Taman Melihat Penerbangan

Malam sesudah tamat subjek Manufacturing. Bagai lega menerpa bila segala subjek hafazan sudah mula berpergian. Tinggal subjek calculation yang sangat menggiurkan. Oh, kebahagiaan mula hadir.

Jadi pada malam ini, terasa tergerak untuk melemparkan kata di sini walau jiwa meronta umpama kanak-kanak Manchester yang setahun kerinduan Char Kotiau.

Maka dengarlah kisah:

Lawatan ke Aviation Viewing Park, Manchester

Saya memang sekian lama ingin melawat ke sini. Meronta-ronta bagai kanak-kanak Manchester kerinduan cendol. Apakah AVP ini sebenarnya?

Saya malas nak bercerita panjang, anda boleh terus menaip di google kata kunci tersebut

Pendek kata, ini adalah tempat untuk melihat kapal terbang berlepas, mendarat, taxi dan sebagainya. Amat sesuai untuk kaki-kaki spotter semacam saya.

Maka pada pagi sabtu 15/05/2010, tatkala orang mengantuk baru balik perpustakaan aku timbul seorang diri menjejak impian ini. Disebabkan tak mahu membuang masa menaiki bas 43 selama sejam ke airport, saya memilih untuk menaiki tren dengan harga hanya 2.20 pound (dua hala).
avp150510
Di Piccadily Train Station, oh mengapakah di kala aku berseorangan ini ada saja haiwan ini menganggu. Cis.

Saya menaiki express Transpennie ke lapangan terbang, cuma mengambil masa 15 minit.

avp150511
Semasa mengembara saya akan baca buku mengarut @ non-kejuruteraan, jadi ini adalah pilihan hari ini (sempat la habis 1 bab)

Setibanya di lapangan terbang, saya mencari-mencari bas untuk ke AVP. Masih ada setengah jam sebelum bas seterusnya jadi saya kembara ke Terminal 2 untuk meninjau apa yang ada. Rupanya baru sedar itu terminal yang saya tiba bersama King pada 19 September 2009. Nostalgia betul.

avp150512
Manchester Airport Station – secara jujurnya bila saya tengok stesen ini dengan bumbungnya  – saya teringatkan stesen ERL di Malaysia. Tambah dengan kelikir putih di bawah rel itu. Memang dapat rasa aura ERL.

Saya menaiki bas nombor 200 untuk ke AVP, dan pakcik drebar pun macam pelik bertanyaEh, ko nak ke AVP?” Nadanya semacam dia nak kata “Yea aku ada pelanggan hari ni!”

Memang bas itu kosong dan saya seorang penumpang. Kasihan betul pakcik Kassim itu (bukan nama sebenarnya pun)

avp150513
Di dalam bas kecil pakcik Kassim. Dia membawa merentasi jalan-jalan lapangan terbang untuk ke AVP.

Sejurus tiba di sana, pakcik Kassim berkata “Ok jumpa lagi masa ko nak balik nanti!” - nampak sangat la dia sorang sahaja pemandu bas untuk hari ini.

Saya dihadiahkan dengan pesawat besar sejurus tiba!

avp150501
Layan, pakai kamera cabuk pun boleh dapat shot yang menarik.

avp150502
Begitu ramai spotters yang hadir. Pakcik Wadi, Pakcik Rogayah pun ada (Rogayah bukan perempuan ke?). Semua ini bukan nama sebenar Ini merupakan Virgin Atlantic sebentar tadi yang sedang dalam perjalanan ke terminal

avp150503
B777 Singapore Airline yang berlepas pulang ke Changi

avp150504
Dah macam pasar malam. Begitu ramai spotters yang berminat. Siap bawa teropong, bawa radio untuk dengar perbualan juruterbang dengan menara kawalan, bawa buku catatan. Kagum dengan semangat mereka. Kapal terbang belakang itu adalah hiasan dan sudah tidak berjalan. Tidak ada makna kapal terbang itu akan berjalan bersama-sama kereta lantas ke pasar malam Stadium Utama Kangar untuk membeli peneram.

avp150505
Tempat untuk berpiknik, betul-betul di sebelah laluan kapal terbang.

avp150506
KTHY – tidak tahu maksudnya. Adakah Khatijah?

avp150507
Pakcik… (tengah fikir nama) Bustamam merenung jauh ke arah bangunan terminal Manchester Airport.

Setelah saya berpuas hati dan melawat kedai Aviation di tepi AVP ini, saya mula hendak pulang. Namun malangnya saya terlepas bas pakcik Kassim (dah la aku tengah lari dia bulih buat tak nampak dan chau! Cis pak kassim). jadi kena tunggu lagi sejam di sini.

