, October 29th, 2009 at 6:56 am and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Man City dan Perlis”

dekja October 29th, 2009 at 9:14 am

hee. aku umah dkt ja dgn stadium. tp x pernah lg la p tgk perlawanan bola. yg aku boleh dgq dr umah aku ialah pukulan2 gendang. kalau gol, mmg sorakan boleh dgq smpai umah. tp kalau kalah, sunyi ja x dgq papa. haha.

tggu perlis lwn kelantan semi final nih. :)

luthfi October 29th, 2009 at 10:15 am

kalu rindu nk tgk bola mlysia, tgk la kot tnet…
tiap sabtu da plwanan tumpuan….

Shahkang October 29th, 2009 at 1:14 pm

@dekja: ya lawan kelantan mst ramai gak walaupun kena tinggal 2-0 dah, sob2.. try la pi tgk

@lutfi: memang bleh tgk, tapi suasana tu tak dapat nak rasa la..kena p stadium baru rasa

luthfi October 29th, 2009 at 6:15 pm

xpa…pengubat rindu smntara di perantauan…

dekja October 29th, 2009 at 6:33 pm

oh. dh 2-0 ka? wah. aku agak ketgglan. dok ja mesia tp x tau pn. adeh.

kelantan mmg kuat. xpa la. sukung tetap sukung. arap stil ada pluang. T___T

knaimah October 30th, 2009 at 9:30 am

wei shah…
kat sana mmg blh bwk msk kamera ek???
kat stadium kangaq aku ngan najwa kena bwk msk curi2…
pastu amik gambar pn curi2…
tp kantoi x tutp flash..
pak cik kat depan tu menjengukkan kepalanya n mencari2 arah cahaya tu…
sambil berkata “sapa dok amik gambar ni??”
huhu…
tp tu zaman tengku hazman jd kapten la…

Charkoteow October 30th, 2009 at 12:42 pm

fuck la boleh tengok EPL.

@dekja: fuck kelantan.

Shahkang October 30th, 2009 at 4:21 pm

@naimah: stadium perlis boleh ja amik gambaq, mana ada kata tak boleh. cuma orang mcm pelik la bawak kamera masuk dalam stadium tu.. ang ngan najwa la obses sgt ngan tengku hazman

stadium man city boleh bawak kamera tp bukan dslr

@shakap: mai la sini tgk

@lutfi: boleh juga la ubat, tapi bukan sepenuhnya

@dekja: ya harap2 ada harapan la kali ni

abuuuu October 30th, 2009 at 8:47 pm

najwa?

jat rindu hg la. shakap rindu hg la. tapa rindu hg la. matwan rindu hg la.

pokloh January 25th, 2010 at 9:29 pm

aku xsabar nk tunggu perlis lwn klantan kat kb..nak tgk sejauh mne kberanian pnyokong2 perlis..klu brani dtgla..jgn nk tunjuk hebat kt tmpat sndiri jerr.

Leave a Reply