Kembara Jiwa: Yogyakarta
Setelah sekian lama saya (tak lama pun, dua bulan ja), akhirnya siap juga buku sulung saya:

Info mengenai buku ini:
- Buku ini mengisahkan pengalaman diri sendiri semasa berkunjung ke Jogja bersama Fish For Life 2 untuk kerja-kerja amal. Bukan berkisar mengenai projek sahaja tapi juga segala perjalanan saya di sana. Pendek kata,apa-apa sahaja yang yang berlaku semasa kunjungan saya di sana. Segala pendapat, pemikiran, ulasan, perkara-perkara menarik dan sebagainya.
- Diterbitkan secara persendirian untuk KMB
- Tidak dijual di kedai-kedai
- Mempunyai 118 muka surat
- Bilangan patah perkataan tak pasti. Tapi masa saya dah habis menulis dulu dan kira-kira tgk-tgk dalam 37651. Kemudian dah tambah lagi dengan caption gambar dan sebagainya, mungkin 40000 lebih la kot
- Objektif saya adalah untuk meletakkan buku ini di PSP agar dapat ditatap rakan-rakan lain. Rasa rugi kalau pengalaman kat sana tak dapat dikongsi kawan-kawan. Selain itu, mungkin boleh merangsang junior untuk melakukan CAS dengan lebih bersemangat
- Sesiapa nak tgk buku ni, silalah berjumpa saya sendiri. Soft copy memang saya reluctant nak bagi sebab copyright. Lagipun saya akan suruh abang saya simpankan sebab senang dia nak print kt kedai.
- Bilangan gambar dalam buku ini saya tak bilang tapi yang pasti lebih kurang 230 macam tu
- Buku ini tidak berwarna, cuma kulit hadapan saja
- Kepada sesiapa yang nak beli, bolehlah berurusan dengan saya(ada ahli FFL2 yang dah tanya berkenaan pembelian buku ni)
- Gaya bahasa yang saya pakai hanyalah mudah-mudah belaka. Tidak sofistikated dan memeningkan kepala
- Buku ini dicetak oleh sebuah syarikat di Serdang Saya hanya buat satu copy untuk tujuan preview dan editing kalau ada yang tak kena
- Muka hadapan buku ini rasa macam nak kena tukar. Untuk preview biarlah muka ini dahulu
Sedikit preview:
Sudah siap dicetak dan dijilid
Bahagian dalam

Buku ini adalah melintang (seperti buku Lat)

Dibahagikan kepada 15 bab yang dinomborkan mengikut bahasa Jawa

Bahagian lampiran yang menyaksikan segala dokumen projek kendalian saya, resit pembelian, tiket masuk ke tempat-tempat menarik, keratan dan sebagainya
Poster preview: Sebenarnya kedai tersebut tersilap dan mencetak muka depan dengan besar sekali. Jadi saya pun beli
This entry was posted on Sunday, February 22nd, 2009 at 7:26 am and is filed under Cerita Saya. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




Mu.Sya.Joh February 22nd, 2009 at 11:32 am
Wau, sungguh bergaya.