Apa lagi, teruskan menangkap gambar, makan Twix yang dibeli di bangunan terminal, main teropong yang kena bayar 1 pound. Tengok gelagat Mat Salleh dan sebagainya.

Saya membeli pelampung A380 Air France yang sangat besar dan berharga 13 pound <– pembelian terbangang untuk bulan Mei, tahniah. (Bila balik rumah cuba tiup tak boleh. Mungkin kena pakai pam)

avp150508
Ada bau bau turki. Teringat pula keruntuhan khalifah di sana suatu ketika dahulu.

avp150509
Encik Delta. Mai dari mana tidak diketahui. Tah-tah dari Ampangan, Seremban (sungguh tiada kaitan)

Yang menariknya dan rahmat Allah nak bagi, arah landasan bertukar jadi saya dapat menyaksikan take-off di depan mata. Tiada gambar sebab saya banyak ambil video.

Saya mula diserang penyakit “Wei aku kena study!”. Walaupun hanya pagi ini merapu namun memang susah nak tinggal belajar (penyakit utama saya bila musim peperiksaan sambil makan nasi pun nota ada tepi, jadi kadang kala ada kuah tumpah).Susah betul nak hilangkan penyakit cinta dunia ni. Bila musim peperiksaan ni la baca Quran pun dah perlahan sedikit atau tak feel walau bilangan muka surat sama, buku-buku lain pun terkubur walaupun masa banyak.

Jadi, mulalah membaca nota:

avp150514
Nota Mechanics Material dan kapal terbang sedang berlepas sebagai latar belakang. Saya memang ada penyakit risau kalau tak belajar dalam masa 2,3 jam. Walaupun sebenarnya belajar bukan masuk sangat pun. Pendek kata saya memang mengarut dan pengurusan belajar.

Maka sekitar jam 11.20 pagi, sesudah dua jam di sini jadi saya pun mengejar pakcik Kassim dan alhamdulilah kali ini saya dapat mengejarnya.

Setibanya di airport, saya berjalan-jalan sekitar Terminal 3 dan Terminal 1 untuk meninjau keadaan (praktis nak sambut junior September depan)

Kemudian menaiki Transpennie pulang semula ke Piccadily dan bilik tersayang.

Ulasan Perjalanan

Kalau tengok, Mat Salleh begitu berminat mengkaji ilmu sampai minatnya meluap-luap sampai ke tepi landasan. Malangnya kita umat Islam kurang peka dengan ilmu-ilmu duniawi sampai kita tewas di tangan mereka. Mereka menguasai bait-bait ilmu walaupun sebenarnya dulu kita pernah jadi kuasa.Dan masih, kita nak bercelaru dengan perkara-perkara remeh dan sengketa sesama umat, jemaah dan sebagainya. Walhal kemengarutan yang lebih celaka kita tidak mahu sedar. Studi lembab, coursework bangang, pengurusan cabuk – dan kita masih mengimpikan untuk mengembang Islam?

Kadang kala perkara sekecil begitu yang menjadi penentu. Renung-renungkan.

Maaf pengisian kurang bernas. Kalut menulis juga sebenarnya ni.

This entry was posted on Friday, May 28th, 2010 at 7:18 am and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Taman Melihat Penerbangan”

Rebecca Ilham May 28th, 2010 at 8:54 pm

Bravo Shah!

Teruskan kembara-kembara seperti ini :)
Alah, tinggal studi sejam dua, tapi kalau tak tinggal pun duk terbayang kapal terbang…inshaallah ia jadi rejuvenasi, nanti sambung studi lebih fokus ;)

Rohani May 29th, 2010 at 2:28 am

when i read ur blog many thoughts enter my mind that aku segan nak post kat komen tapi kali ni rasa nak post gak :
1. alangkah indahnya jadi jurutera aviation. just thinking bout making things tht fly make me (a budak medic!) happy.
2. Aku ada penyakit ah aku mesti study kt kmb (final sem je) tapi dah hilang dah. perasaan ah kene study dlu membuatkan aku kurang menghargai keindahan dunia dan manusia dan perasaan. tp ko mesti lain. menghagai keindahan (like planes :) yg Allah kurniakan kpd manusia sambil study jgk. good 4 u shah.
3. im a fan of pigeons.
4. I dont read enuf random non-medic books. should do. hmm.

anoz hebat May 31st, 2010 at 12:18 am

hahahaha.. shah.. sumpah klaka.. keh3

Leave a Reply