Jalan-jalan @ KMB

Aku dah pun sampai di Kajang, Selangor untuk minggu terakhir cutiku. Jadi mood untuk bertulis sudah berkurang sedikit namun tetap kena gagahkan diri untuk menulis gak.. mana boleh menyerah kalah..wahaha (esok keluar jalan2 ngan khalil)

Jadi mungkin nak cerita sikit mengenai macam mana nak jalan-jalan di KMB
(WAKTU OUTING – 8 PAGI HINGGA 7 MALAM)

Sejurus anda keluar daripada pintu pagar KMB, anda perlu berjalan sejauh 800 meter untuk ke simpang jalan besar Banting – Dengkil untuk menunggu bas

NAMUN DEMIKIAN

“Anda boleh menunggu bas betul-betul di hadapan KMB untuk ke Banting. Bas ni akan ke Labohan Dagang (kampung yang di mana terletaknya KMB). Tetapi, bas ini sangat jarang lalu dan menurut beberapa pendapat, 2 atau 3 jam sekali.”
Tambang bas ke banting: RM 1.20 (November 2007)

OK KALAU ANDA BERJALAN KE SIMPANG BESAR

Sila pilih anda berada di seberang jalan atau di sebelah sini

1. Seberang jalan – untuk ke Putrajaya dan Nilai/Seremban
2. Sebelah sini – ke arah Banting

BAS YANG MUNGKIN ANDA NAIKI

1. Bas Putrajaya - sering menjadi tumpuan kerana mudah untuk ke KL. Perjalanan ke Putrajaya mengambil masa 45 minit untuk ke Putrajaya Sentral dan sejam untuk ke Alamanda. Sejurus tiba di Putrajaya Sentral, anda boleh tukar bas untuk ke KL Sentral, KTM Serdang dan banyak lagi. Anda juga boleh menaiki ERL ke Bandar Tasik Selatan dan tukar KTM. Harga untuk ke Putrajaya Sentral dan Alamanda lebih kurang RM 3.50
- bas ni menjadi tumpuan untuk ke Alamanda
- sesiapa yang hendak ke KL, dinasihati menaiki bas ini. Selalunya ada bas RM 5 ke KL (melalui Sunway)
- Bas ni datang dari Banting dan ke Bukit Changgang – Dengkil – Putrajaya

2. Bas Nilai/Seremban - menjadi tumpuan untuk sesiapa yang hendak ke KLIA kerana dia akan singgah sekejap. Perjalanan untuk sampai ke Nilai agak lama kerana berhenti banyak tempat seperti kolej INTI. Harga untuk ke Nilai kalau tak salah saya adalah RM 3 kot..tak ingat dah..
- menjadi pilihan mereka yang hendak ke selatan (Seremban)
- stesen bas Nilai amat dekat dengan KTM Nilai namun kalau untuk ke KL, route ini agak membuang masa
- mudah untuk sampai di KLIA (dalam 15 minit dari simpang tunggu bas). Tapi harga dalam RM 2 juga kot.

3. Bas Banting – ada dua bas ke Banting iaitu dari Putrajaya dan dari Labohan Dagang. Jadi naik la mana-mana pun.Jarak KMB ke Banting adalah 18 km (diingatkan bahawa KMB bukan berada berdekatan bandar Banting!) Perjalanan ke Banting dalam 20 minit macam tu.

Jadi adakah faham mengenai cara-cara menangkap bas?
* kadang-kadang mcm ternampak bas Rapid KL lalu kat jalan tu, tapi tak pernah cuba. Tak pernah dengar orang cuba pun*

Ok benda lain plak

Tempat-tempat outing kegemaran

1. Banting

- bandar Banting terletak dalam 18km dari KMB
- Terdapat pasaraya Tesco dan The Store
- dari Banting boleh naik bas ke Klang, KL
- terdapat cendol dan rojak Penang yang sedap
- teksi dari Banting ke KMB kalau tak salah dalam RM 15
- selalunya keluar ke Banting untuk membeli barang-barang keperluan
- ada pusat boling berdekatan The Store
- nak balik boleh tunggu bas yang terus sampai di hadapan pintu pagar KMB (bas Labohan Dagang)

2. Alamanda, Putrajaya

  • agak senang untuk dikunjungi sebab bas terus dari depan simpang ke sana (selepas dia melalui Putrajaya Sentral)
  • nak balik dari sana pun boleh tunggu di perhentian bas tepi Alamanda. namun bas ni hanya sampai di simpang, jadi terpaksa jalan la
  • selalunya ke Alamanda untuk boling, kini dah ada wayang
  • makan di medan makan RASA agak sedap
  • selesa dan seronok (bagi aku)
  • kedai yang ada: Carrefour, MPH, A&W, MCD, KFC, Ayamas, Rotiboy, Dunkin Donut, Secret Recipe, Al-ikhsan, Guardian, Parkson

Aku rasa dua ni la yang sangat popular, yang lain tu mcm jarang tapi ada ja orang yang pergi

Soalan Selalu Ditanya

1. Kalau nak ke KL Sentral?
Lebih sesuai gunakan Putrajaya walaupun boleh kalau melalui Nilai. Di Putrajaya Sentral (PS), boleh ambil bas (tak pernah cuba pun saya!). Kalau nak cepat, naik ERL terus ke KL Sentral dengan harga RM 9.50. Kalau nak jimat, naik ERL sampai Bandar Tasik Selatan dan tukar kepada KTM untuk ke KL Sentral (RM 5.30 + 1.00 lebih kot). Boleh juga naik bas ke KTM Serdang dari PS, dan tukar naik KTM di Serdang.. Saya tengok ada juga bas ke puduraya dan kotaraya

2. Macam mana nak ke KLIA/LCCT
Kalau balik cuti panjang, kolej akan sediakan sebuah bas ke sana. Kalau nak naik bas, jalan ke simpang dan naik bas Nilai.

3. Ada teksi?
Saya jarang guna teksi. Tapi menurut saudara Chem, boleh ja telefon teksi kalau ada nombor telefon.

4. Macam mana nak ke Mid Valley?
Kalau anda boleh jumpa dengan KTM tu, senang saja la ambil je tiket ke stesen Mid Valley. Kalau tak salah saya, dari PS boleh naik bas ke KL dan dia akan berhenti di Mid Valley. Hari tu tengok rakan-rakan sekelasku buat. Entah betul entah tidak

5. Kalau balik lepas pukul 7 malam?
Grounded. Apa-apa runding dengan warden la

6. Saya nak beli cendol
Banting, satu RM 1.5o

7. Ada tempat tunggu bas berbumbung tak kat simpang?

Alhamdulilah dah ada saya nampak hari tu. Saya pun dah lama tak naik bas. Baru dibina

8. Apa pendapat ke KL melalui Banting dan Klang?
Agak jauh. Perjalanan dari Klang Bus Stand di Central Market,KL mengambil masa dua jam kalau tak salah (sumber dari Pokcik). TOLONG SIMPAN DALAM KEPALA – ‘KLANG BUS STAND’ ADALAH DI KUALA LUMPUR IAITU BERDEKATAN DENGAN CENTRAL MARKET

9. Kalau nak ke Pudu?
Kalau waktu balik cuti, kolej ada sediakan bas ke Pudu. Kalau nak sendiri, boleh guna banyak cara

  • Putrajaya – ERL ke Bandar Tasik Selatan – STAR LRT ke Plaza Rakyat – puduraya sebelah saja
  • Nilai – KTM ke Stesen Keretapi KL yang lama – jalan dalam 600 meter
  • naik bas ke Kotaraya dari Putrajaya atau tempat-tempat lain

Tah aku pun tak tahu dah nak tulis apa, nak sambung buat Personal Statement sebentar.

Oh, sedikit gambar untuk anda

dscn5562.JPG
Pertama kali pulag bermalam.. barang tu bukan barang aku seorang tau!

dscn5592.JPG
Simpang menunggu bas, lorong di sebelah kiri tu (nampak sedikit) adalah ke KMB

dscn5550.JPG
Oh..ni tak dak apa.. keadaan bilik aku sejurus tiba selepas pendaftaran.. betapa kemas..

This entry was posted on Monday, June 9th, 2008 at 12:10 am and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply